Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #235

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #235 - THE THINK OF...#6 - TECHNOLOGY RBSS -06

THE THINK OPF...#6 - TECHNOLOGY RBSS - 06

SIAPA PEMBIMBING KITA DALAM KEILMUAN RBSS

Tajuk ini bersangkutan dengan masaalah yang di kemukakan mengenai SIAPA YANG MEMBIMBING KITA DI DALAM KEILMUAN RBSS ini???.....

Punca Persoalan.....

Jika seseorang anak murid itu belajar keilmuan RBSS ini dengan orang-orang yang lebih lama atau Otai dan juga Guru, maka Otai-Otai dan Guru itu lah yang di takrifkan sebagai Guru kita untuk memahamkan diri kita ini....

Dan bagaimanakah pula halnya dengan Otai-Otai atau Guru-Guru yang membimbing kita itu, siapakah yang menjadi pembimbing mereka???...siapa pula yang membetulkan atau memberikan tunjuk ajar selanjutnya???...adakah guru lagi di atas mereka???

Dan bagaimana anda selepas menjadi Otai pula dan tidak ada guru lagi yang sanggup memberikan bimbingan kepada anda kerana taraf anda telah semakin tinggi????..jadi siapa yang membimbing anda nanti???......

Didalam mempelajari keilmuan RBSS ini bukanlah seperti kita belajar hal-hal keagamaan, di mana hal-hal keagamaan kita harus mencari guru untuk mengajar kita kerana ada banyak sebab kita memerlukan guru...seperti

  • Guru ilmu fardhu ain
  • Guru ilmu fardhu kifayah
  • Guru membaca Al-Quran
  • Guru itu dan guru ini......

Tujuannya adalah satu...agar apa yang kita pelajari dan ketahui itu adalah betul dan sahih...kerana ianya melibatkan ILMU TUHAN yang mengadakan segala HUKUM di dalam AGAMA

Kerana itulah wujudnya ustadz-ustadz, kiayai-kiayai, sheikh-shiek, mursyid-mursyid, pensyarah-pensyarah, doktor-doktor, prof madya dan porfessor di dalam insitusi-institusi ISLAM di seluruh dunia......Mereka ini semua bekerja makan gaji semata-mata untuk mengajar ILMU ISLAM......

Huraian mengenai persoalan tersebut....................

Di dalam keilmuan RBSS ini, hanya di peringkat permulaannya sahaja anda memerlukan bimbingan yang rapi dari otai-otai atau guru, terutama asas-asas yang perlu di ketahui oleh kita dan senarai ilmu pengetahuan yang saya senaraikan di dalam Post #234....dan itulah tugas otai-otai serta pihak guru sebagai orang pertama untuk memperkenalkan kita kepada ilmu ini...

Akan tetapi..apabila diri kita telah berjaya meningkatkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan dan mencapai peningkatan martabat diri dari peringkat rendah ke peringkat sederhana dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi, melalui usaha dan penat lelah yang kita korbankan untuk benar-benar mengadaptasikan serrta mengaplikasikan segala yang kita ketahui...maka pada ketika itu akan tiada orang lain yang dapat memberi bimbingan kepada kita lagi...

Pada peringkat ini, siapa kah yang akan kita cari???......................

Sebenarnya..kita akan berbalik kepada diri kita sendiri untuk menentukan segala halatuju di dalam setiap apa yang kita ingin ketahui...melalui asas Kecahayaan Cahaya Budi itulah nanti, kita memberikan tumuan bagi mendapatkan apa juga ilmu-ilmu yang baharu dan yang maseh di luar jangkaan pemikiran kita....

Kecahayaan Cahaya Budi itu lah PEMBIMBING SEBENAR-BENARNYA keatas diri kita ini berdasarkan segala apa yang kita telah ketahui dari peringkat asasnya....kerana itulah saya pernah menyebut di Posting yang lalau bahawa SEBAIK-BAIK GURU ADALAH DIRI SENDIRI..............

Kita juga tidak boleh mebuat sesuatu andaian bahawa si polan dan si polan itu adalah lebih tinggi kedudukan atau martabatnya daripada kita, kerana setiap diri manusia itu akan berlainan KEFAHAMAN ILMU yang di milikinya, terutama di dalam keilmuan RBSS ini...masing-masing akan menemui pengalaman yang berlainan serta menggunakan segala kepandaian yang ada di dalam RBSS dengan cara yang tersendiri, cara yang di fikirkan oleh diri mereka itu sendiri sewaktu ingin melakukan sebarang tindakkan....itulah ILMU yang sangat unik dan hanya di miliki oleh yang mengalami dan yang merasainya sahaja.....

Inilah yang di maksudkan KEFAHAMAN mengenai keilmuan ini telah menjadi sebati di dalam setiap diri yang benar-benar yakin terhadap apa yang di amalkan oleh mereka...mereka sebenarnya BUKAN MENGENEPIKAN GURU-GURU yang sediaada, tetapi keadaan telah merubah diri mereka agar lebih peka terhadap apa yang mereka lalui di dalam hidup...

Penghormatan terhadap Guru-Guru maseh tetap ada, hanya cara memberikan penghormatan itu sahaja yang berubah menurut sesuatu keadaan, di mana perkara taksub kepada guru sudah tidak ada lagi pada ketika itu....

Jika pihak Guru yang sediaada selalu mengungkap perkataan "BEKAS MURID" yang pernah datang belajar di dalam persatuan yang di kelolakan oleh mereka, maka kini anak-anak murid yang telah berjaya mempertingkat keilmuan dan ilmu pengetahuan mereka ke tahap yang lebih tinggi juga akan menganggap Guru dahulu mereka sebagai "BEKAS GURU"!!!!!!....

Perkataan "BEKAS" bukan suatu perkataan yang menghina atau merendah-rendahkan seseorang, samaada di pihak murid atau pun di pihak Guru, ini adalah kerana perkataan "BEKAS" itu dari segi bahasa merujuk kepada "seseorang yang pernah belajar atau di ajar, atau pernah mengajar"....dan sebenarnya perkataan "BEKAS" itu adalah suatu PENGHORMATAN bagi kedua-dua pihak.

Berbalik kepada permasaalahan yang menjadi tajuk pada posting kali ini...kita sekarang harus faham bahawa, di dalam mempelajari sesuatu ilmu itu akan ada masa penghujung untuk meninggalkan sarang yang menjadi tempat kita memulakan pembelajaran, agar kita mampu untuk terus mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi lagi....

Pihak Guru-Guru juga harus berfikiran sangat terbuka terhadap perkara ini, jangan di anggap murid-murid yang meninggalkan mereka kerana ingin mempertingkatkan keilmuan mereka sendiri di anggap sudah belot atau membelakangkan mereka sebagai seorang Guru...sebaliknya mereka harus merasa bangga dengan pencapaian murid-murid mereka yang berjaya atau yang berkeyakinan untuk mempertingkat diri sendiri.....

Dan pihak anak-anak murid juga jangan sampai melupakan Guru-Guru yang pernah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka sewaktu di peringkat permulaan...rasa hormat kepada pihak Guru harus di semat sentiasa walau di mana kita telah sampai atau berada....

YOU THINK OF IT

Professor BSS

prefessor_bss@yahoo.com

Or

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Tags: | Edit Tags
Saturday March 7, 2009 - 05:48am (PST) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: