Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #259

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #259 - FROM OTHER VIEWS #01

FROM OTHER VIEWS...#01

MEMAHAMKAN RBSS DARI DUA SUDUT YANG BERBEZA

Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa SEKMEN kali ini telah di tukar Tajuknya kepada FROM OTHER VIEWS atau DARI SUDUT YANG LAIN.....

Untuk memperkatakan perkara-perkara yang selalu kita alami atau yang sering kita lakukan tetapi di lihat melalui berlainan SUDUT PANDANGAN....Ini sejajar di dalam Konsep pembelajaran yang khusus kepada KEFAHAMAN MENGENAI RBSS.

Yang menjadi Tajuk pada kali ini ialah...

MEMAHAMKAN RBSS DARI DUA SUDUT YANG BERBEZA....

Sebenarnya ada wujud Dua (2) Sudut untuk MEMAHAMKAN RBSS ini...

  1. Dari Sudut kacamata ISLAM
  2. Dari Sudut kacamata BUKAN ISLAM

Dari Kacamata Islam...

Yang di maksudkan dengan DARI SUDUT KACAMATA ISLAM itu adalah berdasarkan KEFAHAMAN anda yan gtelah TERSEMAI segala bibit-bibit keilmuan dalam ISLAM yang telah tumbuh begitu kuat di dalam keyakinan dan di sanubari anda.

Sehingga...Anda mempelajari keilmuan RBSS dari Sudut Pandangan Islam untuk mencari kebenaran-kebenaran yang telah terhimpun di dalam Islam itu sendiri seperti melalui Al Quran dan Hadith....

Setiap apa yang wujud di dalam keilmuan RBSS ini, anda akan berusaha untuk mencari di mana DALIL DALIL dari Al Quran atau Hadith yang MEMBENARKAN apa yang tersirat atau yang tersurat di dalam RBSS.

Dari Kacamata Bukan Islam...

Bukan bermaksud dari Sudut Pandangan Agama-Agama yang lain seperti Agama Kristian, Yahudi, Buddha, Tao, Sikh, Hindu dan yang sebagainya itu.....

Tetapi dari Sudut Kacamata orang-orang Islam yang kurang atau yang tiada ASAS KEISLAMANnya....

Dimana, melalui Sudut Kacamata orang-orang yang sedemikian...cara mereka memahamkan keilmuan RBSS ini tidak seperti yang di lakukan oleh orang-orang yang kukuh sendi Agamanya...

Mereka akan lebih cenderung mengikuti segala apa yang wujud di dalam pembelajaran RBSS ini hanya berdasarkan HUKUM AKAL yang termampu di fikir oleh mereka sahaja.

Tetapi....yang anehnya

Orang-orang yang datangnya dari golongan inilah yang sangat mudah untuk MEMAHAMKAN keilmuan yang wujud di dalam RBSS kerana:-

  • Mereka tidak ada suatu Dalil dari Al Quran yang mereka tahu.
  • Mereka tidak ada suatu Haduth yang mereka tahu.
  • Mereka tidak tertakluk kepada sebarang Hukum Syarak.
  • Mereka tidak terbelengu dengan sesuatu Agama.

Ini juga di sebabkan oleh KONSEP Kewujudan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI itu yang tidak tertakluk kepada UNDANG-UNDANG DUNIA.

Tetapi MEMILIKI segala PERUNDANGAN YANG SANGAT RAPI yang di teraskan melalui KETENTUAN yang di TETAPKAN oleh ILLAHI.

PERSOALAN NYA...

Apakah jalan yang terbaik untuk kita bagi MEMAHAMI KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI ini???...

Soalan...

Adakah dengan CARA / KAEDAH mempelajari RBSS dengan MEMBAWA ia masuk ke dalam ISLAM di mana kita MAHIR di situ???....( di rujuk sebagai contoh A ).....Atau

Adakah dengan CARA / KAEDAH mempelajari RBSS dengan MEMBAWA apa yang di katakan ISLAM itu ke dalam RBSS???....( di rujuk sebagai contoh B ).....Atau

Dengan cara orang-orang BUKAN ISLAM (seperti yang di rujuk) melakukan PEMAHAMAN nya???.....( di rujuk sebagai contoh C )....

Kita cuba renungi IMLPIKASI nya terlebih dahulu...

Dari Contoh A...

Jika Cara / Kaedah ini di lakukan, maka proses untuk MEMAHAMKAN RBSS ini akan mengambil masa yang sangat panjang sebelum anda menemui jawapan-jawapan yang anda kehendaki melalui Dalil-Dalil yang di cari melalui Al Quran dan Hadith...

Kerana...anda akan mengambil masa yang begitu panjang hanya untuk mencari SEBUTIR KEFAHAMAN...

Dan..Cara / Kaedah ini juga akan bergantung sehebat mana KEPANDAIAN atau PENGETAHUAN anda mengenai ISLAM itu sendiri.

Jika anda dari golongan Islam yang sederhana, maka anda perlu merujuk apa yang ingin anda ketahui itu kepada orang-orang yang lebih dalam atau yang lebih berpengetahuan mengenai Islam...Lantas proses ini akan memanjangkan jangkamasa untuk anda faham.

Ini belum lagi risiko yang perlu anda hadapi dari jawapan orang-orang yang anda temui...kerana mereka itu sendiri bukan orang yang mahir DI DALAM KEILMUAN RBSS ini pula.

Dan hasilnya boleh berkesudahan dengan menimbulkan banyak lagi PERCANGGAHAN PENDAPAT dan menjauhkan lagi diri anda dari menemui KEFAHAMAN yang sebenar...

Ini sering berlaku di mana-mana dari zaman dahulu sehingga lah ke zaman ini...........

Dari Contoh B...

Iaitu membawa KEFAHAMAN ISLAM ke dalam RBSS...

Ini juga akan mengundang pelbagai RISIKO KESALAHFAHAMAN atau TAFSIRAN untuk di guna-pakai sebagai KEFAHAMAN kerana ia akan banyak bergantung nasib kepada sehebat mana PEMAHAMAN anda mengenai Islam dan juga RBSS...

Jika kedua-dua nya dari jenis yang "HALF PAST SIX" atau saya suka Istilahkan sebagai "Telur Setengah Masak"....maka KEFAHAMAN yang anda cari itu akan menemui jalan BUNTU dan berkemungkinan anda akan di landa dengan KEFAHAMAN YANG BERKECAMUK!!!....

Dari Contoh C pula...

Yakni dari Sudut Kacamata Bukan ISLAM yang Hakiki....yang hanya menggunakan HUKUM AKAL...

Jalan ini juga akan menemukan anda dengan pelbagai Risikp PERTENTANGAN PENDAPAT dengan orang-orang yang asalnya dari golongan yang KUAT ISLAM...

JADI....

Apakah Cara / Kaedah yang TERBAIK untuk MEMAHAMKAN segala yang tersirat dan yang tersurat di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini???......

JAWAPAN NYA....

Melalui KONSEP ILMU KETUHANAN yang belum lagi di namakan sebagai ISLAM tetapi hanya di kenali sebagai:-

  • TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Yakni..

Yang berunsurkan KEJADIAN TUHAN YANG MAHA ESA itu TERJADI seperti yang tersirat di dalam Surah AL IKHLAAS....

Kemudian...bawa URUTAN segala JENIS PENCIPTAAN NYA ke bawah sehingga kepada bagaimana WUJUD NYA:-

  1. NUR ALLAH
  2. NUR BUDI
  3. NUR MUHAMMAD

Dan segala apa yang di CIPTAKAN OLEH ALLAH SWT sehingga lah kepada PENURUNAN AL QURAN sebagai PERTUNJUK / PANDUAN kepada AGAMA yang di namakan sebagai ISLAM itu sendiri...

Cara / Kaedah seperti ini juga di sifatkan sebagai:-

"MELIHAT SESUATU DARI SUDUT PANDANGAN TUHAN YANG MAHA ESA"

Dimana...jika Konsep PENERANGAN ini di jadikan sebagai suatu WADAH di dalam SISTEM PENGAJARAN RBSS....Niscaya segala KERAGUAN yang wujud dan yang di wujudkan oleh PEMIKIRAN MANUSIA itu dapat di elakkan.

Dan PERKEMBANGAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI itu dapat di sebarkan dengan meluas tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan yang di wujudkan oleh MINDA MANUSIA itu sendiri.

Sebenarnya SISTEM untuk mempelajari RBSS itu sangat mudah dan semudah KONSEP pembelajaran A..B..C... atau 1..2..3

Kerana SETIAP yang HUJUNG akan ada PANGKAL nya dan setiap PANGKAL harus ada PENGHUJUNG nya pula...

Buka lah Minda anda dari sudut yang lain....

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au


************************************************************************************

PERHATIAN

PENDAFTARAN KURSUS KEFAHAMAN AKAN DI TUTUP PADA 28 HB MAY 2009

Kepada yang maseh berminat, jangan berlengah untuk mendaftar kerana tempat yang di sediakan adalah TERHAD.

Serta Kursus Kefahaman ini mungkin yang Pertama dan yang Terakhir di adakan oleh Professor BSS.

Dimana Konsep Kursus Kefahaman ini setaraf untuk menjadi seorang Guru Pendidik RBSS...

Dimana untuk masa-masa yang akan datang, (jika ingin di lakukan) bentuk Kursus akan di ubah kepada beberapa Module pula.

Sekian.

Professor BSS

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Alamat email untuk membuat pendaftaran.

*************************************************************************************

Tags: | Edit Tags
Thursday May 21, 2009 - 12:55pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: