Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #202

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #202

THE SECRET OF...#6 - KAITAN RAMADHAN

Sempena Bulan RAMADHAN yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk merungkai di sebalik RAMADHAN dengan KERAHSIAAN DI DALAM KEILMUAN INI...

Melalui post yang lalu, saya ada menyebut bahawa melalui Lima (5) PRINSIP RBSS di dalamnya itu adalah reflection atau balikan daripada RUKUN yang ada Lima (5) juga di dalam ISLAM...

Jadi, jika di perhatikan RAMADHAN ini jatuh kepada RUKUN KE-3 ISLAM dan reflectionnya di dalam KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ialah melalui PRINSIP KE-3 juga iaitu PERNAFASAN!!!

Apa yang boleh kita singkap melalui kedua-dua Rukun dan Prinsip tersebut???.....

Dalam ISLAM, di dalam RAMADHAN setiap Mahluk Manusia yang berteraskan ajaran ISLAM di seru untuk menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari bagi mengajar diri kita ini bahawasanya akan ada manusia-manusia lain di bahagian dunia ini yang sepanjang harinya kelaparan untuk sepanjang hayat mereka di sebabkan pelbagai perkara...

Justru itu, ISLAM menggalakkan umatnya supaya mengajar diri bagaimana perasaan susahnya payahnya apabila kekurangan makan dan minum, melalui penghayatan sepanjang RAMADHAN inilah nilai-nilai tersebut di semai dan di suburkan supaya kita tidak sombong dan angkuh dengan apa kenikmatan yang kita kecapi sekarang...kerana di dalam Hak kita itu di peruntukkan Hak orang lain di dalamnya, maksud yang jelas ialah apa juga kekayaan harta benda, wang ringgit dan ilmu-ilmu yang kita miliki itu di kehendaki oleh Allah SWT di agihkan kepada orang-orang yang memerlukannya menurut syarat-syarat yang di tetapkan di dalam Syarak...

Jika kita tidak mengendahkan perkara-perkara ini maka kita akan menghadapi pelbagai pembalasan sepanjang hayat dan selalunya akan di kembalikan kepada kita apabila kita di dalam keadaan yang kurang daya upaya...dan pada waktu itulah kita akan merasai bagaimana susahnya orang yang sedang susah!!!

Jelasnya di sini, BERPUASA yang menahan diri dari perasaan LAPAR dan DAHAGA itu adalah merupakan suatu KEHIDUPAN....

Dan setiap KEHIDUPAN itu pula merupakan suatu MAHLUK yang di cipta oleh Allah SWT, dan setiap MAHLUK itu pula ada cara PERNAFASANNYA!!!!...

Itulah sebabnya melalui PRINSIP KE-3 RBSS setelah KEYAKINAN dan JURUSAN, PERNAFASAN memainkan peranan penting di dalam pembinaan KECAHAYAAN yang di lakukan samaada ketika Latihan Berjurus mahupun di dalam Tindakkan...

Itu pula membawa maksud bahawa yang BERNAFAS itu adalah MAHLUK yang di cipta dan di hidupkan oleh Allah SWT lalu di berikan nyawa bagi meneruskan kehidupan seterusnya...dan NAFAS yang di lakukan oleh setiap Mahluk itu pula, tidak lain dari mengungkapkan segala Puji-Pujian ke hadrat Allah SWT yang menciptakannya.

Di sebalik NAFAS itu pula tersemat Rahsia-Rahsia Allah yang sangat luas pengertiannya, di mana melalui PERNAFASAN lah kekuatan ZAT DAN SIFAT NYA itu berfungsi mengatur segala kerajaan yang di miliki oleh sesuatu TUBUH MAHLUK!

Daripada semua penjelasan itu, kefahaman yang sebenarnya ialah sebagai seorang Mahluk Manusia yang berkelebihan memiliki AKAL yang lebih cerdik daripada mahluk yang lainnya, telah di berikan suatu AMANAH oleh Allah SWT agar lebih peka atau lebih bertimbang rasa terhadap apa yang berada dan berlaku di sekeliling diri kita...

Jadi, apa juga kekuatan, kelebihan, kekayaan, kepandaian, keilmuan dan segala yang kita miliki sekarang adalah bermakrifatkan sifat dan sikap fisabilillah atau melakukan apa juga pekerjaan kerana Allah SWT dan bukan semata-mata untuk diri sendiri sahaja...

Tetapi, nilai-nilai tersebut amat sukar untuk di semat di hati sanubari setiap Mahluk Manusia sehingga Allah SWT mewujudkan RAMADHAN di dalam setiap Tahun yang kita lalui dan di dalam setiap Jurusan dan Tindakkan di dalam RBSS juga di sematkan PERNAFASAN sebagai PERINGATAN SIAPA DIRI KITA YANG SEBENARNYA INI....

Jika anda mempelajari ISLAM hanya setakat untuk beragama sahaja maka tujuan anda itu meleset dari landasan yang sebenar, BEGITU juga halnya dengan tujuan anda mempelajari dan memiliki RBSS, jika hanya untuk kuat dan untuk mempertahankan diri sahaja maka ianya telah jauh terpesong dari tujuan KeCahayaan Cahaya Budi itu di kurniakan pada setiap Manusia...

KEFAHAMAN yang sebenar akan hanya wujud dan dapat disadari setelah dinding-dinding atau Hijab yang meliputi Hati Sanubari kita itu dapat di kikis satu persatu sehingga dapat menerima KECAHAYAAN yang sebenar-benarnya, di mana pada waktu itu kelak akan cukup jelas perjalanan atau halatuju kehidupan kita ini yang di ciptakan oleh Allah SWT, dan kita akan dapat melihat SIRATAL MUSTAKIM yang kita akan lintasi di dalam kehidupan masa kini!.

Itu KESIMBOLIKAN yang wujud di dalam RAMADHAN DAN PERNAFASAN!.....biarlah kita bertindak sebagai pembersih (cleaner) daripada bertindak sebagai pengotor (dirt maker), kerana kerja-kerja pembersihan adalah lebih sukar daripada kerja-kerja membuat kotor!...

Terpulang kepada diri anda semua untuk bagaimana menyelami dua perkara tersebut, kerana yang penting sekarang ialah kedua-duanya telah Allah SWT wujudkan untuk kita lalui sepanjang hayat, kepada yang mengerti di sebalik kedua perkara tersebut maka mereka adalah tergolong di dalam orang-orang yang beruntung dan sangat di kasihi oleh Allah SWT, manakala yang amat sukar untuk memahaminya maka mereka ini sebenarnya di luar KeRahmatan Allah SWT dan memerlukan bantuan daripada yang memiliki kefahaman kejadian ini...

Tetapi....itu terpulang kepada tujuan dan halatuju kehidupan anda sendiri kerana segala pilihan terletak di tangan anda, di mana imbalannya (rewards) hanya ada Dua (2) perkara sahaja....SYRUGA ATAU NERAKA!!!..........

Selamat Menjalani Ibadah Puasa sehingga ke penghujung RAMADHAN dan selamat Berjurus!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday September 1, 2008 - 09:32pm (PDT)


No comments: