Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Monday, June 8, 2009

RBSS - Post # 266 - KOMENTAR PROFESSOR #35



RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #266

KOMENTAR PROFESSOR #35



PENGUMUMAN KHAS

Saya ingin memaklumkan kepada semua peserta Kursus Kefahaman yang di jadualkan berlangsung pada 13/14hb June 2009 di Selangor bahawa:-

Kursus Kefahaman tersebut di TUNDA kepada tarikh yang akan di tetapkan kelak, ini adalah kerana ada gangguan dari pihak PBSSM dan PPJBSSKL di peringkat Pusat yang mengalihkan tarikh aktiviti mereka dari minggu sudah kepada tarikh yang sama Kursus Kefahaman ini di langsungkan...

Tindakkan pihak PBSSM itu sedikit sebanyak telah membuat ramai peserta kursus menjadi serba salah untuk menghadirkan diri mengikuti Kursus Kefahaman tersebut kerana:-

  • Mereka akan di selidik oleh pihak AJK Persatuan jika tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang mereka tetapkan itu.
  • Dan tindakkan susulan akan di kenakan terhadap ahli-ahli yang tidak menghadirkan diri.
Oleh yang demikian...

Berdasarkan dari Sudut Ilmu RBSS ini, adalah tidak mendatangkan faedah jika Kursus Kefahaman itu di jalankan pada Tarikh tersebut kerana, Tujuan Kursus Kefahaman adalah menjurus kepada Taklimat/Ceramah membentuk KEFAHAMAN mengenai apa yang WUJUD di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini...

Dan BUKAN untuk memberikan masaalah sampingan terhadap para ahli yang menghadirkan diri pada tarikh tersebut dengan pihak Persatuan yang maseh mereka anggotai....jika mereka hadir mengikuti Kursus yang saya jalankan.

Perbuatan atau tindakkan pihak PBSSM dan PPJBSSKL ini KETERLALUAN dalam ertikata ingin MENYEKAT ahli-ahli mereka dari mengikuti kursus kefahaman ini, dengan menyengajakan aktiviti-aktiviti mereka dengan tarikh kursus dan dengan NIAT untuk MENGGANGGU kelancaran kursus serta untuk MENANGKAP ahli-ahli yang menyertainya....

Di lihat sebagai KE-TIDAK-PEKAAN mereka terhadap apa yang ingin di lakukan oleh Professor BSS terhadap semua ahli-ahli yang memiliki Nur Budi ini...

Mereka saya lihat sangat MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI sehingga sanggup melakukan perbuatan KHIANAT yang BERHEMAH terhadap para ahli yang ingin menimba ilmu melalui Kursus Kefahaman ini.

Perbuatan seperti ini BUKAN LAH ajaran yang di terapkan dalam lunas-lunas INTIPATI Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati yang sebenar...Ia lebih menjurus kepada NAFSU AMARAH yang tidak mahu menerima HAKIKAT bahawa maseh wujud orang lain di atas muka Bumi ini yang mampu untuk memperkatakan apa itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!!....

Dan merasakan bahawa DIRI MEREKA SENDIRI yang BENAR dan yang paling SAHIH......


JAMINAN PROFESSOR BSS....

Kepada semua peserta Kursus Kefahaman yang telah mendaftar serta yang telah melakukan pembayaran penuh....

Anda tidak perlu khuatir kerana kursus ini BUKAN DI BATALKAN tetapi hanya DI TUNDA tarikh perlaksanaannya sahaja...pihak secretariat kursus kefahaman akan memberikan perincian mengenai butir-butir maklumat yang berkenaan dengan tarikh kursus yang baharu kepada pihak anda..

Anggap lah PENUNDAAN ini sebagai suatu HIKMAH yang sangat besar Anugerahnya dari TUHAN yang Maha Esa....

Kerana dengan PENUNDAAN ini maka KONFLIK untuk BERTEMBUNG dengan aktiviti Pihak Persatuan yang di sengajakan itu dapat di elakkan dari berlaku!!!...

Sebagai Manusia yang MEMAHAMI GEJALA yang berlaku ini, kita jangan merasa tertekan atau terasa di permainkan....ini adalah permainan dari Nafsu-Nafsu yang di kenderai oleh Iblis Laknatullah..

Saya menyeru kepada semua pihak yang telah mendaftar agar dapat menerima dengan hati yang IKHLAS dan REDHA dengan apa yang berlaku...

Dengan PENUNDAAN ini juga, akan memberikan peluang kepada mereka yang telah menarik diri lebih awal untuk mengikutinya semula di dalam tarikh dan lokasi yang baharu kelak...atas sebab-sebab yang sama.

SERUAN TERBUKA PROFESSOR BSS PADA PIHAK
PERSATUAN PBSSM & PPJBSSKL

Sebagai Persatuan yang berdaftar dengan pihak ROS, sememangya anda (AJK) persatuan berhak untuk melakukan apa sahaja yan gdi fikirkan perlu untuk melindungi hak dan kepentingan persatuan anda....

Tetapi....

Anda harus sedar bahawa, segala tindak tanduk anda untuk melakukan sebarang kerja-kerja khianat (sabotage) terhadap apa yang sedang di usahakan oleh Professor BSS, harus di fikir dan di pandang dari sudut yang lebih luas, dan yang tepatnya harus di lihat dari Sudut pandangan ILLAHI...

  • Mengapa Professor BSS itu wujud?
  • Mengapa para ahli ramai yang memihak Professor BSS?
  • Apa yang di usahakan oleh Professor BSS?
  • Apakah kesan daripada kewujudan Professor BSS?
  • Mengapa anda harus menentang Professor BSS????
  • Apa persepsi ramai terhadap tindakkan anda membuat tentangan???
Secara peribadi...

Saya melihat apa yang di lakukan oleh pihak AJK-AJK Persatuan yang terlibat ini sebagai suatu KEPINCANGAN ILMU PENGETAHUAN mengenai APA ITU KERAHSIAANRAHSIA BUDI SUCI SEJATI....

Dan tidak MEMAHAMI LANGSUNG corak perjuangan yang di perjuangkan oleh Professor BSS terhadap masyarakat RBSS dan UMUM...

Jika sekiranya ada mana-mana pihak dari Persatuan yang ada TER-RASA pihak mereka telah di ganggu gugat dengan kewujudan dan segala aktiviti dari Professor BSS, saya bersedia untuk di temui untuk bermuzakarah dan mencari suatu PEMAHAMAN secara menyeluruh...

Kerana sejauh ini, Professor BSS TIDAK PERNAH membelakangkan Pihak Jemaah Guru dari 3M....malah kebanyakan orang awam yang ingin belajar mengenai RBSS semuanya...semuanya di rujuk kepada semua Persatuan 3M!!!!....itulah TANDA SOKONGAN dan PENGIKTIRAFAN dari Professor BSS terhadap Jemaah Guru 3M...

Saya dapat melihat dari sudut yang manaa anda berfikir mengenai Professor BSS, tetapi anda tidak dapat melihat dari sudut yang mana pula saya berfikir terhadap pihak anda!!!..

Jauhkan diri anda dari sifat KHIANAT yang BERHEMAH itu....

Sekian

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au
professor.bss999@gmail.com








No comments: