Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #221

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #221

KOMENTAR PROFESSOR # 20

Saya ingin menyentuh berkenaan komen yang di kemukakan oleh nickname HAMBA ABDI yang meminta saya memberikan pandangan mengenai perkembangan kelas-kelas yang di kendalikan oleh Persatuan-Persatuan yang ada di seluruh Malaysia....yang menurut HAMBA ABDI amat membosankan para pelajar....

Baik...secara peribadi, saya maseh berpegang pada pendapat dan saranan yang pernah saya kemukakan melalui posting yang lalu bahawa telah tiba masanya untuk Persatuan-Persatuan RBSS yang ada untuk mengemaskini dan menyesuaikan cara pembelajaran yang sediaada kepada sesuatu yang lebih bertenaga dan sangat berinformasi...dimana pada waktu sekarang ini, pembelajaran yang di berikan agak membosankan dari segi kurikulum yang di ajarkan....

Saya banyak menerima feedback dari para pelajar baharu yang rata-rata kurang bersetuju keadaan pembelajaran sekarang tidak di kemaskini dan di permajukan oleh pihak yang bertanggungjawap seperti pihak Guru-Guru dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang menguruskannya...

Apa yang membosankan mereka??????...................

Pertama:-

Penerangan sewaktu di berikan taklimat untuk mula-mula mempelajari Keilmuan Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati yang tidak KONSISTEN, tidak SERAGAM, tidak ada INPUT INFORMASI yang secukupnya...

Kedua:-

Untuk kelas-kelas selanjutnya yang di adakan seminggu atau dua minggu sekali itu, tidak tersusun INTISARI MATA PELAJARAN yang harus di ajarkan kepada pelajar-pelajar yang mendatangi kelas-kelas....maksud di sini, KURIKULUMnya tidak di susun dengan rapi dan MATA PELAJARANNYA di ajar secara INGATAN seseorang Pengajar sahaja, yang bukan berdasarkan KURIKULUM YANG TERSUSUN DAN MANTAP yang tidak dapat di tokok tambah dengan sewenang-wenangnya oleh tenaga pengajar...ertinya mestilah STANDARD!!!, walaupun di ajar di negeri yang berlainan dan oleh tenaga pengajar yang tidak sama.

Ketiga:-

Kelemahan pada tenaga pelajar yang di tugaskan untuk memberikan ceramah-ceramah, yang tidak menjalani kursus-kursus MENGAJAR dan MEMAHAMI FAKTA KEILMUAN terlebih dahulu, juga memainkan peranan mewujudkan kebosanan di dalam kelas.

Keempat:-

Kesinambungan MATA PELAJARAN dari minggu ke minggu tidak di adakan dan ini akan mematikan minat belajar pelajar-pelajar kerana tidak menjangkakan kedatangan mereka di minggu-minggu yang akan datang akan di ajarkan dengan TOPIK-TOPIK yang berkesinambungan dengan apa yang telah mereka pelajari di minggu-minggu yang sudah.

Kelima:-

Kerana tidak mempunyai KURIKULUM YANG STANDARD serta BERKESINAMBUNGAN, para pelajar sering di sogok dengan latihan-Latihan Berjurus dan selepas itu di hidang dengan permainan Gerak...di mana hal ini berlarutan di dalam setiap hari-hari kelas....

KESIMPULAN

Oleh kerana sebab-sebab yang tersebut, kebosanan untuk belajar dan untuk menuntut ilmu ini menjadi tawar serta kurang bersemangat, di mana faktor-faktor ZAMAN dan jenis manusia yang datang belajar tidak di ambil endah oleh pihak yang bertanggungjawap.....

Harus di ketahui bahawa pada zaman ini, jenis orang-orang yang datang belajar keilmuan RBSS ini adalah sangat berbeza dengan jenis orang-orang yang belajar pada 20, 30, 40 dan 50 tahun yang lalu...di mana pada hari ini ramai yang terpelajar serta sangat celik IT serta dengan mudah mendapaTkan pelbagai INFORMASI menerusi INTERNET.

Jika ini gagal di kenal pasti oleh para pendidik masa kini, maka kebangkitan keilmuan RBSS ini tidak akan berkembang dengan pesat serta ia akan berada di tahap seperti 50 tahun yang dahulu....

Pihak Generasi Ketiga Pewaris-Pewaris dari kanak-anak Guru pada hari ini juga merupakan Graduan-Graduan pelbagai Universiti...sudah tentu mereka tahu dan peka terhadap pembelajaran masa kini yang tersangat canggih serta berinformasi....

Di harap....pihak-pihak yang bertanggungjawap akan dapat berfikir dengan bijak dan rasional. semoga kebosanan yang di perkatakan tidak akan berpanjangan...

Wassallam!

Professor BSS (prpfessor_bss@yahoo.com)

Friday January 2, 2009 - 07:41am (PST)

No comments: