Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #205

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #205

THE SECRET OF...#9 - KBS vs BSS vs RBSS

Perkara KBS vs BSS vs RBSS pada masa kini telah banyak di persoalkan oleh ramai orang, kerana mereka masih keliru yang mana satukah yang harus mereka ikuti dan pelajari bagi kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Melalui banyak posts dan email-email yang bertanya perkara yang melibatkan PERSATUAN YANG BERDAFTAR yang lain TETAPI memiliki Susur Galur dan INTIPATI keilmuan YANG SAMA seperti yang di ajarkan melalui PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI, saya sedaya upaya CUBA ELAKKAN untuk memberikan jawapan yang TELUS serta TERPERINCI...

Ini adalah kerana akan meilibatkan UNDANG-UNDANG secara amnya, di mana mereka mendaftar PERSATUAN mereka itu menurut undang-undang Pertubuhan secara SAH, jadi melalui aspek perundanganlah yang menyebabkan saya tidak begitu telus untuk menulis atau menghuraikan kedudukan yang sebenarnya...

Setelah sekian lama isu KBS vs BSS vs RBSS ini wujud, dan di masa yang saya juga saya berfikir secara rasional bagi mencari suatu jalan untuk memberikan penerangan secara AM tanpa perlu menyinggung perasaan atau pun mana-mana Pertubuhan..

KBS atau KEBATHINAN BUDI SUCI

Yang di pelopori oleh WAK MAIL dan berkembang di Melaka, KL dan Perak adalah satu Pertubuhan yang tersendiri, di mana PENGASASNYA adalah seorang BEKAS AHLI RBSS di zaman Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Sharrif...

WAK MAIL pada zaman Arwah Bapak adalah seorang WAKIL GURU yang di lantik oleh Arwah Bapak untuk PERINGKAT ISIAN PERTAMA SAHAJA...dan sewaktu Arwah Bapak masih lagi hidup, WAK MAIL ini pernah di LUCUTKAN taraf WAKIL GURUnya sebanyan Dua (2) kali di sebabkan oleh perkara yang di rahsiakan dari umum!!!, di mana salinan ASAL kedua-dua SURAT PEMECATAN tersebut masih lagi di simpan dengan rapi oleh anak-anak Arwah Bapak sehingga kini...

Bersempena dengan PEMECATAN tersebutlah KBS ini di wujudkan dan di daftarkan dengan harapan untuk mengembangkan keilmuan yang di miliki oleh WAK MAIL kepada umum...dan melalui KBS, segala kurikulum aatau silibus mengenai KEILMUAN ini telah di sesuaikan dengan apa yang di ketahui oleh WAK MAIL...di mana jika anda bijak meneliti senarai keilmuan yang di turunkan melalui KBS, anda akan dapati banyak jenis-jenis ILMUnya tidak di ajar di dalam Persatuan RBSS sediaada!!!

Ini adalah kerana, sewaktu dahulu lagi penglibatan WAK MAIL dengan ARWAH BAPAK adalah TERBATAS serta banyak TAULIAH untuk MENURUNKAN ILMU TIDAK DI TURUNKAN KEPADA BELIAU....

Oleh yang demikian, sememangnya perbezaan-perbezaan yang ASAS mengenai KELIMUAN RBSS ini AKAN BERBEZA jika di pelajari melalui KBS....

BSS atau BUDI SUCI SEJATI

Nama BUDI SUUCI SEJATI ini juga ada banyak bertaburan di merata Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei...kerana ianya berdasarkan nama UTAMA KEILMUAN ini tetapi di turunkan dan di kembangkan oleh manusia-manusia dan persatuan yang berbeza...Ada yang betul dan ada yang tidak betul kelimuan yang di turunkannya...

Melalui Warisan Arwah Bapak Hj Hashim bin Hj Sharrief, yang di kenali dan di iktiraf hanya ada Tiga (3) buah Persatuan:-

1. PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI MALAYSIA pimpinan Hj Masri Bin Hj Hashim

2. PERSATUAN PENDIDIKAN JASMANI BUDI SUCI SEJATI KUALA LUMPUR pimpinan Hj masron Bin Hj Hashim

3. PERGURUAN BUDI SUCI SEJATI yang di pimpin oleh Hj Masdon Bin Hj Hashim

Yang selain dari yang Tiga (3) ini adalah di luar yang menggunakan nama BUDI SUCI SEJATI adalah di luar WARISAN ARWAH BAPAK HJ HASHIM BIN HJ SHARRIEF!!!!!

Masih banyak lagi Persatuan-Persatuan yang menggunakan nama dan yang ada kaitan dengan nama BUDI SUCI SEJATI yang terdiri dari BEKAS-BEKAS AHLI atau PENUNTUT yang membuka KEDAI mereka sendiri, di mana yang sangat JELAS DAN PASTI, kesemuanya TIDAK PERNAH DI RUJUK ATAU MEMINTA SOKONGAN DARIPADA Guru-Guru Warisan Arwah Bapak Hj Hashim bagi Persatuan-Persatuan yang mereka tubuhkan...

Dan ada juga yang datangnya dari serpihan anak-anak murid dari KBS yang membuka cawangan mereka sendiri dengan nama-nama yang tersendiri juga....

PAK AYOP atau HJ Jefri di PERAK

Beliau adalah sahabat serta anak murid Arwah Bapak Hj Hashim dan pernah di lantik menjadi WAKIL GURU di zaman Arwah...

Tetapi setelah Arwah Bapak meninggal dunia sekitar 1978, maka warisan sediaada telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung atau mengiktiraf lagi WAKIL-WAKIL yang pernah di lantik oleh Arwah Bapak di sebabkan oleh sebab-sebab TEKNIKAL..

Ini bermakna, bukan semua BEKAS WAKIL ZAMAN ARWAH BAPAK itu tidak betul atau di lucutkan perlantikan di sebabkan oleh sebab-sebab keahlakan atau keperibadian yang buruk!!!!!, dan Pak Ayop adalah salah satunya Wakil yang hanya tidak di iktiraf secara Teknikalnya sahaja!!!!!...

RBSS atau RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

Nama ini di wujudkan dan di sebarkan oleh Professor BSS melalui Media Internet kerana sebab-sebab yang berikut:-

· Untuk kembali belajar kepada ILMU yang paling ASAS iaitu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dari sudut yang berlainan.

· Untuk mengelakkan dari mewakili mana-mana Persatuan BUDI SUCI SEJATI yang sediaada supaya tidak bercanggah dengan perundangan.

· Untuk membezakan apa yang di ajarkan di mana-mana persatuan dengan yang di hurai melalui Blog RBSS sebagai The Alternative & Additional Information Provider.

· Merungkai ILMU dari pelbagai sudut ILMU KETUHANAN dan tidak hanya tertakluk kepada satu jenis pengetahuan sahaja agar ianya bersifat UNIVERSAL.

· Dapat di baca dan di ikuti oleh kesemua anak-anak murid mana-mana Persatuan BSS kerana huraiannya yang Universal.

· Dapat juga di baca dan di manfaatkan oleh sesiapa juga tanpa sempadan Agama dan Keilmuan.

Kepada para pembaca yang masih lagi keliru mengenai Persatuan yang mereka anggotai, anda buatlah penilaian anda sendiri kerana telah banyak maklumat mengenai keilmuan RBSS ini saya muatkan melalui Blog RBSS ini, dengan cara itu anda akan dapat menilai dan membuat suatu keputusan anda sendiri.

Tetapi, jangan di persalahkan sesiapa atau mengutuk sesiapa...anggap apa yang berlaku sebagai QADA' dan QADAR yang di turunkan oleh ILLAHI!!!!!!

Keran yang benar tetap benar dan yang palsu tetap palsu!!!!!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday September 7, 2008 - 01:15am (PDT)


No comments: