Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #244

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #244 - THE THINK OF...#10 - TECHNOLOGY RBSS #10

THE THINK OF...#10 - TECHNOLOGY RBSS #10

LAM JA LALA vs RBSS......KONFLIK DALAM TECHNOLOGY

Subjek ini saya ketengahkan sekali lagi kerana maseh ramai lagi ahli-ahli RBSS di seluruh Nusantara belum memahami kedudukan kedua-dua ilmu tersebut dengan jelas.

APA KAH SEBAB UTAMANYA.....

Pertama.....

Kerana pihak Guru-Guru RBSS yang ada mewar-warkan bahawa untuk menjadi seseorang ahli RBSS yang Hebat yang Kuat yang Universal, seseorang ahli RBSS itu harus ADA dan MENGAMALKAN Empat (4) Jenis Ilmu berikut:-

  1. Harus ada RBSS
  2. Harus ada LAM JA LALA
  3. Harus ada PERMOHONAN
  4. Harus ada GERAK

Oleh di sebabkan kata-kata itu di lafazkan oleh pihak Guru-Guru, maka semua murid telah MENANAM SATU KEYAKINAN BAHAWA:-

KE-EMPAT-EMPAT JENIS ILMU ITU ADALAH DALAM ILMU RBSS DAN IANYA HARUS DI MILIKI DAN DI AMALI (Menjadi WAJIB)

Sebab-sebab pihak Guru-Guru berkata demikian atas alasan yang berikut:-

  • RBSS adalah sebagai PELINDUNG DIRI dan HANYA KUAT untuk MENARIK / MENCABUT sesuatu (terutama mahluk halus)
  • LAM JA LALA sebagai ALAT untuk di gunakan di dalam TINDAKKAN seperti untuk MENANGKAP / MENGIKAT mahluk halus dan untuk di gunakan di dalam Permainan seperti GERAK
  • PERMOHONAN untuk di gunakan sebagai ALAT untuk MENYEMBUHKAN sesuatu PENYAKIT pada diri PESAKIT
  • GERAK sebagai ALAT untuk di jadikan sebagai PENGESAN dan juga sebagai ALAT untuk melakukan PERMAINAN GERAK TEMPUR

Semua FAKTA-FAKTA di atas adalah BETUL dari SUDUT PENGAPLIKASIANnya sahaja dari sudut ILMU-ILMU tersebut secara INDIVIDU.

TETAPI...pada HAKIKAT yang sebenar Fakta-Fakta tersebut TIDAK BENAR dan BERCANGGAH dengan PRINSIP KEILMUAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...yang lebih tepat ianya adalah BERTENTANGAN KEMAKRIFATAN atau TUJUAN atau MATLAMAT.

MENGAPA......

Pertama...

Seperti yang selalu saya huraikan di dalam banyak posting, Keilmuan RBSS ini adalah SATU, cuma SATU, semua dalam SATU, tidak memerlukan SESUATU bagi semua CORAK PENGAPLIKASIANnya dan BERDIRI SENDIRI di dalam ILMUnya yang TERSENDIRI....

Itu bermaksud...Melalui RBSS itu sendiri segala KEBOLEHAN yang Wujud di dalam lain-lain ILMU sememangnya WUJUD di dalam RBSS itu sendiri...Kerana itulah RBSS itu di katakan suatu ILMU yang BERDIRI SENDIRI.

(perkara ini telah banyak di sentuh melalui banyak posting - rujuk/semak semula posting yang lalu)

Kedua...

LAM JA LALA merupakan suatu ILMU yang KHUSUS kepada ILMU KEJASADAN yang di cedok dari ILMU TAUHID dan berteraskan kekuatan ZAT & SIFAT dan hanya tumbuh di dalam BADAN MANUSIA sahaja...bukan pada ROH.

LAM JA LALA menurut ILMU KETAUHIDAN ia di kalsifikasikan di dalam ILMU SIFAT 20 yang menjelaskan kedudukan REKA BENTUK JASAD dan KEKUATAN yang ada pada JASAD.

LAM JA LALA juga merupakan ILMU yang BERTERASKAN HUKUM ISLAM di mana KEJASADAN itu akan tertakluk kepada segala HUKUM HAKAM yang wujud di dalam ISLAM itu sendiri seperti yang termaktub di dalam RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN

LAM JA LALA ini lah yang DI AMALKAN oleh Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, Tabi-i, Tabi-in, Ulamak, Ahli Sufi dan Penganut-Penganut Agama ISLAM umumnya.

Dan LAM JA LALA ini boleh DI PELBAGAIKAN segala PENGAPLIKASIAN nya melalui pelbagai CARA samaada yang berbentuk DAKWAH, IBADAH, PERTAHANAN DIRI atau PENGGUNAAN KEKERAMATAN seperti bentuk-bentuk ILMU KEBATHINAN.

Pada hari ini, keilmuan LAM JA LALA init telah tumbuh bagaikan cendawan di seluruh pelusuk Dunia dengan di berikan pelbagai nama berdasarkan kepada siapakah PELOPORnya (terlalu banyak sangat)

Saya akan perkatakan lagi selepas menghuraikan dua lagi perkara iaitu PERMOHONAN & GERAK....

Ketiga...

PERMOHONAN merupakan suatu ILMU yang di cedok daripada beribu-ribu CARA BERDOA ke HADRAT ILLAHI bagi mendapatkan KEREDHAAN dan KESEMPURNAAN SESUATU HAJAT.

PERMOHONAN adalah SUSUSAN MANUSIA yang sangat FAHAM selok-belok BERMOHON ke HADRAT ILLAHI dan ia di susun sebegitu rupa agar setiap DOA kita DI MAQBULKAN.

PERMOHONAN berasal dari ILMU HAKIKAT yang di terbitkan oleh ILMU SYARIAT lalu di proses melalui ILMU TARIKAT dan seterusnya di gunapakai oleh ILMU TASSAWUF...

Dan kini ILMU PERMOHONAN boleh di gunakan dan di amalkan oleh golongan UMUM sebagai satu ALAT untuk meminta sesuatu daripada Allah swt.

PERMOHONAN bukan ILMU MANUSIA tetapi ianya di ILMUkan kerana ianya HAQ MUTLAK Allah swt yang menguasai dan memiliki KESEMPURNAAN dan yang melaksanakan sesuatu PENENTUAN terhadap sesuatu HAL.

Keempat...

ILMU GERAK ini merupakan suatu ILMU yang hanya DI MILIKI oleh Allah swt yang MAHA MENGGERAKKAN SESUATU ( Ya Hayyu Ya Qayyum)

ILMU GERAK di ketuai dan di jaga oleh MALAIKAT JIBRIL as yang bertugas bagi pihak Allah swt untuk MENGGERAKKAN SESUATU.

ILMU GERAK ini boleh MENIRU apa juga jenis PERGERAKKAN yang wujud di ALAM MAYA ini tanpa BATASAN.

ILMU GERAK ini juga boleh MEMBANGKITKAN SEGALA SEMANGAT DAN KEKUATAN JASAD MANUSIA menjadi AGGRESIVE melebihi kekuatan kudrat seseorang manusia itu sendiri.

APA YANG BOLEH KITA FAHAM.....

Apa yang boleh kita FAHAMI melalui rungkaian keempat-empat jenis ILMU tersebut ialah, kesemua Ilmu-Ilmu tersebut memiliki:-

  • Berlainan FUNGSI
  • Berlainan PERANAN
  • Berlainan KEKUATAN
  • Berlainan ASAL USUL
  • Berlainan APLIKASI

TETAPI IANYA BOLEH WUJUD SERENTAK DI DALAM SATU TUBUH MANUSIA...

Dan itu memberi maksud bahawa jika keempat-empat jenis ILMU itu di AMALKAN serentak melalui SATU TUBUH....Maka KONFLIK ILMU itu berlaku di dalam DIRI MANUSIA itu dan akan menjejas KEMAKRIFATAN dan MATALAMAT seseorang Manusia itu hidup sebagai orang yang BERCAHAYA BUDI.

Berbalik kepada soal LAM JA LALA...

LAM JA LALA ini jika di turuti jalan ilmunya yang sebenar-benarnya, ia merupakan suatu AMALAN Ahli-Ahli Tarikat / Tassawuf di Awal perkembangan ISLAM selepas zaman Nabi Muhammad swt.

Dimana melalui keilmuan LAM JA LALA ini lah seseorang itu di WAJIBKAN melakukan Amalan-Amalan WIRID dan ZIKIR yang tertentu bagi menambah Amalan-Amalan WAJIB di dalam ISLAM untuk di jadikan sebagai ALAT bagi MENGEMBANGKAN sesuatu KEITIMEWAAN yang tersembunyi di dalam PENCIPTAAN JASAD.

Kesemua WIRID dan ZIKIR di dalam ilmu LAM JA LALA ini adalah dalam bentuk ZIKIR ZAT dan ZIKIR SIFAT...yang menjurus terus kepada hal-hal KEJASADAN seperti yang tertakluk di dalam SIFAT 20.

Namun demikian...Kesemua jenis-jenis WIRID dan ZIKIR yang di amalkan itu cenderung kepada kekuatan KEJASADAN, tetapi KAMAKRIFATAN segala AMAL dan PERBUATANnya pula kearah PEMBINAAN JEMBATAN untuk mendapatkan kekuatan NUR BUDI, seperti yang tersirat di dalam MAKRIFAT ILMU TARIKAT dan ILMU TASSAWUF.

Mereka MAHUKAN apa yang dikatakan itu NUR BUDI kerana mereka MENYADARI bahawa NUR BUDI itu hanya dapat di milki jika HANYA Alla swt itu MENYUKAI kita dan di senaraikan ke dalam senarai ORANG-ORANG YANG DI KEHENDAKI OLEH NYA (seperti yang tersirat di dalam Surah An-Nur)

Kerana mereka tahu bahawa dengan MEMPRAKTIKKAN AMALAN LAM JA LALA yang juga merupakan suatu jalan PEMBERSIHAN JIWA/HATI, maka Allah swt akan menjadi suka kepada kita lalu di KURNIAKAN KECAHAYAAN NUR BUDI.

NUR BUDI ini lah IDAMAN para Ahli-Ahli SUFI bermula dari zaman Nabi Muhammad swt mula mengembangkan apa itu ISLAM.

YANG MENJADI KONFLIK BESAR

Di antara keilmuan LAM JA LALA dengan RBSS pada zaman ini, adalah dalam bentuk KEMAKRIFATAN atau MATLAMAT atau HALA TUJU nya yang BERTENTANGAN.

Kerana keilmuan LAM JA LALA pada hari ini telah banyak di lakukan PENGUBAH-SUAIAN dari sudut PENGAPLIKASIAN nya mahupun HALA TUJUnya.

Di mana pada hari ini LAM JA LALA itu DI KLASIFIKASIKAN sebagai suatu ILMU TEMPUR dan ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI yang berunsurkan Sifat ZALIM & KHIANAT.

Dan bukan lagi sebagai ILMU yang di gunakan sebagai ALAT PEMBERSIHAN DIRI dari Sifat-Sifat yang di wujudkan oleh NAFSU melalui KEJASADAN yang berlandaskan ISLAM.

Kerana PERUBAHAN dari segi KE-TECHNOLOGY-AN nya yang berubah fungsi, maka LAM JA LALA pada hari ini sudah tidak RELEVAN dengan HAKIKAT ISLAM itu di turunkan KEPADA MANUSIA HARI INI.

Mungkin RUNGKAIAN ini agak kasar bunyinya TETAPI itulah HAKIKAT yang sebenar berlaku di sana sini pada hari ini.

Sememangnya ADA CARA atau pun METHODE yang sempurna untuk mengamalkan keilmuan LAM JA LALA ini menurut ACUAN nya yang sebenar IAITU dari Pencptaan TUBUH Manusia yang bernama ADAM.

Dan jika itu dapat di lakukan oleh semua Manusia...segala KONFLIK ILMU di antara LAM JA LALA dengan RBSS dapat di selaraskan semula...dan kita akan menjadi seorang MANUSIA yang tidak lagi melakukan KONFLIK ILMU di dalam SATU TUBUH.

YOU THINK OF IT

Wassallam!

Professor BSS

professor_bss99@yahoo.com.au

APPLICATION FOR KURSUS KEFAHAMAN ARE STIL OPEN
SEND YOUR RESUME TO
APLICATION OPEN TO ALL

Tags: | Edit Tags
Monday April 27, 2009 - 12:54pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 2 Comments

No comments: