Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #206

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #206

THE SECRET OF...#10 - TIGA SEGI HATI

Tajuk TIGA SEGI HATI (TSH) pada kali ini juga bersangkutan dengan Tajuk di dalam posts WARIS-WARIS SYAITAN....di mana melalui posting kali ini, saya akan merungkai perkara-perkara yang membolehkan ianya berlaku di dalam diri kita dan di mana letaknya kelemahan yang kita miliki....

TSH itu sebenarnya ialah

1. Akal Fikiran

2. Perasaan

3. Hati Sanubari

Akal Fikiran

Yang terletak di dalam Otak Manusia yang juga tempat menyimpan pelbagai Ilmu Pengetahuan dan memori.

Perasaan

Yang mengenderai keseluruhan Tubuh badan yang juga menggerakkan kehendak menurut Naluri keinsanan.

Hati Sanubari

Yang terletak di dalam Hati atau Jantung manusia yang juga terletaknya Istana Iblis serta Ibu Sawat segala Nafsu manusia.

Jika ketiga-tiga komponen ini bergerak atau hidup berasingan, maka sifat dan sikap seseorang manusia itu akan berubah-ubah mengikut suasana yang di lalui oleh mereka, ini adalah kerana TIDAK ADA PUSAT PEMERINTAHAN yang kukuh untuk memerintah ketiga-tiga komponen tersebut.

Iblis selalunya menyukai perkara yang sedemikian TIDAK ADA PEMERINTAH PUSAT!!!, kerana akan memudahkan segala kerja-kerja yang ingin di jalankan dengan kuncu-kuncunya iaitu Syaitan-Syaitan yang bekerja dengannya...

Cuba anda fikirkan...........Di manakah PEMERINTAH PUSAT untuk diri Manusia???

Pada Akal Fikiran kah, pada Perasaan kah atau pada Hati Sanubari kita???...................,supaya kita dapat memerintah diri ini secara 100% tanpa dapat di ganggu gugat oleh Iblis dan Syaitan...

Jawapan?

Melalui TIGA SEGI HATI, jika di gabungkan akan menunjukkan satu Garisan yang berbentuk TIGA SEGI, dan jika Tiga Segi itu pula di buat Garisan dari bucu ke bucu melalui kawasan dalam Tiga Segi, kita tidak akan dapat menemukan satu TITIK perlanggaran Garisan yang melintasi di antara satu dengan yang lain, maka di manakah letaknya tempat TITIK Perlanggaran Garisan bagi PUSAT PEMERINTAHAN PEMERINTAH PUSAT dalam diri Manusia!!!

Jika ianya di TERJEMAHKAN kepada istilah sebenar bagi mengetahui kedudukan di tubuh Manusia, maka Garisan tersebut sebenarnya akan menunjukkan SATU GARISAN LURUS sahaja seperti Huruf ALIFF!

Jadi, jika ianya hanya satu Garisan yang LURUS dan berbentuk ALIFF maka TITIK bagi menunjukkan tempat MEMANG TIDAK ADA LANGSUNG!!!, yang ada hanya sebatang ALIFF!!!

Itu membawa maksud bahawa, hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membantu dan menolong kita di dalam soal TIGA SEGI HATI ini...cuba lukis Tiga Segi dan buat Garisan dari bucu ke bucu (corner to corner) dan lihat dahulu hasilnya.

Jadi, bagaimanakah kita harus mendapatkan pertolongan daripada ALLAH SWT di dalam soal TIGA SEGI HATI ini????

Yang PERTAMA

Kita harus miliki apa yang ada di dalam ISLAM iaitu Isyak, Subuh, Zuhur, Asar dan Maghrib...sebagai asas kejadian JASAD Manusia.

Yang KEDUA

Kita harus miliki apa yang di katakan KERAHSIAAN RAHSIA CAHAYA BUDI, sebagai asas kejadian ROH Manusia.

Melalui kedua-dua ISLAM dan RBSS itu, jika di gabungkan bermakna kita akan MENEMUKAN di antara ROH dan JASAD duduk di satu tempat dan pakah yang boleh berlaku selepas penggabungan itu???

Penggabungan

Jika penggabungan dapat di lakukan, di mulakan dengan KEYAKINAN melalui KALIMAH SYAHADAH dengan sepenuh jiwa dan raga bahawa "Aku naik saksi bahawa tidak ada lain Tuhan yang Aku sembah selain ALLAH", di mana KEYAKINAN ini wujud di dalam Prinsip Pertama RBSS dan Rukun Pertama ISLAM!!!

Cuba bawa berfikir lagi

Jika anda 100% terhadap apa itu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, sudah tentu anda akan melakukan Amalan BERJURUS dengan sepenuh hati, dengan itu berlaku bermakna KECAHAYAAN CAHAYA BUDI itu akan menjadi luas serta kukuh mengelilingi Tubuh Badan kita, dari situ telah banyak manfaat yang akan kita kecapi termasuk dapat menghindarkan diri dari gejala-gejala Iblis dan Syaitan.

Kedua, melalui Rukun ISLAM anda pula akan dapat merasakan bahawa TUHAN itu Wujud dan Menguasai segala yang ada, melalui Amal Ibadah yang di perintah di dalam ISLAM itu pula, akan di anugerahkan kecintaan, kesayangan dan kesukaan ALLAH SWT terhadap diri kita ini, lalu di berikan olehNya segala kebaikan dan di hindarkan olehNya pula segala keburukan dari diri kita ini...Inilah yang di katakan bahawa KERAHMATAN ALLAH itu telah kita miliki...

Berbalik kepada TIGA SEGI HATI...

TSH ini sebenarnya 80% di kuasai oleh TUBUH atau JASAD dan 20% di kuasai oleh ROH atau JIWA...dan apa juga yang berada dan di kuasai oleh JASAD, adalah tidak HAKIKI atau KEKAL dan itu bermakna kita boleh menghapuskannya jika kita mahu, lalu di ubah kepada yang lebih baik sifat-sifatnya...

AKAL FIKIRAN terletak berdekatan dengan NUR ILLAHI dan menjadi tempat untuk menerima apa juga HIDAYAH yang di turunkan melalui pelbagai rupa bentuk, manakala PERASAAN itu pula di jana oleh HAWA NAFSU atau KEHENDAK JASAD atau TUBUH, bagi mengecapi sesuatu yang sedap di pandang mata, sedap di dengar telinga dan sedap untuk di rasa....

Manakala HATI SANUBARI itu pula, yang di katakan IBU SAWAT segala Nafsu-Nafsi Manusia, ianya tidak akan berfungsi jika PERASAAN yang di miliki oleh JASAD meminta itu dan ini...jika HATI yang juga terletaknya ISTANA IBLIS itu di bendung dengan KECAHAYAAN CAHAYA BUDI, maka segala permintaan PERASAAN akan dapat di TAPIS oleh AKAL FIKIRAN yang pula akan berpandukan kepada ILMU yang di turunkan melalui NUR ILLAHI...selamat kita dunia dan akhirat!!!!!

Tetapi itu semua perlukan ASAS!!!....yakni KECAHAYAAN CAHAYA BUDI dan NUR ISLAM!!!!!!.................

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Monday September 8, 2008 - 01:57am (PDT)


No comments: