Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #246

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #246 - THE THINK OF...#12 - TECHNOLOGY RBSS # 12

THE THINK OF...#12 - TECHNOLOGY RBSS #12

MENGAPA KITA HARUS BELAJAR MELIHAT SESUATU DARI SUDUT PANDANGAN ALLAH SWT.

Tajuk pada kali ini agak berat sedikit bahannya kerana perkara ini amat di takuti oleh para Ulama dan Cendiakawan Islam atas sebab-sebab KEHUKUMAN yang wujud di dalam ILMU FEQAH.

Dimana mereka berpendapat bahawa setiap perkara itu adalah URUSAN TUHAN dan kita sebagai MahlukNya tidak harus mencampuri urusan yang Allah swt telah tetapkan.

Oleh kerana sebab-sebab yang demikianlah, ramai di antara kita telah menanamkan suatu PENDIRIAN yang berteraskan kepada sifat BERSERAH atau BERTAWAKKAL kepada segala yang Allah swt tetapkan...terutamanya melalui Qada' & QadarNya.

Apabila kita MENGHINDARKAN pemikiran dan segala penglihatan kita daripada segala URUSAN Allah swt yang MENTADBIR ALAM SEMESTA ini, kita di ibaratkan MEMBUTAKAN pandangan daripada segala KEBESARAN yang di ciptakan oleh Allah swt itu sendiri.

Dan perkara untuk BELAJAR MELIHAT SESUATU KEJADIAN ITU DARIPADA SUDUT PANDANGAN ALLAH SWT sebenarnya sangat DI TUNTUT oleh Allah swt itu sendiri melalui pelbagai FIRMAN-FIRMAN yang wujud di dalam AL-QURAN.

Allah swt menyeru sekelian Mahluk dan Manusia agar dapat MEMIKIRKAN serta MEMERHATIKAN apa yang di lakukan oleh Allah swt pada ALAM SEMESTA ini, supaya kita akan dapat beroleh SEPENUH KEYAKINAN siapa itu TUHAN YANG MAHA PENCIPTA.

KONSEP Belajar melihat sesuatu kejadian itu daripada sudut pandangan Allah swt ini sebenarnya telah WUJUD di dalam RUKUN untuk MEMBENTUK Prinsip No.1 RBSS iaitu KEYAKINAN.

Dimana KEYAKINAN itu harus dibina melalui segala PEMERHATIAN, PEMAHAMAN, PENELITIAN dan apa juga yang dapat kita FIKIRKAN mengenai KEBESARAN kuasa Allah swt.

Juga kerana KEYAKINAN itu terbentuk melalui Kalimah LAA ILLAH HAILLALLAH yakni TIADA LAIN TUHAN SELAIN ALLAH.

Jika itu telah kita SEMAI dalam bentuk YAKIN, maka dengan sendirinya kita harus BELAJAR untuk MELIHAT sesuatu itu menurut PANDANGAN dari sudut PEMANDANGAN ALLAH SWT juga.

Sebabnya...SUDUT PANDANGAN ALLAH SWT itu tersangat LUAS sudutnya dan melebihi sudut pandangan yang Manusia itu mampu melihatnya...Kerana itu di dalam banyak perkara ramai Manusia itu akan GAGAL untuk memahami sesuatu HAL dan sering MENGELUH atau pun BERPUTUS ASA.

Harus di ketahui, setiap apa yang berlaku di dalam ALAM SEMESTA ini...setiap perkara itu berlaku ATAS KEHENDAK ALLAH dan telah tercatit di dalam LAUHIN MAHFUZ (buku besar) yang merupakan MASTER PLAN bagi setiap PERGERAKAN yang di ciptakan oleh nya.

Jika kita sebagai Manusia dapat MEMAHAMI walau sedikit juga pun, niscaya kita akan beroleh suatu KEFAHAMAN mengenai PENTADBIRAN yang di lakukan oleh Allah swt ini, dan ini akan menjauhkan diri kita dari sifat berputus asa serta berkeyakinan bahawa tidak akan ada yang MUSTAHIL di dalam sesuatu HAL dan KEJADIAN.

KONSEP PEMAHAMAN seperti ini sangat di perlukan sebagai seorang yang BerCahaya Budi, kerana kita yang memilikinya ini akan tertakluk kepada suatu perundangan yang tidak terkongkong atau ABOVE THE LAWS...

Supaya segala TINDAKKAN yang akan kita lakukan itu dapat di memberikan KESAN yang sempurna melalui suatu tahap KEYAKINAN yang di sebut sebagai HAQQUL YAKIN, yakni suatu KEYAKINAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI kerana KEPERCAYAAN kita terhadap Allah swt itu sangat mapan atau kukuh.

Sebagai memberikan contoh sahaja....

Melalui segala TINDAKKAN yang menggunakan kekuasaan NUR BUDI di dalam DUNIA MANUSIA, ia tertakluk kepada 100% KEYAKINAN kerana ada batas-batas yang BOLEH di lakukan dan TIDAK BOLEH di lakukan.

Seperti orang yang tidak HOT/MARAH/ZALIM tidak akan mampan dengan apa-apa kesan JURUSAN yang kita lepaskan..itu adalah di dalam PERATURAN yang telah di tetapkan oleh Allah swt di dalam DUNIA MANUSIA.

Akan tetapi...jika kita dapat MEMAHAMI peraturan tersebut daripada sudut pandangan Allah swt, maka perundangan itu telah tidak berlaku atau pun wujud lagi dan kita akan MAMPU memberikan kesan TINDAKKAN daripada penggunaan JURUSAN kepada orang-orang yang tidak HOT/MARAH/ZALIM.

Sebabnya...

Allah swt itu akan MENGIZINKAN sesuatu dilakukan di luar peraturan biasa, jika seseorang itu dapat MEMAHAMI atas dasar apa ssuatu itu TIDAK DI IZINKAN olehNya...maksudnya, Allah swt itu amat suka kita melakukan sesuatu atas DASAR ILMU atau atas DASAR BERPENGETAHUAN DALAM HAL-HAL TERSEBUT.....Dan perkara yang MUSTAHIL dari dilakukan akan menjadi sudah TIDAK MUSTAHIL lagi...

Dalam lain perkataan, tahap PEMAHAMAN kita terhadap sesuatu HAL atau pun PERKARA itu melebihi KEFAHAMAN orang BIASA atau orang AWAM.,,,Dan akhirnya kita telah berada di dalam lingkungan orang-orang yang berkebolehan LUARBIASA!.

Perkara ini bukan juga sesuatu yang baharu kepada semua Manusia, kerana KEILMUAN jenis ini telah Allah swt itu kurniakan kepada NABI ALLAH KHIDIR dalam bentuk PEMAHAMAN yang sangat LUAS sehingga beliau beroleh PENGLIHATAN yang begitu jauh sehingga kepada PEMAHAMAN yang tertulis di dalam LAUHIN MAHFUZ!.

Kerana perkara itu, segala TINDAKKAN oleh NABI ALLAH KHIDIR ini selalu BERCANGGAH dengan tahap pemikiran orang ramai atau umum...termasuk NABI ALLAH MUSA as yang di utus oleh Allah swt agar menimba ILMU dengan Nabi Allah Khidir, di mana Nabi Allah Musa gagal untuk menghabisi misi pembelajarannya dengan Nabi Allah Khidir di sebabkan percanggahan PENDAPAT dan KEYAKINAN yang di fahami...

Perkara Belajar Melihat Sesuatu Dari Sudut Pandangan Allah swt ini lah yang akan MEMBEZAKAN MARTABAT atau KEBOLEHAN yang di miliki oleh seseorang ahli RBSS dari seroang dengan seorang yang lain...Dimana KEFAHAMAN mereka akan berlainan sudut pandangan...Ada yang luas dan ada yang terbatas serta ada yang sempit sudut pandangannya.

Perkara ini juga lah yang memainkan peranan untuk bagaimana MEMPELBAGAIKAN segala KEGUNAAN 50 JURUSAN serta segala KEBOLEHAN di dalam perlaksanaan KEISTIMEWAAN.

Dimana sesuatu PERATURAN yang MUSTAHIL untuk di lakukan AKAN MENJADI TIDAK MUSTAHIL lagi.............Atas berkat KEFAHAMAN melalui pemandangan dari sudut pemandangan Allah swt....Itulah RAHSIA meningkatkan KEBOLEHAN segala yang wujud di dalam Keilmuan RBSS ini.

KONSEP seperti ini lah yang telah di pecahkan kod-kod pemahaman oleh orang-orang dahulu kala untuk MEMPERTAMADUNKAN kehidupan golongan Manusia sehingga ke hari ini, dan bangsa-bangsa yang terdahulu telah MEMAHAT kata-kata SAKTI atau AJAIB ini pada sebuah BATU BESAR di sebuah Negara EROPAH dan Pahatan TULISAN itu berbunyi:-

"LIHAT LAH SESUATU KEJADIAN ITU DARI ARAH ATAS" (alihan bahasa sahaja), dimana itulah KUNCI RAHSIA para Ahli Sains dan Matematik untuk menghurai atau ingin menciptakan sesuatu...Dan perincian dari maksud tulisan tersebut adalah seperti huraian di atas!...

Oleh yang demikian, kita sebagai seorang Manusia dan juga yang memiliki KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini harus BELAJAR KONSEP PEMAHAMAN seperti ini, jika kita mahukan PENINGKATAN kebolehan didalam PENGAPLIKASIAN menggunakan segala yang wujud di dalam RBSS ini.

GAGAL berfikir secara yang demikian akan menyebabkan kita terperosok kepada kekurangan ILMU PENGETAHUAN yang lebih LUAS sudut pandangannya...dan akhirnya segala PERBUATAN atau PENGAPLIKASIAN kita menjadi TERBATAS.

Untuk pengetahuan semua,

KEKUASAAN KECAHAYAN NUR BUDI tidak akan TERBATAS PENGGUNAANnya di dalam ALAM-ALAM yang lain seperti di Alam Jin dan Alam Malaikat kerana di dalam Alam-Alam tersebut serta Alam-Alam yang Rahsia yang lainnya, segala jenis TINDAKKAN melalui pengaplikasian RBSS akan 100% MENJADI!!!...

Dalam maksud lain, segala apa yang ingin kita lakukan akan terjadi TANPA SEBARANG HALANGAN dan PERATURAN sepertimana yang di wujudkan di ALAM MANUSIA ini...dan pergerakkan kita di Alam-Alam tersebut juga tidak di cengkam oleh TARIKAN GRAVITI BUMI...

Ini lah serba sedikit cabang-cabang ILMU PENGETAHUAN yang wujud dan yang dapat kita cungkil, jika kita dapat MELIHAT SESUATU DARI SUDUT PANDANGAN ALLAH SWT!!!

You Think Of It....

Wassallam!

Professor BSS

at professor_bss99@yahoo.com.au

APPLICATION FOR KURSUS KEFAHAMAN ARE STILL OPEN
SEND YOUR RESUME TO
APPLICATION OPEN TO ALL
FIRST CLASS WILL BE CONDUCTED IN
JUNE 2009 - IN SELANGOR
AND
LIMITED TO 50 PERSONS PER CLASS

Tags: | Edit Tags
Wednesday May 6, 2009 - 01:41pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: