Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 241

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 241 - THE THINK OF..#7 - TECHNOLOGY RBSS #07

THE THINK OF...#7 - TECHNOLOGY RBSS #07

TECHNOLOGY CYBER vs TECHNOLOGY RBSS

Tajuk pada kali ini saya ambil IKTIBAR dari kejadian PENGGODAMAN email address Professor BSS pada 23hb April 2009 yang lalu, di mana si pelaku telah berjaya "berbuat sesuatu" dan memasukkan BERITA PALSU yang bahawasanya Professor BSS telah terkandas di Melaka dan memerlukan wang dari ahli-ahli RBSS dengan segera.

Si Pelaku pada asasnya telah berjaya melakukan satu daripada beberapa "mission" yang harus di lakukannya terhadap APA YANG DI LAKUKAN oleh Professor BSS, samaada melalui Blog RBSS mahupun kegiatan-kegiatan lain yang sedang di usahakan.

Dengan menggunakan pengetahuan dari Technology Cyber yang semakin canggih pada hari ini, si pelaku melakukan "kerja-kerja pengkhianatan" terhadap Professor BSS...

Apa yang dapat di rungkai berkenaan peristiwa ini adalah seperti berikut:-

  1. Kumpulan si pelaku ingin "menghapuskan" kesemua LINK yang berkaitan dengan hasil kerja Professor BSS iaitu Blog RBSS termasuk email address yang di khususkan bagi tujuan soal jawap dari para pembaca.
  2. Kumpulan si pelaku ini mensasarkan Blog RBSS sebagai SASARAN UTAMA pengkhianatan mereka, agar Blog RBSS itu TERHAPUS di dalam Media Internet.
  3. Oleh kerana beberapa "kesulitan" mereka tidak dapat "meng-ekses" kepada Blog tetapi hanya mendapat peluang di dalam email Professor BSS itu sahaja.
  4. "Kesulitan" yang mereka lalui itu bersebab dari Technology RBSS yang telah menyelamatkan kewujudan Blog tersebut dari terhapus.
  5. Tujuan akhir kumpulan si pelaku ini adalah ingin MEMUTUSKAN SEMUA LINK dengan ahli-ahli RBSS yang ada serta ingin MENJATUHKAN KEPERIBADIAN Professor BSS itu di mata para ahli RBSS.

Di sini lah letaknya perbezaan di antara TECHOLOGY CIPTAAN MANUSIA dengan TECHNOLOGY CIPTAAN ALLAH SWT.

Pertembungan TECHNOLOGY telah berlaku, dan Technology ciptaan Manusia itu melihatkan kebolehan mereka pada satu tahap sahaja, iaitu si pelaku DAPAT MENGELIRUKAN sistem keselamatan di dalam Internet khususnya Yahoo Mail dengan mewujudkan suatu IDENTITI PALSU dengan menghapus salah satu dari CODE keselamatan YAHOO MAIL.

Kerja-kerja PENGGODAMAN seperti ini adalah suatu Technology yang tercanggih yang wujud di dalam Media Internet dan ia merupakan suatu PENEROBOSAN ILMU oleh para Manusia di zaman ini.

Di mana melalui Technology Cyber ini, mereka menggunakan WAVE atau GELOMBANG dari FREQUENCY yang tertentu yang membawa Jalur Lebar pemancaran jaringan Internet ke seluruh dunia tanpa batasan...Dan Wave atau Gelombang tersebut di ubahsuai menjadi kod-kod yang berhuruf atau berabjad bagi tugas-tugas pembacaan dan pengenalan serta kefahaman., dan wujudlah pelbagai istilah bagi menamakan jenis-jenis Gelombang ini.

Melalui Software-Sofware khas dan khusus, mereka akan dapat memecah masuk di sebarang Computer bagi mendapatkan maklumat-maklumat pentingbagi tujuan PENGKHIANATAN dan sebagainya itu.

Software-Software seperti ini di ibaratkan seperti "pekerja-pekerja" dalaman yang bekerja mengenal pasti sesuatu CODE yang di dalam bahasa Komputer lalu di alih bahasakan kepada tulisan yang boleh di baca manusia.

Kerja-kerja seperti ini merupakan SUATU PENGKHIANATAN KOLAR PUTIH yng tidak kelihatan ZALIM dan KHIANAT tetapi PENGKHIANATAN itulah yang di lakukan oleh mereka!!!

Adakah KECAHAYAAN CAHAYA BUDI dapat mengekang pengkhianatan dari Techology Cyber ini?...........

JAWAPAN NYA ADALAH YA DAN TIDAK....

TIDAK...hanya tertakluk kepada niat dan tujuan oleh si pelaku itu yang jika di lakukan dan terjadi tetapi tidak akan MEMUDARATKAN diri orang lain dalam bentuk KEBAHAYAAN yang boleh merosakkan harta benda dan jiwa...ia tetap akan berlaku juga.

YA....hanya tertakluk kepada perbuatan yang cuba terang-terangan dengan NIAT yang JAHAT semata-mata untuk MENJAHANAMKAN orang-orang yang di sasarkan sehingga boleh MERAGUT NYAWA atau KEROSAKAN JIWA dan HARTA BENDA.

JARINGAN KESELAMATAN RBSS DI DALAM TECHNOLOGY CYBER

KeCahayaan Cahaya Budi itu akan tetap MELINDUNGI tiap-tiap diri orang-orang yang memiliki CAHAYA BUDI ini walaupun di dalam Pengkhianatan Cyber.

Contoh...

Si pelaku berhasrat ingin MELUMPUHKAN dan MENGHAPUS segala apa yang wujud di dalam Blog RBSS dan juga apa juga bentuk kaitan di antara Professor BSS dengan para ahli-ahli RBSS..Tetapi Blog RBSS itu maseh terselamat lagi buat masa ini.

Itulah JARINGAN PERLINDUNGAN yang sedia wujud di dalam RBSS adalah tidak mengenal RUANG dan WAKTU ataupun RUPA BENTUK PENGKHIANATAN...samaada yang kasar ataupun yang halus...

JARINGAN PERLINDUNGAN daripada KECHAYAAN CAHAYA BUDI ini sebenarnya berlaku di sekeliling kita dari semua sudut ANCAMAN..samaada daripada Mahluk mahupun daripada TECHNOLOGY itu sendiri.

BAGAIMANA TECHNOLOGY RBSS itu berfungsi terhadap TECHNOLOGY CYBER ini?

Pada ASAS nya, segala TECHNOLOGY RBSS akan berfungsi melindungi dengan mengenakan Jaringan Keselamatan yang tersendiri daripada gangguan TECHNOLOGY CYBER di dalam Internet.

KEFUNGSIAN ini sebenarnya berbalik kepada ZAMAN Qada' & Qadar atau the LAW & the ENFORCEMENT yang sediaada.

Ini bermaksud, bagi setiap yang di niatkan untuk DI KHIANATKAN, Kecahayaan Cahaya Budi itu akan segera bertindak dan merujuk kepada SETIAP QADA' dan bertindak merubah KE-QADARA-AN nya secara HALUS serta bersifat otomatik.

PERGERAKKAN secara OTOMATIK ini lah yang telah kita Ciptakan melalui Proses-Proses BERJURUS dan ISI POKOK BADAN...

Maksudnya..melalui Proses-Proses BERJURUS dan ISI POKOK BADAN, sebenarnya kita telah BER-DOA dan meminta IZIN daripada Allah swt UNTUK membina JARINGAN KESELAMATAN bagi diri dan apa juga yanga berkaitan dengan diri kita.

Ini lah TECHNOLOGY yang TERSEMBUNYI di dala Keilmuan RBSS ini...akan tetapi kita harus dapat melakukannya atas dasar KEFAHAMAN ILMU RBSS ini.

KESAN SAMPINGAN PADA SI PELAKU

YA...akan ada kesan-kesan sampingan yang akan berlaku kepada pelaku-pelaku JENAYAH CYBER seperti ini, dan kesan-kesan sampingan itu akan bergantung pada masa dan kesesuaian Jenayah yang di lakukan oleh mereka.

Jika mereka secara OTOMATIKnya terhukum melalui Proses Pembalasan Semula jadi...kesan kepada si pelaku akan BERKEKALAN KESIKSAANnya dan akan tidak ada manusia atau ubat-ubatan dari ciptaan Manusia yang dapat menyembuhkan nya...terkecuali si pelaku itu dapat atau pun sempat untuk memohon maaf atas perbuatan zalim & khianat mereka kepada orang yang di khianatinya.

Perkara ini tidak boleh di pandang ringan kerana di dalam AL QURAN Allah swt telah menyebut lebih dari Enam (6) kali bahawa "Allah tidak akan melindungi diri orang-orang yang MARAH / ZALIM"...

KESIMPULAN

TECHNOLOGY yang di cipta oleh Manusia itu kadang kalanya memerlukan OTAK manusia juga untuk berfikir langkah-langkah selanjutnya atau apa yang harus di lakukan...

TETAPI...

TECHNOLOGY ciptaan Allah swt itu kebanyakannya akan bergerak secara OTOMATIK tanpa perlu untuk di fikir-fikirkan langkah-langkah selanjutnya.

YOU THINK OF IT...

Wassallam!

Professor BSS at professor_bss99@yahoo.com.au

For Application of KURSUS KEFAHAMAN send your email to:-
THE APPLICATION ARE STILL OPEN TO ALL

Tags: | Edit Tags
Saturday April 25, 2009 - 03:56am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: