Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #256

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #256 - KOMENTAR PROFESSOR #29

KOMENTAR PROFESSOR # 29 - SIAPA & APA PERANAN PROFESSOR BSS

SIAPA & APA PERANAN PROFESSOR BSS?

Maaf terlebih dahulu kerana KOMENTAR pada kali ini bukan bertujuan untuk menjelaskan siapakah INDENTITI sebenar PROFESSOR BSS...Tetapi hanya untuk memperkatakan MENGAPA wujudnya PROFESSOR BSS setelah RBSS ini menjangkau 50 TAHUN berkembang di Negara Malaysia khususnya.

KOMENTAR KHAS ini bukan bertujuan untuk menaikkan Martabat atau Nama Professor BSS di mata msyarakat...TETAPI saya ingin membawa PEMIKIRAN anda semua untuk MELIHAT FENOMENA kewujudan Professor BSS dari satu SUDUT yang lain.

Semoga dengan cara yang demikian akan banyak persoalan dan tanda tanya dari Masyarakat dan Guru-Guru RBSS akan dapat di perjelaskan...dan kesalahfahaman yang wujud semenjak wujudnya Professor BSS ini dapat di redakan.

DARI SUDUT PANDANGAN PROFESSOR BSS SENDIRI

Secara jujurnya saya mengatakan bahawa kewujudan Professor BSS ini bukanlah suatu perancangan secara peribadi...maksudnya di situ bahawa saya bukan merancang untuk menjadi Professor BSS secara sesuka hati.

GERAKAN atau DORONGAN untuk mewujudkan BLOG RBSS ini sebenarnya telah timbul seawal tahun 2000 lagi...memandangkan telah sekian lama masyarakat RBSS ini tidak menerima sebarang KEMAJUAN dari segi LONJAKKAN ILMU PENGETAHUAN yang setaraf dengan KEILMUAN itu sendiri.

Berbekalkan dengan semangat yang ingin membantu masyarakat RBSS untuk MEMAHAMI KONSEP KEILMUAN ini...beberapa TINJAUAN dan KAJIAN telah dilakukan terhadap SISTEM PEMBELAJARAN yang di guna-pakai di dalam PERSATUAN yang di teraju oleh 3M.

Juga TINJAUAN dan PEMERHATIAN yang di lakukan di dalam MEDIA INTERNET untuk mencari BAHAN MAKLUMAT yang berguna dan boleh di guna-pakai oleh masyarakat RBSS juga cuba di kesan.

Walaupun USAHA ini bukan di desak oleh mana-mana Golongan atau Pertubuhan, Tinjauan dan Kajian tersebut tetap di lakukan dan akhirnya RUMUSAN terhadap kesemua TINJAUAN dan KAJIAN itu di dapatkan.

JAWAPAN NYA

Semenjak dari Tahun 1958....Perkembangan KEILMUAN ini di dapati hanya berkembang mengikut SISTEM yang di jalankan oleh mana-mana PERGURUAN KEILMUAN KEBATHINAN dan di dapati juga KEMAJUAN yang di harapkan yang sejajar dengan MATLAMAT KEILMUAN ini adalah jauh dari memuaskan.

Begitu juga dengan MAKLUMAT mengenai KEILMUAN ini di dalam MEDIA INTERNET...di dapti TIDAK ADA pihak yang maju kehadapan untuk MEMPERJELASKAN kedudukan KEILMUAN ini.

Maka sesuatu harus di lakukan...kerana KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini adalah sustu ILMU yang sangat LUAS ILMU PENGETAHUAN nya serta ianya adalah TIDAK SEPERTI yang di anggap oleh pihak UMUM...iaitu suatu ILMU UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI SAHAJA.

LANGKAH SELANJUT NYA

Setelah MEMAHAMI KEDUDUKAN SEMASA...maka saya mengambil KEPUTUSAN untuk mewujudkan sebuah BLOG yang dapat memberikan suatu GARIS PANDU kepada semua MASYARAKAT RBSS mengenai INTIPATI dan INTISARI keilmuan ini dari SUDUT yang berlainan.

Dengan harapan ianya akan dapat MEMBUKA MINDA Masyarakat RBSS terhadap APA YANG MEREKA MILIKI ini...

Dengan harapan ianya akan dapat MEMBANTU mana-mana Guru dan Persatuan RBSS di mana juga untuk MEMBANGKITKAN KESEDARAN terhadap PERI PENTING NYA RBSS ini di dalam kehidupan masing-masing.

Bukan dengan NIAT atau HARAPAN untuk di kenali atau menaikkan nama diri sendiri bagi tujuan untuk mencari keuntungan.

Bukan juga dengan NIAT atau HARAPAN untuk MENGGANTIKAN PERANAN GURU-GURU yang sediaada pada ketika ini...

LALU...

BLOG KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI ( RBSS ) di wujudkan pada 16hb December 2007.

Dengan MOTO

THE ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATIONS PROVIDER....

Dan

Saya sebagai PROFESSOR BSS menjadi PENCETUS MINDA atau THE BRAINSTORMER nya.....

DARI SUDUT YANG LAIN... ( From Other Views )

Berbalik kepada persoalan utama seperti yang pernah di kemukakan oleh Guru-Guru RBSS...

  1. Siapa itu Professor BSS?
  2. Siapa yang beri dia pangkat Professor?

Sebenarnya...

Walaupun saya memang pernah TERFIKIR untuk melakukan semua ini TETAPI setelah BLOG RBSS ini berlanjutan sehingga ke hari ini (Posting #255)..Diri saya sendiri TERFIKIR pada apa yang berlaku DI SEBALIK semua KEJADIAN ini.

Asalnya...saya hanya ingin menulis sebanyak 50 posting sahaja dengan Tajuk-Tajuk yang Utama dan hanya ingin mensasarkan sebanyak 50,000 kali Views Stats sahaja...

Akan tetapi...ianya telah berlanjutan di luar kawalan diri saya sendiri sehinggalah ke hari ini...Dan apa yang boleh saya rungkaikan pada hari ini mengenai kewujudan Professor BSS dengan BLOG RBSS nya adalah seperti berikut:-

Dari Sudut Pandangan Yang Maha Pencipta

Allah swt itu adalah yang MAHA PENGASEH serta MAHA PENYAYANG

Allah swt juga adalah yang MAHA MENGETAHUI serta MAHA MENENTUKAN

Allah swt juga adalah yang MAHA BIJAKSANA DI DALAM SEMUA PERKARA

Oleh kerana APA YANG BERLAKU mengenai perkembangan dan kefahaman yang berlaku tidak mencerminkan APA YANG WUJUD DI DALAM KERAHSIAAN NUR BUDI...maka Allah swt itu MENGGERAKAN seseorang untuk melakukan sesuatu DESAKKAN atau DORONGAN bagi merubah sesuatu pandangan atau kefahaman ke arah yang lebih dekat kepada KEFAHAMAN YANG DI KEHENDAKI.

Maka dengan KEHENDAK NYA wujudlah Professor BSS dengan BLOG RBSS yang MEMPERKATAKAN segala jenis-jenis ILMU yang bersangkutan dengan KERAHSIAAN NUR BUDI ini...

Kerana setelah melihat sendiri HASIL KERJA dari Posting ke #1 hingga ke Posting yang ke #255...Saya sendiri sebagai PENULIS yang juga sebagai Professor BSS amat hairan dan takut kerana jika di TAKRIFKAN saya sebagai seorang MANUSIA biasa, saya tidak akan mampu untuk melaksanakan segala penulisan yang berbentuk ILMU ILLAHIAH ini.

Ini lah yang dapat saya TAFSIRKAN sebagai KEHENDAK ALLAH SWT yang ingin SESUATU PERUBAHAN itu BERLAKU...

Saya BUKAN INGIN DAN TIDAK MENGUMPAKAN diri sebagai Para Nabi-Nabi yang di utus Oleh Allah swt terhadap sesuatu KAUM..( harap jelas di sini )

Dan saya juga sebagai Professor BSS BUKAN JUGA SETARAF atau SETANDING atau SEMARTABAT dengan Para-Para Sahabat-Sahabat Nabi, Para Auliah, Para Wali dan Semua Cendiakawan ISLAM yang wujud di masa lalu dan sekarang....Saya hanya seorang MANUSIA biasa seperti diri anda juga..

Berbalik kepada dari SUDUT PANDANGAN ILLAHI

Mangapa Allah swt itu memerintahkan Nabi Allah NOH as supaya membina sebuah BAHTERA di atas sebuah GUNUNG???....

Dimana pada zaman itu Umat Nabi NOH as mentertawakan perbuatan Baginda kerana berfikiran di atas sebuah GUNUNG tidak MUNGKIN atau MUSTAHIL akan di NAIKI OLEH AIR!!!...

Begitu juga halnya dengan BLOG RBSS ini...dimana ramai pihak yang tidak mahu menerima segala BUTIR ILMU yang DI KETENGAHKAN atas alasan siapakah Professor BSS itu???...dan siapa yang beri dia pangkat Professor???...

Sehingga APA YANG DI RUNGKAI dan yang DI HURAI melalui BLOG RBSS ini tidak mahu di ambil kira atau iktibar...

Mereka hanya memandang SIAPA YANG MENULIS sahaja...bukan memandang kepada APA YANG DI TULIS dan DI SAMPAIKAN!!!...

Dari itu..anda fikir-fikirkan lah segala apa yang di kemukakan ini supaya anda akan mendapat sesuatu KEFAHAMAN yang lebih luas dan mendalam...

" INNALILLAH WAINNA LILLAHI RAJIUUN"

YOU THINK OF IT...

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

Tags: | Edit Tags

No comments: