Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #186

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #186

KOMENTAR PROFESSOR #12

SILA AMBIL PERHATIAN

Saya ingin mengambil perhatian semua pembaca yang membaca BLOG KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, tidak mengira siapa diri anda di luar sana tetapi dengan seriusnya mengikuti segala penulisan Blog RBSS ini sehingga ke hari ini...

Ini adalah kerana terdapat beberapa perkara yang melibatkan TERSALAH TAFSIRAN dan TERSALAH TAKRIFAN mengenai ISI KANDUNGAN beberapa TAJUK dari SEGMEN-SEGMEN tertentu!!!

Baik....

Pertama sekali saya ingin MENGINGATKAN ANDA SEKALI LAGI bahawa penulisan BLOG RBSS ini merupakan THE ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATIONS PROVIDER dan juga bertindak sebagai THE BRAINSTORMER!!!!.....

UKURAN PERTAMA yang saya lakukan ketika mengemukakan apa juga RUNGKAIAN dan HURAIAN sesuatu ILMU yang berlandaskan ILMU KETUHANAN, adalah WRITING STYLE atau GAYA PENULISAN yang TIDAK BERCORAK atau BERBENTUK penulisan atau penghuraian seperti membentangkan ISU-ISU AGAMA!!!

INI ADALAH KERANA

1. Bukan semua pembaca itu terdiri Ahli-Ahli RBSS

2. Bukan semua pembaca itu ber-Agama ISLAM

3. Bukan semua pembaca itu orang TUA

4. Bukan semua pembaca itu orang MUDA

5. Bukan semua pembaca itu KANAK-KANAK

6. Bukan semua pembaca itu PANDAI AGAMA

7. Bukan semua pembaca itu BODOH AGAMA

8. Bukan semua pembaca itu ORANG PANDAI

9. Bukan semua pembaca itu ORANG BODOH

10. Bukan semua pembaca itu TAHU SEMUA

11. Bukan semua pembaca itu JUJUR DAN IKHLAS

12. Bukan semua pembaca itu MENDAPAT HIDAYAH

OLEH YANG DEMIKIAN

Writing Style (Gaya Penulisan) yang saya ketengahkan adalah bercorak UNIVERSAL atau SERBA-BOLEH dan TIDAK CONDONG KEMANA-MANA GOLONGAN atau pun PIHAK...Oleh kerana itulah, jika anda perhatikan saya menjadikan penulisan Blog RBSS ini secara NATURAL (bersahaja) yang boleh, sebagai langkah untuk mengimbangi PELBAGAI GOLONGAN atau FAHAMAN yang wujud di muka Bumi ini!!!...

Sememangnya, saya tidak boleh mengelakkan perkara-perkara TERSALAH TAFSIR atau TERSALAH TAKRIF dari berlaku KERANA sememangnya telah wujud 73 GOLONGAN atau FAHAMAN dengan kepercayaan diri mereka masing-masing!!!

Di mana saya sering berkata, jika sesuatu PERSOALAN ITU TIMBUL, KITA HARUS MELIHAT DARI SUDUT MANA IANYA DI KEMUKAKAN???....

· Dari sudut Agama kah?

· Dari sudut Sainstifik kah?

· Dari sudut Akal kah?

· Dari sudut Ketuhanan kah?

· Dan dari pelbagai-bagai sudut atau cabang ilmua yang wujud di muka Bumi ini!!!

Saya akui bahawa BUKAN MUDAH untuk MEMAHAMKAN semua golongan manusia terhadap sesuatu jenis ILMU KETUHANAN yang wujud, kerana ianya akan tertakluk kepada SANGGAHAN dan BANTAHANdari pihak-pihak yang tidak seiring atau yang bertentangan AQIDAH mahupun PENDAPAT....Ini adalah LUMRAH MANUSIA!!!

Kepada yang MEMANDAI-MANDAI membuat KESIMPULAN SENDIRI terhadap apa yang saya ketengahkan TANPA MERUJUK kembali sesuatu perkara kepada saya melalui ruang yang di sediakan seperti melalui Blog Comment, Post Messages atau terus kepada email professor_bss@yahoo.com...... sehingga membuat anda TERKELUAR DARI LANDASAN DENGAN TIDAK SECARA LANGSUNG!!!...Itu merupakan suatu TINDAKKAN YANG SANGAT BODOH serta TIDAK MENCERMINKAN KEBIJAKSANAAN sebagai seorang manusia!!!

SEBABNYA

Kerana KE-ANGKUHAN tidak mahu merujuk semula kepada saya mengenai sesuatu yang BELUM DI FAHAMI berdasarkan APA YANG SAYA KETENGAHKAN itu telah membuat diri anda TERPESONG DARI SASARAN ILMU YANG INGIN DI SAMPAIKAN!!!, ATAU mendapatkan penjelasan dari ORANG LAIN yang BUKAN DARI ORANG YANG MENGEMUKAKAN ILMU TERSEBUT juga akan menjerumuskan diri anda ke dalam KANCAH KEHANCURAN ILMU!!!

CONTOHNYA

Seperti masaalah SAKIT GIGI di rujuk kepada DOKTOR SAKIT PUAN!!!, ATAP RUMAH BOCOR di panggil TUKANG PAIP!!!, RUMAH TERBAKAR di panggil POLIS!!!, TAYAR KERETA BOCOR di panggil MEKANIK ENJIN!!!, ATAU istilah yang sering saya gunakan seperti "Kalau hendak membeli Emas jangan beli di kedai Roti!!!"......

BERBALIK KEPADA RUNGKAIAN ILMU DI DALAM BLOG RBSS

Sebenarnya, APA YANG DI RUNGKAI DAN APA YANG DI HURAI melalui Blog RBSS ini BUKANLAH SESUATU ILMU YANG BAHARU, BUKAN SESUATU AGAMA YANG BAHARU, BUKAN SESUATU MAHZAB YANG BAHARU DAN BUKAN SESUATU IDEOLOGY YANG BAHARU!!!!....

TETAPI kesemua ILMU-ILMU PENGETAHUAN TERSEBUT adalah BERTABURAN DI SANA SINI dan TELAH WUJUD sebelum datuk moyang kita ini pandai mendengar dan membaca lagi!!!....CUMA ianya DI KETENGAHKAN di tengah-tengah KEBANGKITAN ISLAM DI SANA SINI....

PERKARA BENAR ATAU TIDAK BENAR mengenai sesuatu RUNGKAIAN KELIMUAN yang di kemukan oleh saya melalui Blog ini, adalah menjadi TANGGUNGJAWAP ANDA untuk MENGKAJI DAN MENILAI menurut USAHA dari diri anda sendiri!!!...KERANA

Seperti yang sering saya katakan bahawa untuk MERUJUK CABANG-CABANG ILMU yang BERKAITAN DENGAN ILMU KETUHANAN ini termasuk MENGENAI ISLAM, telah TERSEDIA dengan LUASNYA melalui BUKU-BUKU dan KITAB-KITAB, terutamanya sekali melalui Media Internet!!!...ada ratusan dan ribuan Websites yang boleh anda raih pelbagai KEILMUAN jika anda berusaha untuk memilikinya!!!

YANG MALANG IALAH

TIDAK ADA Websites melalui Internet atau Buku-Buku atau Kitab-Kitab YANG MENULIS mengenai KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI seperti ramai yang melakukannya untuk menerangkan APA ITU ISLAM...KECUALI BLOG RBSS INI SAHAJA!!!...

Oleh kerana itu, kewujudan Blog RBSS ini DI IBARATKAN sebagai SEBUTIR PULUT HITAM DI DALAM SEPINGGAN NASI PUTIH!!!!....

HALA-TUJU PENULISAN BLOG RBSS

Sebenarnya saya BELUM TAMAT lagi merungkai dan menghurai ILMU KETUHANAN melalui Blog RBSS ini, setakat ini saya baharu mengajak PEMIKIRAN ANDA untuk MELIHAT-LIHAT APA YANG TUHAN WUJUDKAN UNTUK KITA sebagai seorang MANUSIA, di mana kita sering di hidangkan dengan KEILMUAN YANG SEAKAN-AKAN SAMA mengenai SIAPA ITU TUHAN...SIAPA ITU MANUSIA DAN APA ITU ISLAM!!!, walaupun di hidangkan melalui pelbagai BAHASA MANUSIA......

Dan bermula dari Post #170, saya telah memulakan pembicaraan mengenai TUHAN setelah melalui segmen sebelumnya anda telah di hidangkan dengan hal-hal mengenai KEJADIAN KEMANUSIAAN dan RAHSIA-RAHSIA DI DALAM PENCIPTAANNYA....

KENAPA SAYA BERBUAT BEGITU???

Ini untuk MEMPERINGATKAN diri kita BAHAWA di dalam KEHEBATAN sebagai seorang MANUSIA itu, kita adalah TERTAKLUK KEPADA TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN MAHLUK!!!

KEDUA...Apabila saya memperkatakan ISLAM, itu bermaksud bahawa kita sebagai UMAT MANUSIA YANG ISLAM ADALAH TERTAKLUK DI DALAM SEGALA YANG ADA DI DALAM ISLAM dan bukan untuk MENGABAIKAN SURUHAN ISLAM!!!...Di mana di awal penulisan saya pernah berkata bahawa KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini TIDAK BERCAMPUR dengan apa yang di lakukan di dalam suruhan ISLAM, di mana yang jelasnya bermaksud AMALAN BERJURUS TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN AMALAN SHOLAT DAN AMALAN SHOLAT TIDAK JUGA BOLEH MENGANTIKAN AMALAN BERJURUS!!!...

Itu sudah jelas memperkatakan bahawa SHOLAT itu adalah suatu AMALAN YANG TERSENDIRI dan BERJURUS itu juga adalah AMALAN YANG TERSENDIRI JUGA....kerana kedua-duanya DI WUJUDKAN untuk MEMAINKAN FUNGSI YANG BERLAINAN....

Bukan seperti sesetengah ANGGAPAN yang mengatakan bahawa HANYA DENGAN MENGAMALKAN RBSS ITU SUDAH CUKUP... TANPA PERLU MENUNAIKAN TUNTUTAN AGAMA ISLAM....seperti SHOLAT, PUASA, ZAKAT-FITRAH DAN MENGERJAKAN HAJI!!!....

Di sini, kita HARUS FAHAMI bahawa DI MANA DUDUKNYA ISLAM DAN DI MANA DUDUKNYA KE-RBSSan PADA DIRI MANUSIA???....

Jika perkara ASAS itu anda FAHAMI terlebih dahulu...perkara TERSALAH TAFSIRAN atau TERSALAH TAKRIFAN....TIDAK AKAN BERLAKU LANGSUNG!!!!!!!

Bersebab dari perkara itulah, anda sering saya nasihati agar dapat membaca keseluruhan penulisan Blog RBSS ini secara berulang-kali, dan dapat melakukan Brainstorming bersama rakan-rakan yang berminat, agar BUTIR-BUTIR KEILMUANnya dapat di fahami dan di terokai dengan lebih jelas lagi....

Soalan dari saya

Seseorang telah melakukan pembunuhan manusia yang lain dengan menggunakan PISAU yang baharu di beli oleh pembunuh itu dari sebuah kedai serbanika, lalu pembunuh itu di tangkap dan menghadapi HUKUMAN MATI jika sabit kesalahan...BOLEH KAH si penjual PISAU itu di sabitkan dengan KESALAHAN yang di lakukan oleh si pembunuh itu???....seperti bersubahat, seperti menyebabkan kematian, seperti menghasut melakukan pembunuhan atau dengan apa-apa tuduhan sekali pun????....

Anda buatlah KESIMPULAN sendiri...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo,com)

Sunday July 6, 2008 - 01:12pm (PDT)


No comments: