Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUDI SEJATI -Post #43 - KESAN & KESTIMEWAAN BERJURUS

RAHSIA BUDI SUDI SEJATI -Post #43 - KESAN & KESTIMEWAAN BERJURUS

KESAN-KESAN DAN KEISTIMEWAAN BERJURUS DARI SUDUT PEMAHAMAN YANG LEBIH LUAS.

Perkara Berjurus adalah dari PRINSIP #2 dari 5 Prinsip RBSS, tetapi ramai yang memandang Jurusan adalah sebagai PROSES PENCIPTAAN CAHAYA di dalam RBSS, tetapi jika ianya di kaji selidik dengan lebih mendalam lagi, kesan-kesan dari proses berjurus itu membawa banyak keistimewaan yang di luar jangkaan akal fikiran kita.

Apa yang kebanyakan orang tahu, proses berjurus selain dari proses untuk mencipta Cahaya, jurusan juga boleh di gunakan sebagai senjata ketika menghadapi keadaan darurat ataupun di dalam keadaan mempertahankan diri...

Jadi apakah yang tersirat dari proses berjurus sehingga ianya mempunyai kesan-kesan yang sangat positive kepada pengamalnya dan apakah bentuk keistimewaan di dalamnya???....

Apa yang dapat saya rungkaikan di sini ialah, kesa-kesan positif dan keistimewaan yang di wujudkan melalui proses berjurus terhadap pengamalnya ADALAH terlalu banyakdan tidak terkira sehingga ianya berada di luar Akal Fikiran kita sebagai seorang mahluk Manusia....

Kita telah banyak mendengar cerita-cerita bagaimana diri dan ahlak orang-orang yang "buruk" telah berubah menjadi seorang "insan yang berBudi" dengan kepribadian yang luhur dan bersifat mulia di dalam perbuatan dan bersih hati sanubarinya dari perasaan hasat dengki, kita juga biasa mendengar orang-orang yang berpenyakit dengan penyakit yang tertentu sembuh penyakit mereka setelah mengamalkan RBSS...itu adalah cerita-cerita yang biasa!...tetapi apakah yang sebenarnya berlaku di dalam proses berjurus itu???

Pertama:-

· Berjurus adalah proses "Mengingati dan Memuji" ALLAH SWT melalui proses "Zikri-Siiri" atau "Zikir Rahsia" atau "Zikir Halus", di mana proses tersebut akan menerbit "KeCahayaan" yang berbentuk dan berbeza di antara satu dengan yang lain, bergantung kepada setiap Jurusan dari #1 hingga #50.

· Proses tersebut di katakan sebagai TUJUAN MENCIPTA CAHAYA dan Cahaya ini akan membentuk suatu Kekuatan pada diri seseorang manusia itu.

· Dan mengadakan kehadiran diri (manusia) ke dalam Cahaya ALLAH yang bukan kepada tuhan yang lain. (ini adalah asas Keyakinan -Aqidah - Kepercayaan)


Kedua:-

· Setelah penciptaan Cahaya itu berlaku di mana melalui proses Berjurus itu di lakukan, pembersihan pada dalam diri dari sifat-sifat terkeji, secara perlahan-perlahan (gradually) di cuci bersih dengan menggunakan Cahaya-Cahaya di dalam setiap Jurusan.

· Di Dalam masa yang sama juga, segala kekotoran hati itu di gantikan dengan sifat-sifat yang terpuji agar dapat mencerminkan suatu ahlak yang berjiwa suci dan murni agar bebas dari sifat-sifat kesyaitanan serta sifat kebinatangan yang sedia ada.

· Setelah proses-proses pembersihan dan penggantian dari sifat-sifat terkeji kepada sifat-sifat terpuji berlaku sehingga peratusannya bertukar tempat, iaitu peratusan sifat-sifat terpuji lebih banyak dari peratusan sifat-sifat terkeji, baharulah berlaku penambahan atau kurnia-kurnia yang berbentuk segala KeIstimewaan dari ALLAH SWT kepada diri seseorang itu.

· Penambahan dan pembahagian kurnia-kurnia tersebut tidak akan berlaku selagi kekotoran-kekotoran dari segi sifat-sifat terkeji tidak dapat berlaku atau tersekat-sekat kerana tidak ada kesinambungan amalan berjurus, tetapi si pengamal tetap kan mendapat pembentukkan Cahaya yang dapat di gunakan sebagai suatu kekuatan untuk bertindak dan untuk tujuan mempertahankan diri atau membantu orang yang lain sahaja dan bukan sampai ke proses pembersihan diri sanubari.

Ketiga:-

· Setelah proses penambahan dan pembahagian kurnia-kurnia keistimewaan berlaku dan di berikan oleh ALLAH SWT, maka diri seseorang itu akan mula menampakkan ciri-ciri boleh menggunakan segala panca-Indera mereka seperti Kasyaf mata hati, Telinga, Hidung, Mulut, Anggota Tangan dan kaki.

· Segala keistimewaan-keistimewaan tersebut akan berlaku juga secara sedikit demi sedikit bersesuaian dengan taraf dan martabat seseorang itu yang di dasarkan daripada ketekunannya melakukan proses berjurus, ini bermakna kekerapan berjurus akan memainkan peranan yang sangat besar di dalam proses ini.

· Jika proses berjurus di amalkan tanpa rasa malas dan jemu maka segala keistimewan tersebut akan berlaku secara berterusan tanpa tersekat-sekat.

Keempat:-

· Setelah mendapat keistimewaan-keistimewaan tersebut samaada yang berbentuk sebahagian atau yang menyeluruh, maka seseorang itu akan berkebolehan untuk melakukan perkara-perkara yang luarbiasa atau di luar kemampuan orang-orang yang biasa.

· Dengan segala keistimewaan tersebut juga, seseorang itu akan dapat mengelakkan diri mereka dari terus menerus di ganggu gugat oleh para iblis dan syaitan, kerana pada peringkat ini segala kekuatan atau kuasa/power dan di campur dengan segala keistimewaan panca indera itu, iblis/syaitan tidak dapat lagi untuk menjalankan pekerjaan menghancurkan diri kita dengan pelbagai onah dan cubaan-cubaan memesongkan aqidah serta kepercayaan kita terhadap ALLAH SWT.


Kelima:-

· Setelah seseorang itu tiba pada peringkat ini, setalah melalui pelbagai proses-proses yang di sebutkan di dalam keempat-empat perkara di atas, mereka dari golongan inilah yang di katakan sepenuhnya memiliki, mengamali, menakluki, memahami dan menjiwai Rahsia Budi Suci Sejati pada taraf atau martabat yang tertinggi di sisi ALLAH SWT.

· Orang-orang sebegini juga di istilahkan sebagai MERDEKA iaitu bebas dari segala PENGARUH semua mahluk.

· Orang-orang sebegini dengan sendirinya atau secara tidak langsung (indirectly) "akan bertugas" sebagai "Penasehat-Petunjuk" kepada manusia-manusia yang lain yang memerlukan panduan hidup sebagai seorang manusia.

· ALLAH SWT mengiktiraf mereka-mereka ini sebagai "Utusan-Utusan" yang membawa segala kebaikan kepada umat manusia mengikut bentuk keistimewaan yang di berikan kepada mereka itu. tetapi mereka-mereka ini maseh belum lagi di kategorikan sebagai WALIULLAH atau Wali ALLAH kerana tidak FANA, hanya tugas-tugas yang secara tidak langsung itu sahaja yang mirip tugas-tugas para WALIULLAH.

Jadi, apakah yang dapat kita fahami dari keterangan-keterangan di atas ini???.....

Pertama:-

· Jika di antara kita yang telah memiliki Rahsia Budi Suci Sejati ini, maseh lagi tertakluk kepada perkara-perkara yang bersifat kemanusian biasa, maka hakikatnya adalah kerana kita maseh kurang BERJURUS!, tak cukup BERJURUS!, malas BERJURUS dan tidak mahu BERJURUS...

· Itulah penyebabnya mengapa diri kita sukar mencapai ke tahap-tahap berikutnya, KERANA perkara yang paling ASAS atau yang BASIC sukar di lakukan...jadi jika banyak masaalah-masaalah yang timbul seperti masaalah peribadi, masaalah kewangan, masaalah kekeluargaan, masaalah pekerjaan, masaalah perniagaan dan juga masaalah di dalam diri yang tidak dapat di bersihkan dari segala sifat-sifat kekejian itu maseh ada dan maseh aktif di dalam diri kita, jangan di persalahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran dan kenyataan bahawa Rahsia Budi Suci Sejati ini, di mana ia adalah salah satu ALAT yang telah di kurniakan oleh ALLAH SWT kepada diri kita untuk menangani segala permasaalahan tersebut!...

Kedua:-

· Di dalam JURUSAN juga ada tersembunyi segala macam "UBAT-UBATAN" untuk diri kita sendiri dan juga boleh di gunakan kepada diri orang lain...dimana pada setiap Jurusan itu ada menyimpan "Antidote" kepada sesuatu jenis Penyakit samaada yang berbentuk lahiriah ataupun yang berbentuk Bathiniah!...

· Ini bermakna, jika kita sakit kita maseh boleh mengubati penyakit pada diri kita sendiri dan kurang bersandarkan kepada ubat-ubatan yang moden, tetapi untuk menggunakannya sangat memerlukan tahap Keyakinan yang Jitu serta tinggi, jika tidak ianya tidak akan menjadi atau berkesan langsung....

· Begitu juga terhadap diri orang lain yang sakit, kita boleh melakukan perkara yang sama dan dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang mereka alami tetapi tertakluk kepada keadaan diri kita sendiri, maksudnya pada taraf apa yang kita berada pada ketika ini...semakin tinggi taraf kita semakin berkesan perubatannya...

Saya amat tertarik dengan satu email yang baharu di hantar kepada saya oleh seorang Hamba ALLAH yang juga bukan seorang ahli RBSS tetapi banyak bergaul dengan orang-orang yang berIlmu termasuk RBSS...pemerhatian beliau amat menyentuh hati dan sanubari saya di mana di dalam ulasan tersebut beliau merasa hairan mengapa seseorang yang telah memiliki Ilmu yang Agung ini (RBSS) maseh lagi bersifat Angkuh, Riak serta Takabur terhadap apa yang mereka miliki, sedangkan kata beliau "orang-orang" itu melaung-laungkan bahawa amalan mereka (RBSS) adalah ilmu yang terpilih, untuk orang-orang yang terpilih serta keilmuan yang menghindar dari segala perbuatan zalim dan khianat dan berpantangkan Riak dan Takbur!, yang kata beliau juga ini termasuk sikap pihak gurunya....

Itulah yang saya maksudkan di sini, apabila kita memahami KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati dari satu sudut keilmuannya sahaja dan tidak secara keseluruhan atau secara TOTAL...dan pengamalannya bercampur-aduk dengan amalan-amalan yang lain sehingga kurang menumpukan kepada yang ASAS iaitu RBSS!....lalu proses-proses yang sepatutnya berlaku di dalam pengamalan RBSS itu tersekat-sekat dan tidak memberikan kesan-kesan dan keistimewan yang sepatutnya...salah siapakah itu?, atau siapakah yang bersalah???.....

Kita harus bertanya pada diri kita sendiri, jangan di persalahkan amalan RBSS atau pun pihak guru-guru, ibarat mereka telah memberikan kita sebilah pisau yang tajam pada mulanya tetapi setelah di gunakan oleh kita berkali-kali, kita lupa untuk mengasah atau untuk mengekalkan ketajamannya semula, bermakna semakin hari pisau itu semakin tumpul dan semakin tidak berguna dan akhirnya di campakkan ke tepi sahaja...Kesimbolikkan Pisau ada di dalam Upacara Merasol di mana satu Pisau kecil di hadiahkan kepada setiap ahli yang Merasol...itulah pesanan dari pihak guru-guru agar kita sentiasa mengekalkan "ketajaman pisau" tersebut supaya kita sentiasa dapat menggunakannya dengan baik di dalam semua keadaan...jadi siapakah yang bersalah?, jawapannya juga bukan guru!..

Kesimpulannya di sini, adakah apa yang telah kita pelajari dan yang telah kita ketahui selama mempelajari RBSS ini benar-benar mencukupi sehingga boleh membuatkan diri kita ini beraleh dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi lagi?, atau kita maseh tidak berganjak dari tempat yang sama mula-mula kita menjejakkan kaki???...tanya pada diri sendiri dan buat analisa dan dari situ buatlah pembaikan-pembaikan yang sewajarnya sehingga kita boleh bergerak ke hadapan.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday January 13, 2008 - 07:15pm (PST)


No comments: