Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #177

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #177

THE Q&A #12 - KUASA ALLAH BERKAITAN POST #175

Soalan ini di kemukakan oleh seseorang yang inginkan penjelasan mengenai KUASA ALLAH yang termuat di dalam Post #175.

Saya menyiarkan soalan tersebut tetapi tidak memaparkan nama dan alamat pengirimnya atas sebab-sebab yang tertentu, tetapi yang terpenting di sini ialah SOALAN dan HURAIAN yang berkaitan dengannya...di mana saya berpendapat bahawa SOALAN tersebut sedang BERMAIN di dalam FIKIRAN ramai orang!!!, dan adalah lebih baik untuk saya menyiarkan jawapan melalui Post juga...SOALANnya adalah seperti berikut:-

Assalamualaikum Prof.

Saya merupakan salah sorang ahli bss yang agak baru dan banyak perkara yg masih samar

berkenaan BSS. Salah satunya merujuk pada post Mencari Tuhan seperti berikut.

"FAKTA YANG TERSEMBUNYI (Post 175)

Di sebalik PENGUASAAN TUHAN PADA JASAD MANUSIA di dalam PENTADBIRAN DALAMAN JASAD, TUHAN tidak menguasai apa yang ingin di lakukan oleh setiap manusia yang bersandarkan NAFSU, seperti makan/minum, pakaian, perhiasaan, kecantikan, nafsu berahi, pandangan, pendengaran, penghiduan bau-bauan, perjalanan dan apa juga yang melibatkan NAFSU-NAFSU dan KEHENDAK LUARAN manusia...

Ini termasuk membiarkan dan memberikan KUASA PENUH pada setiap manusia yang memiliki KECAHAYAAN CAHAYA BUDI NYA untuk menggunakan segala TINDAKKAN yang di ambil dari 50 JURUSAN RBSS!!!...

KERANA ALLAH SWT TIDAK MENGUASAI SEPENUHNYA SETIAP ROH MANUSIA!!!..."

Berkaitan perkara ( tulisan merah). saya menjadi musykil atas perkara tuhan tidak menguasai... kerana pada pemahaman saya Tuhan menguasai segala gerak dan diam makhluk ciptaanNya. Apakah maksud Menguasai dalam konteks ini? Dan juga seringkali kita dengar " Kalau diizinkan Tuhan" . ayat diizinkan itu bermaksud manusia dijaga oleh penjagaNya. Contoh : Kalau Bos setuju boleh lah saya buat perkara ini.

Jadi . apakah maksudnya ..sila lah beri jawapan kerana perkara tulisan merah tersebut begitu mengganggu sejak saya membacanya hari ini.

Sekian Terimakasih

Saya sangat memahami apa yag sedang di fikirkan oleh Penulis Soalan tersebut dan ramai lagi orang-orang di luar sana berkenaan dengan FAKTA yang BERTULIS MERAH DI ATAS!!!

Yang sebenarnya begini, apa yang sedang anda FIKIRKAN itu ADALAH BERDASARKAN Hukum bahawa TUHAN MENGUASAI SEGALA GERAK DAN DIAM MAHLUK CIPTAANNYA, iaitu ia di dasarkan daripada nama ALLAH SWT yang ke # 77 yakni AL-WALI, yang memberi maksud bahawa:- ALLAH itu Maha Menguasai, menggenggam segala sesuatu dalam kekekuasaanNya dan menjadi milikNya.....

Dan jika di kaji selidik maka AL-WALI itu, maka mahluk manusia tidak berupaya untuk melakukan sesuatu TANPA IZINNYA...

AKAN TETAPI, kita harus melihat ALLAH SWT itu dari sudut yang lebih luas lagi...seperti Nama-Nama ALLAH yang lain seperti:- (Dari 99 Nama-Nama ALLAH)

· # 02 AR- RAHMAN yang bermaksud, Maha Pengasih, Pemberi Kenikmatan yang agung-agung, Pengasih di dunia.

· # 03 AR-RAHIM yang bermaksud, Maha penyayang, Pemberi kenikmatan yang pelik-pelik dan Penyayang di Akhirat.

· # 17 AL-WAHAB yang bermaksud, Maha Pemberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

· # 18 AR-RAZZAQ yang bermaksud, Maha Pemberi Rezeki serta membuat pula sebab-sebab memperolehinya

· # 19 AL-FATTAH yang bermaksud, Maha Membukakan, yakni membuka gedung penyimpanan RahmatNya untuk seluruh hambaNya

· # 41 AL-MUQIT yang bermaksud, Maha Pemberi Kecukupan, baik yang berupa makanan tubuh atau makanan Rohani

· # 43 AL-KARIM yang bermaksud, Maha Pemurah, Mulia Hati dan Memberi sesiapapun tanpa di minta atau penggantian dari sesuatu pemberian.

· # 45 AL - MUJIB yang bermaksud, Maha Mengabulkan, yang memenuhi permohonan siapa sahaja yang berdoa kepadaNya

· # 83 AR - RAUF yang bermaksud, Maha Pengasih, banyak KeRahmatan dan kasih sayangNya

· # 85 DZULJALALI WAL IKRAM yang bermaksud, Maha memiliki kebesaran dan kemuliaan, juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kemikmatan yang amat melimpah ruah.

· # 92 AN-NAFI yang bermaksud, Maha Pemberi Kemanfaatan, yakni meratalah kebaikan yang di kurniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.

Nama-Nama yang tersebut itu adalah sebahagian dari gambaran bahawa ALLAH SWT itu adalah sangat MENGASIHI MAHLUKNYA dan AKAN SELALU MEMBERIKAN KURNIANYA di atas KECINTAANNYA terhadap Mahluk Manusia...

Kita juga boleh melihat KECINTAAN ALLAH SWT terhadap mahluk Manusia di dalam QADA' dan QADAR yang di tetapkan olehNya....seperti:-

Di dalam QADA' Nya, ALLAH SWT telah MENETAPKAN SESUATU YANG INGIN DI LAKUKAN OLEH HAMBA-HAMBANYA ....Menurut KETENTUANNYA...

TETAPI

Di dalam QADAR Nya, ALLAH SWT juga MEMBERIKAN RUANG KEPADA MAHLUKNYA UNTUK MEMILIH APA PERBUATAN YANG DI SUKAI BERDASARKAN HAWA NAFSU MASING-MASING....TETAPI SEMUANYA TELAH TER-TULIS DI DALAM QADA' NYA...kerana ALLAH SWT itu Maha mengetahui apa yang akan di lakukan oleh hamba-hambaNya....tetapi membiarkan mereka untuk mebuat pilihannya sendiri.

Berbalik kepada RUNGKAIAN yang saya perkatakan iaitu TUHAN TIDAK MENGUASAI TINDAKKAN MANUSIA YANG BERDASARKAN NAFSU..itu memberi maksud bahawa apa yang saya rungkaikan itu adalah BERDASARKAN DARI KEILMUAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang tidak TERTAKLUK KEPADA SEBARANG HUKUM atas sebab KEJADIANNYA YANG TELAH DI CIPTA SEBELUM HUKUM-HAKAM DI LAKSANAKAN DI DALAM DUNIA...

MENGAMBIL CONTOH...

TINDAKKAN MENGGUNAKAN JURUSAN-JURUSAN DI DALAM RBSS....

Apa yang DI TINDAKKAN oleh seseorang manusia yang memiliki KECAHAYAAN CAHAYA BUDI itu, adalah ATAS KEHENDAK HAWA NAFSU orang itu sendiri yang tidak DI TENTUKAN OLEH ALLAH SWT!!!, samaada TINDAKKAN itu yang BURUK atau yang BAIK...tetapi secara HALUSnya segala TINDAKKAN itu DI IZINKAN oleh ALLAH SWT kerana KECAHAYAAN tersebut telah di BERIKAN KUASA PENUH kepada mahluk manusia yang memilikinya sebelum manusia itu di lahirkan atau di cipta serta di turunkan ke dunia lagi.

Ini berbeza sekali dengan pandangan dari HUKUM dan SYARAK, di mana HUKUM dan SYARAK itu HANYA di TAFSIR berdasarkan HUKUM dan SYARAK setelah wujudnya mahluk manusia di dunia ini beribu-ribu tahun sebelum wujudnya HUKUM dan SYARAK, melalui NABI dan RASUL yang DI LANTIK untuk MENGAJAR MANUSIA mengenai ADAB dan HUKUM sebagai seorang manusia!...dan melalui NABI MUHAMMAD SAW maka segala PERATURAN dan HUKUM itu di jelaskan melalui AL-QURAN.....

TETAPI KERAHSIAAN KECAHAYAAN CAHAYA BUDI itu TETAP TIDAK BERUBAH DENGAN WUJUDNYA SEGAKA HUKUM DAN SYARAK YANG DI TETAPKAN OLEH TUHAN!!!

Cuba anda fikirkan, pernahkah anda MEMINTA IZIN DARI TUHAN UNTUK:-

· Makan minum

· Mandi

· Tidur

· Berjalan-jalan

· Bercakap / mengumpat / mengeji / memuji

· Melihat sesuatu di dalam pandangan

· Menonton TV atau Wayang

· Membeli belah

· Membeli rumah

· Memandu kenderaan

· Mendengar muzik

· Memuaskan hawa nafsu

· Membunuh orang atau binatang

· Atau apa sahaja yang anda suka buat......??????

Yang ada hanyalah ucapan BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM......bagi memulakan sesuatu perbuatan, dan maksud BISMILLAH.....itu hanya bermaksud DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN YANG MAHA PENYAYANG!!!....itu sahaja...dan ungkapan itu BUKAN ungkapan MEMINTA IZIN DARIPADA TUHAN!!!...seperti YA ALLAH IZINKAN AKU UNTUK perbuatan itu dan ini.......tetapi ada juga yang tidak pernah memulakan sesuatu dengan Kalimah BISMILLAH........!!!!!!

Ini menunjukkan bahawa segala KEHENDAK yang ingin di lakukan oleh mahluk manusia, TIDAK PERNAH DI HALANG ATAU DI BELENGGU OLEH ALLAH SWT!!!, dan ianya bersesuaian dengan Nama-Nama ALLAH SWT seperti yang tertera di atas, dan juga bersesuaian dengan KONSEP QADA' dan QADARNya.....

Dan itulah yang di maksudkan oleh Professor BSS ketika memberikan Hujah-Hujah tersebut!!!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday June 14, 2008 - 11:21am (PDT)

No comments: