Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #183

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #183

KOMENTAR PROFESSOR #11

Pada kali ini saya ingin memberikan suatu KOMEN mengenai email yang baharu saya terima dari seorang ahli, dan extract email tersebut saya lampirkan di dalam post kali ini sebagai WADAH untuk AJK-AJK Persatuan dan Guru-Guru RBSS di seluruh Malaysia...Di mana sesuatu TELAH BERLAKU di sebalik KEWUJUDAN BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...

Apa yang di sebut sebagai SESUATU TELAH BERLAKU ialah HAKIKAT SEBENAR dari KEWUJUDAN BLOG RBSS ini, samaada DI SUKAI atau TIDAK DI SUKAI oleh para AJK-AJK dan GURU-GURU RBSS ialah IA TELAH BANYAK MEMBANTU MENGEMBANGKAN DAN MEMBANGKITKAN KEWIBAWAAN KEILMUAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini ke seluruh dunia dan terutamanya di Negara Malaysia...

Di mana ramai keahlian baharu telah mendapat PENGETAHUAN AWAL melalui PEMBACAAN melalui Blog RBSS ini TERLEBIH DAHULU dan kemudian meneruskan pembelajaran mereka di ketiga-tiga Persatuan RBSS yang ada!!!

Ini telah MEMBUKTIKAN bahawa KEWUJUDAN Blog RBSS ini TELAH MEMBERIKAN KESAN YANG SANGAT MENDALAM terhadap memberi PENERANGAN dan MENYEDIAKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING kepada bakal-bakal pelajar dan juga kepada ahli-ahli yang sediaada...

FENOMENA seperti yang di alami pada hari ini mengenai KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU telah mencerminkan bahawa KEGEMILANGAN dan SEMANGAT INGIN BELAJAR Keilmuan ini telah MENINGKAT SECARA MENDADAK di sebabkan adanya BAHAN RUJUKAN yang dapat di gunakan oleh orang ramai terhadap KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini melalui penulisan di dalam Blog RBSS, di mana pada waktu yang lalu ianya tidak terdapat langsung!!!

Yang terpenting sekali ialah PERSEPSI bahawa Keilmuan RBSS ini adalah tergolong sebagai AJARAN SESAT (seperti yang di wartakan oleh pihak JAKIM) telah dapat di kikis melalui Penerangan-Penerangan yang terperinci mengenai keilmuan ini menurut dari sudut dan hakikat yang sebenar!!!, dan ramai orang telah mula mendapat keyakinan bahawa keilmuan ini BUKAN seperti yang di dakwa sebagai AJARAN SESAT!!!...Buktinya ialah kenaikan peratusan Pelajar baharu yang mempelajari Keilmuan RBSS ini...saya berpendapat pihak-pihak Persatuan dapat mengemukakan Statistik yang sebenar!!!

Akan tetapi, saya merasa sedikit terkilan dengan sikap beberapa "kakitangan" pihak Persatuan yang memberikan penerangan kepada ahli-ahli baharu AGAR JANGAN MEMPERCAYAI BLOG RBSS ini (pernah saya kemukakan di post yang lalu) atau JANGAN TERPENGARUH DENGAN APA YANG DI TULIS OLEH PROFESSOR BSS!!!....Perkara seperti ini DI MAKLUMKAN kepada saya melalui email-email dari para ahli yang datang kepada Persatuan-Persatuan bagi tujuan melanjutkan usaha pencarian di dalam keilmuan ini...

Kerana, dari sudut pemikiran yang paling bodoh pun, jika seseorang itu telah mendapatkan HIDAYAHNYA yang awal dari PEMBACAAN Blog RBSS dan kemudian pergi kepada pihak-pihak Persatuan untuk belajar seperti yang di sarankan melalui Blog RBSS ini juga, KENAPA selepas itu mereka HARUS DI HALANG dan DI ARAHKAN AGAR JANGAN MEMBACA ATAU BELAJAR DARI BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI?????....dan di momokkan bahawa penulisan PROFESSOR BSS ini TIDAK BOLEH DI PERCAYAI???....

Anda buatlah PENILAIANNYA DI SITU, samaada tindakkan yang di lakukan oleh para "kakitangan" Persatuan itu WAJAR atau TIDAK WAJAR???.............

KERANA PERSOALANNYA

Para ahli baharu itu mendapat KEYAKINAN PERTAMA / AWAL DARI MANA????.......

Jadi, saya menyeru kepada semua "kakitangan" Persatuan-Persatuan yang ada agar MEMBUKA HATI DAN FIKIRAN mereka, terimalah hakikat yang sebenarnya!!!....kerana bukan suatu kerja mudah untuk memberikan penerangan-penerangan kepada pihak umum mengenai Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini atau ingin meyakinkan seseorang dan ramai orang tanpa memberikan fakta-fakta yang sebenar menurut kejadian keilmuan ini sendiri...

Saya TIDAK BERTUJUAN untuk mendapatkan sebarang PENGIKHTIRAFAN dari mana-mana Persatuan atau pun Guru...TETAPI anda fikirlah sendiri WAJARKAH anda bertindak demikian???

Kewujudan Blog RBSS dan segala rungkaian dan huraian keilmuan yang di muatkan adalah PERCUMA dan di berikan secara IKHLAS TANPA DESAKAN DARI SESIAPA....

TETAPI ianya di wujudkan atas dasar KESADARAN BAHAWA pada masa lalu dan kini ramai orang TIDAK MENDAPAT PENGETAHUAN YANG SEPATUTNYA serta TIDAK ADA ALTERNATIVE untuk mendapatkan MAKLUMAT TAMBAHAN....itu ironinya!!!

Kepada ahli-ahli RBSS yang baharu belajar dan yang sedang mula belajar serta kepada ahli-ahli yang ingin belajar secara lebih mendalam lagi berkenaan keilmuan ini, saya nasihatkan agar memperbanyakkan membaca segala apa yang terkandung di dalam Blog RBSS ini, kerana apa yang anda cari dan yang ingin anda ketahui telah di muatkan di dalamnya samaada secara telus atau secara simbolik sahaja...yang penting anda terus menerus mengkajinya!!!!

Jika anda bijak mencari maka anda akan mendapat Kerahsiaan demi Kerahsiaan melalui segala apa yang di rungkaikan di dalamnya, jangan hanya setakat membaca sahaja!!!...jika setakat membaca maka Kerahsiaan di dalamnya tidak dapat anda miliki.....jadi maksud MENCARI ialah anda kaji dan fahami apa yang tersirat dan yang tersurat!!!!

Penulisan Blog RBSS ini akan tetap bersambung dari satu tajuk kepada tajuk yang lain, tetapi sedikit kebijaksanaan di perlukan dari diri anda bagi memecahkan code-code yang tersembunyi maknanya...itu bertujuan untuk mengekalkan Kerahsiaan TERAS di dalam keilmuan ini!!!

Nasihat saya ialah, di dalam melakukan KAJIAN anda JANGAN BERSENDIRIAN...gunakan rakan-rakan seperjuangan untuk bersama-sama mempelajari dan menelaah keilmuan yang di muatkan melalui Blog RBSS ini...jika memerlukan penjelasan tambahan, anda boleh emailkan kepada saya melalui alamat email yang tertera...TETAPI anda kini harus mematuhi SYARAT-SYARAT untuk mengemukakan soalan seperti yang saya kemukakan melalui KOMENTAR PROFESSOR #10.....jika anda gagal melakukannya maka soalan anda tidak dapat di layan!!!

Sebagai mengulangi, SYARAT-SYARAT untuk mengemukakan soalan melalui emai ialah:-

1. Nama Sebenar anda di sebalik Nickname yang ada

2. Nama Persatuan dan Guru yang anda anggotai

3. Peringkat di dalam RBSS

4. Berapa lama anda belajar atau tahun anda mengisi

5. Alamat Email peribadi anda

6. Tambahan Syarat ialah Usia atau Umur anda

Semua ini menjadi syarat bagi memastikan apa yang di soal akan dapat di jawap menurut keperluan, dan juga bagi mengelakkan sikap dari orang-orang yang tidak bertanggungjawap...Jika anda JUJUR serta IKHLAS, saya berpendapat syarat-syarat tersebut adalah "biasa sahaja"....melainkan jika anda ada niat yang TIDAK JUJUR!!!...

Di bawah ini adalah extract email seperti yang saya maksudkan...bacalah dan buatlah penilaian anda sendiri....

Re: APA KHABAR DI SANA?

N***** Bss

ViewWednesday, June 25, 2008 1:49:16 PM

To:Professor BSS Sejati professor_bss@yahoo.com

A'salam

Minggu lepas seramai 65 ahli baru telah membuat pengisian melalui Jemaah Guru - Hj Masri di Pekan Pahang. Tahniah atas usaha Prof selama ini dimana dgn keujudan blog ini ramai yg mencari akan rahsia haq. Rata-rata saya mendapat maklum balas bahawasanya orang ramai yang hadir pada malam itu mengetahui dan mendapat maklumat awal dari blog prof (internet) malah ada juga yang datang dari Terengganu.

Sekian. W'salam


Post 167 - Komentar Professor #9

N***** Bss

Monday, June 23, 2008 8:52:54 PM

To:professor_bss@yahoo.com

Post 167 telah selamat saya baca dan ikhlas secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada Prof atas usaha yang telah Prof lakukan sehingga hari ini. Ekoran keujudan blog ini... saya mempunyai rakan rakan baru yang berada di negeri negeri lain. Cuma masa sahaja yang menentukan untuk ketemu sesama sendiri.

Maka dengan ini saya Tahniah & Jutaan terima kasih saya... sehingga nafas yang terakhir atas usaha dan susah payah Prof mengujudkan blog ini dimana saya mendapat manfaat yang besar dalam menjalinkan hubungan siratulrahim yang akrab dengan ahli-ahli BSS tidak mengira Persatuan malah mungkin di masa akan datang diharap rezeki bertemu degan otai otai - Hidup kita salaing hormat menghormati - tiada yang lama makan tiada yang baru seperti saya.

Selamat maju jaya dan diberkati semua.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday June 25, 2008 - 02:19pm (PDT)

No comments: