Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #204

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #204

THE SECRET OF...#8 - MENGENALI WARIS-WARIS SYAITAN

Topik pada kali ini juga adalah kesinambungan dari topik-topik dari dua posting yang akhir yang berkenaan dengan IBLIS di dalam BULAN RAMADHAN.,juga berdasarkan daripada permintaan ramai agar saya menulis sesuatu yang berkaitan dengan Bulan yang mulia ini.

Sepertimana yang di jelaskan melalui dua posting yang lalu, Iblis dan Syaitan yang termasuk di dalam kategori BERBAHAYA akan DI RANTAI sepanjang Bulan Ramadhan kecuali mahluk-maluk Jin yang lain yang BUKAN di dalam kategori tersebut.

Akan tetapi, selain dari kaum Jin yang tidak berbahaya masih hidup bebas dan berkeliaran di Alam Maya dan di muka Bumi ini, ada suatu lagi mahluk yang MEWARISI segala Sifat dan Sikap Iblis dan Syaitan menduduki dan bercampur gaul sesama Mahluk Manusia....dan siapakah Mahluk tersebut????

Mahluk tersebut adalah MAHLUK MANUSIA yang MEWARISI sifat dan sikap Iblis/syaitan, dan akan menyambung segala kerja-kerja dan tanggungjawap Iblis bagi memporak perandakan Umat Manusia, lebih-lebih lagi yang BER-IMAN dan yang sedang melakukan Ibadah PUASA di Bulan yang Mulia ini....

Bagaimana WARIS-WARIS SYAITAN ini melakukannya?

Mereka sebenarnya BUKAN meminta ataupun di minta oleh Iblis sebagai PEWARIS mereka, tetapi mereka sebenarnya secara tidak langsung menjadi PEWARIS kerana sebab-sebab berikut:-

· Memiliki Sifat dan Sikap yang buruk

· Suka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Hukum dan Syarak

· Tidak berapa suka dengan Ajaran Agama terutamanya Ajaran ISLAM

· Suka bertindak sesuka hati tanpa perlu berfikir dengan panjang

· Suka menganiaya orang lain termasuk sahabat handai dan keluarga sendiri

· Suka berjanji tetapi tidak pernah menepati janji tersebut

· Kedekut tamak dan haloba

· Suka memakan harta orang lain

· Suka mengumpat mengeji orang lain

· Bercakap ikut suka hati sendiri

· Dari jenis yang beragama, tidak beragama, cerdik atau pun bodoh

· Berkedudukan tinggi dan juga dari yang rendah

· Tidak mengira lelaki mahupun wanita

· Tidak begitu begitu mengenali diri sendiri

· Tidak memiliki ciri-ciri orang yang jujur dan ikhlas

Yang lebih buruk lagi ialah, ada di antara PEWARIS sifat dan sikap Iblis/Syaitan ini adalah tergolong juga AHLI-AHLI RBSS dan AHLI AGAMA yang keilmuannya "setengah masak", di mana di dalam diri mereka yang memegang AMANAH KEDUA KEILMUAN tersebut, masih di dalam Dilema serta Proses Pembersihan Diri yang tidak sempurna atau yang terbelengkalai di sebabkan sifat-sikap kesyaitanan yang sangat kukuh di dalam ISTANA IBLIS di tubuh mereka sendiri!!!!!

Mengapa ini semua boleh berlaku?????

Memang tidak mustahil bagi seseorang AHLI RBSS menjadi PEWARIS SYAITAN!, kerana kriteria untuk menjadi Pewaris Syaitan bukan lah susah sangat untuk di capai kerana segala kriteria tersebut sudah sememangnnya adal secara semula jadi di dalam setiap diri manusia...

Itu sebabnya, setiap KEKOTORAN itu akan ada PEMBERSIHNYA, begitu jugalah dengan HATI YANG KOTOR dengan segala sifat dan sikap kesyaitanan secara semula jadi......

Yang terpenting kita harus mempelajari dua (2) cabang ILMU KETUHANAN yang besar iaitu ISLAM dan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI secara menyeluruh supaya kita akan dapat menemui kaedah-kaedah atau methode untuk bagaimana menyingkir dan menghancurkan ISTANA IBLIS di dalam diri kita, dan juga untuk mengembalikan status kita sebagai seorang manusia yang bersih dari segala sifat dan sikap kesyaitanan dan juga untuk mengelakkan diri daripada menjadi PEWARIS-PEWARIS SYAITAN sepanjang hidup kita ini...

Itu sebabnya, melalui ISLAM dan RBSS telah di ajar dan di jelaskan bagaiamanakah kaedah atau methode untuk pembersihan diri itu, jika kita lalai serta tidak mengendahkan apa yang tersurat dan apa yang tersirat melalui kedua-dua ILMU tersebut....jangan menyalahkan orang lain jika diri sendiri menerima kesengsaraan yang di turunkan oleh Allah swt sebagai hukumannya kelak!!!!

Seorang AHLI RBSS yang menjadi WARIS SYAITAN, akan menjadi MALAS untuk melakukan AMALAN BERJURUS, MENGISI POKOK BADAN serta TIDAK BEGITU SUKA untuk mendalami keilmuan ini, serta memiliki pengetahuan yang rendah juga was-was dengan apa yang mereka miliki!!!!!!!

Dan TIDAK SEMESTINYA KeCahayaan Cahaya Budi itu akan melindungi diri mereka yang Ahli RBSS ini tanpa ada atau wujud unsur-unsur KEYAKINAN yang mendalam terhadap KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu sendiri...jika perlindungan itu di cari dan di pelajari serta dapat di adaptasi serta di aplikasikan dengan sempurna, baharulah Jembatan yang menghubungkan kita dengan ISTANA IBLIS itu putus serta Perwarisan sebagai WARIS SYAITAN dapat di tamatkan dan tidak berlaku lagi.......

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday September 7, 2008 - 12:03am (PDT)

No comments: