Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #180

THE ART OF...#22 - SYRUGA NERAKA

Post kali ini saya ingin memperkatakan mengenai SYURGA NERAKA di mana ia adalah KESINAMBUNGAN dari Post #177 KUASA ALLAH.

SYURGA NERAKA adalah BUKTI KUKUH bahawa ALLAH SWT itu TIDAK MENGAWAL SEGALA KEHENDAK NAFSU BANGSA MANUSIA semasa mereka itu maseh hidup di dalam dunia ini...

Cuba kita ingati kembali bahawa setiap PERTUMBUHAN DAN PENTADBIRAN JASAD adalah di bawah KEKUASAAN ALLAH SWT seperti yang pernah saya terangkan melalui Post #175...inilah yang di katakan bahawa ALLAH SWT itu BERKUASA terhadap Bangsa Manusia kerana MENTADBIR segala URUSAN DALAMAN JASAD MANUSIA...manakala berkenaan dengan KEROHANIANnya, ALLAH SWT memberikan ruang bagi setiap ROH MANUSIA untuk MEMILIH APA YANG DI SUKAI...

Perkara KEKUASAAN ALLAH SWT adalah seperti mana yang tertera di dalam Asma ALLAH yang bernama AL-WADI (rujuk Post #177) yang menunjukkan KEKUASAANNYA TERHADAP MAHLUKNYA, dan yang memberikan segala KEISTIMEWAAN dan KEBESASAN untuk manusia memilih APA YANG INGIN DI LAKUKANnya adalah berdasarkan kepada Nama-Nama ALLAH SWT yang lainya seperti yang saya sebutkan di dalam Post #177 juga...

APA PERANAN SYURGA NERAKA

Oleh kerana ALLAH SWT itu memberi kebebasan UNTUK MANUSIA MEMILIH APA YANG INGIN DI LAKUKANnya, maka setiap manusia itu akan TERTAKLUK kepada DOSA dan PAHALA (pernah di sebut di dalam banyak posts)

Dan DOSA PAHALA ini telah menunjukkan dengan jelas bahawasanya ALLAH SWT itu MEMBERIKAN KEBEBASAN yang di sebutkan serta TIDAK MENGAWAL 100% APA YANG DI INGINKAN OLEH SETIAP MANUSIA!!!

Jadi, melalui DOSA PAHALA itu bangsa manusia telah di beritahu APAKAH SETIAP IMBALAN YANG AKAN DI RAIH DI DALAM SETIAP PERBUATAN YANG DI LAKUKAN BERDASARKAN NAFSU MANUSIA dan ALLAH SWT akan tetap MELAKSANAKAN setiap pembalasan menurut apa yang telah di tetapkan olehNya...

Maka dengan KEBEBASAN tersebutlah ramai golongan bangsa manusia telah melakukan pelbagai perkara yang TIDAK MENURUT apa yang di kehendaki oleh ALLAH SWT, sebaliknya mereka suka dan gemar melakukan perkara-perkara yang bertentangan kerana berpendapat bahawa ianya lebih menyeronokkan serta dapat merasai kenikmatan yang lebih baik daripada melakukan perkara-perkara yang di sukai oleh ALLAH SWT!...

Mereka berpendapat sedemikian kerana TIDAK DAPAT MEMAHAMI bahawa IMBUHAN yang tersedia di dalam SYURGA NYA itu adalah LEBIH BESAR DAN LEBIH NIKMATNYA daripada apa juga kenikmatan di dalam dunia ini...

BENARKAH FAKTA TERSEBUT???

Cuba anda berfikir sejenak, berapa banyak kah KESALAHAN dan KEGAGALAN yang anda alami kerana menurut HAWA NAFSU???

Berapa banyak kali kah anda merasa INSAF dan MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT setelah melakukan banyak PILIHAN YANG SALAH???

Berapa banyak kali kah seumur hidup anda melakukan perkara-perkara yang SALAH dan kemudian KEMBALI INSAF tetapi MELAKUKAN KESALAHAN lagi???

Pernah kah ALLAH SWT memurkai anda di atas setiap kesalahan yang anda lakukan yang menurut HAWA NAFSU itu???

Jika jawapannya banyak yang YA, BANYAK dan TIDAK PERNAH...maka itu MENUNJUKKAN bahawa ALLAH SWT itu sangat-sangat KASIH dan SAYANG kepada anda dan TIDAK MENGONGKONG segala TINDAK TANDUK anda seperti ALLAH SWT mentadbir mahluk Malaikat yang 100% di bawah KEKUASAANNYA!!!....sehingga mahluk Malaikat ini TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBARANG PILIHAN DI DALAM TINDAK TANDUK MEREKA!!!!....

APA YANG MEBUATKAN KITA MERASA DI BAWAH KEKUASAAN ALLAH SWT???

Seperti yang pernah saya huraikan di dalam post-post yang lalu, PERASAAN itu timbul daripada PEMAHAMAN kita sendiri yang mentafsir HUKUM SYARAK yang di pandang dari sudut yang kecil atau sempit.

Kerana PERASAAN sedemikianlah yang banyak membuatkan BANGSA ISLAM merosot segala kemajuan ekonomi mereka jika di bandingkan dengan bangsa-bangsa dari agama lainnya....KERANA APA???...

KERANA ideology YANG SANGAT BERSERAH kepada ALLAH SWT lalu mengurangkan DAYA USAHA dari dalam diri sendiri!!!!...

Malah ada yang hingga mengatakan bahawa setiap KESUSAHAN atau MALAPETAKA yang di alami oleh mereka adalah DATANGNYA DARI ALLAH SWT...sedangkan FAKTA yang sebenarnya adalah kerana KESILAPAN DIRI SENDIRI yang membuat PILIHAN YANG SALAH!!!

Tetapi jika mereka telah BERJAYA MELAKUKAN SESUATU, mereka dengan sombongnya mengaku bahawa ITULAH HASIL DARI USAHA MEREKA SENDIRI!!!

Itu bermakna bahawa BANGSA MANUSIA itu sememangnya SOMBONG DAN BONGKAK TERHADAP TUHAN YANG MENJADIKAN MEREKA, dan kesombongan dan kebongkakkan itu adalah FAKTA yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT TIDAK MENGAWAL NAFSU MANUSIA!!!

Kerana itulah ALLAH SWT telah menjadikan SYURGA NERAKA sebagai tempat untuk di duduki oleh Bangsa Manusia menurut APA YANG DI LAKUKAN OLEH MEREKA SENDIRI...

Begitu juga halnya dengan orang-orang yang memiliki KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, di mana melalui KEILMUAN ini mereka telah di kurniakan dengan 1000 MACAM KEBEBASAN dan KEISTIMEWAAN yang melimpah ruah...tetapi ramai yang tidak mengerti APA YANG TERSEMBUNYI DI DALAMNYA....

Ramai juga yang TELAH MENYALAH GUNAKAN KEILMUAN ini untuk PEKERJAAN yang BERTENTANGAN DENGAN SYARAK!!!...tetapi SEMUANYA DAPAT DI LAKUKAN TANPA HALANGAN DARI ALLAH SWT....sedarkah mereka-mereka ini???

Tetapi yang PALING MALANG ialah orang-orang yang memiliki KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, namun mereka TIDAK TAHU dan TIDAK FAHAM BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKANNYA DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA, sedangkan KEILMUAN ini telah MENAWARKAN RIBUAN KEISTIMEWAAN yang di kurniakan oleh ALLAH SWT kepada setiap Bangsa manusia!!!

Malah ada di antaranya sanggup berpaling KE JALAN YANG LAIN yang di fikiri lebih baik dan lebih afdhal dari JALAN KECAHAYAAN BUDI ini....

Cuba ingati ungkapan ini seperti yang pernah saya rungkaikan di dalam post yang terawal dahulu....Perkataan BUDI adalah daripada ungkapan UBUDIYATI yang memberikan maksud bahawa MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA TUHAN YANG PALING KEKAL!!!...

Jika anda dapat memahaminya KERAHSIAAN di dalamnya, maka PERJALANAN anda menuju KE HARI AKHIRAT akan terus di sinari oleh KECAHAYAAN tersebut dan anda boleh memilih samaada untuk KE SYURGA ATAU KE NERAKA!!!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday June 15, 2008 - 06:02am (PDT)


No comments: