Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #185

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #185

THE ART OF...#26 - MENGENAL KERJA-KERJA TUHAN

Tajuk pada Posting kali ini berdasarkan satu persoalan yang di kemukakan, di mana extract email tersebut saya siarkan sekali untuk tatapan umum, supaya ianya dapat di pelajari secara khusus oleh semua pihak yang memiliki persoalan yang sama!....Oleh kerana persoalannya masih bersangkut paut dengan Segmen MENCARI TUHAN maka ianya di pilih untuk di ketengahkan bagi meneruskan segmen tersebut....

Persoalannya adalah:-

Human nature

mnazri.hasan

Friday, July 4, 2008 12:24:16 PM

To: Tuan Prof professor_bss@yahoo.com

assalamualaikum Tn Prof.

Diharap sihat sejahtera sentiasa.

Imbau kembali tulisan Prof. berkaitan Human Nature. Dimana sifat -sifat mazmumah dalam diri manusia itu berkait dengan 4 unsur Tanah ,Air, Api dan Angin.

Jelasnya, jika Jasad itu di buat melalui empat (4) elemen Api, Angin, Air dan Tanah maka ALLAH SWT mengimbanginya dengan memasukkan Rohaniah yang berunsurkan Cahaya, di mana unsur Cahaya yang ada di dalam ROH itu AKAN MEMANSUHKAN segala kekuatan empat (4) elemen yang menerbitkan segala sifat-sifat yang buruk dan terkeji tersebut dari dalam diri manusia.

Maksud yang lebih jelas ialah...dengan sistem PenCahayaan yang ada dalam Roh itu akan MENGGANTIKAN segala sifat-sifat yang buruk dan keji dari empat (4) elemen itu kepada sifat-sifat yang baik dan terpuji...di sini tidak ada PENGHAPUSAN tetapi PENGGANTIAN di mana empat (4) elemen itu akan tetap wujud sehinggan Roh meninggalkan Jasad!....

Pada pengamatan saya, Jasad merupakan sangkar shaja kepada Roh. Mana mungkin jasad dapt menerbitkan sifat -sifat tersendiri melainkan dngan dipandu dengan Roh. Kerana apabila hilangnya nafas pada diri anak adam itu, tiada lah berguna lagi jasadnya yg terdiri dari element T.A.A.A tersebut. Atau sememangnya sifat Mazmumah itu bersandar pada "nafsu" dan dimanakah letaknya nafsu itu dalam element tubuh badan manusia yang kita sedia maklum merupakan rangkuman Jasad dan Roh. Adakah nafsu itu berada di pihak Jasad atau Di Roh. Bagaimana pula dan apa kaitan dengan xtvt harian sebagai manusia yang padanya membawa 7 sifat Ma'ani yg Allah pinjamkan. Dapat di katakan bahawa Golongan waliullah merupakan manusia yang dapt menewaskan hawa nafsu mereka, dapat mengekang sifat mazmumah mereka melalui amalan atupun zikir-zikir tarekat yg khusus. apa yang terjadi kepada mereka? ada yg di beritakan lenyap dan ghaib, dijumpai pula ditempat lain, Apakah Jasad mereka ini sudah jadi "baik" atau nafsu mereka yg dah jadi "baik".

Minta maaf. terlebih pulak.. diharaf tuan Prof. dapat mengulas pengamatan saya itu.

sekian terima kasih.

Sebenarnya persoalan yang di kemukakan bukanlah begitu sukar untuk di fahami mahupun terlalu mudah untuk di rungkai, tetapi ianya akan tertakluk dari sudut manakah anda melakukan atau menerbitkan persoalan-persoalan tersebut???...adakah dari sudut TAUHID, dari sudut FIQAH atau dari sudut TASSAWUF?.....kerana di setiap cabang ILMU tersebut akan menerangkan BUTIR-BUTIR JAWAPANNYA YANG TERSENDIRI....

Akan tetapi, seperti yang lazimnya saya akan membawa pemikiran anda untuk pergi "setapak lagi kehadapan" di dalam memahami persoalan-persoalan yang di kemukakan....dan huraian yang di sampaikan ini adalah dari sudut yang berbeza dari 3 cabang ILMU yang di sebutkan di atas!!!!...

Baik...melalui banyak posting telah saya rungkaikan perihal PENCIPTAAN KEJADIAN MAHLUK MANUSIA yang terdiri dari dua (2) perbendaharaan...iaitu ROH DAN JASAD...dan melalui kedua-duanya itu TUHAN telah menyediakan segala KEPERLUAN yang HARUS DI MILIKI, di mana PENCAHAYAAN KE DALAM ROH dan 4 ELEMEN atau UNSUR KE DALAM JASAD!!!...

Jadi, untuk menjawap persoalan yang pertama iaitu PENGGANTIAN SIFAT-SIFAT BURUK KEPADA YANG TERPUJI adalah berikut:-

Sebenarnya TIADA PENGGANTIAN ATAU PEMANSUHAN BERLAKU di dalam TUBUH MANUSIA...KENAPA???...


Cuba anda perhatikan, setiap anak MANUSIA yang baharu lahir ke dunia ini APAKAH SIFAT-SIFATNYA???....

Ya...Sifatnya adalah SUCI DAN BERSIH DARI DOSA SERTA BELUM MEMILIKI APA-APA SIFAT YANG TERKEJI!!!!!....Ini membawa maksud bahawa penciptaan mahluk manusia apabila di turunkan ke atas muka Bumi ini adalah SANGAT BERSIH, SANGAT SUCI, SANGAT BAIK DAN BELUM DI CEMARI OLEH APA-APA JUGA SIFAT ATAUPUN SIKAP....Itu MERANGKUM ROHANI DAN JASMANINYA...

Akan tetapi...apabila anak manusia itu membesar dan terus membesar, segala SIFAT-SIFAT DAN SIKAP-SIKAP YANG TERKEJI mula tumbuh dan menetap DI HATI mereka sehingga ianya MENCERMINKAN KEPERIBADIAN DIRI SESEORANG itu dengan sifat dan sikap yang DI WUJUDKAN OLEH PERSEKITARANNYA SENDIRI...

Ini lah yang di katakan HAWA NAFSU YANG MEMBENTUK HIJAB ATAU DINDING DI ANTARA SESEORANG MAHLUK MANUSIA IITU DENGAN TUHANNYA......

Ia seumpama sebuah kereta yang baharu keluar dari kilang pembuatannya, di mana sewaktu di luluskan untuk di keluarkan, kondisi atau keadaan kereta tersebut telah di sahkan sebagai BAIK, MENGIKUT SPESIFIKASI DAN DALAM KEADAAN YANG SANGAT BERSIH oleh pihak penjaga mutu kilang pembuatan tersebut....

Tetapi....setelah ianya di jual dan di gunakan, kita akan dapat melihat akan pelbagai "wear & tear" di sana sini, kesan-kesan kemalangan kecil dan besar dan juga kekotoran pada kenderaan tersebut, di mana ianya sangat berlainan sekali dengan keadaan ianya mula-mula di keluarkan dari kilang!!!...semakin lama ia kereta tersebut di gunakan maka akan semakin banyak kerosakan yang wujud dan semakin kotor pula kereta tersebut...itu adalah lumrah pada kenderaan!

Maksudnya.....

Segala KEROSAKAN DAN KEKOTORAN yang menimpa sesebuah kereta itu akan tertakluk kepada SIAPA PEMILIK ATAU PEMANDUNYA!!!!...jika pemilik atau pemandunya dari jenis yang kurang "peka" terhadap kereta tersebut, maka kereta itu akan menjadi teruk dan kotor kerana tidak di beri perhatian, tetapi jika pemilik dan pemandunya dari jenis yang sangat "sensitif" dan sangat pembersih, maka kereta itu pula akan TERJAGA dari pelbagai kerosakan atau kekotoran...

Ini membawa maksud bahawa SEGALA KEROSAKAN DAN KEKOTORAN yang menimpa sesebuah kereta itu ADALAH BERGANTUNG KEPADA SIAPA PEMILIK ATAU PEMANDUNYA...

Dan jika di takrifkan kereta itu sebagai seorang MANUSIA, maka kereta adalah mewakili JASAD dan pemilik atau pemandu itu pula mewakili ROH....

Yang jelasnya di sini ialah, SETIAP KEKOTORAN SIFAT DAN SIKAP yang di miliki oleh mahluk manusia itu ADALAH SUATU UNSUR YANG BAHARU, di mana sebelumnya IANYA TIDAK WUJUD SAMA SEKALI!!!...samaada di DALAM ROH ATAUPUN DI DALAM JASAD...

Jadi KOTORAN yang wujud sebagai SIFAT ATAU SIKAP YANG TERKEJI itu adalah terbit dari PENGARUH PERSEKITARAN di mana seseorang mahluk manusia itu hidup di besarkan, di tambah dengan unsur kewujudan mahluk IBLIS yang sememangnya di wujudkan untuk menyesatkan bangsa manusia.

Itu di klasifikasikan sebagai SUATU PENGARUH

1. PENGARUH ASUHAN DAN DIDIKAN

2. PENGARUH PERSEKITARAN DAN ALAM SEKELILING

3. PENGARUH IBLIS

PENGARUH-PENGARUH tersebut pula adalah suatu ELEMEN yang DI WUJUDKAN oleh ALLAH SWT sebagai BENTUK UJIAN DAN CABARAN kepada mahluk manusia di dalam MENGUJI TAHAP KEBIJAKSANAAN MEREKA SEBAGAI SEORANG MAHLUK MANUSIA!!!!....

Jadi KEKOTORAN DI DALAM HATI itu di takrifkan sebagai KOTORAN, dan setiap KOTORAN itu mesti atau harus ada cara MEMBERSIHKANNYA...,jika NAJIS tidak di bersihkan dengan AIR, maka ianya TIDAK AKAN 100% BERSIH kerana akan masih meninggalkan bekas dan bau!...begitu juga halnya dengan SEGALA KEKOTORAN DI DALAM HATI...juga mesti dan harus ada CARA PEMBERSIHANNYA.

Melalui ISLAM ALLAH SWT mengajar mahluk manusia cara-cara untuk membersihkan SEGALA KEKOTORAN HATI, dan di dalam ILMU-ILMU TAUHID, FIQAH, TASSAWUF banyak di terangkan cara-caranya....dan kesemuanya menjurus kepada ZIKIRULLAH atau MENGINGATI ALLAH SWT!!!!...dan jalanya ada PELBAGAI, ada yang cepat dan ada yang lambat...ada yang kasar dan ada yang halus....

IRONInya di sini ialah....KOTORAN HATI itu ADALAH SESUATU YANG BAHARU dan BUKAN DI BAWA DARI ALAM AZALI!!!...dan KOTORAN HATI itu juga merupakan JENIS-JENIS NAFSU yang DI TERBITKAN oleh KEADAAN PERSEKITARAN SESEORANG MANUSIA ITU HIDUP MEMBESAR... KOTORAN HATI itu juga di bantu untuk wujud oleh BANTUAN IBLIS.

ROH yang dapat MENGUASAI KECAHAYAAN yang di terapkan oleh ALLAH SWT sebagai RAHSIA itu pula akan memainkan peranan yang paling penting di dalam PENGAWALAN PERTUMBUHAN NAFSU-NAFSU YANG TERKEJI...jadi adalah TIDAK MUSTAHIL bagi segolongan manusia yang dapat MENGAWAL dan MENGHAPUSKAN NAFSU-NAFSU dari dalam HATI SANUBARI MEREKA, dan mereka-mereka ini adalah tergolong di dalam golongan WALI-WALI ALLAH...(semak semula post bhgn Wali)

NAFSU TIDAK MENETAP PADA TUBUH ATAU PUN JASAD SECARA SEMULA JADI.....TETAPI IANYA TERLETAK DI DALAM RASA ATAU PERASAAN yang di kuasai oleh segala KEINGINAN-KEINGINAN YANG HANYA WUJUD DI DALAM HATI

Ianya akan menjadi nyata jika di nekadkan untuk di jadikan atau di wujudkan, seperti PERASAAN HAUS, selagi belum dapat meneguk air maka ianya akan semakin dahaga tetapi apabila air dapat di teguk maka rasa kehausan itu akan pudar atau hilang begitu sahaja...itu bermakna KEINGINAN untuk minum air sudah tiada lagi...jadi SIFAT DAHAGA itu adalah PERASAAN atau dari jenis RASA...

Begitu juga dengan MALAS, jika kita MALAS untuk melakukan sesuatu pekerjaan...itu merupakan RASA di dalam hati sahaja kerana banyak unsur-unsur atau anasir yang MEMPENGARUHI ANDA pada ketika itu...

Di sini...apa yang sangat jelas ialah KECAHAYAAN CAHAYA BUDI itu adalah sangat PENTING PADA SETIAP MAHLUK MANUSIA...kerana melalui KECAHAYAAN itulah yang akan menjadi sebagai PENGIMBANG di antara NAFSU dan FIKIRAN juga bertindak sebagai DINDING KEPADA SEGALA HASUTAN IBLIS/JIN/SYAITAN....

.

Jadi renungilah kembali APA KAH MAKSUD PERKATAAN

1. BUDI

2. SUCI

3. SEJATI

kembalilah membaca post-post yang memperkatakan KERAHSIAAN tersebut...semoga anda akan mendapat hidayah daripada TUHAN YANG MAHA BESAR...

Wassallam!

Professor BSS (professor-bss@yahoo.com)

Friday July 4, 2008 - 11:56am (PDT)

No comments: