Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #174

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #174

THE ART OF...#18 - MENCARI TUHAN - BHGN 4

Bersambung dari bahagian 3

PERSOALAN SIAPAKAH TUHAN YANG KITA CARI

Yang jelasnya ialah TUHAN YANG KITA CARI-CARI itu adalah TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN ALAM DAN MAHLUK-MAHLUK DI DALAMNYA......

TUHAN YANG MAHA ESA inilah yang mewujudkan KECAHAYAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di dalam setiap ROH MANUSIA.

Di mana, seperti yang pernah di huraikan melalui post-post yang lalu, TUHAN ini telah mengambil sebahagian dari diriNya lalu menciptakan Kecahyaan tersebut dan di kurniakan kepada setiap Roh Manusia...dan Roh Manusia itu pula di masukkan ke dalam Jasad atau tubuh yang di namakan sebagai ADAM, manakala Roh yang di iring oleh Kecahayaan itu pula di namakan sebagai AHMAD dan setiap kelakuan yang menurut segala perintah TUHAN itu pula di namakan sebagai MUHAMMAD....

Oleh kerana Roh dan Jasad manusia itu di ciptakan MENJADI MAHLUK, maka Mahluk Manusia itu di takrifkan sebagai HAMBA KEPADA TUHAN iaitu ALLAH SWT, dan sifat dan kelakuanya tidak lagi seperti sifat dan kelakuan ALLAH SWT!!!...

PENCIPTAAN ini HANYA DI LAKUKAN terhadap Mahluk Manusia SAHAJA dan tidak berlaku di dalam penciptaan mahluk-mahluk yang lainnya, oleh kerana itulah Mahluk Manusia tersebut di angkat menjadi suatu mahluk yang sangat mulia di sisi ALLAH SWT...dan di jadikan KAHLIFAH untuk mentadbir muka BUMI ini...

Jika kita merujuk kembali kepada PENCIPTAAN PERTAMA ALLAH SWT iaitu NUR MUHAMMAD, maka akan dapat kita ketahui dengan jelas bahawasnya KECAHAYAAN RAHSIA CAHAYA BUDI itu merupakan PENCIPTAAN ALLAH SWT yang KEDUA selepas penciptaan NUR MUHAMMAD.....Dan seterusnya ALLAH SWT menciptakan mahluk-mahluk dan kejadian yang lain mengikut keperluannya sendiri...

KERANA dari sebab-sebab tersebutlah, di dalam PENGGUNAAN RBSS ini segalanya DI HUBUNGKAN SECARA LANGSUNG KEPADA ALLAH SWT dan segala TINDAKKAN yang di gunakan adalah di luar segala HUKUM-HAKAM yang di wujudkan secara AM....

Di mana, jika kita perhatikan dengan TELITI di dalam setiap TINDAKKAN yang di lakukan, ianya akan TERHASIL di dalam masa yang sangat singkat, lebih singkat dari masa SAAT!!!...itu membuktikan bahawa sememangnya wujud PERHUBUNGAN SECARA TERUS di antara mahluk manusia dengan Maha Penciptanya....

Dan perkara ini TIDAK BERLAKU di dalam suasana yang lain, di mana setiap NIAT/DOA seseorang itu akan menuruti beberapa prosedur dan tapisan sebelum sampai kepada ALLAH SWT, dan keizinan atau kemakbulannya akan bergantung atau di nilai dari Amal Ibadah yang kita lakukan menurut ISLAM...kerana segala urusan tersebut di serahkan kepada mahluk malaikat sebagai "pekerja" yang menjalankan tanggungjawap untuk "bekerja" untuk mahluk manusia....

HIJAB

Yang memisahkan di antara pandangan mahluk manusia kepada TUHANnya ialah HIJAB atau DINDING di antara ROH DAN JASAD yang BERTINGKAPKAN MATA....

Di mana MATA MANUSIA di gunakan untuk MELIHAT DUNIA LUAR yang di katakan sebagai FANA ini...dan di sebalik MATA ini ALLAH SWT menjadikan HIJAB tersebut yang di jadikan daripada NAFSU-NAFSI MANUSIA, itu bermakna semakin KUAT NAFSU SESEORANG itu maka semakin TEBAL HIJAB yang memisahkan diantara mahluk manusia dengan TUHANnya....

Dan di sebalik MATA itu juga akan DAPAT MELIHAT segala KEJADIAN dan ALAM-ALAM yang di jadikan oleh ALLAH SWT, KECUALI UNTUK DAPAT MELIHAT ALLAH SWT ketika maseh di dalam JASAD MANUSIA....kerana ketetapan HUKUM yang di tetapkan oleh ALLAH SWT untuk melihatNya ialah, seseorang manusia itu harus MENTIADAKAN DIRI/JASAD terlebih dahulu sebelum dapat meilhat TUHANnya...

Ini membawa maksud bahawa, selagi kita maseh lagi hidup dan melalui kematian yang jasad di kuburkan, maka kita terpaksa menanti untuk melihat ALLAH SWT sehingga tamat HARI PEMBALASAN, yakni setelah Roh kita menduduki salah satu Syurga yang utamaNya...

Terkecuali jika kita dapat MEM-FANA-KAN DIRI daripada JASAD melalui proses PEMBERSIHAN HATI bagi menerima KECAHAYAAN YANG HAKIKI tersebut, maka melalui proses itulah kita akan di pertemukan dengan ALLAH SWT secara LIVE!!!...itulah hakikat sebenarnya...

APA MAKSUD DI SEBALIK FAKTA TERSEBUT

Itu membawa maksud bahawa ROH MANUSIA sahaja yang di BENARKAN untuk meilhat TUHANnya...kerana ROH tersebut adalah SUCI dan adalah SEBAHAGIAN daripada KEJADIAN ALLAH SWT.....apabila mula-mula di ciptakan..

Itu juga bermakna, ALLAH SWT itu boleh di lihat sebelum HARI YANG BERKEKALAN jika kita dapat MEMENUHI SYARAT-SYARATNya, dan inilah yang berlaku kepada orang-orang yang bertaraf WALIULLAH yang FANA DIRI tetapi tidak mati di kuburkan!!!...

Bersambung di bahagian 5

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday June 8, 2008 - 01:21am (PDT)

No comments: