Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #249

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #249 - THE THINK OF...#14 - TECHNOLOGY RBSS #14

THE THINK OF...#14 - TECHNOLOGY RBSS #14

KESAN & PROSES PERTUKARAN NAFSU DALAM RBSS

Walaupun perkara ini telah di rungkai melalui posting yang lalu..tetapi pada kali ini saya merungkainya kembali dari sudut yang lain kerana maseh ramai lagi ahli-ahli yang kurang memahami..dan sering persoalan ini di timbulkan.

Baik...

Saya akan membawa anda kepada beberapa rujukan dari penelitian serta fakta-fakta yang berlaku terhadap kesan-kesan dan proses-proses yang di tempuhi oleh ramai ahli-ahli RBSS ketika ini...semoga dengan cara yang demikian, anda akan dapat memahaminya dengan lebih jelas lagi...

PROSES PEMBERSIHAN NAFSU

PROSES pembersihan NAFSU akan berlaku di dalam setiap SESI BERJURUS samaada kita menyadarinya mahu pun tidak.

Kerana Proses Berjurus itu selain untuk membina atau mencipta CAHAYA, ia juga memainkan peranan untuk MEMBERSIHKAN segala KEKOTORAN HATI yang di kenderai oleh NAFSU di TUJUH (7) Bahagian LATIFAH yang wujud di tubuh Manusia.

Semakin kerap kita melakukan kegiatan BERJURUS, maka semakin banyaklah PENGHAKISAN untuk melenyapkan NAFSU yang buruk berlaku di dalam JIWA kita.

Contoh Satu...

Jika anda melakukan kegiatan Berjurus sebanyak 4 kali dalam sebulan..itu bermakna anda akan melakukan hanya 48 kali dalam setahun dan hanya 240 kali dalam masa 5 tahun...

Jumlah ini sebenarnya TIDAK MENCUKUPI untuk melakukan PEMBERSIHAN YANG MENYELURUH terhadap 7 Jenis NAFSU yang wujud di dalam JIWA kita...Kerana untuk membersihkannya secara KESELURUHAN kita harus dapat melakukan kegiatan Berjurus pada SETIAP HARI!!!..

Contoh Dua...

Itu bermakna kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 10-15 tahun bagi tujuan PEMBERSIHAN YANG MENYELURUH sehingga terbit NILAI-NILAI MURNI di dalam HARI SANUBARI kita ini..itu juga bermakna kita memerlukan sekurang-kurangnya 3,650 kali untuk masa 10 tahun atau sebanyak 5,475 kali Berjurus untuk masa 15 tahun!!!

APA KESAN JIKA KITA KURANG BERJURUS

Melalui Contoh Satu...( dalam 5 - 10 tahun )

Apa yang akan berlaku terhadap diri anda ialah, apabila anda mencapai ke tahun yang ke-5..Proses pembersihan itu memang tetap berlaku tetapi di waktu ini anda akan melewati satu KONFLIK dalam diri di sebabkan PEMBERSIHAN yang tidak berjalan dengan mencukupi.

KESANnya..Anda akan hidup di dalam satu PERSIMPANGAN diantara yang BURUK dengan yang BAIK...

Dimana kedua-dua elemen Buruk & Baik itu akan bertelagah di dalam jiwa anda dan mereka akan cuba MEMONOPOLI keadaan AKAL FIKIRAN anda supaya anda MENERUSKAN kegiatan yang berteraskan HATI YANG BURUK!!!

Didalam peringkat ini lah...selalunya ahli-ahli RBSS itu GAGAL untuk meneruskan pengamalan RBSS mereka untuk ke tahun-tahun berikutnya...kerana HASUTAN NAFSU yang meluap-luap di dalam Jiwa itu akan MEMAKSA anda supaya MENINGGALKAN Amalan ini...Atas pelbagai alasan yang akan bersesuaian dengan diri dan kehidupan anda pada ketika itu.

Ini adalah kerana..walaupun di dalam keadaan yang 50-50 di antara yang buruk dan yang baik, selalunya yang BURUK itu akan mudah menguasai keadaan daripada yang baik!!!

Melalui Contoh Dua pula...( 10 - 15 tahun )

Dugaan atau Cabarannya hanya akan timbul atau wujud di dalam tahun yang kedua setengah atau yang ketiga..Ini di sebabkan oleh Jumlah Jurusan yang di lakukan itu adalah berbentuk hari-hari.

Akan tetapi...

Oleh kerana kegiatan Berjurus itu BERTERUSAN pada setiap hari...maka Godaan dan Cubaan yang datang menimpa itu KURANG BERKESAN untuk MEMBERHENTIKAN kita dari terus menerus melakukan kegiatan Berjurus....Di sebabkan Proses Pembinaan Cahaya itu berlaku dalam setiap hari.

Tetapi...kita akan tetap akan merasakan setiap Godaan untuk cuba memberhentikan kegiatan itu datang kepada kita..dan dengan kelebihan Tenaga Nur Budi yang terbina dengan banyaknya itu akan menghindarkan diri kita daripada berhenti Berjurus.

SINTOM ATAU TANDA

Tanda-tanda yang KONFLIK di antara yang Buruk dengan yang Baik berlaku di dalam Jiwa kita ialah kita akan cepat merasa:-

· MARAH / BERANG

· MUDAH TERSINGGUNG

· MUDAH BERTENGKAR

· MUDAH MERAJUK

· MUDAH PUTUS ASA

· MUDAH TERASA SUSAH

Dan ada banyak lagi jenis-jenis PERASAAN yang tak terungkai kerana setiap orang akan melalui pelbagai perasaan.

Kebanyakannya juga akan merasa atau terasa kehidupan mereka dengan mengamalkan Amalan RBSS ini banyak mendatangkan masaalah daripada membawa banyak kebaikan...itu lah sintom atau tanda yang anda sedang menghadapi KONFLIK di dalam proses-proses pembersihan HATI dari NAFSU-NAFSU yang buruk.

CARA UNTUK MENGATASI

Untuk mengatasi KONFLIK seperti ini...Cara yang paling sesuai atau yang paling afdhal ialah dengan MEMPERBANYAKKAN KEGIATAN BERJURUS!!!..

Kerana...

KECAHAYAAN yang terbina melalui Proses-Proses Berjurus itu maseh belum CUKUP BANYAK untuk mengatasi kekuatan NAFSU yang BURUK tersebut.

Dan jika anda cekal hati dengan berlandaskan AKAL FIKIRAN yang mantap..anda akan dapat untuk meneruskan kegiatan Berjurus dan tidak akan terhenti setengah jalan sahaja.

APA AKAN BERLAKU JIKA ANDA BERJAYA

Jika anda berjaya melepasi segala tempoh cabaran dan dugaan ini, anda akan mengecapi kelebihan seperti berikut:-

· TENANG HATI

· MANTAP FIKIRAN

· PANJANG AKAL

· LUAS FIKIRAN

· BERKEBOLEHAN

· BERKEISTIMEWAAN

Dan ada banyak lagi perkara-perkara yang dapat di kecapi...bersesuaian dengan KURNIA yang menanti anda.

Akan tetapi....

Jika sekiranya anda kecundang dan terus meninggalkan amalan ini kerana telah GAGAL untuk mengatasi segala Dugaan dan Cabaran dalam ini....Lambat laun anda akan juga kembali kepada Cahaya ini kerana itulah jenis HIKMAH yang wujud di dalam NUR BUDI ini...

Hanya anda akan KERUGIAN di dalam masa MENINGGALKAN amalan RBSS ini...dan di klasifikasikan sebagai anda TERBANTUT dalam Proses PEMBERSIHAN NAFSU.

YOU THINK OF IT

Wassallam!!

Professor BSS

at professor_bss99@yahoo.com.au

APPLICATION FOR THE
KURSUS KEFAHAMAN
ARE STILL OPEN
SEND YOUR RESUME TO
ENROL NOW....LIMITED SEAT LEFT

Tags: | Edit Tags
Friday May 8, 2009 - 11:34am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: