Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #234

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #234 - THE THINK OF...#5 - TECHNOLOGY RBSS - 05

THE THINK OF...#5 - TECHNOLOGY RBSS - 05

CARA MENINGKATKAN KEFAHAMAN RBSS

Perkara ini adalah suatu perkara yang menjadi isu terpenting dalam soalan yang di ajukan kepada Professor BSS melalui emails oleh para ahli RBSS dan umum.

Ini adalah kerana ramai yang keliru mengenai banyak perkara yang harus di ketahui dan di pelajari mengenai keilmuan RBSS ini, sehingga perkara mengenai hal-hal KEFAHAMAN untuk meningkat tahap dan taraf RBSS di dalam Adaptasi dan Aplikasi ini terjejas teruk...

Jadi...Apa yang kita harus FAHAM???....

Perkara-perkara yang harus di fahami di dalam keilmuan ini adalah seperti berikut:-

(perkara ini terpaksa saya ulang kerana kefahamannya maseh lagi di bawah paras kurang memuaskan di peringkat umum... )

  1. Kefahaman mengenai Sejarah perkembangan RBSS di Dunia dan Nusantara.
  2. Kefahaman mengenai sejarah Asal Usul kejadian RBSS.
  3. Kefahaman mengenai Prinsip RBSS yang 5 perkara.
  4. Kefahaman mengenai Adaptasi dan Aplikasi.
  5. Kefahaman bagaimana memahami semua jenis kefahaman yang wujud.

Baik...

Melalui Kefahaman mengenai Sejarah Perkembangan RBSS di Dunia dan Nusantara, kita akan dapat mengetahui bagaimana keilmuan RBSS ini di kembangkan dan berkembang sehingga ke hari ini...jika itu di fahami, maka kita akan dapat memahami bahawa kemunculan keilmuan RBSS ini bukan lah sesuatu yang baharu...

Melalui Kefahaman mengenai Sejarah Asal Usul Kejadian RBSS ini pula, kita akan dapat mengetahui dengan jelas bagaimanakah Tuhan menciptakan Kecahayaan Budi itu sehingga ianya di wariskan kepada setiap insan manusia...

Kefahaman mengenai Prinsip RBSS yang 5 itu pula, akan memberikan kita suatu LANDASAN yang lurus untuk bagaimana mengamalkan ILMU AGUNG TUHAN ini di dalam kehidupan seharian kita sendiri...Melalui keprinsipan itu akan dapat mencanai segala kemartabatan yang dapat kita capai sebagai seorang manusia...dan akhirnya mencapai tahap sebagai seorang insan yang di katakan berbudi tinggi...

Kefahaman mengenai Adaptasi dan Aplikasi itu pula, akan membawa kita dari suatu zaman ke suatu zaman yang berbeza dari segi perlaksanaan kehidupan yang amat berlainan dengan manusia-manusia biasa...Ini adalah proses pengadaptasian apa yang di kehendaki oleh ILMU ini ke dalam jiwa raga kita sehingga kita merasa YAKIN bahawa ALLAH itu SATU dan BERKUASA TERHADAP SESUATU...dan di ikuti dengan proses pengaplikasian di dalam menggunakan segala keistimewaan yang wujud di dalam keilmuan RBSS ini, sehingga diri kita tidak lekang dari menggunakannya pada setiap masa...dari masa kita bangun dari tidur sehingga kita memejamkan mata untuk tidur kembali...

Kefahaman dari semua Kafahaman adalah rangkuman semua jenis KEFAHAMAN yang ada kepada menjadi SATU JENIS KEFAHAMAN SAHAJA yang wujud di dalam jiwa raga kita ini...supaya apa yang kita YAKINI itu selaras dengan apa yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian...dan pemikiran kita di bentuk untuk MENERIMA SEGALA HAKIKAT bahawa di dalam ALAM MAYA ini segala apa yang berlaku adalah menurut KETENTUAN TUHAN YANG MAHA ESA...

INILAH BENTUK KEFAHAMAN YANG AMAT SUKAR DI BENTUK DI DALAM DIRI SETIAP AHLI RBSS...

Sebabnya???......

KEFAHAMAN mengenai Sejarah Perkembangan Keilmuan RBSS dan Sejarah Asal Usul Kejadian RBSS ini kurang di fahami atas sebab-sebab kekeliruan fakta yang di ceritakan dari mulut ke mulut tanpa kesahihan atau penjelasan yang kukuh yang di terapkan oleh pihak-pihak yang mengembangkannya...

Ketiadaan bahan SEJARAH BERTULIS juga telah memainkan peranan yang besar untuk menjadikan setiap ahli RBSS itu menjadi KELIRU pada setiap masa, kerana setiap orang akan menceritakan sesuatu fakta sejarah menurut persepsi diri mereka sendiri....

Ketiadaan orang-orang berkaliber untuk memberikan tunjuk ajar secara bersistematik kepada ahli-ahli baharu juga menjadi penyebab KEFAHAMAN mengenai keilomuan RBSS ini menjadi kucar kacir di sana sini...

Ketiadaan segala usaha untuk membukukan keilmuan ini untuk di seragamkan jenis-jenis maklumat yang harus di ajar juga, menjadi penyebab menyekatnya KEFAHAMAN yang di harap-harapkan itu dari berlaku...kerana ramai yang maseh menganggap bahawa RAHSIA MASEH TETAP RAHSIA DAN HARUS DI RAHSIAKAN.....

Tetapi...jika RAHSIA TETAP RAHSIA DAN MASEH DI RAHSIAKAN itulah yang menjadi pemyebab UTAMA yang mendorong KEMUNDURAN KEFAHAMAN ahli-ahli RBSS di masa dahulu dan kini....

Yang sebenarnya...mereka itu semua tidak dapat mentakrifkan APA RAHSIA YANG DI KATAKAN RAHSIA ITU!!!!!....

Berbalik kepada soal KEFAHAMAN.....

Apa yang harus di pelajari oleh ahli-ahli RBSS ialah RAHSIA-RAHSIA PENG-APLIKASI-AN yang menjurus kepada segala jenis penggunaan TECHNOLOGY RBSS di dalam kehidupan seharian mereka sendiri...kerana jika itu tidak dapat mereka capai, maka adalah sia-sia mereka menghabiskan masa dan wang ringgit di dalam mempelajari keilmuan RBSS ini.....

YOU THINK OF IT...

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com

Or

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Tags: | Edit Tags
Saturday March 7, 2009 - 04:01am (PST) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: