Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #261

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #261 - FROM OTHER VIEWS... #03

FORM OTHER VIEWS...#03

ADAKAH PERUNGKAIAN MENGENAI NUR ILLAHI dan NUR BUDI ITU SUATU KEFAHAMAN YANG BAHARU.

Kini saya ingin membawa pemikiran anda semua untuk melihat dari sudut yang lain mengenai TAJUK SOALAN posting pada kali ini...yakni

" Adakah perungkaian mengenai NUR ILLAHI dan NUR BUDI ini merupakan suati Kefahaman yang baharu? "

JAWAPAN

Sebenarnya TIDAK....Perungkaiannya memungkinkan di di lihat sebagai BAHARU kerana di di rungkai BUKAN OLEH PARA ULAMA atau CENDIKIAWAN ISLAM yang tersohor atau pun ternama, dan tidak pula di umumkan oleh sesuatu MAHZAB yang telah memiliki nama yang gagah di dalam DUNIA ISLAM hari ini.

Tetapi ianya di rungkai oleh seseorang melalui KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SEJATI iaitu suatu cabang ILMU KETUHANAN yang tidak begitu menonjol atau di kenali ramai serta memiliki reputasi yang kurang baik di mata Masyarakat ISLAM itu sendiri.

MENGAPA ITU BERLAKU?

Ia berlaku kerana SUSUR GALUR PENCIPTAAN Mahluk Manusia yang memiliki dua (2) elemen penting seperti:-

  1. ROH
  2. JASAD

Dengan sendirinya menuju kepada ASAL USUL nya sendiri tanpa perlu di pertikaikan dengan bersusah payah melalui segala URUTAN ILMU TAUHID yang menggariskan kewujudan AQIDAH terhadap TUHAN YANG PALING KEKAL.

APAKAH RUNGKAIAN INI BENAR?

KEBENARAN nya bukan rekaan Professor BSS itu sendiri bagi mewujudkan suatu kefahaman yang baharu TETAPI segala SUSUR GALUR PECAHAN KEJADIAN NUR BUDI itu sememangnya TELAH WUJUD di dalam dan di terangkan dengan jelas di dalam AL QURAN dan serta di dalam Keilmuan TAUHID / USULUDDIN itu sendiri.

Hanya CARA dan MASA dan ZAMAN dan SIAPA yang membawa perkara ini di ketengahkan kepada pihak UMUM yang menjadi TANDA TANYA.

ADAKAH RUNGKAIAN NUR BUDI INI MENGABURKAN NUR MUHAMMAD?

Jawapannya juga TIDAK...Kerana segala huraian mengenai ketetapan keujudan NUR MUHAMMAD itu sebagai ALAT UTAMA untuk menjadikan sekelian MAHLUK ALLAH adalah TIDAK TERUSIK sama sekali.

Malah kedudukan PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD itu tetap KUKUH dengan perungkaian NUR BUDI.

APAKAH YANG MENJADIKAN PERUNGKAIAN NUR BUDI ITU DI ANDAIKAN SAMAR?

Ia lebih cenderung kepada PENAMAAN keatas NUR tersebut yang di namakan sebagai NUR BUDI.

Dimana ianya di lihat sebagai TIDAK MEMILIKI sebutan atau nama yang berbau BAHASA ARAB atau BAHASA AL QURAN.

Kerana ramai beranggapan bahawa perkataan BUDI itu berasal dari Agama BUDDHA dan mengaitkannya dengan Agama tersebut.

Sedangkan perkataan BUDI itu sendiri adalah singkatan dari Bahasa Arab dari perkataan UBUDIYATI yang membawa maksud:-

"Memperhambakan diri kepada TUHAN YANG PALING KEKAL"......

Dimana jika di singkap ASAL USUL KEJADIAN NUR BUDI ini adalah berdasarkan kejadian NUR ILLAHI itu sendiri ( rujuk posting sebelumnya)

Maka dengan itu timbullah perkataan NUR BUDI bagi MEYAKINKAN AQIDAH kita bahawa ia merupakan suatu NUR yang datangnya dari NUR ILLAHI dan bukannya dari NUR MUHAMMAD.

Oleh kerana kebanyakkan pembelajaran ILMU TAUHID berlotengkan atau bersilingkan NUR MUHAMMAD sebagai ILMU yang PALING ATAS, maka kedudukan NUR BUDI ini tidak di sentuh langsung oleh para ULAMA ISLAM.

Sedangkan segala INTIPATI ILMU MERASAI KEWUJUDAN TUHAN yang di kenali sebagai ILMU TASSAWUF yang di pelopori oleh Kaum SUFI itu sendiri adalah datangnya dari AJARAN dari NABI MUHAMMAD SAW semasa hayat Baginda lagi.

Dimana..melalui cabang ILMU ini telah di terangkan dengan jelas di mana KEDUDUKAN NUR ILLAHI dan NUR-NUR yang wujud yang telah di wujudkan oleh Allah swt.

MENGAPA SUKAR DI TERIMA OLEH KEBANYAKAN ORANG?

Ini disebabkan...

Untuk MERASAI kewujudan NUR BUDI dan untuk MENERIMA HAKIKAT nya bahawa ia sebenar-benarnya WUJUD di dalam ROH KITA...Kita harus terlebih dahulu MERASAI KE-NUR BUDI-AN itu terlebih dahulu dan baharu belajar mengetahui KEDUDUKAN ASAL USUL NUR ini dari DALAM NUR ITU SENDIRI...

Jika kita hanya meninjau dan mempelajarinya dari LUAR NUR BUDI itu sendiri, maka PERASAAN untuk MERASAI KEBENARAN itu akan berada JAUH dari LANDASAN RASA yang di miliki oleh JIWA kita.

Ini sesuai dengan Firman-Firman Allah swt yang bermaksud:-

"Aku memberi Ilmu Pengetahuan ku kepada orang-orang yang aku kehendaki"......

MENGAPA PROFESSOR BSS YANG MENGENENGAHKAN KEFAHAMAN NUR BUDI INI?

Ini adalah di sebabkan oleh TERAS ASAL USUL yang mewujudkan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu sendiri yang BERTERASKAN NUR BUDI ini..

Oleh yang demikian, ianya HARUS di tumpukan ke arah tersebut untuk menunjukkan bahawa segala apa yang di amalkan melalui KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini BUKANLAH suatu REKAAN MANUSIA BIASA seperti yang berlaku keatas Ilmu-Ilmu Kebathinan yang lain.

Perungkaian ini juga di fikir SANGAT PERLU kerana semenjak ianya di perkenalkan dan di popularkan dari Tahun 1958 oleh Allahyarham Bapak Hj Hashim bin Hj Mohd Shariff, ramai yang tidak dapat untuk MENGHURAIKAN kedudukan NUR BUDI ini secara bersitematik kerana unsur-unsur sejarah dan latar belakang pada waktu-waktu itu tidak cenderung kepada perungkaian ILMU...

Tetapi menitikberatkan kepada hal-hal pengaplikasian yang sangat genting untuk dilakukan di sebabkan oleh kegawatan keselamatan diri dan keluarga yang terancam dengan pelbagai ancaman.

Oleh yang demikian pemfokusan untuk menerangkan kepada umum kedudukan keilmuan ini bukan perkara yang terpenting untuk di lakukan...hanya kepada individu-individu yang benar-benar mengkaji nya sahaja, Kerahsiaan yang sebenarnya terungkai!...

MENGAPA KEBENARAN ASAL USUL NUR BUDI INI DI RAHSIAKAN?

Dari zaman berzaman....permasaalahan mengenai AQIDAH yang melibatkatkan ILMU TAUHID / USULUDDIN telah bermula selepas Nabi Muhammad saw itu wafat...

Kerana itulah selepas 150 tahun kemudian, wujudnya MAHZAB yang pertama di dalam ISLAM yang di kenali sebagai MAHZAB SALAFI yang datangnya dari keluaga SALAF.

Ini berlaku kerana KEFAHAMAN MENGENAI CARA MENGENAL TUHAN itu ada pelbagai sudut dan versi.

Sehingga 350 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, maka wujudlah pula FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH yang kekal sehingga ke hari ini.

Di mana...walau pun banyaknya pecahan ALIRAN atau KEFAHAMAN yang di sebut sebagai MAHZAB itu, tidak satu pun yang MENITIK BERATKAN atau MEMFOKUSKAN persoalan yang menyentuh Zat ILLAHI yang berteraskan NUR ILLAHI...apakan lagi untuk menyentuh perihal NUR BUDI...

Kerana kesemua MAHZAB yang wujud hingga ke hari ini adalah BERKISAR kepada ILMU TAUHID / USULUDDIN yakni CARA-CARA UNTUK MENGENAL ALLAH.

Hanya golongan TASSAWUF yang mempelopori bidang atau cabang ILMU MERASAI ILLAHI ini...tetapi di ketepikan oleh golongan TAUHID dan FEQAH atas sebab-sebab KEFAHAMAN yang berlainan SUDUT.

Justru itu...perungkaian ILMU seperti ini terus menerus menjadi TERPENCIL dan di PINGGIRKAN dari arus PEMBELAJARAN ISLAM itu sendiri.

Cuba bawa fikiran anda ke situ....

Wassallam!

Professor BS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

PENDAFTRAN UNTUK MENGHADIRI KURSUS KEFAHAMAN MASIH BELUM DI TUTUP

Jika berminat, sila hantar RESUME anda kepada alamat email yang berikut

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Daftar segera sebelum terlambat.

Tags: | Edit Tags
Monday May 25, 2009 - 04:07pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: