Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #231

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #231 - THE THINK OF..#2 - TECHNOLOGY RBSS - 02

THE THINK OF..#2 - TECHNOLOGY RBSS - 02

MENANGANI MAHLUK HALUS (JIN SYAITAN)

Saya tertarik untuk mengupas dan merungkai perkara berkenaan dengan hal-hal yang bersangkutan dengan mahluk-mahluk halus seperti Jin / Syaitan ini.

Di mana, setelah di rungkai di posting yang lalu, maseh ramai lagi yang merasa keliru mengenai nya atau tidak dapat menyelami apa yang tersirat dan yang tersurat...lalu mereka tidak dapat merubah gaya tindakkan menurut cara yang seharusnya di lakukan menurut Technology yang wujud di dalam RBSS..

Contoh yang sering di lakukan oleh para ahli-ahli rbss waktu kini....

Menangkap mahluk jin mereka harus menggunakan ilmu Lam Jalala dan Permohonan serta di campur dengan tindakkan RBSS....

Persoalannya Pertama....adakah cara tersebut itu perlu atau Tindakkan yang harus di lakukan untuk menangkap mahluk jin?????....

Kedua...Apakah kekurangan yang wujud di dalam keilmuan RBSS sehingga kita harus menggabungkan lain-lain keilmuan seperti Lam Jalala dan Permohonan untuk menangkap mahluk jin?????..

Melalui posting yang berkenaan (yg lalu) saya pernah menerangkan bahawa dengan menggunakan 100% RBSS kita mampu untuk menangkap mahluk jin tanpa bantuan lain-lain ilmu tambahan...

Contoh...

Ingin menangkap mahluk jin sekitar 500 - 1000 meters dari kita, itu bermakna mahluk jin itu sedang bergerak menurut keperluan mereka sendiri, dan mereka bukan mahluk yang duduk diam atau statik kedudukannya...

Melalui cara yang selalu di lakukan oleh para ahli, mereka akan terlebih dahulu "menangkap" mahluk jin tersebut dengan menggunakan tenaga Lam Jalala, seperti menggunakan "tali", "rantai" atau alat-alat yang serupa bagi tujuan "menangkap"....kemudian, mereka akan menggunakan tenaga RBSS untuk "menarik" mahluk jin tersebut untuk di masukkan ke dalam botol!!!....atau mereka akan "menarik" mahluk jin yang telah "terikat" itu dengan menggunakan kaedah Lam Jalala yang sama seperti perlakuan kita "menarik" tali dengan cara yang nyata...proses ini akan banyak menggunakan tenaga zahir sesorang ahli itu sendiri...dan akan memakan masa yang agak panjang untuk di selesaikan.

Proses menangkap cara sebegini sebenarnya adalah cara KUNO yang di ilhamkan oleh keilmuan lain yang tidak memiliki KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!...

Jika menggunakan cara 100% RBSS....

Untuk mahluk jin yang berada dalam jarak 500- 1000 meters dari kita....perkara pertama yang harus di lakukan oleh ahli RBSS ialah "mengunci" mahluk jin tersebut daripada bergerak, dan penguncian itu boleh di gunakan Jurusan dari "Dua Pendat"...dan apabila sudah "terkunci", maka mahluk jin itu sudah boleh di tarik dan di hapuskan atau di lakukan apa sahaja menurut kehendak kita...

Jika untuk di hapuskan, sesudah di tangkap atau di kunci maka mahluk jin itu sudah boleh di tarik dengan menggunakan Jurusan dari "Tiga-Tiga"....harus di ingat bahawa, jika mahluk jin ini tersentuh sahaja KeCahayaan Budi, mahluk jin ini secara otomatik akan berubah rupa bentuk mereka kepada yang asal iaitu dalam bentuk "bebola Api"....ini akan berlaku sewaktu kita menggunakan Jurusan Dua Pendat itu lagi....

Setelah mereka bertukar menjadi bebola api, maka dengan mudah kita menarik mereka dengan Jurusan Tiga-Tiga dan terus di benamkan ke dalam 7 Petala Bumi bagi tujuan "memulangkan" mereka ke dalam tempat asal usul mereka sendiri....

Di sini, kita tidak perlu memasukkan mahluk jin itu ke dalam botol-botol...ini adalah kerana mahluk jin ini sangat mudah untuk melepasi apa juga rintangan yang berbentuk pepejal...tidak kira yang di buat daripada kaca, besi, kayu dan sebagainya itu...kerana sifat semula jadi mereka yang sangat halus atau halimunan......sesuatu pekerjaan yang sangat "bodoh" untuk mengurung mahluk jin di dalam botol!!!

Cara yang saya sebutkan ini iaitu 100% RBSS adalah di dalam tahap Amatur atau sama tahap dengan Peringkat yang di bawah Peringkat Dewasa sahaja, kerana di bawah Peringkat Dewasa, seseorang hali itu sangat perlu Tindakkan yang bercorak Praktikal atau Kesyariatan yang memerlukan suatu Tindakkan yang di susun atur proses-proses pembuatan sesuatu Tindakkan....

Berlainan Tindakkan yang menggunakan tahap atau taraf Peringkat Istimewa atau Peringkat Penutup!!!...di mana melalui kedua-dua Peringkat ini, sesuatu Tindakkan yang 100% RBSS itu sudah tidak perlu lagi Tindakkan yang bercorak Praktikal atau Kesyariatan....hanya dengan NIAT dan KERJA-KERJA yang di lakukan DI DALAM KEMAKRIFATAN.....

KERJA-KERJA atau TINDAKKAN yang di lakukan di dalam KEMAKRIFATAN ini lah yang di sebutkan sebagai TECHNOLOGY CANGGIH yang wujud di dalam RBSS...

Contoh nya....

Untuk menangkap mahluk jin yang dalam jarak 500 - 1000 meters dari kita, melalui KeIstimewaan, kita hanya perlu MENIATKAN apa yang mahu kita lakukan atau capai, maksudnya, kita mahu pakan mahluk jin tersebut?...mahu di di benam ke dalam 7 Petala Bumi ke?, mahu terpenjara di sesuatu tempat atau lokasi yang kita mahu ker?, atau ingin mahluk jinitu di masukkan ke dalam tubuh sesiapa ker?....dan dengan sekali NIAT, dalam sekelip mata sahaja mahluk jin itu akan berada di lokasi tau pun tempat yang kita NIATKAN....

Dari sudut TEKNIKAL nya, perkara pemidahan mahluk jin itu ke lokasi yang kita tetapkan BUKANLAH sesuatu yang AJAIB atau MAGIC!!!...tetapi ia memiliki suatu proses pemindahan seperti "biasa" kita lakukan di dalam Peringkat Dewasa ke bawah, cuma Tahap masa PEMINDAHAN itu sahaja yang berlaku dengan PANTAS dan lebih pantas dari masa jarum SAAT!!!!................

Tetapi..itu bukan bermaksud cara pemindahan itu tidak ada proses-proses yang sistematik di dalamnya...ia maseh wujud jika kita perlahankan masa yang pantas itu seperti kita slow motionkan masa.....

Inilah keunikan Tindakkan yang wujud di dalam KeIstimewaan RBSS, di mana ianya akan berlaku dengan sangat pantas dan di luar jangkaan pemikiran manusia biasa....

Berbalik kepada penggunaan lain-lain ilmu tambahan seperti Lam Jalala dan Permohonan yang menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran untuk menangkap dan mengunci mahluk jin....yang di gunakan oleh para ahli-ahli RBSS di masa kini...

Saya suka mengatakan bahawa perbuatan anda itu adalah berbalik kepada zaman yang kuno atau ke zaman dahulu kala di mana keilmuan RBSS ini maseh belum di ketahui oleh ramai....dan ianya sama sekali bertentangan dengan Prinsip Keilmuan RBSS itu sendiri...

Cuba bayangkan, jika tidak terdapat keilmuan Lam Jalala dan Permohonan...adakah dengan hanya ber-RBSS kita tidak mampu untuk menangkap dan menarik mahluk jin tersebut???....anda cuba fikirkan kelogikan perkara tersebut!!!....

Dan diri saya sendiri semenjak 31 tahun yang lalu tidak menggunakan Lam Jala danPermohonan di dalam melakukan kerja-kerja menangkap dan menarik mahluk jin tetapi maseh tetap dapat melakukannya dengan baik tanpa perlu bergantung pada keilmuan Lam Jalala danPermohonan....apa yang boleh anda fikirkan di situ?????

Dan saya juga tidak pernah melakukan kerja-kerja memasukkan mahluk jin ke dalam apa-apa bekas atau botol!!!...ini di sebabkan fakta bahawa mahluk jin itu boleh melepasi apa juga bentuk halangan yang berbentuk pepejal!!!!....

Ada juga hujah yang mengatakan bahawa mereka telah "mengunci" atau "shieldkan" botol-botol sebelum memasukkan mahluk jin kedalamnya....supaya jin-jin itu tidak dapat keluar!!!....

Persoalan yang bersangkutan adalahseperti berikut....jika kita mampu untuk membuat "kunci" atau "shield" pada botol atau pun sesuatu bekas, apa perlunya kita memasukkan jin-jin tersebut ke dalam botol???...kenapa tidak "ciptakan" sahaja "shield" yang berbentuk botol dan masukkan jin tersebut ke dalamnya, kan cara itu lebih afdhal!!!!!..(jika mahu di buat begitulah)

tetapi..jika benar jin-jin yang di tangkap itu sememangnya melakukan onah, mengapa pula kita harus memenjarakan mereka di mana-mana botol atau di buang ke laut, ke darat dan sebagainya, kerana jin-jin itu akan sekelip mata sahaja akan kembali datang ke tempat mereka di tangkap jika mereka mahukan....ini berdasarkan bahawa mahluk jin itu boleb bergerak lebih pantas dari pergerakan cahaya matahari!!!!....dan jika mahukan jin-jin tersebut tidak mengganggu urusan manusia lagi, mengapa tidak sahaja jin-jin itu di kembalikan ke tempat asal mereka sendiri iaitu di 7 Petala bumi????...

Oleh itu...saya ,enasihatkansemua ahli-ahli RBSS agar lebih berwaspada di dalam segala Tindakkan anda ketika melakukan kerja-kerja menangkap dan menarik mahluk jin ini...jangan jadikan diri anda dari menjadi bahan ketawa mahluk jin ini....kerana kewujudan mereka di Alam ini adalah lebih 40,000 tahun lebih lama dari mahluk manusia dan Technology yang mereka miliki juga bermakna lebih 40,000 tahun lebih camggih dari mahluk manusia!!!!!....Akan tetapi mereka tidak memiliki KECAHAYAAN CAHAY BUDI sahaja!!!

You THINK OF IT..........

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com

or

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Tags: | Edit Tags
Friday March 6, 2009 - 10:36am (PST) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: