Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #236

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #236 - KOMENTAR PROFESSOR #24

KOMENTAR PROFESSOR # 24 - KURSUS KEFAHAMAN

Assalamualaikum wbt.......Salam Sejahtera dan Salam Bahagia

kepada semua pembaca Blog Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini....Doa saya agar semua nya di kurniakan kesihatan dan keamanan di dalam kehidupan masing-masing...

Agak sudah lama saya tidak memuatkan Posting yang terbaru, dan itu berlaku bukan kerana Professor BSS ketandusan idea-idea tetapi pada waktu itu, saya sedang giat melakarkan Korikulum untuk suatu kursus yang saya namakan sebagai KURSUS KEFAHAMAN untuk mempertingkatkan pemahaman anda terhadap keilmuan ini.

KURSUS KEFAHAMAN ini amat sesuai untuk SEMUA LAPISAN ahli-ahli RBSS, kerana melalui Kursus Intensif ini anda akan di sogokkan dengan pelbagai MAKLUMAT mengenai segala ILMU PENGETAHUAN yang WAJIB anda ketahui sebagai seorang MANUSIA yang BerCahaya BUDI...

Dimana di akhir Kursus tersebut, anda boleh meraih pelbagai maklumat ilmu yang belum pernah anda fikirkan sebelum ini atau terlepas pandang mengenai sesuatu yang penting di dalam pembelajaran RBSS ini...dan di akhir kursus anda akan di berikan Salinan Mata Pelajaran yang di ikuti sebagai bahan Rujukan dan Sijil Penyertaan KURSUS KEFAHAMAN ini akan di sampaikan melalui Dua (2) Fromat iaitu secara Theory dan Practical ...

Segala Maklumat Ilmu akan di sampaikan melalui kaedah terkini dan di dalam suasana yang kondusif..dan anda akan dapat mengikuti semua bahan ilmu tersebut dengan hati yang tenang..dan yang berdangkutan dengan Sesi Praktikal nya pula, anda akan di ajar untuk bagaimana mengenali dan memahami segala Rukun untuk melakukan Prinsip No.2 RBSS .

KURSUS KEFAHAMAN ini akan di jadikan sebagai satu PLATFORM untuk Kursus-Kursus selanjutnya dan akan di jadikan sebagai MODULE ASAS kepada Pembelajaran RBSS di masa hadapan ke arah penubuhan sebuah Institusi atau Akademi KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berwibawa di mata Dunia.

KURSUS KEFAHAMAN ini adalah KESINAMBUNGAN dari seruan saya yang di tujukan kepada Persatuan-Persatuan BSS yang sediaada, agar mengambil iktibar dan kesempatan untuk memperbaiki segala kegagalan dan kelemahan di dalam Sistem Penerangan mereka sehingga ke hari ini..

Walaupun telah banyak seruan di lakukan, namun mereka maseh belum berupaya untuk mewujudkan sesuatu yang lebih Konkrit dan Berinformatif di dalam Penyampaian Maklumat kepada para ahli-ahli RBSS..Anda boleh mengandaikan sesuatu KELAINAN yang sangat ketara jika mengikuti KURSUS KEFAHAMAN yang akan di adakan itu.

Kerana sebab tersebutlah, Professor BSS mewujudkan KURSUS KEFAHAMAN ini, dan akan di buka kepada semua ahli-ahli RBSS tidak mengira jemaah atau pun mana-mana Persatuan...serta KURSUS KEFAHAMAN ini akan di kelolakan oleh sebuah badan yang berdaftar dengan Kerajaan agar segala aktiviti yang di jalankan adalah SAH di sisi undang-undang...seperti sebuah Syarikat Konsultansi Maklumat!...

Professor BSS telah melantik Individu-Individu yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang masing-masing yang telah mendapat didikan dari Professor BSS itu sendiri sebagai TENAGA PENGAJAR atau PENCERAMAH bagi menyampaikan atau untuk mengelolakan KURSUS KEFAHAMAN ini di seluruh Negara.

Dimana setiap Individu itu sangat memiliki Ciri-Ciri KeIstimewaan yang berwibawa untuk menyampaikan KURSUS KEFAHAMAN ini bagi pihak Professor BSS, dan saya sangat berpuashati dan berkeyakinan penuh bahawa mereka akan menjalankan segala tanggungjawap yang di amanahkan sebaik yang mungkin.

KURSUS KEFAHAMAN ini sebenarnya telah menjalani suatu TRIAL RUN untuk mengukur sejauh mana Bahan Ilmu yang di kemukakan kepada ahli-ahli itu berkesan dan sebagai R&D untuk mengemaskinikan keperluan ILMU yang di kehendaki oleh seseorang peserta.....

Dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar serta telah menunjukkan suatu KESAN yang sangat POSITIVE terhadap pesertanya. Dimana di akhir kursus, tahap KEYAKINAN mereka terhadap KERAHSIAAN RAHSIA BUDI ini MENINGKAT kerana telah dapat mengetahui dengan jelas apakah yang harus mereka ketahui dan pelajari sebagai seorang yang BerCahaya Budi melalui KURSUS KEFAHAMAN yang di berikan kepada mereka.

Disini...saya ingin menyeru kepada Persatuan-Persatuan BSS yang ada seperti PBSSM, PPJBSSKL dan PBSS agar jangan merasa tertekan dengan PENGUMUMAN TERKINI oleh Professor BSS..

Tujuan Professor BSS BUKAN UNTUK MEMBELAKANGKAN GURU-GURU yang ada (3M) atau untuk memberikan saingan kepada mereka.... tetapi ia lebih bertujuan atau berfungsi sebagai BADAN ALTERNATIVE yang memberikan LATIHAN YANG BERSISTEMATIK kepada MASYARAKAT RBSS...

Dimana selama ini pihak Persatuan-Persatuan yang ada maseh GAGAL untuk MEWUJUDKAN SUATU SISTEM PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DAN BERINFORMATIVE.....

Cuba ikuti ulasan saya ini......

Selama lebih setahun Blog RBSS ini wujud di Media Internet dan lebih tepat lagi ianya bermula dari tarikh 16hb December 2007 , telah banyak ranjau duri terpaksa di tempuhi oleh Professor BSS untuk MENGENENGAHKAN suatu KEPERLUAN kepada PERUBAHAN di dalam memberikan PENDIDIKAN mengenai Keilmuan RBSS ini.

Dari tarikh tersebut,

Professor BSS telah di SERANG dari pelbagai SUDUT pelbagai AGENDA dan pelbagai ORANG serta dari pelbagai INSTITUSI...dimana pada AWALnya mereka menganggap bahawa kemunculan Professor BSS ini di dalam dunia RBSS sebagai seorang BADUT yang mencari populariti murah dan ingin mencari nama di dalam dunia BSS...dan ada juga yang menganggap bahawa Professor BSS ini sebagai seorang ahli yang telah MENYELEWENG dari AQIDAH Ke-RBSSan nya dan cuba mencari pengikut untuk memuaskan nafsu nya...

Namun....Pada hari ini Professor BSS telah memujudkan perkara-perkara yang seperti berikut:-

Telah meningkatkan Kefahaman yang berkesan di dalam hati dan Sanubari ramai ahli melalui pembacaan Blog RBSS ini, dimana sehingga tarikh hari ini Blog RBSS ini telah di lawat sebanyak 61,192,00 kali...ini menunjukkan penyertaan yang aktif dari para pembaca.

Telah meningkatkan bilangan KEAHLIAN BAHARU yang mengisi di Persatuan-Persatuan yang sediaada...mereka suka atau tidak suka dengan MAKLUMAT ini, mereka terpaksa menerima hakikat sebenar ini.

Telah meningkatkan KEFAHAMAN terhadap ahli-ahli yang telah meninggalkan Amalan sejak bertahun-tahun lamanya kerana kekurangan MAKLUMAT ILMU yang harus di ketahui dan setelah mereka membaca Blob RBSS ini...Mereka kembali aktif berAmal dan Mengamalkannya.

Telah ramai yang mula:-

  • FAHAM apa itu ADAPTASI & APLIKASI.
  • Telah FAHAM apa itu TECHNOLOGY dalam RBSS.
  • Telah FAHAM apa itu LAW & ENFORCEMENT yang di KATA GANTI daripada QADA' & QADAR.
  • Telah lebih FAHAM apa itu RBSS dari BSS.
  • Telah mengguna-pakai Phrasa-Phrasa ADAPTASI, APLIKASI, TECHNOLOGY, LAW & ENFORCEMENT dan RBSS di dalam perbualan harian mereka sesama ahli atau di mana-mana FORUM di dalam Internet, serta perkataan L7 & B7 yang membawa maksud L7 pada 7 Petala Langit dan B7 untuk 7 Petala Bumi.

Perkara-perkara yang di sebutkan di atas adalah suatu FENOMENA yang di bawa oleh Professor BSS di dalam dunia RBSS ini dan banyak jangkaan yang NEGATIVE yang di lemparkan di awal kemunculan Blob RBSS ini telah MELESET dari jangkaan Para Pengkritik.

Akan tetapi...maseh lagi ada beberapa Golongan yang maseh menentang kemunculan Profesor BSS dan Blog RBSS ini dan mereka terdiri dari:-

  • Segelintir Guru-Guru BSS yang sediaada
  • Orang-orang KUAT Persatuan yang sediaada Orang-orang persaorangan yang rapat dengan individu-individu di atas.
  • Orang-orang yang telah terjejas KEPENTINGAN PERIBADI mereka diatas segala maklumat yang tidak memihak kepada diri mereka.
  • Golongan ini sebenarnya TIDAK MAHU sama sekali untuk MEMBACA segala apa yang tertulis di dalam Blog RBSS dan hanya memberikan ANDAIAN dan KOMEN melalui maklum balas dari orang lain yang sebanarnya tidak ikhlas ketika memberikan maklum balas tersebut.
  • Dimana di akhirnya mereka bertindak balas terhadap orang-orang yang mengikuti Blog RBSS ini dengan:-
  • Di bekukan segala peluang untuk mengambil Amalan Tambahan.
  • Di anak tirikan di dalam Kelas-Kelas Persatuan. Di Awasi segala pergerakan dan aktiviti mereka dengan tujuan mencari kesalahan agar mudah untuk di ambil tindakkan.
  • Di Singkirkan daripada Persatuan.

Segala Maklumat ini telah di salurkan oleh para ahli-ahli yang telah mengalami nasib yang sedemikan rupa kepada Professor BSS dan ada yang bertanya:-

  • ADAKAH INI YANG DI AJAR DI DALAM KEILMUAN RBSS INI????
  • KENAPA HAL SEBEGINI BOLEH BERLAKU DI DALAM PERSATUAN BSS YANG MENGAJAR ILMU YANG AGUNG INI???
  • KENAPA GURU-GURU MENDIAMKAN DIRI???
  • KENAPA GURU-GURU SERING MEMIHAK KEPADA YANG MEMEGANG JAWATAN, WALHAL SEGALA ONAH SERING DI LAKUKAN OLEH MEREKA???

Sebagai "Orang Luar" persatuan, Professor BSS tidak dapat untuk memberikan sebarang pertolongan yang berbentuk "Direct Correction" terhadap segala permasaalahan tersebut, tetapi Professor BSS akan terus menerus memainkan peranan sebagai NON EXECUTIVE INDIVIDUAL (NEI ) untuk memberi nasehat yang bernas terhadap Persatuan-Persatuan yang terlibat supaya bertindak berlandaskan DASAR ILMU ini.

Kepada yang berminat untuk mengikuti KURSUS KEFAHAMAN yang akan di jalankan itu kelak, anda di minta untuk menghantar segala Maklumat Peribadi seperti:-

  • Nama Penuh Sebenar
  • Tarikh Lahir
  • Jantina
  • Status Perkahwinan
  • Alamat Tempat Tinggal Terkini/Negeri
  • No Telefon Bimbit dan Rumah
  • Tarikh Mengisi
  • Nama Guru yang Mengisi
  • Peringkat Yang Telah Di Ambil
  • Amalan Tambahan
  • Ada Nama Persatuan Yang Di Anggotai (jika ada)
  • Alamat Email Terkini

Hantar segala Maklumat yang di kehendaki itu kepada alamat email berikut:-

Kepada:

Secretariat Kursus Kefahaman RBSS

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Setiap Maklumat yang tidak lengkap atau yang tidak jujur akan tidak di layan!....dan semua Maklumat akan Di Rahsiakan.

Sekian

Wassallam!

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com

Tags: | Edit Tags
Tuesday April 14, 2009 - 10:24pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 2 Comments

No comments: