Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #254

RAHSIA BUDI SEJATI - Post #254 - THE THINK OF...#18 - TECHNOLOBY RBSS #18

THE THINK OF...#18 - TECHNOLOGY RBSS #18

KECAHAYAAN APAKAH YANG DI GUNAKAN DALAM PROSES PENUTUP

Perkara ini adalah kesinambungan dari Post #253 di dalam Proses ISI POKOK BADAN...dan perkara ini juga tidak pernah di sebut di dalam posting yang telah lalu.

Perkara mengemukakan perkara-perkara seperti ini adalah bertujuan untuk menguatkan lagi KEFAHAMAN mengenai Intipati dan Intisari di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.

Semoga dengan penjelasan-penjelasan sebegini akan dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakt RBSS di seluruh muka Bumi ini.

Yang tidak di fahami oleh ramai ahli-ahli RBSS ialah apakah yang tersirat di dalam perbuatan MENGISI POKOK BADAN sehingga mereka itu meremehkan untuk melakukannya pada setiap hari..

Ini di sebabkan oleh tahap pemahaman yang amat tipis serta cetek mengenai apa yang tersirat dan apa yang tersurat.

Jika di dalam PERINGKAT ISTIMEWA...jika sudah jelas bahawa ada Dua (2) Jenis Cahaya atau NUR yang di guna-pakai oleh ROH dan JASAD.

Iaitu NUR MUHAMMAD yang mewakili JASAD atau pun TUBUH dan NUR BUDI yang mewakili ROH.

JADI...

APAKAH BENTUK KECAHAYAAN YANG DI GUNAKAN

UNTUK PENUTUP

Di mana melalui proses PENUTUP ketika MEGISI POKOK BADAN ini..seseorang ahli itu perlu melakukan "PENGISIAN" yang berupa SATU TUTUPAN yang menggunakan Kalimah ALLAH bagi seluruh TUBUH.

Dan proses PENUTUPAN ini hanya perlu di baca:-

KALIMAH

" LAA ILLAH HAILLALLAH MUHAMMADARASULLULLAH "

Di sini kita tidak memerlukan membaca Kalimah "Bismillah" kerana TAHAP atau KEMARTABATAN Peringkat PENUTUP ini bukan di peringkat untuk MEMBINA AQIDAH lagi..tetapi ia telah sampai kepada peringkat PENGAPLIKASIAN yang telah MAMPAT TAHAP KEYAKINAN terhadap Allah swt....Kerana itu ia hanya memerlukan Kalimah Syahadah sahaja.

Dan MAKRIFAT yang di gunakan untuk melakukan PENUTUPAN itu pula adalah pembantukkan KALIMAH "ALLAH" (Alif Lam Lam Ha)..Lalu di selubungi ke seluruh TUBUH kita.

Itu membawa pengertian bahawa..Kita berada di dalam NAUNGAN dan KEKUASAAN ALLAH SWT dalam sepanjang masa.

Melalui pengertian dari sudut yang lain pula..PENUTUPAN dengan menggunakan Kalimah "Allah" ini bermaksud:-

· Kita sentiasa beringat bahawa diri kita ini di dalam Kekuasaan Allah swt.

· Kita dengan penuh Keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah swt.

· Kita dengan penuh Keyakinan tidak terpesong kepada kuasa-kuasa selain dari Allah swt.

· Kita dengan penuh Keyakinan tidak akan terpesong oleh godaan Iblis dan Syaitan.

· Kita dengan penuh Keyakinan akan melakukan segala Perintah Allah swt.

Kerana melalui PENUTUPAN dengan KALIMAH ALLAH ini...Diri kita secara LAHIR dan BATHIN nya telah MEMERDEKAKAN DIRI dari sebarang kuasa melainkan di bawah KEKUASAAN ALLA HSWT sahaja.

MENGAPA BEGITU KUKUH DAN PADAT MARTABAT KEYAKINAN DI PERINGKAT INI

Ini semua adalah berdasarkan bahawa PENUTUPAN yang menggunakan KALIMAH ALLAH itu ke atas SELURUH TUBUH berlandaskan suatu CAHAYA atau NUR yang di sebut atau di kenali sebagai:-

NUR ILLAHI

Di mana keseluruhan CAHAYA atau NUR yang berada di dalam ROH dan JASAD MANUSIA itu samaada yang terdiri dari:-

1. NUR BUDI

2. NUR MUHAMMAD

Adalah semuanya BERSUMBERKAN daripada NUR ILLAHI...

Dan harus di fahami bahawa NUR ILLAHI dengan NUR ALLAH itu berbeza PENGERTIAN dan KEDUDUKAN nya.

Di mana:-

NUR ILLAHI itu merujuk kepada DIRI Tuhan Yang Maha Esa...Yang terjadi dengan sendirinya

Manakala:-

NUR ALLAH itu pula merujuk kepada segala SIFAT-SIFAT NYA yang ada pelbagai KEKUASAN untuk memerintah seluruh MAHLUK CIPTAAN NYA.

Oleh yang demikian...

NUR ILLAHI itu merujuk kepada DIRI Yang Maha Pencipta

NUR ALLAH itu merujuk kepada SIFAT DIRI Yang Maha Pencipta

NUR BUDI itu merujuk kepada sebahagian DIRI Yang Maha Pencipta yang telah di tukarkan peranan dan fungsinya kepada jenis MAHLUK kerana NUR BUDI itu di KURNIAKAN kepada ROH MANUSIA.

NUR MUHAMMAD itu merujuk kepada Penciptaan NUR yang di jadikan MAHLUK-MAHLUK yang lainnya...dan ianya berdasarkan kepada kekuatan NUR / CAHAYA ZAT & SIFAT.

PERCANGGAHAN AQIDAH

Penjelasan seperti ini amat sukar untuk di terima oleh penuntut-penuntut ILMU TAUHID / USULUDDIN kerana melalui pecahan keilmuan tersebut tidak di hurai dengan lengkap SUSUR GALUR seperti yang di terangkan di atas.

Ini adalah kerana TUJUAN atau MATLAMAT ILMU TAUHID / USULUDIN adalah untuk membangkitkan RASA YAKIN terhadap KEWUJUDAN ALLAH SWT atas DALIL-DALIL dari KEWUJUDAN Nya dari sudut AKAL FIKIRAN MANUSIA.

Dan di kuatkan dengan DALIL-DALIL dari ILMU FEQAH yang pula menerangkan segala KEKUASAAN ALLAH SWT terhadap sekelian MAHLUK NYA melalui HUKUM-HUKUM yang di wujudkan supaya dapat DI PATUHI oleh sekelian MAHLUK.

Akan tetapi

Jika kedua-dua golongan ini merujuk kembali kepada ASAL USUL KEJADIAN TUHAN YANG MAHA ESA secara lebih terperinci melalui banyak lagi AYAT-AYAT di dalam AL QURAN... Maka mereka akan menemui FAKTA di atas dan langsung akan dapat mengenali APA KAH ITU YANG DI KATAKAN sebagai NUR BUDI.

Dan tidak akan lagi bertahan di tahap setakat memahami di peringkat NUR MUHAMMAD itu sahaja.

Perkara ini terjadi di sebabkan mereka mengongkong diri dan fikiran kepada AYAT-AYAT dari FIRMAN ALLAH yang melarang Mahluk Manusia itu daripada BERTANYA berkenaan dengan PERIHAL ROH.

Lantas...mereka meringankan beban pemikiran kepada perkara-perkara yang lain, sedang ALLAH SWT itu di dalam FIRMAN NYA yang lain..menggesa Mahluk JIN dan MANUSIA supaya MENGENALI SIAPA ITU ALLAH dan APA YANG DI CIPTAKAN OLEH NYA...

Oleh yang demikian...

Kita harus berbalik kepada sifat mempelajari sesuatu itu dari:-

" SUDUT PANDANGAN ALLAH "

kerana ianya memiliki sudut yang lebih luas dan universal.

YOU THINK OF IT

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com

Tags: | Edit Tags
Friday May 15, 2009 - 11:40am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: