Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #203

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #203

THE SECRET OF...#203 - IBLIS DAN SYAITAN DI BULAN RAMADHAN

Topik pada kali ini adalah atas permintaan ramai yang ingin mengetahui bagamanakah kedudukan sebenarnya maksud "Syaitan di rantai" sepanjang Bulan Ramadhan ini...di mana ramai orang memiliki kepercayaan yang berbeza pendapat mengenainya.

Sebelum saya merungkai perkara ini, terlebih dahulu saya ingin jelaskan bahawa apa yang di huraikan melalui Blog ini, ianya bukan berdasarkan dari Nas-Nas AL-QURAN ataupun HADITH seperti yang di lakukan oleh para ULAMA ISLAM...tetapi penghuraian yang saya ketengahkan adalah BERDASARKAN kepada PENGLIHATAN atau PANDANGAN MATA HATI saya sendiri, maka dengan itu apa yang di ketengahkan ini tertakluk kepada sanggahan dan bantahan menurut kepercayaan dan keilmuan masing-masing!

MAHLUK HALUS

Mahluk Halus yang wujud di Alam Maya ini adalah dari Dua (2) Keturunan, yang pertama keturunan Iblis (yang tidak banyak) dan kedua ialah keturunan Jin (tersangat banyak), dan di mana kaum Jin ini berbangsa-bangsa dan ada yang beragama, ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang jahat dan ada yang baik seperti mahluk manusia juga.

Iblis ialah pemerintah bagi kaum Jin di muka Bumi ini, tetapi pemerintahan Iblis terhadap kaum Jin hanya tertakluk kepada kaum Jin yang INGKARKAN Agama Allah swt, maka yang ingkar ini termasuk diri Iblis itu di sebut sebagai SYAITAN, di mana melalui bahasa Arabnya ia membawa maksud mahluk yang tidak mahu kebenaran dan mengingkari suruhan Tuhan...

Oleh kerana itu, ramai kaum Jin yang ingkarkan Agama lalu mereka bersekongkol dengan Iblis bagi melakukan pelbagai kesrosakan di muka Bumi ini termasuk kerja-kerja untuk merosakkan Aqidah Mahluk Manusia agar sama-sama mengingkari suruhan Agama mereka..dan mereka-mereka inilah yang di katakan sebagai SYAITAN!!!

Adapun di dalam Bulan RAMADAHAN, kesemua SYAITAN-SYAITAN termasuk diri IBLIS itu di RANTAI sepanjang Bulan Ramadhan ini, itu bukan bermakna di muka Bumi atau di Alam Maya ini tidak ada satupun Mahluk-Mahluk Halus yang hidup bebas berkeliaran sepanjang masa!

Kita harus faham bahawa yang di RANTAI oleh Allah swt itu HANYA Iblis dan Jin-Jin yang INGKAR yang bergelar SYAITAN sahaja, kerana Allah swt ingin memberi keselesaan kepada Umat Manusia yang berAgama ISLAM untuk menjalani Ibadah PUASA!

Tetapi...Jin-Jin yang BUKAN DALAM KATEGORI SYAITAN masih lagi hidup bebas seperti hari-hari dan bulan-bulan yang lainnya, kerana mereka di dalam golongan ini BUKANLAH PEROSAK SEBENAR KEPADA UMAT MANUSIA!!!

Itu sebabnya, di dalam Bulan Ramadhan ini kita masih boleh lagi melihat mahluk-mahluk halus di sana sini dan ada juga kes-kes di mana soal rasukan Jin banyak berlaku di Bulan Ramadhan, atau di dalam Bulan Ramadhan ini banyak Ilmu-Ilmu Hitam menjadi-jadi ilmunya kerana BUKAN SEMUA JIN ITU DI RANTAI!!!

Jika di takrifkan kategori bagi Jin-Jin yang TIDAK DI RANTAI di Bulan Ramadhan ini, mereka adalah di dalam kategori Jin-Jin yang tidak membahayakan diri Manusia, Jin-Jin yang kurang cerdik atau bodoh, Jin-Jin yang menyerupai Binatang yang menjalankan tugas-tugas khas mereka untuk kesejateraan muka Bumi serta Jin-Jin yang beragama ISLAM.

Manakala Jin-Jin yang di RANTAI itu pula ialah dari kategori ASKAR-ASKAR SURUHAN IBLIS yang bertugas semata-mata untuk mersosakkan Aqidah Manusia di atas muka Bumi ini, dan golongan ini sahaja yang di RANTAI dan di ASINGKAN daripada Manusia sepanjang Bulan Ramadhan ini...

Oleh yang demikian, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa sepanjang Bulan Ramadhan ini TIDAK ADA JIN yang berkeliaran di muka Bumi...ADA!!!, tetapi mereka bukan ancaman untuk diri Manusia...

Akan tetapi, masih ada golongan Manusia yang memperkuatkan keilmuan hitam mereka di dalam Bulan Ramadhan kerana di dalam waktu inilah juga mereka akan mudah untuk memerintah atau menyuruh Jin-Jin yang masih ada untuk menurut kemahuan mereka kerana Jin-Jin yang tercerdik dan yang bekerja untuk Iblis tidak ada bersama mereka...

Harus di ingat, nisbah di antara kaum Jin dengan Manusia adalah 9 Jin dan 1 Manusia (ratio 9-1), jadi kita akan dapat lagi melihat Jin-Jin di sepanjang Bulan Ramadhan ini, dan itu bukan lah sesuatu yang harus di hairankan atau di pelikkan, yang penting mereka itu tidak berbahaya kepada diri Manusia.

Menurut pengalaman saya yang lalu pun, sewaktu di Bulan Ramadhan lah yang terbanyak kes-kes rasukan atau kes-kes yang melibatkan Ilmu Hitam, ini menunjukkan dengan jelas bahawa BUKAN SEMUA JIN itu DI RANTAI sepanjang Bulan Ramadhan ini...

Kita hanya memerlukan kefahaman dan penglihatan mata hati yang telus bagi melihat kedudukan kaum Jin ini, jadi janganlah merasa takut kepada mahluk Jin ini walau di mana kita bersua dengan mereka...mereka yang seharusnya takut kepada Manusia!


TETAPI

Walaupun di Bulan Ramadhan ini Iblis dan Syaitan telah di RANTAI bagi mengelakkan merosakkan Amal Ibadah Manusia, masih ada satu lagi kategori SYAITAN yang tidak di rantai oleh Allah swt sepanjang Bulan Ramadhan ini....dan kategori SYAITAN itu adalah dari golongan Manusia!!!

Golongan Manusia SYAITAN ini masih berleluasa dan berkeliaran di sana sini dan melakukan serta menyambung kerja-kerja Iblis dan Syaitan yang sebenar, golongan inilah yang di katakan sebagai WARIS-WARIS SYAITAN sewaktu mereka itu DI RANTAI!!!!!...

jadi lihatlah di sekeliling anda, siapakah WARIS SYAITAN tersebut dan berhati-hatilah bila berhadapan dengan mereka, kerana tugas mereka adalah untuk memperbanyakkan kita melakukan kesalahan yang membawa kepada Dosa-Dosa Besar dan Kecil...

Tetapi kita tidak perlu menyisihkan golongan WARIS SYAITAN ini kerana dengan apa yang kita miliki iaitu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI ini, kita akan dapat melindungi diri dari terjerumus ke lembah Dosa-Dosa yang tidak kita ingini.

Hanya yang di perlukan ialah kefahaman kita mengenai apa itu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dengan sepenuhnya........

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday September 2, 2008 - 11:13pm (PDT)

No comments: