Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #237

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #237 - KOMENTAR PROFESSOR #26 - PENJELASAN LANJUT

KOMENTAR PROFESSOR #26 - PENJELASAN LANJUT KURSUS KEFAHAMAN

Saya amat tertarik dengan beberapa persoalan yang di timbulkan mengenai kerasionalan untuk mengadakan KURSUS KEFAHAMAN oleh Professor BSS untuk para Ahli-Ahli RBSS di seluruh Negara Malaysia dan Singapura.

Di mana usaha yang akan di lakukan oleh Professor BSS ini di pandang TIDAK SESUAI kerana BERADA DI LUAR PERSATUAN MAINSTREAM BSS yang sediaada seperti PBSSM kelolaan Encik Masri Bin Hj Hashim, PPJBSSKL kelolaan Encik Masron Bin Hj Hashim dan PBSS kelolaan Hj Masdon Bin Hj Hashim.....

Melalui persoalan yang di kemukakan, mengapakah Professor BSS melihat bahawa apa yang di lakukan oleh ketiga-tiga Jemaah Guru (3M) tersebut tidak mencukupi di dalam mendidik dan mengajar anak-anak murid yang sediaada?...

Dan adakah apa yang akan di lakukan oleh Professor BSS melalui KURSUS KEFAHAMAN tersebut melebihi apa-apa ilmu pengetahuan yang di pernah di tawarkan oleh pihak Jemaah Guru tersebut?...

Baik...

Saya melihat persoalan tersebut dari sudut yang membina atau constructive...dan saya sangat menghargai segala pandangan atau pendapat yang di kemukakan oleh orang ramai.

Akan tetapi...apabila kita melihat dari sudut yang lebih luas, kita akan dapat melihat suatu KEPERLUAN yang amat sangat untuk melakukan sesuatu PEMBAHARUAN didalam memberikan suatu KEFAHAMAN yang BERSISTEMATIK kepada semua Penuntut dan Pelajar keilmuan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini...

Cuba anda bertanya pada diri anda sendiri yang pernah atau yang sedang mengikuti Kelas-Kelas Bimbingan yang di jalankan oleh pihak Persatuan-Persatuan tersebut:-

  1. Adakah anda berpuashati dengan SISTEM PEMBERIAN MAKLUMAT ILMU yang di lakukan oleh pihak mereka?
  2. Adakah semua MAKLUMAT ILMU yang di berikan dalam setiap SESI KELAS itu BERKESINAMBUNGAN?
  3. Adakah MAKLUMAT ILMU yang di lakarkan untuk anda itu benar-benar MERANGKUM segala HUBUNG-KAIT dengan APA YANG WUJUD di sekeliling anda?
  4. Adakah MAKLUMAT ILMU yang di berikan kepada anda itu benar-benar dapat untuk meningkat tahap KEFAHAMAN dan KEYAKINAN anda terhadap ILMU KETUHANAN ini?
  5. Adakah PENYAMPAIAN ILMU yang di adakkan di setiap KELAS di setiap CAWANGAN itu ada KESERAGAMAN BUTIR-BUTIR MAKLUMAT ILMU nya?

Kemudian...cuba anda buat PENILAIAN anda sendiri terhadap LEPASAN PELAJAR dari KELAS-KELAS BIMBINGAN tersebut adakah mereka itu:-

  1. Menjadi seorang Ahli RBSS yang cukup BERKEYAKINAN?
  2. Menjadi seorang Ahli RBSS yang cukup SERBA BOLEH?
  3. Menjadi seorang Ahli RBSS yang cukup MERDEKA?
  4. Menjadi seorang Ahli RBSS yang BERKEFAHAMAN UNVERSAL?
  5. Menjadi DROP OUT di tengah perjalanan menimba ILMU?

Kesemua PERSOALAN yang saya kemukakan itu adalah SENARIO BIASA yang berlaku di dalam SISTEM PEMBELAJARAN RBSS dari dahulu hinggalah pada hari ini....Dimana QUANTITY di UTAMAKAN dari QUALITY...

Jadi...sampai bila kah kita harus MEMBIARKAN perkara seperti ini BERLANJUTAN???.....Sedangkan segala TEGURAN segala SARANAN segala PERTUNJUK telah di ajukan kepada mereka!!!...

Cuba anda fikirkan....untuk jangkamasa 10 - 20 tahun akan datang, apakah yang akan terjadi terhadap perkembangan KEILMUAN ini jika MASAALAH HARI INI tidak dapat DI PERBAIKI?....Apakah yang akan terjadi kepada GENERASI AKAN DATANG yang mempelajari KEILMUAN ini?...yang juga berkemungkinan dari KETURUNAN dan DARAH DAGING kita sendiri....

Itulah yang menjadi SEBAB YANG SANGAT KUKUH untuk mengajurkan KURSUS KEFAHAMAN ini menurut PERSPEKTIF dan KORIKULUM yang di lakar oleh Professor BSS, di mana INTIPATI KEILMUAN yang di muatkan kedalam KURSUS KEFAHAMAN ini telah di susun menurut:-

  • Pemahaman mengenaiKesejarahan Asal Usul Rahsia Budi Suci Sejati
  • Pemahaman mengenai Kesejarahan Asal Usul perkembangannya
  • Pemahaman mengenai Kesejarahan Asal Usul Kemanusiaan
  • Pemahaman mengenai Adaptasi dan Aplikasi
  • Pemahaman mengenai Alam-Alam yang berkaitan
  • Pemahaman mengenai Adap Belajar dan Berguru
  • Pemahaman mengenai melakukan Adap dan Rukun Berjurus
  • Pemahaman mengenai 6 Rukun RBSS
  • Pemahaman mengenai 5 Prinsip RBSS
  • Pemahaman mengenai Pantang / Lambang Warna / Tujuan RBSS
  • Pemahaman mengenai Pentadbiran Allah swt terhadap sekelian mahluk

Sememangnya perkara ini bukan mudah untuk di laksanakan TANPA kesungguhan dari semua pihak yang terlibat.

Akan tetapi melalui KAEDAH memberikan PEMBELAJARAN yang BETUL serta TEPAT akan dapat mengurangkan JURANG LEBAR yang telah terbentuk di dalam setiap KEFAHAMAN yang sediaada di dalam PEMIKIRAN kita.

Kita sebenarnya SANGAT MEMERLUKAN sesuatu PEMBAHARUAN di dalam TEKNIK BELAJAR dan MEGAJAR di zaman ini...Kita sudah TIDAK MAMPU lagi untuk mengikuti atau mengaplikasi TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR cara lama yang sejak BERKURUN lamanya itu.

Dimana KEBERKESANANnya boleh di pertikaikan kerana tidak dapat MELIPUTI keseluruhan Ahli yang datangnya dari pelbagai PENDIDIKAN SEKULAR, PENDIKIKAN AGAMA dan SUSUR GALUR GURU GURU yang mengajar KEILMUAN ini.

HARUS DI FAHAMI DENGAN JELAS BAHAWA PROFESSOR BSS ITU :-

  • Tidak memainkan peranan Guru-Guru untuk Upacara pengambilan Ilmu
  • Tidak menggantikan Guru-Guru yang sediaada
  • Tidak menghasut atau mendidik Ahli-Ahli untuk meninggalkan Guru
  • Tidak mengajar sesuatu yang bertentangan dengan keilmuan RBSS

PPROFESSOR BSS HANYA :-

  • Bertindak MEMBANTU memberikan KEFAHAMAN
  • Tidak mengira dari murid Guru yang mana
  • Tidak mengira Ahli lama atau pun Ahli Baharu

JANGKAAN UNTUK MASA HADAPAN

Jika KURSUS KEFAHAMAN ini dapat di jalankan seperti yang di rancangkan di seluruh Negara malaysia, di masa hadapan kita akan dapat menjangkakan setiap Ahli RBSS itu akan :-

  1. Lebih terdidik
  2. Lebih Cerdik
  3. Lebih Berdikari
  4. Lebih Berkesan
  5. Lebih Berkeyakinan
  6. Lebih Versatyle
  7. Lebih Universal
  8. Lebih Berteknologi
  9. Lebih Canggih
  10. Lebih Uniformed dalam Pemahaman

Inilah yang cuba di wujudkan untuk Generasi yang akan datang dan anda-anda yang hidup pada hari ini lah yang harus MEMULAKAN LANGKAH untuk melakukan pembaharuan di dalam SISTEM PEMBELAJARAN RBSS kita ini.

Cuba anda lihat di kiri dan kanan anda mengenai KEILMUAN dari Orang Asing, bagaimanakah mereka mengembangkan keilmuan yang mereka ketahui dari zaman berzaman itu sehingga berkekalan hingga ke hari ini...

Contoh yang PALING BAIK ialah AL-QURAN...

Siapakah yang mempelopori PEMBUKUAN AL QURAN sehingga ianya menjadi KITAB YANG AGUNG hingga ke hari ini.....sedangkan AL QURAN itu adalah KOLEKSI KATA-KATA TUHAN YANG MAHA AGUNG yang di namakan FIRMAN ALLAH!!!!...

Jika RAHSIA AGUNG dari FIRMAN ALLAH itu dapat di DOKUMENTASIKAN dan telah di susun segala bentuk ILMU di dalamnya menjadi sebuah KITAB, mengapa KEILMUAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini TIDAK BOLEH DI LAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA?????

Sehingga dapat di wujudkan Kelas-Kelas Bimbingan Agama ISLAM dari Peringkat MADARASAH hinggalah ke Peringkat Universiti seperti Universiti AL-AZHAR dan Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia....bagaimana orang-orang terdahulu itu menyusun segala SUMBER ILMU yang bertaburan banyaknya itu menjadi suatu KURIKULUM yang mudah di pelajari dan di ajarkan kepada setiap manusia????

Anda cuba-cubalah membuka minda dan fikir-fikirkan segalanya ini....

Wassallam!

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com

Tags: | Edit Tags
Thursday April 16, 2009 - 03:12pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: