Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #223

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #223

FIKIR-FIKIR #4 - APA YANG ANDA CARI???

Perkara yang menjadi TAJUK posting kali ini adalah bersangkutan dengan apa yang saya kemukakan melalui posting di dalam KOMENTAR PROFESSOR #20...(POST #222)...

APA YANG ANDA CARI???.......

Pada peringkat permulaan, sebelum anda mempelajari KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...anda mencari APAKAH RAHSIA yang tersembunyi di dalam KEILMUAN ini...lalu anda bertungkus lumus siang daqn malam untuk memahaminya serta cuba mengamalkannya tanpa merasa jemu....

Akan tetapi...apabila anda telah tiba ke suatu peringkat, di mana setelah RAHSIA-RAHSIA ASAS mengenai KERAHSIAAN RBSS ini telah anda KETAHUI....Anda maseh belum berpuas hati lagi, seolah-olah maseh ada lagi RAHSIA-RAHSIA yang belum anda terokai atau pelajari....

Anda akan terus mencari dan mencari dari luar dan dalam diri anda sendiri...TETAPI anda maseh TIDAK MENEMUI APA-APA RAHSIA lagi....lalu hati anda memberontak seolah-olah anda di tipu oleh KEILMUAN ini....

MENGAPA PERKARA INI SERING TERJADI?????..........

Perkara seperti ini adalah berpunca daripada dalam diri anda sendiri, sebenarnya anda maseh belum MERASAI apakah yang di katakan RAHSIA DI DALAM RAHSIA DIRI....walaupun RAHSIA ASAS telah anda ketahui.....

Dan untuk MERASAI RAHSIA DI DALAM RAHSIA DIRI itu pula, anda harus melalui proses-proses PENGADAPTASIAN dan PENGAPLIKASIAN yang bersistematik sebelum anda akan melalui PROSES MERASAI....

Setelah PROSES MERASAI itu berlaku di dalam kehidupan anda, yang mungkin akan berlaku sepanjang masa anda merasa hidup di dalam dunia hari ini...satu demi satu PERISTIWA atau KEJADIAN-KEJADIAN berlaku terhadap diri anda, dan segalanya itu ADALAH SUATU PENGAJARAN YANG AMAT TERPENTING di dalam PROSES MERASAI APAKAH ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.....


HARUS DI KETAHUI BAHAWA:-

Apa yang menjadi RAHSIA ROH MANUSIA itu adalah sebahagian dari RAHSIA TUHAN, dan Allah swt telah MENYATUKAN SEGALA KERAHSIAAN RAHSIA CAHAYA BUDI itu KE DALAM ROH MANUSIA serta ianya MENJADI SATU....

Di mana TIDAK AKAN ADA sebarang MAHLUK yang di cipta oleh Allah swt yang dapat MERUBAH kedudukan RAHSIA itu kecuali oleh TUHAN YANG PALING KEKAL......ia TETAP SEDEMIKIAN RUPA dari mula ianya di ciptakan sehinggalah ke HARI YANG PALING KEKAL....

Dan KESEMUA RAHSIA RAHSIA itu berada DI DALAM DIRI ANDA SENDIRI bukan di tempat-tempat yang lain, yang anda bawa apabila anda LAHIR KE DUNIA sehinggalah anda KEMBALI KE AKHIRAT...anda HARUS dapat MERASAKAN segala KERAHSIAAN yang tersembunyi itu, jika anda benar-benar IKHLAS TEKUN SABAR di atas segala UJIAN DAN DUGAAN yang di berikan oleh NYA...

Di dalam peringkat ini, anda sangat di perlukan untuk BELAJAR MENGANALISIS segala KEJADIAN tersebut dan mencari APAKAH YANG TERSEMBUNYI di dalam setiap KEJADIAN itu...jika anda berjaya MERUNGKAInya, anda telah berjaya MERASAINYA...akan tetapi jika anda GAGAL MERUNGKAI maka anda telah juga GAGAL MERASAI....

JADI....ADAKAH ITU JAWAPAN KEPADA APAKAH YANG ANDA CARI?????

Jawapannya...sebenarnya terletak DI DALAM HATI SANUBARI anda sendiri, kerana SETIAP KEJADIAN yang di berikan kepada setiap Manusia itu adalah berlainan ATUR-CARANYA serta berlainan perspektif.....saya tidak boleh memberitahu anda secara tepat apa yang harus anda lalui dan yang halur di ketahui...tetapi, saya hanya boleh memberitahu anda BAGAIMANA ANDA HARUS MENCARI DAN MERASAINYA, dan menjadi tugas anda untuk MERUNGKAI JAWAPAN DI DALAM SETIAP KEJADIAN......

Pada di peringkat inilah ramai Ahli-Ahli RBSS akan TEWAS atau KECUNDANG dengan pelbagai DUGAAN DAN UJIAN yang di berikan oleh Allah swt kepada mereka, anda akan cepat merasa bosan, lemah semangat, berputus asa serta akan merasa bosan dan marah pada keadaan yang menimpa diri anda....di mana and di ntaranya akan MENYALAHKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini yang menjadi PUNCA kesusahan atau dugaan yang menimpa diri....lalu anda akan sedikit demi sedikit mula MENINGGALKAN KERAHSIAAN ini dan akhirnya kembali kepada MANUSIA AWAM atau UMUM.....tidak menjadi MANUSIA ISTIMEWA atau MANUSIA TERPILIH lagi (berdasarkan dari Surah An-Nur Ayat 35 itu)

Kepada yang lebih EXTREME lagi...setelah mereka GAGAL untuk MERASAI APAKAH ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan meninggalkan amalan ini...mereka akan menjadi PENENTANG kepada KEILMUAN ini, serta akan MEMPEROLEH 1000 macam DALIL untuk MENYANGGAH KESAHIHANnya semata-mata untuk MELEMAHKAN HAKIKAT KEBENARAN yang di CIPTAKAN OLEH ALLAH SWT.....seperti yang kini berlaku di dalam BRUNEI TOPIX melalui FORUM BUDI SUCI SEJATI.....


BERHEMPAS PULAS mempertikaikan SEJARAH PERKEMBANGAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, bukan CARA untuk MENINGKATKAN KEMARTABATAN diri anda di dalam CAHAYA BUDI ini...DI MANA segala SEJARAH PERKEMBANGAN itu melibatkan KEHIDUPAN MANUSIA DI ZAMAN-ZAMANNYA dan bukan MENJEJAS KEJADIAN RAHSIA ITU SENDIRI....

Dan setiap SEJARAH MANUSIA akan ada CACAT CELANYA di mata setiap MANUSIA...jadi apalah gunanya MEMPERTIKAIKAN sesuatu YANG DI LAKUKAN oleh MANUSIA yang memeng terkenal dengan KEJAHILANNYA????

Yang di perlukan pada peringkat ini ialah, anda harus ada KETENANGAN DIRI serta KEYAKINAN yang JITU terhadap YANG MAHA PENCIPTA dan lakukan apa juga semampu kemampuan diri anda sendiri...KERANA setiap sesuatu yang berlaku itu adalah termaktub di dalam QADA' & QADARNya......

Di mana Segmen QADA' & QADAR ini akan saya kupas melalui segmen yang juga di berikan nama QADA' & QADAR................

Selamat mengikuti segmen-segmen seterusnya...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Friday January 2, 2009 - 09:41pm (PST)

No comments: