Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #218

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #218

FIKIR-FIKIR #2 - BATHIN KONTEK

Soalan ini sebenarnya di tanyakan kepada saya oleh seseorang melalui Post Message di dalam Blog RBSS ini, yang meminta saya merungkai BATHIN KONTEK menurut perspektif Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati....terima kaseh kepada yang memberikan soalan semoga persoalan dan rungkaian yang di kemukakan akan memberi banyak manfaat kepada umum dan kepada ahli-ahli RBSS khususnya.....

Menurut KEILMUAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....Bathin Kontek memang boleh di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS terhadap apa juga MAHLUK samaada Mahluk Manusia, Jin, Iblis, Binatang, Tumbuh2an atau Mahluk-Mahluk yang memiliki NYAWA serta yang Ber-ROH....

Ini bukan perkara yang MUSTAHIL atau sesuatu yang BAHARU atau sesuatu yang di ada-adakan..tetapi ia adalah HAKIKAT di dalam PENCIPTAAN ROH MANUSIA YANG BERCAHAYA BUDI!!!!....

Untuk melakukan BATHIN KONTEK dengan menggunakan RBSS ini juga, TIDAK MEMERLUKAN seseorang itu cukup AGAMAnya, padat AMALANnya atau kuat SYARIATnya...MEMADAI dengan ianya MENGETAHUI DAN MEMILIKI KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini sahaja....No other rules and regulations attached!!!!

TETAPI...ke-Asasan dan segala yang tertakluk di dalamPRINSIP-PRINSIP RBSS harus di patuhi terlebih dahulu bagi membangkitkan KE-ADAPTASIAN yang JITU atau MAMPAT di dalam diri kita ini yang merangkum diantara ROH DAN JASAD.....

Jika itu telah di patuhi dan di lalui secara MATANG, maka BATHIN KONTEK ini dapat di lakukan dengan mudah dan boleh di lakukan kepada APA SAHAJA ...No hold barred!!!!

Cara melakukannya juga mudah sahaja........

Yang penting, anda TAHU siapa yang anda ingin KONTEK atau HUBUNGI itu, Manusia kah, Jin kah, Iblis kah, Binatang kah, Tumbuh2an kah lalu anda lakukan sebagaimana anda MENYAPA ORANG LAIN DI DALAM AJARAN ISLAM....itu sahaja!!!!....maksud nya memberikan SALAM kepada yang TUNDUK kepada AJARAN TUHAN YANG PALING KEKAL, manakala yang lainnya itu seperti Iblis ataupun Syaitan, cukup sekadar meminta keizinan daripada ALLAH SWT sahaja.....

PERLAKUAN BATHIN KONTEK ini BUKAN SEPERTI di dalam BERMAIN GERAK SUARA atau GERAK LAKU yang sering di mainkan oleh ahli-ahli RBSS yang sering kita lihat...TETAPI BATHIN KONTEK ini apabila di lakukan ianya secara INDIVIDU dan LANGSUNG kepada Mahluk SASARAN....YANG HANYA menggunakan TELEPATHY yang menghubungkan terus PERASAAN atau NALURI kita kepada PERASAAN atau NALURI Mahluk sasaran....

Jika CARA yang anda lakukan itu TEPAT maka BATHIN KONTEK itu akan TERJADI tanpa sebarang masaalah atau pun gangguan...maknanya anda akan dapat BERHUBUNG SECARA LANGSUNG....dan KOMUNIKASI MELALUI PERHUBUNGAN itu adalah seperti anda BERCAKAP DENGAN SESEORANG MELALUI PERHUBUNGAN TELEFON DUA HALA SEKARANG!!!!!....

BATHIN KONTEK ini juga BUKAN HANYA sebagai ALAT MENGHUBUNGKAN kita dengan SESUATU Mahluk yang lain, tetapi KAEDAH BATHIN KONTEK ini juga boleh di gunakan sebagai ALAT atau CARA untuk MENGAWAL DAYA FIKIRAN DAN PERGERAKAN MAHLUK LAIN menurut PERINTAH yang ingin mereka lakukan....

Maksudnya, kita MENGAWAL APA YANG MEREKA INGIN LAKUKAN tetapi bukan secara BERKEKALAN hanya untuk jangkamasa yang tertentu sahaja menurut KEMAMPUAN tenaga yang anda miliki...dalam lain perkataan, ianya akan sangat bergantung kepada kekuatan KECAHAYAAN CAHAYA BUDI YANG ANDA CIPTA melalui proses BERJURUS!!!!!....

BATHIN KONTEK ini sebenarnya di dominasikan oleh KAUM SUFI di suatu masa dahulu kerana KEISTIMEWAAN yang mereka miliki secara BERZIKIR yang berterusan di dalam kehidupan...hanya bezanya KAUM SUFI ini TIDAK ADA PERLINDUNGAN DARI KECAHAYAAN CAHAYA BUDI.....(ini sudah masuk BAB yang lain)

Kerana itu juga lah, KAUM SUFI yang memiliki KELUARBIASAAN ini sering di sifatkan sebagai WALI-WALI oleh pihak umum...walhal itu adalah perkara yang biasa di dalam keistimewaan yang di wujudkan oleh Allah swt kepada Umat Manusia (yang mengetahuinya sahaja)

Dan ahli-ahli RBSS yang berkebolehan untuk melakukan keistimewaan luarbiasa ini tidak juga di anggap sebagai WALI kerana di pandang tidak melakukan ASAS-ASAS SYARIAT di dalam ISLAM!!!!.....(pernah di hurai di posting yang lalu)

Kesimpulannya di sini....BATHIN KONTEK bukanlah sesuatu yang MUSTAHIL untuk di lakukan, dan bukan sesuatu yang baharu atau di larang di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS....ianya lebih kepada sejauh mana anda MENEROKA Keilmuan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, bukan hanya meyakini RBSS hanya untuk mempertahankan diri sahaja....

Fikir-Fikir..........

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday December 29, 2008 - 07:07pm (PST)

No comments: