Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #189

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #189

THE ART OF...#27 - MENGENAL AMALAN RBSS DENGAN IBADAH ISLAM

Sepertimana yang pernah di perkatakan di dalam banyak posts, AMALAN DALAM RBSS adalah TIDAK SAMA dengan apa yang di lakukan dalam IBADAH ISLAM....di sebabkan oleh:-

· Perbendaharaan ILMU yang berlainan tujuan ianya di ciptakan

· Perbezaan kedudukan ILMU tersebut yang juga berlainan tempat ianya di lakukan

Maksud yang jelas ialah:-

· Apa yang di lakukan melalui KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu, seperti Amalan BERJURUS adalah TIDAK SAMA dengan AMALAN SHOLAT di dalam ISLAM

· Apa yang di lakukan melalui AMALAN SHOLAT itu pula TIDAK SAMA dengan AMALAN BERJURUS di dalam RBSS.

KENAPA HARUS SAYA ULANGI

Di sebabkan KEFAHAMAN mengenai kedua-dua PERBENDAHARAAN ini telah DI SALAH TAFSIR dan DI SALAH TAKRIF oleh segolongan masyarakat!!!...dan membuat kesimpulan bahawasanya AMALAN RBSS ini tergolong ke dalam KESESATAN ILMU serta DI TAKRIFKAN sebagai MEMESONGKAN AQIDAH KE-ISLAMAN....jika ianya di amalkan...

KEDUDUKAN SEBENAR

Jika anda boleh mengingati rencana-rencana melalui posting yang terdahulu, saya telah menerangkan perkara-perkara mengenai APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, ASAL USULNYA, KEDUDUKAN KECAHAYAAN BUDI dan PENCIPTAAN MAHLUK MANUSIA sebelum ISLAM itu di jadikan sebagai AGAMA RASMI...

Jadi yang sangat jelas di sini ialah....

· KERAHSIAAN CAHAYA BUDI itu WUJUD di dalam ROH MANUSIA

· Manakala ISLAM itu WUJUD di dalam TUBUH/JASAD MANUSIA

Oleh yang demikian, di antara ISLAM dan KERAHSIAAN CAHAYA BUDI itu berada di dalam KEADAAN YANG SANGAT BERBEZA, tetapi di pertikaikan oleh ramai cendiakawan ISLAM yang meletakkan ISLAM di dalam kedudukan ROH...berdasarkan dalil yang mengatakan bahawasanya yang MENGAWAL TUBUH BADAN itu adalah ROH...

Yang sebenarnya ialah:-

ISLAM itu adalah berada di setiap sendi dan ruang di dalam sekujur TUBUH MANUSIA, daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki, di mana jika di amati melalui rungkaian yang wujud melalui ILMU TAUHID atau USULUDIN, setiap REKABENTUK yang membentuk TUBUH MANUSIA itu ADALAH MERANGKUM KESELURUHAN HURUF yang ada di dalam AL-QURAN...Di mana TUBUH MANUSIA itu pula DI DALAM PENGARUH ZAT DAN SIFAT ALLAH SWT.

Ini berbeza sama sekali dengan kejadian ROH MANUSIA yang di jadikan dari KERAHSIAAN RAHSIA-RAHSIA DIRI ALLAH SWT itu sendiri yang tidak di jelaskan dengan terperinci kerana kehendak ALLAH SWT itu sendiri....dan ROH MANUSIA itu pula MERANGKUM KECAHAYAAN CAHAYA BUDI SERTA CAHAYA-CAHAYA ALLAH SWT YANG LAINNYA.

ITULAH PENYEBAB UTAMA

Yang di katakan AMALAN BERJURUS TIDAK AKAN MENGGANTIKAN AMALAN SHOLAT....DAN AMALAN SHOLAT TIDAK DAPAT MENGGANTIKAN AMALAN BERJURUS...KERANA keduanya berada di dalam ZONE yang berlainan.

AKAN TETAPI

Melalui KEILMUAN RBSS ini, seseorang itu akan dapat MENGUATKAN dan MEMPERELOKKAN semua AMALAN DI DALAM ISLAM, di mana melalui KERAHSIAANnya itu ia akan MAMPU menangkis segala godaan-godaan Iblis/Jin/Syaitan jika dapat di aplikasikan dengan sempurna. (semak kembali posting berkenaan mahluk-mahluk halus)

DI MANA

Melalui ISLAM yang wujud DI DALAM TUBUH MANUSIA itu, adalah di dalam KEIZINAN ALLAH SWT jika berkehendakan sesuatu, seperti HARUS MEMANJATKAN DOA atau HAJAT kehadrat ALLAH SWT dan menunggu KEREDHAAN daripadaNya....dan sekurang-kurangnya di dalam keadaan SUJUD, iaitu dalam keadaan yang sangat-sangat merendahkan diri lahir dan bathin terhadap TUHANNYA....yang khususnya pula di lakukan di dalam SHOLAT....

INI BERBEZA dengan apa yang berlaku ketika kita menggunakan KECAHAYAAN CAHAYA BUDI, di mana semua jenis TINDAKKAN akan bergantung kepada NIAT/NAWAITU, JENIS JURUSAN, KEADAAN SEMASA dan KEPAKARAN MENGGUNAKAN menurut KEFAHAMAN diri masing-masing pengguna mengenai kesemua TINDAKKAN JURUSAN...di mana KEIZINAN untuk melakukan sesuatu itu, telah di kurniakan seawal berada di ALAM AZALI lagi.

Itu sebabnya, jika umpamanya kita bertindak menggunakan Jurusan #4...jika keadaan semasa sangat tepat dan bersesuaian, maka secara spontan kesan dari Jurusan #4 itu akan terjadi serta-merta TANPA perlu memohon DOA terlebih dahulu...Inilah yang di katakan di antara ISLAM dan RBSS itu berada di DALAM ZONE YANG BERBEZA.

Perlakuan atau Tindakkan seperti ini berlaku di dalam semua senarai JURUSAN dan kesan atau proses menjadikannya pula adalah dalam kadar serta-merta!!!

Jika untuk memberikan contoh-contoh, ianya tersangatlah banyak dan tidak dapat di hitung lagi...memadai anda memikirkan kejadian-kejadin yang sering berlaku ketika BER-TINDAK MENGGUNAKAN JURUSAN!!!

Hanya orang-orang yang mempelajari ILMU KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini sahaja yang akan dapat memahami apa yang saya maksudkan, di sebabkan mereka telah memiliki TERAS RAHSIAnya iaitu CAHAYA BUDI tersebut!!!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday July 14, 2008 - 11:07am (PDT)

No comments: