Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Friday, June 5, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 264


KOMENTAR PROFESSOR # 33

Assalamualaikum wbt.....

Kepada semua pembaca yang budiman.....

Saya amat bersyukur kerana dapat memindahkan Blog RBSS ini dari Yahoo 360 kepada Blogger blog ini tanpa banyak masaalah...cuma foto-foto dalam setiap blog tidak saya lakukan kerana memerlukan masa yang panjang.

Walaubagaimana juga pun...di masa yang akan mendatang di dalam setiap blog akan tetap di selitkan foto-foto yang bermakna atau yang berkaitan dengan tajuk setiap blog...

Saya juga merasakan bahawa dengan pemindahan ini memberikan suatu hikmah yang berlainan dari pelbagai sudut.

Pertama:
Secara tidak langsung menyedarkan banyak pihak mengenai keperluan dan kepentingan kewujudan Blog RBSS ini, di mana di masa-masa yang lalu tidak pernah terfikir akan keperluan kewujudannya yang sangat membantu.

Dimana...ramai juga yang berdoa agar Blog RBSS ini tamat atau di tamatkan kewujudannya kerana mendatangkan tekanan kepada golongan-golongan yang memiliki kepentingan yang tertentu...dan doa-doa golongan ini agar Blog RBSS ini tamat di Yahoo 360 telah termakbul juga akhirnya...tetapi berakhir cuma di Yahoo 360 sahaja!!!.....

Kedua:
Dengan perpindahan dari Yahoo 360 kepada Blogger juga mendatangkan banyak hikmah sampingan, dimana jika di dalam Yahoo 360 saya tidak dapat menyelitkan maklumat-maklumat tambahan yang lain di dalam page blognya...

Dan melalui Blog Blogger, saya dapat menyelitkan maklumat-maklumat tambahan sebagai tip-tip untuk para pembaca Blog RBSS ini sebagai wadah untuk mencari maklumat-maklumat tambahan yang berkenaan dengan KeRahsiaan ini.

Cuma...dari masa hingga ke semasa saya akan melakukan pelbagai perubahan dan peyesuaian menurut maklum balas dari anda semua...demi untuk menyelesakan semua yang mengikuti Blog RBSS ini...

Akan tetapi....

Saya tidak pasti kepopularan Blogger dari Googgle ini dapat menyaingi Yahoo 360 dari segi keluasan pemasaran Jenama nya di dalam Media Internet dan bagaimanakah pihak Googgle memaparkan setiap Blogger kepada semua pembaca yang melayari Internet...kerana saya dapati di pihak Yahoo tidak memiliki masaalah ini...

Para pembaca yang budiman....

Untuk minggu ini saya tidak akan melakukan posting Ilmu yang baharu kerana saya sedang melakukan persiapan terakhir untuk menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN yang akan berlangsung pada 13/14hb June 2009 di Rawang..Selangor.

Dimana...inilah buat julung-julung kalinya dalam sejarah kewujudan RBSS di Malaysia, seseorang yang berada di luar pimpinan dan pengaruh 3M memberikan kursus yang sedemikian bukan sahaja kepada jemaah 3M, malah ianya di buka kepada seluruh Umat Manusia yang mengaku MEMILIKI NUR BUDI....

Ini merangkum jemaah-jemaah murid dari Wak Melaka, Pak Jefri Perak, Gerak Sejati Selangor dan orang-orang persaorangan yang belum "mengetahui" apa itu Nur Budi...

MALANG NYA....

Daripada ramai permohonan yang di lakukan oleh jemaah murid 3M....ramai yang membatalkan penyertaan mereka untuk mengikuti kursus ini atas pelbagai sebab yang bukan berbentuk masaalah peribadi....tetapi lebih menjurus kepada "ketakutan dan kekhuatiran" mereka akan "di blacklist" oleh pihak persatuan dari 3M...

Ini berlaku setelah jemaah guru telah "menggugurkan fatwa" bahawa Professor BSS itu sebagai "mengarut dan tidak boleh di percayai"...

Dan perkara ini telah membuat ramai jemaah murid dari 3M menjadi "takut" untuk mengikuti apa-apa yang di anjurkan oleh Professor BSS, walau bagaimana baik sekali pun perkara yang akan di anjurkan.

Komen saya secara peribadi....

Saya melihat perkara ini sebagai "suatu penyakit dalam diri", samaada di pihak jemaah guru ataupun jemaah murid 3M.

Mengapa saya berkata begitu?....

Ia merupakan "suatu penyakit" kerana mereka telah membataskan sumber ilmu yang boleh dan yang wajib di ketahui hanya di dalam lingkaran diri mereka sendiri...dan tidak mahu membuka pintu ilmu daripada sumber yang lain.

Ini merupakan suatu kesilapan yang sangat besar yang di lakukan oleh jemaah-jemaah guru dan murid dari 3M...

Sebab utamanya ialah....

Kerana saya sendiri pernah menjadi murid di dalam jemaah 3M dari tahun 1977 hingga 1988, dan kerana itu taraf saya sehingga sekarang adalah maseh memegang taraf "murid" walaupun telah bertahun meninggalkan mereka.

Jadi...jika di kira dari segi hukum guru dan murid...sesiapa yang bertaraf murid tidak boleh mengajar pihak guru!!!...sebab melalui hukum itu, pihak guru adalah serba mengetahui dan lebih sahih ilmu nya...

Yang di lupai ialah.....

Hukum seseorang manusia itu yang sering belajar dan belajar sepanjang hayat dan boleh meraih pelbagai ilmu pengetahuan walau dari siapa dan di mana juga sekali pun...

Dan hukum kepada setiap murid yang telah meninggalkan tempat pengajian mereka, tidak kira apa juga jenis pengajiannya, akan keluar dari tempat guru yang sedia ada dan akan beralih kepada tempat pengajian yang lebih luas ilmu pengetahuannya..

Samaada pengajian nya itu berbentuk berkumpulan, berpasukan, berpesatuan, bersekolahan ataupun secara persendirian....semua ini adalah proses pembelajaran di dalam kehidupan.

Belum pernah saya mendengar professor-professor di mana-mana Universiti yang mengeluh kesal dengan penamatan pelajaran anak-anak murid mereka yang berjangka itu...malah mereka merasa bangga kerana pemergian anak-anak murid mereka itu ke dunia yang nyata akan dapat memberikan sumbangan ilmu yang pernah mereka terapkan kedalam diri setiap murid kepada masyarakat umum dan dunia amnya...

Malah...pencapaian anak-anak murid yang pernah mereka didik itu ada kalanya melebihi daripada apa yang pernah mereka capai., namun mereka tidak pernah merasa cemburu atau merasa tercabar dengan apa juga pencapaian bekas anak-anak murid mereka itu...hanya kebanggaan yang wujud di hati mereka!.

Namun...ini tidak berlaku di dalam tamadun kehidupan masyarakat melayu kita, di mana jika terdapat anak-anak murid yang melebihi kemampuan guru atau pengajar, mereka sudah di anggap DURHAKA kepada guru!!!...

Yang menjadi anak-anak murid dari bangsa melayu juga berfikiran kurang matang, dimana "taat kepada guru" tidak bertempat!!!

Apa kata guru itu lah hukum kepada mereka untuk di taati, walaupun tidak mendatangkan apa-apa faedah dan kebaikan untuk masa hadapan mereka sendiri...

Walau apa pun yang berlaku sekarang.....sesuatu perubahan harus di ketengahkan di dalam menimba kerahsiaan Nur Budi ini...

Diamana...Professor BSS akan tetap bekerja keras untuk mengenengahkan sesuatu perubahan dari masa ke semasa....yang terpenting ialah perubahan dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang...

Sekian.

Wassallam!

Professor BSS

at

professor.bss999@gmail.com

or at

professor_bss99@yahoo.com.au

















Reblog this post [with Zemanta]

No comments: