Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI – Post #171

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI – Post #171

THE ART OF...#15 - MENCARI TUHAN - BHGN 1

Ini merupakan satu tajuk yang sangat sensitif kepada segolongan pihak, dan tajuk ini juga menjadi suatu pegangan kepada segolongan yang lain untuk MENCARI TUHAN yang ingin mereka ketahui, ingin mereka kenali, ingin mereka rasai....

Ada pelbagai-bagai cara yang di lakukan oleh semua lapisan manusia di dalam MENCARI TUHAN iaitu TUHAN YANG MAHA ESA, TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN ALAM!!!

Baru-baru ini, saya tertarik dengan pengakuan seorang ahli RBSS yang mengatakan bahawa, di dalam usia yang sedang menjejaki ke usia senja, adalah lebih baik untuk menambahkan amal ibadah dengan memperbanyakkan amalan sembahyang, berzikir, ke masjid dan mendengar ceramah-ceramah agama yang di anjurkan oleh pelbagai pihak...

Saya kagum dengan semangat yang demikian, kerana ketika meniti usia senja ini mereka di dalam golongan tersebut telah INSAF dan SADAR bahawa MASA mereka untuk BERADA DI MUKA BUMI ini menjadi semakin singkat!!!

TETAPI apabila di tanyakan mengenai amalan RBSS dan di tanya pernahkah melayari Blog RBSS...., dengan wajah yang bersahaja jawapan ini di beri..."Aku dah kira tua, tak payahlah amal bss ni, buat apa aku nak belajar lagi, aku bukan nak jadi tukang ubat atau nak jadi bomoh, lebih baik aku beramal ibadat lagi baik!!!"...Begitulah serba sedikit jawapan yang di luahkan.

APA YANG BOLEH DI PELAJARI

Melalui sesi perbualan di antara saya dengan orang tersebut, apa yang pasti ialah orang tersebut TIDAK MENGETAHUI :-

· APA ITU KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

· APA-APA RAHSIA KETUHANAN DI DALAM RBSS

· APA-APA RAHSIA MANUSIA DI DALAM DIRI

· DAN SEDANG MENCARI TUHANNYA.......

Di dalam gembira saya merasa tersangat sedih, saya gembira kerana orang tersebut telah mula mendekati TUHAN dan INGIN MENCARI TUHAN....saya menjadi sedih kerana orang tersebut TIDAK MENDAPAT DIDIKAN DAN PENGAJARAN YANG SEMPURNA mengenai keilmuan RBSS ini daripada pembimbing-pembimbing yang terdahulu, walaupun telah berpuluh tahun mengamalkan RBSS!!!...

PERSOALANNYA:

SIAPA YANG MENCERNA PEMIKIRAN ORANG TERSEBUT MENGENAI KEILMUAN RBSS INI???...SEHINGGA MENGANGGAP BAHAWA KEILMUAN RBSS INI TIDAK AKAN MEMBEKALKAN MEREKA APA-APA DI HARI AKHIRAT???...DAN TIDAK MENGENALKAN MEREKA KEPADA TUHAN???.............

Perkara sebegini boleh di sifatkan sebagai MENCARI TUHAN DI LUAR DIRI, SEDANGKAN TUHAN BOLEH DI CARI DAN DI TEMUI DI DALAM DIRI!!!...

APA MAKSUD RUNGKAIAN SAYA TERSEBUT?

Yang di maksudkan MENCARI TUHAN DI LUAR DIRI ialah segala PERLAKUAN yang MENCARI TUHAN di mana-mana Surau-Surau, Masjid-Masjid, Ceramah-Ceramah Agama, di Tikar Sembahyang DENGAN HARAPAN untuk MENCARI TUHAN dan MENGENALI TUHAN bagi mendapatkan segala KERAHMATAN dan KEREDHAAN DARIPADA TUHAN SEMESTA ALAM di hujung waktu kehidupan di dunia ini....

SEDANGKAN...di masa-masa yang lalu mereka di dalam golongan ini, sangat AKTIF MENGAMALKAN RBSS tetapi TIDAK MENDAPAT KEILMUANNYA YANG SEBENAR!!!...

Golongan ini merasakan bahawa dengan mempergiatkan diri dengan segala KEGIATAN YANG BERCORAK KEAGAMAAN akan MENEMUKAN MEREKA KEPADA TUHAN YANG MEREKA CARI....

TETAPI mereka tidak sadari BAHAWA melalui PENGAMALAN KEILMUAN RBSS ini di masa-masa AKTIF mereka itu TELAH MENDEKATKAN DAN TELAH MENGHUBUNGKAN MEREKA SECARA LANGSUNG KEPADA TUHAN YANG MEREKA CARI KINI.....

Di mana kini mereka seolah-olah merasakan bahawa mereka berada sangat jauh daripada TUHAN, tetapi HAKIKAT YANG SEBENARNYA ADALAH TIDAK BEGITU!!!.....

Dan mereka di dalam golongan ini MERASAKAN bahawa segala kegiatan melalui keilmuan RBSS ini yang di lakukan oleh mereka di masa-masa yang lalu, TIDAK MENDEKATKAN DIRI MEREKA KEPADA TUHAN, TIDAK MENEMUKAN MEREKA KEPADA TUHAN......

SEBABNYA???........

KERANA segala kegiatan di dalam KEILMUAN RBSS ini mereka TAKRIFKAN sebagai suatu ILMU KEBATHINAN YANG BIASA, DI MANA IANYA TIDAK BERSANGKUT-PAUT DENGAN KEROHANIAN DAN HARI AKHIRAT!!!....

Mereka sebenarnya TIDAK TAHU bahawa DI DALAM ROH mereka itu TELAH DI BERIKAN "SEBAHAGIAN DARIPADA DIRI ALLAH SWT" BAGI MENYEMPURNAKAN PEMBUATAN ROH TERSEBUT...dan KURNIAAN tersebut TIDAK MEREKA KETAHUI sebagai RAHSIA TUHAN YANG PALING AGUNG DI DALAM ROH MANUSIA!!!.....

Perkara yang merungkai persoalan seperti ini telah banyak di muatkan melalui Post-Post yang lalu, walaupun di rungkai secara ringkas tetapi itu boleh di jadikan sebagai CETUSAN MINDA kearah MENCARI TUHAN!!!

Mengenai orang tersebut, saya terasa sedih yang bertambahan kerana ENGGAN untuk melayari BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang banyak menyediakan pelbagai maklumat yang meliputi pelbagai TAJUK mengenai ILMU KETUHANAN...

KEENGGANANnya pula bukan kerana ANTI BLOG RBSS....TETAPI kerana ianya di rasakan tidak akan dapat membantu mereka untuk MENCARI TUHAN!!!!......

Akan bersambung di Bahagian 2

Wassallam!

Professor BSS (profesor_bss@yahoo.com)

Saturday June 7, 2008 - 07:16pm (PDT)

No comments: