Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #181

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #181

THE ART OF...#23 - ISLAM

Dalam memperkatakan ISLAM akan banyak cabang-cabang ILMU PENGETAHUANnya, tetapi pada kali ini saya ingin membawa anda kepada PENDEKATAN kepada ISLAM semudah dan seringkas yang di perbolehkan.

Ramai yang mengaku bahawa mereka ISLAM, tetapi DEFININASI ISLAM yang sebenar tidak terjangkau oleh pengetahuan mereka...Apa yang saya cuba maksudkan???

Ramai yang berkata bahawa ISLAM itu berada di dalam SYARAK, di mana segala kata-kata mereka akan berbaur kepada HUKUM seperti perkataan Makroh, Wajib, Halal, Haram, Syirik, Murtad, Kafir, Dosa dan Pahala....

Ada pula yang berkata ISLAM itu ialah mendirikan Sembahyang di dalam 5 Waktu, orang yang tidak bersembahyang adalah tergolong ke dalam orang-orang yang bukan ISLAM sebenar....

Ada juga yang berkata ISLAM itu harus menurut RUKUN nya yang ada LIMA

Ada pula yang berkata ISLAM itu harus mengikut MAHZAB, yang tidak berMahzab di katakan bukan juga ISLAM sebenar kerana tiada IMAM untuk di pandukan segala pengajarannya...

Ada pula yang berkata ISLAM itu UNIVERSAL yang boleh ke kanan atau ke kiri ke atas atau ke bawah yang di katakan SERBA BOLEH......TETAPI YANG BAGAIMANA ITU ISLAM???

Susah benarkah untuk memahami ISLAM dan menjadi seorang ISLAM????

Melihat ISLAM dari sudut KEMANUSIAAN adalah suatu pekerjaan yang sukar, tetapi jika ianya di lihat dari sudut KETUHANAN maka ianya akan jadi mudah dan senang di fahamkan..

Cuba anda fikirkan, bagaimanakah caranya untuk memeluk Agama ISLAM, apakah yang TERPENTING untuk di lakukan oleh seseorang???.....

Hanya perlu MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH!!!...di mana Kalimah Syahadah ini memerlukan seseorang itu MENGAKU BAHAWASANYA TIADA LAIN TUHAN YANG HARUS DI SEMBAH SELAIN ALLAH!!!...hanya semudah itu.


Jadi, pengetahuan pertama yang harus di pelajari sebagai orang ISLAM ialah bagaimana untuk mengenali TUHAN YANG ESA dan melaluinya kita mempelajari apa juga kejadian-kejadian yang di ciptakan olehNya...

Itu memberikan maksud bahawa kita akan mengenali ciptaan-ciptaan ALLAH dari yang pertama sehingga yang terakhir, dan jika itu di lakukan secara bersistematik pembelajarannya, maka kita akan melalui ciptaanNya yang Pertama iaitu NUR MUHAMMAD..

Melalui NUR MUHAMMAD manusia akan dapat mempelajari banyak perkara termasuk AL-QURAN di mana ianya MENJADI TERAS AGAMA ISLAM, danAL-QURAN yang merupakan FIRMAN atau KATA-KATA ALLAH itu merangkum segala apa yang ada DI LANGIT dan yang ada DI BUMI, bukan sekadar HUKUM dan peraturan-peraturanNya sahaja.

Dan melalui NUR MUHAMMAD kita akan di beritakan penciptaanNya yang kedua iaitu NUR BUDI di mana ianya TERSEMAT DI DALAM PENCIPTAAN SETIAP ROH MANUSIA, mungkin perkara ini TIDAK DI PANDANG PENTING OLEH MANUSIA, kerana mereka terleka dengan pembelajaran ILMU ISLAM!

Jika NUR BUDI itu di ambil berat dan di pelajari maka setiap orang ISLAM akan dapat mempelajari keilmuan ini seperti orang dapat mempelajari perkara mengenai ISLAM...

Akan tetapi, orang-orang yang menggelarkan dirinya sebagai ISLAM tenggelam di dalam ISLAM yang telah DI UBAH-SUAI oleh diri mereka sendiri, yakni mereka telah MENGONGKONG DIRI DAN MINDA semata-mata inginkan atau mengejar IMBALAN YANG BERBENTUK PAHALA...dan ISLAM mereka telah menjadi bentuk PERIBADI dan bukan untuk golongan SEMUA BANGSA MANUSIA...

Cuba lihat berapa banyak MAHZAB-MAHZAB yang wujud dari dahulu sehingga kini, adakah semua MAHZAB-MAHZAB itu untuk UMUM atau untuk sesuatu Bangsa atau Kaum sahaja???...

ISLAM adalah untuk BANGSA MANUSIA tetapi mengapa ISLAM pada hari ini tidak berupa sedemikian, di dalam kalangan ahli keluarga sendiri akan ada pelbagai MAHZAB yang di anuti, di mana Aliran Kefahaman yang mereka percayai itu akan menjauhkan mereka dari orang-orang yang tidak seiring dengan kefahaman yang mereka percayai...adakah itu ISLAM???

Jadi, apa yang perlu di katahui oleh kita ialah setelah mengetahui ISLAM yang di wujudkan melalui NUR MUHAMMAD, maka KEROHANIANnya pula adalah berupa ROH yang BERCAHAYAKAN BUDI...Ini adalah FAKTA yang TIDAK BOLEH DI NAFIKAN oleh BANGSA MANUSIA...kerana itulah HASIL KERJA ALLAH SWT!!!...

Oleh yang demikian, sebagai seorang yang ISLAM dan sebagai seorang yang BERCAHAYAKAN BUDI, bagaimanakah kita melihat ISLAM dari kacamata Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati???

Adakah kita tertakluk dengan pelbagai rukun untuk melihatnya dari sudut Ke-RBSSan???, atau kita menakluk diri kita dengan HUKUM ISLAM untuk melihat apa itu ISLAM???, atau bagaimana???...

Jika perkara itu yang anda lakukan, niscaya pandangan anda akan di belenggu oleh banyak halangan-halangan yang di wujudkan oleh anda sendiri, sedangkan segala KEJADIAN ALLAH itu boleh di lihat dengan jelas KECUALI DIRI ALLAH ITU SENDIRI sebelum waktunya....

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
,
Sunday June 15, 2008 - 07:41am (PDT)

No comments: