Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BDUI SUCI SEJATI - Post #243

RAHSIA BDUI SUCI SEJATI - Post #243 - THE THINK OF...#9 - TECHNOLOGY RBSS #09

THE THINK OF...#9 - TECHNOLOGY RBSS #09

MEN-TECHNOLOGY-KAN PERUBATAN DALAM RBSS

Subjek ini sebenarnya kesinambungan daripada MEDICATIONAL RBSS dari posting yang terdahulu (semak semula)..kerana ramai yang maseh keliru adakah benar melalui keilmuan ini sememangnya wujud Technologynya..

Pada mulanya saya agak keberatan untuk menyambung subjek ini kerana subjek ini terlalu jauh untuk di fikirkan oleh kebanyakan ahli-ahli yang biasa atau untuk kegunaan ahli-ahli yang tidak menganggap bahawa RBSS ini sebegitu luas kemampuannya.

Dimana ramai yang maseh menganggap bahawa RBSS ini hanya sekadar suatu ilmu MEMPERTAHANKAN DIRI yang biasa sahaja atau seperti amalan-amalan Ilmu-Ilmu Kebathinan yang lain.

Jika anda meneliti dari mula Blog RBSS ini di tulis, kesemua rungkaian dan huraian ilmu yang di paparkan telah meningkat dari masa kesemasa...itu menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan yang wujud di dalam RBSS ini cukup luas dan kebanyakannya di luar dari pemikiran manusia biasa..justru itu,maklumat demi maklumat di paparkan kepada umum agar semua manusia itu sedar bahawasanya apa yang anda miliki itu adalah lebih luas daripada apa yang anda fikirkan...

Berbalik kepada subjek MEN-TECHNOLOGY-KAN PERUBATAN DALAM RBSS.......

Seperti di posting yang lalu yang pernah saya sebutkan, ramai yang mengguna-pakai Cara-Cara Perubatan menggunakan RBSS dengan MENIRU CARA BOMOH!!!....kerana pada waktu-waktu yang lalu kita tidak di dedahkan dengan Technology-Technology yang sedia wujud di dalam RBSS kerana TIDAK ADA Guru-Guru yang terdahulu atau pun yang sekarang yang dapat menonjolkan Technology RBSS tersebut secara Ilmiah, ini di sebabkan oleh latar belakang dan pendidikan seseorang Guru itu mempengaruhi corak mereka menurunkan ajaran.

Oleh kerana TIDAK ADA MODEL-MODEL KE-TECHNOLOGI-AN YANG MODEN yang dapat di contohi, maka Guru-Guru terdahulu menggunakan MODEL-MODEL Perubatan CARA BOMOH dan CARA ISLAM untuk diterapkan ke dalam PERUBATAN DALAM RBSS..dan akhirnya ia berterusan sehingga masa kini...

Melalui satu lagi posting yang terdahulu, saya telah merungkai apakah itu TECHNOLOGY dari kefahaman BAHASA, di mana maksud technology itu sendiri bermaksud SESUATU CARA atau METHODE yang DI PERMAJUKAN PENG-APLIKASI-AN nya untuk KEMUDAHAN semua PENGGUNA iaitu Manusia itu sendiri.

Jadi...Technology bermaksud KEMUDAHAN PENGGUNAAN dari CARA-CARA LAMA, maka oleh kerana itu di dalam RBSS semua bentuk KEMUDAHAN itu sememangnya telah wujud di dalamnya...Hanya kita sebagai pengguna tidak menghiraukan sangat perkara-perkara tersebut.

TECHNOLOGY DALAM PERUBATAN......

Penggunaan Technology dalam Perubatan RBSS akan lebih terserlah jika kita lakukan terhadap pesakit-pesakit yang mengalami penyakit pada TUBUH..Dimana TUBUH mereka itu di serang oleh pelbagai KUMAN atau VIRUS sesuatu Penyakit..

Bagaimana Technology itu boleh di lakukan?....

Contoh...Jika seseorang pesakit itu mengidap sakit jantung.

Apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan penilaian samaada penyakit jantung yang di hidapinya itu dalam tahap permulaan, tahap pertengahan atau dalam tahap kronik...

Harus di ketahui bahawa penyakit jantung ini ada pelbagai kategori yang sangat berhubungkait dengan organ-organ sokongan yang lain seperti Limpa, Hati, Buah Pinggang, Hempedu, perut serta organ-organ yang lain...

Jadi..penilaian harus di lakukan dengan teliti samaada menggunakan proses scanning gerak, gerak hati atau penglihatan mata hati dari anda sendiri.

Setelah mengenal pasti kedudukan penyakit pada jantung tersebut maka "PEMBEDAHAN" melalui TECHNOLOGY RBSS harus di jalankan terhadap pesakit...

"PEMBEDAHAN" jenis BerTechnology seperti ini harus di jalankan di dalam suasana yang tenang di antara anda dengan si pesakit, kerana PEMBEDAHAN cara ini menuntut KEJITUAN dan PEMFOKUSAN yang amat tinggi kerana di dalam Proses Pembedahan itu akan berlaku:-

  • Pemotongan pada anggota luar tubuh dengan menggunakan kaedah seperti LASER CUTTING yang di gunakan melalui ISTIMEWA
  • Pembuangan sel-sel penyakit di dalam Tubuh yang telah merosakkan sistem Organ dengan menggunakan LASER BURNING yang juga dari penggunaan ISTIMEWA
  • Pembentukkan semula kerosakkan pada Organ dalaman dengan REKA-CIPTA penggantian yang juga menggunakan ISTIMEWA
  • Juga penyelarasan di dalam pembuluh-pembuluh darah jantung yang tersumbat dengan gabungan pelbagai kaedah seperti Laser cutting & burning, cut & throw atau di gunakan cara-cara yang hanya di ketahui pada saat Operasi itu sedang berjalan.

Semua KAEDAH ini sememangnya telah di adaptasikan oleh doktor-doktor pakar bedah dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan yang canggih menurut keteknologian ciptaan manusia, tetapi dengan RBSS kita hanya perlu MENIRU seperti di dalam kaedah MIMECRY TECHNOLOGY...seperti yang saya huraikan melalui Post #242.

KEBERKESANAN dari hasil pembedahan akan banyak bergantung kepada siapa anda dan sekuat mana anda dapat menjitukan fokus dan minda ketika melakukan proses-proses pembedahan tersebut.

Dan semuanya ini TIDAK BOLEH di lakukan dengan keadaan sambil lewa atau tanpa pengetahuan mengenai INTERNAL ORGAN manusia serta fungsi-fungsinya...dan ianya tidak akan dapat di capai dengan sekelip mata sahaja.

Kerana segala bentuk halangan dan kesusahan yang harus di tempuh itu, ramai ahli-ahli RBSS mengambil jalan mudah iaitu menggunakan ILMU PEMALAS iaitu dengan menggunakan ILMU PERMOHONAN...

Melalui posting yang terdahulu pernah saya kupas mengenai ILMU PERMOHONAN ini, di mana cara pengaplikasiannya hanya dalam bentuk DOA dengan hanya perlu MEMBACA 17 jenis ayat-ayat di dalamnya TANPA PERLU kita melakukan sesuatu USAHA....itu yang di maksudkan sebagai ILMU PEMALAS!!!

Jika kita menggunakan kaedah SHORTCUT seperti ini maka KEPAKARAN kita untuk menggunakan segala TECHNOLOGY di dalam RBSS tidak akan tercapai langsung, dan itu kita berbalik kepada cara kuno ataupun ala bomoh...

Sepatutnya ILMU PERMOHONAN ini HANYA di gunakan sebagai USAHA TERAKHIR KALI jika semua usaha-usaha yangkita cuba lakukan tidak berjaya di lakukan terhadap pesakit...bukan di awal perawatan penyakit!!!!

Cuba anda fikirkan, jika sesuatu hal itu menjadi tersangat RUMIT untuk di selesaikan menggunakan KeTeknologian RBSS terhadap seseorang pesakit....maka anda harus berbalik kepada hal yang melibatkan QADA' & QADAR sesorang pesakit tersebut...dimana melalui posting QADA' & QADAR telah saya rungkaikan permasaalahan tersebut..

Jika ini semua di dalam perkiraan kita, maka setiap penyakit yang menimpa pesakit akan dapat kita tangani dengan mudah kerana kita melakukannya dengan ILMU...

YOU THINK OF IT

Wassallam!

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com.au

APPLICATION FOR KURSUS KEFAHAMAN ARE STILL OPEN
EMAIL YOUR RESUME TO
Tags: | Edit Tags
Sunday April 26, 2009 - 11:03am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: