Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Saturday, June 13, 2009

RBSS - Post # 267 - KOMENTAR PROFESSOR #36


RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #267

KOMENTAR PROFESSOR #36

KURSUS KEFAHAMAN....PADA TARIKH BAHARU

Adalah di maklumkan bahawa Kursus Kefahaman yang di tunda dari tarikh 13/14hn June 2009 ini akan di adakan semula pada tarikh yang baharu.
Oleh yang demikian, kepada semua peserta Kursus yang telah mendaftar dan yang telah membuat pembayaran, anda akan di hubungi oleh pihak Secretariat dalam masa yang terdekat untuk di maklumkan tarikh dan tempat kursus akan di jalankan semula.

Kepada sesiapa yang telah mendaftar dan telah menarik diri pada saat-saat akhir, atas sebab-sebab yang telah di ketahui di minta untuk menyertakan permohonan yang baharu...dan penyertaan masih lagi di buka kepada pihak-pihak yang lain untuk menyertainya.

Tetapi...pada kali ini setiap permohonan yang di di terima hendaklah di sertakan dengan Yuran yang telah di tetapkan bagi mengelakkan ketidaktentuan penyertaan sehingga ke saat akhir tarikh kursus akan di adakan.

Untuk memohon, anda perlu menyertakan butir-butir peribadi seperti berikut:-

Maklumat Peribadi:
  1. Nama Penuh Sebenar
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat Tempat Tinggal Terkini
  4. No. Telefon Bimbit / Rumah
  5. Pekerjaan Terkini
  6. Status Perkahwinan
Maklumat Amalan:

  1. Tarikh/Tahun Mengisi
  2. Peringkat Terkini
  3. Amalan Tambahan
  4. Nama Guru Yang Mengisi
  5. Nama Persatuan (jika ada)
  6. Kawasan/Negeri Yang di hadiri
Yuran Kursus sebanyak RM250/-
Yang harus di masukkan kedalam Akaun Pengamanah yang di lantik (hanya di ketahui melalui email)

Semua maklumat tersebut hendaklah di hantar kepada email berikut:-

professor.bss999@gmail.com

Penyertaan adalah masih di buka kepada semua Ahli-Ahli RBSS dari semua Persatuan dan Perguruan, serta di buka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti Kursus Kefahaman ini...

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 30hb June 2009 ini..


ULASAN PROFESSOR BSS

Kursus Kefahaman yang akan di anjurkan ini adalah yang Pertama dan yang Terakhir menurut Konsep penyampaian keilmuannya..Dimana di masa-masa akan datang, Kursus Kefahaman ini akan di pecahkan kepada beberapa silibus serta akan di jalankan oleh sebuah Badan Khas yang telah di lantik untuk melaksanakannya.

Hanya kursus yang Pertama ini sahaja yang akan di sampaikan secara terus oleh Professor BSS kepada peserta yang menyertainya, dan ianya merangkum semua bidang ilmu secara keseluruhan.

Konsep penyampaian keilmuannya juga telah di olah berdasarkan segala tulisan di dalam Blog RBSS dan di sampaikan menurut kaedah terkini.

Kursus Kefahaman ini amat sesuai untuk semua Tenaga Pengajar RBSS atau orang-orang persaorangan yang berminat untuk menambah kefahaman mereka terhadap keilmuan ini, di mana ianya akan menjurus kepada pelbagai persoalan masa kini mengenai kerelevanan RBSS di dalam Dunia Islam dan Manusia sejagat.

Kursus Kefahaman ini juga akan di gunakan sebagai pengorak langkah untuk memajukan Kerahsiaan Rahsia Nur Budi ke peringkat yang lebih terbuka dan boleh di terima oleh semua golongan manusia secara Global tanpa menjejaskan Kerahsiaannya yang ulung.

Kepada pihak-pihak yang membantah atau yang menentang Kursus Kefahaman ini di adakan oleh Professor BSS, saya dengan senang hati mengundang anda untuk mengikuti Kursus Kefahaman ini secara Percuma.

Anda hanya perlu menulis kepada saya menerusi email yang tertera dan berikan butir-butir peribadi anda...tempat anda akan saya sediakan secara khas sebagai TETAMU UNDANGAN.

Kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar Yuran Kursus yang sebanyak RM250/- tetapi sangat ingin untuk menyertainya, anda juga di minta untuk menulis kepada saya menerusi email yang tertera, jika di dapati anda jujur dan ikhlas maka saya akan mengundang anda untuk mengikuti kursus tersebut secara Percuma.

Semua penyertaan adalah tidak terhad...kerana pihak Secretariat akan melakukan semakan yang terakhir pada 1hb July 2009 untuk menyelaraskan penyertaan dengan kapasiti tempat duduk di dewan kuliah yang di sewa.

Kepada Ahli-Ahli Persatuan 3M, anda di sarankan agar jangan merasa khuatir dengan apa-apa juga Tindakkan yang di janjikan jika mengikuti Kursus Kefahaman ini, yang terpenting ialah keikhlasan dan kesungguhan anda untuk menimba ilmu...tambahan lagi, setiap apa yang anda pelajari melalui Kursus Kefahaman ini, ia akan membantu diri anda sendiri untuk lebih FAHAM mengenai apa itu KERAHSIAAN RAHSIA NUR BUDI melalui PERSPECTIVE yang lebih luas...

Begitu juga Ahli-Ahli daripada KBS, Gerak Sejati, Pak Ayub Perak, Wak Abbas dan yang sebagainya itu...tiap seorang dari anda akan mendapat manfaat dari Kefahaman yang akan di rungkaikan dari sudut yang tidak pernah anda fikirkan atau yang di ajar kepada anda selama ini.

HARAPAN PROFESSOR BSS

Saya mengharapkan agar semua yang berminat untuk mengikuti Kursus Kefahaman ini dapat membuat pendaftaran dengan segera...kerana Kursus ini adalah merupakan PERMINTAAN dari ramai ahli-ahli RBSS dari seluruh Malaysia dan Singapura..yang meminta saya untuk menganjurkan bagi pihak mereka.

Jadi...jangan lepaskan peluang ini begitu sahaja....

Sekian.

Wassallam!

Professor BSS

At

professor.bss999@gmail.com
professor_bss99@yahoo.com.au

Monday, June 8, 2009

RBSS - Post # 266 - KOMENTAR PROFESSOR #35



RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #266

KOMENTAR PROFESSOR #35



PENGUMUMAN KHAS

Saya ingin memaklumkan kepada semua peserta Kursus Kefahaman yang di jadualkan berlangsung pada 13/14hb June 2009 di Selangor bahawa:-

Kursus Kefahaman tersebut di TUNDA kepada tarikh yang akan di tetapkan kelak, ini adalah kerana ada gangguan dari pihak PBSSM dan PPJBSSKL di peringkat Pusat yang mengalihkan tarikh aktiviti mereka dari minggu sudah kepada tarikh yang sama Kursus Kefahaman ini di langsungkan...

Tindakkan pihak PBSSM itu sedikit sebanyak telah membuat ramai peserta kursus menjadi serba salah untuk menghadirkan diri mengikuti Kursus Kefahaman tersebut kerana:-

  • Mereka akan di selidik oleh pihak AJK Persatuan jika tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang mereka tetapkan itu.
  • Dan tindakkan susulan akan di kenakan terhadap ahli-ahli yang tidak menghadirkan diri.
Oleh yang demikian...

Berdasarkan dari Sudut Ilmu RBSS ini, adalah tidak mendatangkan faedah jika Kursus Kefahaman itu di jalankan pada Tarikh tersebut kerana, Tujuan Kursus Kefahaman adalah menjurus kepada Taklimat/Ceramah membentuk KEFAHAMAN mengenai apa yang WUJUD di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini...

Dan BUKAN untuk memberikan masaalah sampingan terhadap para ahli yang menghadirkan diri pada tarikh tersebut dengan pihak Persatuan yang maseh mereka anggotai....jika mereka hadir mengikuti Kursus yang saya jalankan.

Perbuatan atau tindakkan pihak PBSSM dan PPJBSSKL ini KETERLALUAN dalam ertikata ingin MENYEKAT ahli-ahli mereka dari mengikuti kursus kefahaman ini, dengan menyengajakan aktiviti-aktiviti mereka dengan tarikh kursus dan dengan NIAT untuk MENGGANGGU kelancaran kursus serta untuk MENANGKAP ahli-ahli yang menyertainya....

Di lihat sebagai KE-TIDAK-PEKAAN mereka terhadap apa yang ingin di lakukan oleh Professor BSS terhadap semua ahli-ahli yang memiliki Nur Budi ini...

Mereka saya lihat sangat MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI sehingga sanggup melakukan perbuatan KHIANAT yang BERHEMAH terhadap para ahli yang ingin menimba ilmu melalui Kursus Kefahaman ini.

Perbuatan seperti ini BUKAN LAH ajaran yang di terapkan dalam lunas-lunas INTIPATI Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati yang sebenar...Ia lebih menjurus kepada NAFSU AMARAH yang tidak mahu menerima HAKIKAT bahawa maseh wujud orang lain di atas muka Bumi ini yang mampu untuk memperkatakan apa itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!!....

Dan merasakan bahawa DIRI MEREKA SENDIRI yang BENAR dan yang paling SAHIH......


JAMINAN PROFESSOR BSS....

Kepada semua peserta Kursus Kefahaman yang telah mendaftar serta yang telah melakukan pembayaran penuh....

Anda tidak perlu khuatir kerana kursus ini BUKAN DI BATALKAN tetapi hanya DI TUNDA tarikh perlaksanaannya sahaja...pihak secretariat kursus kefahaman akan memberikan perincian mengenai butir-butir maklumat yang berkenaan dengan tarikh kursus yang baharu kepada pihak anda..

Anggap lah PENUNDAAN ini sebagai suatu HIKMAH yang sangat besar Anugerahnya dari TUHAN yang Maha Esa....

Kerana dengan PENUNDAAN ini maka KONFLIK untuk BERTEMBUNG dengan aktiviti Pihak Persatuan yang di sengajakan itu dapat di elakkan dari berlaku!!!...

Sebagai Manusia yang MEMAHAMI GEJALA yang berlaku ini, kita jangan merasa tertekan atau terasa di permainkan....ini adalah permainan dari Nafsu-Nafsu yang di kenderai oleh Iblis Laknatullah..

Saya menyeru kepada semua pihak yang telah mendaftar agar dapat menerima dengan hati yang IKHLAS dan REDHA dengan apa yang berlaku...

Dengan PENUNDAAN ini juga, akan memberikan peluang kepada mereka yang telah menarik diri lebih awal untuk mengikutinya semula di dalam tarikh dan lokasi yang baharu kelak...atas sebab-sebab yang sama.

SERUAN TERBUKA PROFESSOR BSS PADA PIHAK
PERSATUAN PBSSM & PPJBSSKL

Sebagai Persatuan yang berdaftar dengan pihak ROS, sememangya anda (AJK) persatuan berhak untuk melakukan apa sahaja yan gdi fikirkan perlu untuk melindungi hak dan kepentingan persatuan anda....

Tetapi....

Anda harus sedar bahawa, segala tindak tanduk anda untuk melakukan sebarang kerja-kerja khianat (sabotage) terhadap apa yang sedang di usahakan oleh Professor BSS, harus di fikir dan di pandang dari sudut yang lebih luas, dan yang tepatnya harus di lihat dari Sudut pandangan ILLAHI...

  • Mengapa Professor BSS itu wujud?
  • Mengapa para ahli ramai yang memihak Professor BSS?
  • Apa yang di usahakan oleh Professor BSS?
  • Apakah kesan daripada kewujudan Professor BSS?
  • Mengapa anda harus menentang Professor BSS????
  • Apa persepsi ramai terhadap tindakkan anda membuat tentangan???
Secara peribadi...

Saya melihat apa yang di lakukan oleh pihak AJK-AJK Persatuan yang terlibat ini sebagai suatu KEPINCANGAN ILMU PENGETAHUAN mengenai APA ITU KERAHSIAANRAHSIA BUDI SUCI SEJATI....

Dan tidak MEMAHAMI LANGSUNG corak perjuangan yang di perjuangkan oleh Professor BSS terhadap masyarakat RBSS dan UMUM...

Jika sekiranya ada mana-mana pihak dari Persatuan yang ada TER-RASA pihak mereka telah di ganggu gugat dengan kewujudan dan segala aktiviti dari Professor BSS, saya bersedia untuk di temui untuk bermuzakarah dan mencari suatu PEMAHAMAN secara menyeluruh...

Kerana sejauh ini, Professor BSS TIDAK PERNAH membelakangkan Pihak Jemaah Guru dari 3M....malah kebanyakan orang awam yang ingin belajar mengenai RBSS semuanya...semuanya di rujuk kepada semua Persatuan 3M!!!!....itulah TANDA SOKONGAN dan PENGIKTIRAFAN dari Professor BSS terhadap Jemaah Guru 3M...

Saya dapat melihat dari sudut yang manaa anda berfikir mengenai Professor BSS, tetapi anda tidak dapat melihat dari sudut yang mana pula saya berfikir terhadap pihak anda!!!..

Jauhkan diri anda dari sifat KHIANAT yang BERHEMAH itu....

Sekian

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au
professor.bss999@gmail.com








Friday, June 5, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 265


KOMENTAR PROFESSOR # 34

KURSUS KEFAHAMAN

Saya ingin membuat seruan kepada semua pemohon / perserta Kursus Kefahaman yang belum melakukan sebarang pembayaran Yuran kursus, agar dapat menyegerakan pembayaran nya secepat yang mungkin.

Atau memaklumkan status terkini penyertaan anda kepada pihak Secretariat Kursus Kefahaman, agar pihak yang di berikan amanah (secretariat) untuk melicinkan pengurusan kursus dapat maklumat yang terkini, serta akan dapat melakukan penyesuaian yang di fikirkan perlu.

Seruan ini terpaksa saya lakukan bagi mengelakkan sebarang tekanan kepada semua pihak, dan saya juga tidak mahu menjadikan isu kewangan ini sebagai batu penghalang yang menjauhkan seseorang itu daripada mendapatkan Ilmu Pengetahuan.

Kerana itu bukanlah matlamat kursus ini di wujudkan, ia lebih menjurus kepada penyampaian ilmu kepada semua yang mahukan sesuatu yang belum dapat di pelajari atau yang di sampaikan melalui pendekatan yang berbeza.

Oleh yang demikian...saya berharap kepada yang maseh belum melakukan sebarang pembayaran akan dapat melakukannya secepat yang mungkin atau memaklumkan kepada pihak Secretariat yang bertugas jika ingin menukar atau ingin membatalkan penyertaan.

Sekian dan terima kasih

Wassallam!

Professor BSS

at
professor_bss99@yahoo.com.au
professor.bss999@gmail.com


RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 264


KOMENTAR PROFESSOR # 33

Assalamualaikum wbt.....

Kepada semua pembaca yang budiman.....

Saya amat bersyukur kerana dapat memindahkan Blog RBSS ini dari Yahoo 360 kepada Blogger blog ini tanpa banyak masaalah...cuma foto-foto dalam setiap blog tidak saya lakukan kerana memerlukan masa yang panjang.

Walaubagaimana juga pun...di masa yang akan mendatang di dalam setiap blog akan tetap di selitkan foto-foto yang bermakna atau yang berkaitan dengan tajuk setiap blog...

Saya juga merasakan bahawa dengan pemindahan ini memberikan suatu hikmah yang berlainan dari pelbagai sudut.

Pertama:
Secara tidak langsung menyedarkan banyak pihak mengenai keperluan dan kepentingan kewujudan Blog RBSS ini, di mana di masa-masa yang lalu tidak pernah terfikir akan keperluan kewujudannya yang sangat membantu.

Dimana...ramai juga yang berdoa agar Blog RBSS ini tamat atau di tamatkan kewujudannya kerana mendatangkan tekanan kepada golongan-golongan yang memiliki kepentingan yang tertentu...dan doa-doa golongan ini agar Blog RBSS ini tamat di Yahoo 360 telah termakbul juga akhirnya...tetapi berakhir cuma di Yahoo 360 sahaja!!!.....

Kedua:
Dengan perpindahan dari Yahoo 360 kepada Blogger juga mendatangkan banyak hikmah sampingan, dimana jika di dalam Yahoo 360 saya tidak dapat menyelitkan maklumat-maklumat tambahan yang lain di dalam page blognya...

Dan melalui Blog Blogger, saya dapat menyelitkan maklumat-maklumat tambahan sebagai tip-tip untuk para pembaca Blog RBSS ini sebagai wadah untuk mencari maklumat-maklumat tambahan yang berkenaan dengan KeRahsiaan ini.

Cuma...dari masa hingga ke semasa saya akan melakukan pelbagai perubahan dan peyesuaian menurut maklum balas dari anda semua...demi untuk menyelesakan semua yang mengikuti Blog RBSS ini...

Akan tetapi....

Saya tidak pasti kepopularan Blogger dari Googgle ini dapat menyaingi Yahoo 360 dari segi keluasan pemasaran Jenama nya di dalam Media Internet dan bagaimanakah pihak Googgle memaparkan setiap Blogger kepada semua pembaca yang melayari Internet...kerana saya dapati di pihak Yahoo tidak memiliki masaalah ini...

Para pembaca yang budiman....

Untuk minggu ini saya tidak akan melakukan posting Ilmu yang baharu kerana saya sedang melakukan persiapan terakhir untuk menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN yang akan berlangsung pada 13/14hb June 2009 di Rawang..Selangor.

Dimana...inilah buat julung-julung kalinya dalam sejarah kewujudan RBSS di Malaysia, seseorang yang berada di luar pimpinan dan pengaruh 3M memberikan kursus yang sedemikian bukan sahaja kepada jemaah 3M, malah ianya di buka kepada seluruh Umat Manusia yang mengaku MEMILIKI NUR BUDI....

Ini merangkum jemaah-jemaah murid dari Wak Melaka, Pak Jefri Perak, Gerak Sejati Selangor dan orang-orang persaorangan yang belum "mengetahui" apa itu Nur Budi...

MALANG NYA....

Daripada ramai permohonan yang di lakukan oleh jemaah murid 3M....ramai yang membatalkan penyertaan mereka untuk mengikuti kursus ini atas pelbagai sebab yang bukan berbentuk masaalah peribadi....tetapi lebih menjurus kepada "ketakutan dan kekhuatiran" mereka akan "di blacklist" oleh pihak persatuan dari 3M...

Ini berlaku setelah jemaah guru telah "menggugurkan fatwa" bahawa Professor BSS itu sebagai "mengarut dan tidak boleh di percayai"...

Dan perkara ini telah membuat ramai jemaah murid dari 3M menjadi "takut" untuk mengikuti apa-apa yang di anjurkan oleh Professor BSS, walau bagaimana baik sekali pun perkara yang akan di anjurkan.

Komen saya secara peribadi....

Saya melihat perkara ini sebagai "suatu penyakit dalam diri", samaada di pihak jemaah guru ataupun jemaah murid 3M.

Mengapa saya berkata begitu?....

Ia merupakan "suatu penyakit" kerana mereka telah membataskan sumber ilmu yang boleh dan yang wajib di ketahui hanya di dalam lingkaran diri mereka sendiri...dan tidak mahu membuka pintu ilmu daripada sumber yang lain.

Ini merupakan suatu kesilapan yang sangat besar yang di lakukan oleh jemaah-jemaah guru dan murid dari 3M...

Sebab utamanya ialah....

Kerana saya sendiri pernah menjadi murid di dalam jemaah 3M dari tahun 1977 hingga 1988, dan kerana itu taraf saya sehingga sekarang adalah maseh memegang taraf "murid" walaupun telah bertahun meninggalkan mereka.

Jadi...jika di kira dari segi hukum guru dan murid...sesiapa yang bertaraf murid tidak boleh mengajar pihak guru!!!...sebab melalui hukum itu, pihak guru adalah serba mengetahui dan lebih sahih ilmu nya...

Yang di lupai ialah.....

Hukum seseorang manusia itu yang sering belajar dan belajar sepanjang hayat dan boleh meraih pelbagai ilmu pengetahuan walau dari siapa dan di mana juga sekali pun...

Dan hukum kepada setiap murid yang telah meninggalkan tempat pengajian mereka, tidak kira apa juga jenis pengajiannya, akan keluar dari tempat guru yang sedia ada dan akan beralih kepada tempat pengajian yang lebih luas ilmu pengetahuannya..

Samaada pengajian nya itu berbentuk berkumpulan, berpasukan, berpesatuan, bersekolahan ataupun secara persendirian....semua ini adalah proses pembelajaran di dalam kehidupan.

Belum pernah saya mendengar professor-professor di mana-mana Universiti yang mengeluh kesal dengan penamatan pelajaran anak-anak murid mereka yang berjangka itu...malah mereka merasa bangga kerana pemergian anak-anak murid mereka itu ke dunia yang nyata akan dapat memberikan sumbangan ilmu yang pernah mereka terapkan kedalam diri setiap murid kepada masyarakat umum dan dunia amnya...

Malah...pencapaian anak-anak murid yang pernah mereka didik itu ada kalanya melebihi daripada apa yang pernah mereka capai., namun mereka tidak pernah merasa cemburu atau merasa tercabar dengan apa juga pencapaian bekas anak-anak murid mereka itu...hanya kebanggaan yang wujud di hati mereka!.

Namun...ini tidak berlaku di dalam tamadun kehidupan masyarakat melayu kita, di mana jika terdapat anak-anak murid yang melebihi kemampuan guru atau pengajar, mereka sudah di anggap DURHAKA kepada guru!!!...

Yang menjadi anak-anak murid dari bangsa melayu juga berfikiran kurang matang, dimana "taat kepada guru" tidak bertempat!!!

Apa kata guru itu lah hukum kepada mereka untuk di taati, walaupun tidak mendatangkan apa-apa faedah dan kebaikan untuk masa hadapan mereka sendiri...

Walau apa pun yang berlaku sekarang.....sesuatu perubahan harus di ketengahkan di dalam menimba kerahsiaan Nur Budi ini...

Diamana...Professor BSS akan tetap bekerja keras untuk mengenengahkan sesuatu perubahan dari masa ke semasa....yang terpenting ialah perubahan dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang...

Sekian.

Wassallam!

Professor BSS

at

professor.bss999@gmail.com

or at

professor_bss99@yahoo.com.au

















Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 263

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 263 - KOMENTAR PROFESSOR # 32

KOMENTAR PROFESSOR # 32

Kepada semua pembaca Blog RBSS, oleh kerana Blog Yahoo 360 akan di tamatkan perkhidmatannya pada 13hb July 2009..maka saya terpaksa menukar server daripada Yahoo kepada Googgle.

Semua Posting #01 - # 262 kini di simpan di boleh di layari melalui
email Profile Blog di alamat berikut:-

professor_bss99@yahoo.com.au

Dan melalui Blog baru di Googgle di dalam Blogger, saya tidak akan MEMINDAHKAN kesemua Posting yang lalu ke dalam halaman Blog yang baharu ini...langkah ini di ambil untuk mengelakkan dari sebarang KEHILANGAN POSTING yang pernah tersiar.

Untuk melayari Blog KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di dalam Blog Blogger yang baharu ini, anda perlu cari...

Blog Blogger melalui Googgle Search: www.blogger.com

Taip perkataan: rbssprof atau

cari Blog: KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI atau

cari melalui nama: Professor BSS

Walaupun perkara pemindahan Blog ini merupakan suatu kesulitan kepada semua, namun ia akan terus membawa HIKMAH kepada semua.

Oleh yang demikian, saya berharap akan dapat t erus menyumbangkan Ilmu Pengetahuan yang di fikirkan perlu melalui Blog RBSS ini.

Semoga anda semua akan mendapat segala KERAHMATAN dan KESEJAHTERAAN daripada Allah swt.....Ameen!!!

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

professor.bss999@gmail.com


Tags: | Edit Tags
Sunday May 31, 2009 - 05:17am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #262

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #262 - FROM OTHER VIEWS...#04

FROM OTHER VIEW...#04

MENCARI KEBENARAN DI DALAM KESAMARAN DI HATI SENDIRI

Persoalan ini sering bermain di benak dan pemikiran ahli-ahli RBSS yang sedang mengorak langkah untuk memulakan PENGAJIAN MEREKA di dalam mencari KEBENARAN yang wujud di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini.

KEMANAKAH PERSOALAN HARUS DI RUJUK?.....

Ini di sebabkan ramai yang merasakan bahawa TIDAK ADA SATU PUN di antara GURU-GURU yang mengajar RAHSIA ini yang dapat menjelaskan dengan TEPAT susur galur INTIPATI dan INTISARI pecahan SEJARAH KEWUJUDAN RAHSIA ini.

Ini di sebabkan, kredibiliti Guru-Guru bagi menjelaskan KEDUDUKAN PECAHAN KESEJARAHAN ILMU ini ada yang boleh di ragukan serta bersumberkan DALIL sejarah yang kurang kukuh di mata pelajar.....TIDAK LENGKAP, TIDAK MENYELURUH, TIDAK SEPADAT yang di keluarkan oleh BLOG RBSS.....walaupun mereka menggelarkan diri mereka sebagai PEWARIS YANG SAH serta UNGGUL KERAHSIAAN RAHSIA NUR BUDI ini....

MANAKALA....

Sumber MAKLUMAT ILMU yang di ketengahkan oleh Professor BSS melalui BLOG RBSS adalah terlalu banyak, tetapi tidak dapat DI SAHIHKAN oleh mana-mana pihak buat masa ini..dan hanya bergantung kepada KEYAKINAN yang berbentuk PERIBADI untuk menerima atau mengakui akan kebenarannya.

Ini adalah kerana Professor BSS itu bergerak secara SOLO dan NON ALIGN atau TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK...serta baharu muncul di Dunia ILMU ini dan kurang dari 2 tahun lamanya....

Oleh yang demikian, persoalan-demi persoalan sering terpantul keluar dari benak masing-masing untuk mencari PERTEMUAN ILMU yang di jumpai di mana-mana itu...Di tambah dengan permasaalahan untuk mencari yang benar-benar SAHIH jika di lihat atau di kaji melalui beberapa pecahan Perguruan yang lain tetapi mengajar RAHSIA yang sama seperti didalam KBS dan GERAK SEJATI.....

BAGAIMANAKAH ANDA AKAN MEMAHAT KEYAKINAN YANG DALAM KEADAAN BERCELARU INI?...

Jika perkara yang sedemikian melanda diri dan pemikiran anda sekarang, apa yang harus anda lakukan adalah seperti berikut:-

Pertama...

Jangan ada atau menimbulkan perasaan SYAK WASANGKA terhadap sesuatu yang belum dapat di pastikan terlebih dahulu.

Seperti Istilah-Istilah Ilmu dan Huraian-Huraian yang di berikan oleh mana-mana pihak yang datangnya dari berlainan GURU atau pun SUMBER.

Buat catitan dan gariskan butir-butir penting yang menjadi PERCANGGAHAN di dalam sesuatu keterangan yang di terima atau yang di dengar bersama keterangan dari mana SUMBER tersebut di dapati.

Kedua...

Lakukan KAJIAN dari peringkat peribadi secara ringkas terhadap apa yang telah di GARISKAN mengenai segala PERCANGGAHAN yang di fikirkan BERCANGGAH itu.

PECAHKAN sesuatu KETERANGAN SUMBER ILMU itu ke beberapa bahagian seperti ianya di dalam KATEGORI hal-hal yang bersangkutan dengan APA:-

  1. NUR ILLAHI KAH
  2. NUR ALLAH KAH
  3. NUR BUDI KAH
  4. NUR MUHAMMAD KAH
  5. HAL ROH KAH
  6. HAL JASAD KAH
  7. HAL ALAM GHAIB KAH
  8. HAL MAHLUK LAIN KAH

Yang penting anda HARUS TAHU untuk MENGASINGKAN PERMASAALAH kepada KATEGORI ILMU nya..

Kerana setiap satu PERSOALAN adalah datangnya dari berlainan SUMBER KEJADIAN ASAL KESEJARAHAN NYA.

Ketiga...

Buat RUJUKAN kepada beberapa KATEGORI MAKLUMAT ILMU seperti melakukan KAJIAN melalui:-

  1. AL QURAN
  2. AL HADITH
  3. KITAB-KITAB ILMU
  4. GURU-GURU YANG TEPAT CABANG ILMU NYA
  5. MEDIA CETAK
  6. MEDIA INTERNET

Setiap DAPATAN JAWAPAN harus di catit SUMBER-SUMBER NYA bagi memastikan dari manakah anda mendapat JAWAPAN.

Keempat...

Setelah anda mendapat JAWAPAN-JAWAPAN yang telah di cari dan yang di ajukan kepada SUMBER-SUMBER yang di tetapkan, MAKA BAHARULAH anda melakukan PERBANDINGAN JAWAPAN terhadap PERSOALAN yang menjadi KEKELIRUAN tersebut.

Lakukan PENELITIAN menurut SUMBER-SUMBER yang lain jika di fikirkan PERLU...

Kelima...

Setelah segala KEPASTIAN TELAH DI DAPATI...maka dengan JAWAPAN YANG MUTLAK tersebut, anda kini boleh MENETAPKAN sesuatu itu boleh di YAKINI atau pun TIDAK...

Akan tetapi....

Jangan sesekali melakukan SYAK WASANGKAN YANG BEGITU BURUK terhadap mana-mana pihak yang BUKAN SEALIRAN ILMU dengan diri anda, kerana perbuatan atau sifat yang sebegini BUKAN suatu sifat yang BETUL atau yang BERHEMAH.

Kerana...

Anda HARUS YAKIN bahawa SETIAP ORANG itu akan DI KURNIAKAN dengan BERLAINAN ILMU PENGETAHUAN oleh Allah swt.....(ingat kisah nabi Khidir dgn Nabi Musa)

JIKA SEMUA USAHA ITU TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG MEMUASKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN YANG PASTI....APA YANG PERLU LAGI ANDA LAKUKAN???....

Jawapannya....

KEMBALI LAH KEPADA DIRI ANDA SENDIRI dan CARILAH JAWAPAN NYA DARI DALAM DIRI DENGAN KEMBALI KEPADA TUHAN YANG PALING KEKAL......

DI SITU Anda akan menemui JAWAPAN yang ORANG LAIN tidak akan dapat memberikan anda JAWAPAN NYA.

Perbanyakkan KOMUNIKASI DENGAN TUHAN YANG MAHA ESA melalui BANYAK KAEDAH yang SEDIA WUJUD.

  • Dalam Sujud
  • Dalam Rukuk
  • Dalam Sholat
  • Dalam Zikir
  • Dalam Berjurus
  • Dalam Isi Pokok Badan
  • Dalam Diam
  • Dalam Jaga
  • Dalam Tidur
  • Dalam Senang
  • Dalam Susah
  • Dalam Kaya
  • Dalam Miskin

YANG PENTING.....KITA HARUS BERKOMUNIKASI DENGAN TUHAN YANG ESA DALAM SEMUA HAL....PADA SETIAP MASA.

Cuba bawa fikiran anda ke tempat itu....

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

PERHATIAN:-

KURSUS KEFAHAMAN yang akan berlangsung pada 13/14hb JUNE 2009 di Negeri Selangor ini ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA.

BUKAN HANYA untuk Ahli-Ahli Persatuan dari 3M sahaja, malah sejauh ini penerimaan dari Anggota KBS, Gerak Sejati, Orang Awam dan Pertubuhan Bebas telah pun di terima dan di sahkan.

Sila hantar RESUME anda sekarang sebelum ianya DI TUTUP.

Hantar ke: rbss_prof_blog@rocketmail.com

Tags: | Edit Tags
Wednesday May 27, 2009 - 10:31pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #261

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #261 - FROM OTHER VIEWS... #03

FORM OTHER VIEWS...#03

ADAKAH PERUNGKAIAN MENGENAI NUR ILLAHI dan NUR BUDI ITU SUATU KEFAHAMAN YANG BAHARU.

Kini saya ingin membawa pemikiran anda semua untuk melihat dari sudut yang lain mengenai TAJUK SOALAN posting pada kali ini...yakni

" Adakah perungkaian mengenai NUR ILLAHI dan NUR BUDI ini merupakan suati Kefahaman yang baharu? "

JAWAPAN

Sebenarnya TIDAK....Perungkaiannya memungkinkan di di lihat sebagai BAHARU kerana di di rungkai BUKAN OLEH PARA ULAMA atau CENDIKIAWAN ISLAM yang tersohor atau pun ternama, dan tidak pula di umumkan oleh sesuatu MAHZAB yang telah memiliki nama yang gagah di dalam DUNIA ISLAM hari ini.

Tetapi ianya di rungkai oleh seseorang melalui KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SEJATI iaitu suatu cabang ILMU KETUHANAN yang tidak begitu menonjol atau di kenali ramai serta memiliki reputasi yang kurang baik di mata Masyarakat ISLAM itu sendiri.

MENGAPA ITU BERLAKU?

Ia berlaku kerana SUSUR GALUR PENCIPTAAN Mahluk Manusia yang memiliki dua (2) elemen penting seperti:-

  1. ROH
  2. JASAD

Dengan sendirinya menuju kepada ASAL USUL nya sendiri tanpa perlu di pertikaikan dengan bersusah payah melalui segala URUTAN ILMU TAUHID yang menggariskan kewujudan AQIDAH terhadap TUHAN YANG PALING KEKAL.

APAKAH RUNGKAIAN INI BENAR?

KEBENARAN nya bukan rekaan Professor BSS itu sendiri bagi mewujudkan suatu kefahaman yang baharu TETAPI segala SUSUR GALUR PECAHAN KEJADIAN NUR BUDI itu sememangnya TELAH WUJUD di dalam dan di terangkan dengan jelas di dalam AL QURAN dan serta di dalam Keilmuan TAUHID / USULUDDIN itu sendiri.

Hanya CARA dan MASA dan ZAMAN dan SIAPA yang membawa perkara ini di ketengahkan kepada pihak UMUM yang menjadi TANDA TANYA.

ADAKAH RUNGKAIAN NUR BUDI INI MENGABURKAN NUR MUHAMMAD?

Jawapannya juga TIDAK...Kerana segala huraian mengenai ketetapan keujudan NUR MUHAMMAD itu sebagai ALAT UTAMA untuk menjadikan sekelian MAHLUK ALLAH adalah TIDAK TERUSIK sama sekali.

Malah kedudukan PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD itu tetap KUKUH dengan perungkaian NUR BUDI.

APAKAH YANG MENJADIKAN PERUNGKAIAN NUR BUDI ITU DI ANDAIKAN SAMAR?

Ia lebih cenderung kepada PENAMAAN keatas NUR tersebut yang di namakan sebagai NUR BUDI.

Dimana ianya di lihat sebagai TIDAK MEMILIKI sebutan atau nama yang berbau BAHASA ARAB atau BAHASA AL QURAN.

Kerana ramai beranggapan bahawa perkataan BUDI itu berasal dari Agama BUDDHA dan mengaitkannya dengan Agama tersebut.

Sedangkan perkataan BUDI itu sendiri adalah singkatan dari Bahasa Arab dari perkataan UBUDIYATI yang membawa maksud:-

"Memperhambakan diri kepada TUHAN YANG PALING KEKAL"......

Dimana jika di singkap ASAL USUL KEJADIAN NUR BUDI ini adalah berdasarkan kejadian NUR ILLAHI itu sendiri ( rujuk posting sebelumnya)

Maka dengan itu timbullah perkataan NUR BUDI bagi MEYAKINKAN AQIDAH kita bahawa ia merupakan suatu NUR yang datangnya dari NUR ILLAHI dan bukannya dari NUR MUHAMMAD.

Oleh kerana kebanyakkan pembelajaran ILMU TAUHID berlotengkan atau bersilingkan NUR MUHAMMAD sebagai ILMU yang PALING ATAS, maka kedudukan NUR BUDI ini tidak di sentuh langsung oleh para ULAMA ISLAM.

Sedangkan segala INTIPATI ILMU MERASAI KEWUJUDAN TUHAN yang di kenali sebagai ILMU TASSAWUF yang di pelopori oleh Kaum SUFI itu sendiri adalah datangnya dari AJARAN dari NABI MUHAMMAD SAW semasa hayat Baginda lagi.

Dimana..melalui cabang ILMU ini telah di terangkan dengan jelas di mana KEDUDUKAN NUR ILLAHI dan NUR-NUR yang wujud yang telah di wujudkan oleh Allah swt.

MENGAPA SUKAR DI TERIMA OLEH KEBANYAKAN ORANG?

Ini disebabkan...

Untuk MERASAI kewujudan NUR BUDI dan untuk MENERIMA HAKIKAT nya bahawa ia sebenar-benarnya WUJUD di dalam ROH KITA...Kita harus terlebih dahulu MERASAI KE-NUR BUDI-AN itu terlebih dahulu dan baharu belajar mengetahui KEDUDUKAN ASAL USUL NUR ini dari DALAM NUR ITU SENDIRI...

Jika kita hanya meninjau dan mempelajarinya dari LUAR NUR BUDI itu sendiri, maka PERASAAN untuk MERASAI KEBENARAN itu akan berada JAUH dari LANDASAN RASA yang di miliki oleh JIWA kita.

Ini sesuai dengan Firman-Firman Allah swt yang bermaksud:-

"Aku memberi Ilmu Pengetahuan ku kepada orang-orang yang aku kehendaki"......

MENGAPA PROFESSOR BSS YANG MENGENENGAHKAN KEFAHAMAN NUR BUDI INI?

Ini adalah di sebabkan oleh TERAS ASAL USUL yang mewujudkan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu sendiri yang BERTERASKAN NUR BUDI ini..

Oleh yang demikian, ianya HARUS di tumpukan ke arah tersebut untuk menunjukkan bahawa segala apa yang di amalkan melalui KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini BUKANLAH suatu REKAAN MANUSIA BIASA seperti yang berlaku keatas Ilmu-Ilmu Kebathinan yang lain.

Perungkaian ini juga di fikir SANGAT PERLU kerana semenjak ianya di perkenalkan dan di popularkan dari Tahun 1958 oleh Allahyarham Bapak Hj Hashim bin Hj Mohd Shariff, ramai yang tidak dapat untuk MENGHURAIKAN kedudukan NUR BUDI ini secara bersitematik kerana unsur-unsur sejarah dan latar belakang pada waktu-waktu itu tidak cenderung kepada perungkaian ILMU...

Tetapi menitikberatkan kepada hal-hal pengaplikasian yang sangat genting untuk dilakukan di sebabkan oleh kegawatan keselamatan diri dan keluarga yang terancam dengan pelbagai ancaman.

Oleh yang demikian pemfokusan untuk menerangkan kepada umum kedudukan keilmuan ini bukan perkara yang terpenting untuk di lakukan...hanya kepada individu-individu yang benar-benar mengkaji nya sahaja, Kerahsiaan yang sebenarnya terungkai!...

MENGAPA KEBENARAN ASAL USUL NUR BUDI INI DI RAHSIAKAN?

Dari zaman berzaman....permasaalahan mengenai AQIDAH yang melibatkatkan ILMU TAUHID / USULUDDIN telah bermula selepas Nabi Muhammad saw itu wafat...

Kerana itulah selepas 150 tahun kemudian, wujudnya MAHZAB yang pertama di dalam ISLAM yang di kenali sebagai MAHZAB SALAFI yang datangnya dari keluaga SALAF.

Ini berlaku kerana KEFAHAMAN MENGENAI CARA MENGENAL TUHAN itu ada pelbagai sudut dan versi.

Sehingga 350 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, maka wujudlah pula FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH yang kekal sehingga ke hari ini.

Di mana...walau pun banyaknya pecahan ALIRAN atau KEFAHAMAN yang di sebut sebagai MAHZAB itu, tidak satu pun yang MENITIK BERATKAN atau MEMFOKUSKAN persoalan yang menyentuh Zat ILLAHI yang berteraskan NUR ILLAHI...apakan lagi untuk menyentuh perihal NUR BUDI...

Kerana kesemua MAHZAB yang wujud hingga ke hari ini adalah BERKISAR kepada ILMU TAUHID / USULUDDIN yakni CARA-CARA UNTUK MENGENAL ALLAH.

Hanya golongan TASSAWUF yang mempelopori bidang atau cabang ILMU MERASAI ILLAHI ini...tetapi di ketepikan oleh golongan TAUHID dan FEQAH atas sebab-sebab KEFAHAMAN yang berlainan SUDUT.

Justru itu...perungkaian ILMU seperti ini terus menerus menjadi TERPENCIL dan di PINGGIRKAN dari arus PEMBELAJARAN ISLAM itu sendiri.

Cuba bawa fikiran anda ke situ....

Wassallam!

Professor BS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

PENDAFTRAN UNTUK MENGHADIRI KURSUS KEFAHAMAN MASIH BELUM DI TUTUP

Jika berminat, sila hantar RESUME anda kepada alamat email yang berikut

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Daftar segera sebelum terlambat.

Tags: | Edit Tags
Monday May 25, 2009 - 04:07pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #260

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #260 - FROM OTHER VIEWS..#02

FROM OTHER VIEWS...#02

MENGAPA SEGALA KEFAHAMAN HARUS DI MULAKAN DARI "TITIK PERMULAAN" TUHAN ITU MENJADIKAN DIRI NYA SENDIRI.

Tajuk ini adalah bersangkutan dengan Post #259 yang menghuraikan permasaalahan untuk "Melihat" dari sudut atau perspective yang mana bagi mengetahui KERAHSIAAN NUR BUDI itu wujud.

Melalui Post #259...saya mangatakan ianya harus di mulakan daripada "TITIK" atau permulaan perkataan:-

TIADA LAIN TUHAN SELAIN ALLAH

Jika kita mejejaki dari "TITIK PERMULAAN" tersebut, yakni dimana pada ketika itu maseh belum ada "APA-APA" lagi yang WUJUD kecuali DIRI TUHAN itu sendiri yang telah MENCIPTA KEWUJUDAN DIRINYA SENDIRI...

Apa yang harus kita jelajahi maksud yang tersirat dari KEJADIAN itu ialah pada WAKTU itu maseh belum di wujudkan lagi apa yang di namakan apa itu:-

1. NUR ALLAH

2. NUR BUDI

3. NUR MUHAMMAD

4. PARA MAHLUK

5. SEGALA CIPTAAN

Maseh belum lagi wujud perkataan ISLAM dan segala yang terkandung di dalam AL QURAN...

Bermula dari KEJADIAN DIRI NYA maka TUHAN yang dinamakan sebagai ILLAHI itu mula melakukan pelbagai CIPTAAN-CIPTAAN NYA berdasarkan APA YAN GTELAH DI TETAPKAN OLEH NYA TERLEBIH DAHULU...

Maka DI CIPTAKAN lah oleh NYA suatu NUR yang sangat DI CINTAI OLEH NYA iaitu NUR MUHAMMAD sebagai BAHAN untuk menciptakan Mahluk-Mahluk yang lainnya.

Bermula dari TITIK PERMULAAN itulah wujudnya segala yang ada pada hari ini dan akan berlangsungan hingga kepada HARI YANG BERKEKALAN.

Dari WAKTU TUHAN itu MENCIPTAKAN NUR MUHAMMAD sehingga TUHAN itu MENCIPTAKAN MANUSIA yang di namakan sebagai ADAM...Maseh belum DI UTAMAKAN ap itu yang di kenali sebagai ISLAM atau AL QURAN.

Kerana di dalam WAKTU-WAKTU tersebut, segalanya maseh di dalam TAHAP PEMBIKINAN atau PENCIPTAAN...Walaupun di dalam WAKTU tersebut TUHAN telah MENCIPTAKAN para Mahluk lain yang terdiri dari MAHLUK MALAIKAT, IBLIS dan JIN...termasuk telah mewujudkan ALAM MAYA ini yang di penuhi oleh pelbagai CEKRAWALA atau PLANET atau BINTANG.

Kerana...MAHLUK MANUSIA itulah PENCIPTAAN yang AKHIR untuk di wujudkan sebagai KHALIFAH atau PENERAJU di atas MUKA BUMI ini...

Oleh kerana MARTABAT atau KERAMAH Mahluk Manusia itu sangat TINGGI DI SISI NYA, maka Mahluk Manusia ini tersangat UNIK dan ISTIMEWA bahan-bahan untuk MENCIPTAKAN bagi MEWUJUDKAN nya seperti UNSUR atau ELEMEN:-

1. TANAH

2. AIR

3. ANGIN

4. API

Hanya untuk MEMBENTUK KEJASADAN LEMBAGA yang di namakan sebagai MANUSIA, di mana segala UNSUR atau ELEMEN ini memiliki segala KEKUATAN ZAT & SIFAT ALLAH SWT itu sendiri, di mana melalui penciptaan Para Mahluk yang lain TIDAK DI BERI segala KEISTIMEWAAN seperti ini.

Untuk menambah KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN MAHLUK MANUSIA, Allah swt telah MENCIPTAKAN ROH bagi setiap Mahluk Manusia di mana ROH ini pula yang di CIPTAKAN melalui NUR MUHAMMAD telah di kurniakan dengan sebahagian dari NUR ILLAHI itu sendiri yang di beri nama NUR BUDI...

NUR BUDI seperti yang saya jelaskan melalui posting yang terdahulu adalah dari perkataan "UBUDIYATI" yang membawa maksud:-

MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA TUHAN YANG PALING KEKAL

Di mana NUR BUDI ini telah DI UBAH peranan atau ASAL USUL nya yang datangnya dari NUR ILLAHI yang menjadi TUHAN YANG ESA kepada SIFAT MAHLUK supaya dapat di kurniakan dan di letakkan pada ROH para Mahluk Manusia.

Apabila segala Proses ini selesai, maka jadilah MAHLUK MANUSIA itu sebagai seorang MAHLUK yang sangat UNIK & ISTIMEWA yang di sebabkan oleh gabungan:-

Pada JASAD memiliki segala kekuatan ZAT & SIFAT dan NUR MUHAMMAD dalam Unsur atau Elemen:-

1. TANAH

2. AIR

3. ANGIN

4. API

Pada ROH memiliki segala kekuatan yang di miliki oleh ILLAHI itu sendiri melalui NUR BUDI yang telah di tukarkan SIFAT kepada jenis MAHLUK.

Kombinasi penciptaan MAHLUK MANUSIA ini sangat KUKUH sehingga ia di NOBATKAN sebagai PENCIPTAAN yang paling UNGGUL yang pernah di ciptakan oleh ILLAHI.

Maka...setelah Mahluk Manusia itu yang bermula dari ADAM dan HAWA itu di PINDAHKAN keatas Muka Bumi ini...baharulah dengan sedikit demi sedikit segala:-

1. TUNJUK AJAR

2. PERATURAN

3. HUKUM

4. UNDANG-UNDANG

5. PERADAPAN

Di perturunkan melalui Ketua-Ketua yang di lantik oleh Allah swt itu sendiri sehingga bilangan Mahluk Manusia itu MEMBIAK dengan ramainya...

Apabila Mahluk Manusia itu membiak dengan ramai, maka telah wujud pelbagai kemahuan atau kehendak mereka di dalam sesuatu ZAMAN itu sendiri.....Maka Allah swt melalui Para Nabi dan Rasul Nya memberikan sedikit demi sedikit ILMU PENGETAHUAN untuk Manusia agar jangan sampai MENDURHAKAI siapa yang MENCIPTA MEREKA.

Ini berlanjutan sehingga ke zaman Nabi Muhammad saw, di mana melalui Nabi Muhammad saw itu Allah swt telah MEWAJIBKAN suatu PERTUNJUK...PERATURAN...UNDANG-UNDANG...dan ADAP bagi golongan Manusia di AKHIR ZAMAN ini...

Melalui Nabi Muhammad saw itu lah di KURNIAKAN AL QURAN sebagai PERTUNJUK yang HAKIKI terhadap apa juga yang berlaku di masa-masa lalu, hari ini dan hari esok....

Di mana AL QURAN itu sebagai BUKU SEJARAH yang MENERANGKAN dengan JELAS apa yang telah di lakukan oleh ILLAHI sehingga lah kepada HARI YANG PALING KEKAL kelak.

APA YANG BOLEH KITA FAHAMI.....

Maksud dari keseluruhan cerita ini adalah berkisar kepada:-

1. BAGAIMANA TUHAN ITU WUJUD

2. APA YANG TUHAN WUJUDKAN

3. KEPADA SIAPA TUHAN TUJUKAN

Jadi...Kita sebagai MAHLUK MANUSIA itu harus MEMAHAMI nya dengan jelas dan teliti segala SEJARAH dan ASAL USUL ini supaya kita akan lebih:-

1. Faham Siapa yang MENCIPTA KITA

2. Faham Kenapa Kita DI CIPTAKAN

3. Untuk Apa kita DI WUJUDKAN

Dan...Kita juga harus TAHU dan HARUS FAHAM bila dan kenapa AL QURAN itu:-

· DI TURUNKAN

· DI WUJUDKAN

Dan segala-gala nya TERKANDUNG DI DALAM AL QURAN yang merupakan PERTUNJUK itu pula di namakan sebagai ISLAM.....

PERSOALAN....

1. Adakah melalui jalan ISLAM itu, Mahluk Manusia di ajar supaya MENENTANG dan MEMBELAKANGKAN NUR ILLAHI dalam SIFAT NUR BUDI???

2. Adakah melalui jalan ISLAM itu, Mahluk Manusia di ajar supaya BERKIBLATKAN kepada NUR MUHAMMAD sahaja???

3. Adakah melalui jalan ISLAM itu, mahluk Manusia di ajar supaya TAKSUB KEPADA MAHZAB dan GURU-GURU sahaja???

ATAU....

1. Melalui jalan ISLAM, Mahluk Manusia itu di ajar supaya MENINGGALKAN NUR BUDI yang menjadi kurnia AGUNG NYA dan berpaling hanya kepada SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT yang hanya berada di dalam PENCIPTAAN NYA di dalam NUR MUHAMMAD itu sahaja...Di mana FAHAMAN ini sangat banyak di guna-pakai oleh ramai golongan Mahluk Manusia.

Cuba perhatikan di sini....

Apabila ALAM MAYA ini telah DI HANCURKAN atau DI TIADAKAN oleh Allah swt, dan kemudian ianya di WUJUDKAN SEMULA...

Bagaimanakah MALAIKAT ISRAFIL yang di perintahkan oleh ALLLAH SWT untuk memanggil ROH Nabi Muhammad saw dan semua ROH-ROH para MANUSIA dari sekeping TANAH YANG RATA itu????....( sila rujuk pada shirahnya - para Ulama tahu akan hal ini )

Di dalam kekalutan Malaikat Israfil itu, Allah swt telah memberitahu kepada malaikat Israfil AGAR MEMANGGIL ROH NABI MUHAMMAD dan para ROH-ROH yang lain dengan MEMANGGIL NUR BUDI YANG ADA PADA SETIAP ROH MANUSIA.

KERANA APA???

Ia akan berbalik kepada SEJARAH ASAL USUL PENCIPTAAN NUR BUDI itu yang di jadikan dari SEBAHAGIAN DARI NUR ILLAHI milik TUHAN YANG ESA dan yang telah DIRUBAH SIFAT NYA DARIPADA SIFAT KHALIK kepada SIFAT MAHLUK!!!...

Anda bawalah berfikir dari sudut yang lebih luas.....

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Untuk mendaftar bagi mengikuti KURSUS KEFAHAMAN pada

13 hb dan 14 hb June 2009 di Rawang Selangor.

Sila hantar RESUME seperti yang di kehendaki kepada

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Tags: | Edit Tags
Saturday May 23, 2009 - 04:35am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 2 Comments

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #259

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #259 - FROM OTHER VIEWS #01

FROM OTHER VIEWS...#01

MEMAHAMKAN RBSS DARI DUA SUDUT YANG BERBEZA

Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa SEKMEN kali ini telah di tukar Tajuknya kepada FROM OTHER VIEWS atau DARI SUDUT YANG LAIN.....

Untuk memperkatakan perkara-perkara yang selalu kita alami atau yang sering kita lakukan tetapi di lihat melalui berlainan SUDUT PANDANGAN....Ini sejajar di dalam Konsep pembelajaran yang khusus kepada KEFAHAMAN MENGENAI RBSS.

Yang menjadi Tajuk pada kali ini ialah...

MEMAHAMKAN RBSS DARI DUA SUDUT YANG BERBEZA....

Sebenarnya ada wujud Dua (2) Sudut untuk MEMAHAMKAN RBSS ini...

  1. Dari Sudut kacamata ISLAM
  2. Dari Sudut kacamata BUKAN ISLAM

Dari Kacamata Islam...

Yang di maksudkan dengan DARI SUDUT KACAMATA ISLAM itu adalah berdasarkan KEFAHAMAN anda yan gtelah TERSEMAI segala bibit-bibit keilmuan dalam ISLAM yang telah tumbuh begitu kuat di dalam keyakinan dan di sanubari anda.

Sehingga...Anda mempelajari keilmuan RBSS dari Sudut Pandangan Islam untuk mencari kebenaran-kebenaran yang telah terhimpun di dalam Islam itu sendiri seperti melalui Al Quran dan Hadith....

Setiap apa yang wujud di dalam keilmuan RBSS ini, anda akan berusaha untuk mencari di mana DALIL DALIL dari Al Quran atau Hadith yang MEMBENARKAN apa yang tersirat atau yang tersurat di dalam RBSS.

Dari Kacamata Bukan Islam...

Bukan bermaksud dari Sudut Pandangan Agama-Agama yang lain seperti Agama Kristian, Yahudi, Buddha, Tao, Sikh, Hindu dan yang sebagainya itu.....

Tetapi dari Sudut Kacamata orang-orang Islam yang kurang atau yang tiada ASAS KEISLAMANnya....

Dimana, melalui Sudut Kacamata orang-orang yang sedemikian...cara mereka memahamkan keilmuan RBSS ini tidak seperti yang di lakukan oleh orang-orang yang kukuh sendi Agamanya...

Mereka akan lebih cenderung mengikuti segala apa yang wujud di dalam pembelajaran RBSS ini hanya berdasarkan HUKUM AKAL yang termampu di fikir oleh mereka sahaja.

Tetapi....yang anehnya

Orang-orang yang datangnya dari golongan inilah yang sangat mudah untuk MEMAHAMKAN keilmuan yang wujud di dalam RBSS kerana:-

  • Mereka tidak ada suatu Dalil dari Al Quran yang mereka tahu.
  • Mereka tidak ada suatu Haduth yang mereka tahu.
  • Mereka tidak tertakluk kepada sebarang Hukum Syarak.
  • Mereka tidak terbelengu dengan sesuatu Agama.

Ini juga di sebabkan oleh KONSEP Kewujudan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI itu yang tidak tertakluk kepada UNDANG-UNDANG DUNIA.

Tetapi MEMILIKI segala PERUNDANGAN YANG SANGAT RAPI yang di teraskan melalui KETENTUAN yang di TETAPKAN oleh ILLAHI.

PERSOALAN NYA...

Apakah jalan yang terbaik untuk kita bagi MEMAHAMI KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI ini???...

Soalan...

Adakah dengan CARA / KAEDAH mempelajari RBSS dengan MEMBAWA ia masuk ke dalam ISLAM di mana kita MAHIR di situ???....( di rujuk sebagai contoh A ).....Atau

Adakah dengan CARA / KAEDAH mempelajari RBSS dengan MEMBAWA apa yang di katakan ISLAM itu ke dalam RBSS???....( di rujuk sebagai contoh B ).....Atau

Dengan cara orang-orang BUKAN ISLAM (seperti yang di rujuk) melakukan PEMAHAMAN nya???.....( di rujuk sebagai contoh C )....

Kita cuba renungi IMLPIKASI nya terlebih dahulu...

Dari Contoh A...

Jika Cara / Kaedah ini di lakukan, maka proses untuk MEMAHAMKAN RBSS ini akan mengambil masa yang sangat panjang sebelum anda menemui jawapan-jawapan yang anda kehendaki melalui Dalil-Dalil yang di cari melalui Al Quran dan Hadith...

Kerana...anda akan mengambil masa yang begitu panjang hanya untuk mencari SEBUTIR KEFAHAMAN...

Dan..Cara / Kaedah ini juga akan bergantung sehebat mana KEPANDAIAN atau PENGETAHUAN anda mengenai ISLAM itu sendiri.

Jika anda dari golongan Islam yang sederhana, maka anda perlu merujuk apa yang ingin anda ketahui itu kepada orang-orang yang lebih dalam atau yang lebih berpengetahuan mengenai Islam...Lantas proses ini akan memanjangkan jangkamasa untuk anda faham.

Ini belum lagi risiko yang perlu anda hadapi dari jawapan orang-orang yang anda temui...kerana mereka itu sendiri bukan orang yang mahir DI DALAM KEILMUAN RBSS ini pula.

Dan hasilnya boleh berkesudahan dengan menimbulkan banyak lagi PERCANGGAHAN PENDAPAT dan menjauhkan lagi diri anda dari menemui KEFAHAMAN yang sebenar...

Ini sering berlaku di mana-mana dari zaman dahulu sehingga lah ke zaman ini...........

Dari Contoh B...

Iaitu membawa KEFAHAMAN ISLAM ke dalam RBSS...

Ini juga akan mengundang pelbagai RISIKO KESALAHFAHAMAN atau TAFSIRAN untuk di guna-pakai sebagai KEFAHAMAN kerana ia akan banyak bergantung nasib kepada sehebat mana PEMAHAMAN anda mengenai Islam dan juga RBSS...

Jika kedua-dua nya dari jenis yang "HALF PAST SIX" atau saya suka Istilahkan sebagai "Telur Setengah Masak"....maka KEFAHAMAN yang anda cari itu akan menemui jalan BUNTU dan berkemungkinan anda akan di landa dengan KEFAHAMAN YANG BERKECAMUK!!!....

Dari Contoh C pula...

Yakni dari Sudut Kacamata Bukan ISLAM yang Hakiki....yang hanya menggunakan HUKUM AKAL...

Jalan ini juga akan menemukan anda dengan pelbagai Risikp PERTENTANGAN PENDAPAT dengan orang-orang yang asalnya dari golongan yang KUAT ISLAM...

JADI....

Apakah Cara / Kaedah yang TERBAIK untuk MEMAHAMKAN segala yang tersirat dan yang tersurat di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini???......

JAWAPAN NYA....

Melalui KONSEP ILMU KETUHANAN yang belum lagi di namakan sebagai ISLAM tetapi hanya di kenali sebagai:-

  • TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Yakni..

Yang berunsurkan KEJADIAN TUHAN YANG MAHA ESA itu TERJADI seperti yang tersirat di dalam Surah AL IKHLAAS....

Kemudian...bawa URUTAN segala JENIS PENCIPTAAN NYA ke bawah sehingga kepada bagaimana WUJUD NYA:-

  1. NUR ALLAH
  2. NUR BUDI
  3. NUR MUHAMMAD

Dan segala apa yang di CIPTAKAN OLEH ALLAH SWT sehingga lah kepada PENURUNAN AL QURAN sebagai PERTUNJUK / PANDUAN kepada AGAMA yang di namakan sebagai ISLAM itu sendiri...

Cara / Kaedah seperti ini juga di sifatkan sebagai:-

"MELIHAT SESUATU DARI SUDUT PANDANGAN TUHAN YANG MAHA ESA"

Dimana...jika Konsep PENERANGAN ini di jadikan sebagai suatu WADAH di dalam SISTEM PENGAJARAN RBSS....Niscaya segala KERAGUAN yang wujud dan yang di wujudkan oleh PEMIKIRAN MANUSIA itu dapat di elakkan.

Dan PERKEMBANGAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang berteraskan NUR BUDI itu dapat di sebarkan dengan meluas tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan yang di wujudkan oleh MINDA MANUSIA itu sendiri.

Sebenarnya SISTEM untuk mempelajari RBSS itu sangat mudah dan semudah KONSEP pembelajaran A..B..C... atau 1..2..3

Kerana SETIAP yang HUJUNG akan ada PANGKAL nya dan setiap PANGKAL harus ada PENGHUJUNG nya pula...

Buka lah Minda anda dari sudut yang lain....

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au


************************************************************************************

PERHATIAN

PENDAFTARAN KURSUS KEFAHAMAN AKAN DI TUTUP PADA 28 HB MAY 2009

Kepada yang maseh berminat, jangan berlengah untuk mendaftar kerana tempat yang di sediakan adalah TERHAD.

Serta Kursus Kefahaman ini mungkin yang Pertama dan yang Terakhir di adakan oleh Professor BSS.

Dimana Konsep Kursus Kefahaman ini setaraf untuk menjadi seorang Guru Pendidik RBSS...

Dimana untuk masa-masa yang akan datang, (jika ingin di lakukan) bentuk Kursus akan di ubah kepada beberapa Module pula.

Sekian.

Professor BSS

rbss_prof_blog@rocketmail.com

Alamat email untuk membuat pendaftaran.

*************************************************************************************

Tags: | Edit Tags
Thursday May 21, 2009 - 12:55pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #258

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #258 - KOMENTAR PROFESSOR #31

KOMENTAR PROFESSOR #31

EMAIL MENGENAI MARTABAT "BSS"...DARI PEMBACA

Saya mengambil contoh persoalan yang di hantar melalui email ini untuk di siarkan melalui Blog RBSS ini untuk di jadikan sebagai panduan kepada semua golongan, samaada yang memiliki persoalan yang sama atau pun yang sebaliknya.

Kerana bagi saya perkara ini amat penting untuk di renungi bersama, dan di bawah ini adalah salinan sepenuhnya email tersebut:-

*****************************************************************************************************

Mohon Bantuan BSSTuesday, 19 May, 2009 4:55:48 PM
To:professor_bss99@yahoo.com.au
Assalamualikum,
Mohon bantuan berkaitan BSS
1. Ilmu Gerak. apakah yg 'menggerakkan' ketika kita mohon Gerak? adakah Prof. yakin dengan jawapan Prof.? apakah yg menyakinkn Prof. dengan jawapan tersebut? dan sekiranya jawapan yg saya ada adalah bertentangkan dengan jawapan Prof. adakan Prof. sudi mendengar dengan ilmiah & hemah?
2. Ilmu Pitong. "Ya Ikok Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Hiring Putih" siapakah "mereka" sebenarnya? "Ka Dulur Batin Ka Anak Batin....." ayat tersebut reflect ke "Ratu²" tersebut? kenapa bergitu?
3. Ilmu Pitong. "Tu Hassan" apakah maksud perkataan tersebut? atau tiada maksud?
4. Peringkat Ke-3. Di minta supaya baring dan di selimut dengan kain putih. kenapa? apa yg "Guru" lakukan ketika itu? Rahsia? seorang sahabat pernah "ter"lihat apa yg dilakukan "Guru" ketika itu. Apa tujuannya? kenapa sebergitu? tidakkah menyimpang?
5. Dari manakah (wasilah) BSS ini?
6. Ke manakah wang mahar yg dibayar ketika hendak menerima BSS?
Persoalan diatas adalah kemuskilan yang sepatutnya ada penjelasan untuk mempertahankan mertabat Persatuan BSS. Saya menunggu balasan dari Prof.
*********************************************************************************************************************
JAWAPAN KEPADA PENANYA SOALAN & KEPADA UMUM..........
Jawapan UMUM daripada saya mengenai KESEMUA PERSOALAN YANG DI KEMUKAKAN OLEH PENANYA adalah:-
Kesemua nya TIDAK bersangkutan dengan ILMU yang menjadi TAJUK di dalam BLOG RBSS ini iaitu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI atau RBSS yang BERTERASKAN NUR BUDI.
Akan tetapi....Saya akan memberikan beberapa huraian melalui apa yang di lihat oleh Professor BSS.
Jawapan saya adalah seperti yang berikut:-
JAWAPAN SOALAN NO.1
ILMU GERAK ...Dulu..Kini dan Sekarang telah banyak berlaku PENGUBAHSUAIAN yang di lakukan oleh para Guru-Guru yang menurunkan ILMU GERAK ini kepada anak-anak murid mereka.
Oleh yang demikian, segala apa yang di hurai melalui Blog RBSS dengan apa yang di AMALKAN oleh sebilangan besar pengamal adalah berlainan TERAS ILMU...dan itu bukan juga bermakna saya tidak boleh menerima apa-apa juga kewujudan cabang ilmu ini seperti yang di yakini oleh si penanya.
JAWAPAN SOALAN NO.2 & 3
Ilmu yang di kemukakan oleh si penanya ini adalah pecahan-pecahan atau serpihan dari ILMU LAM JA LALA yang di ubahsuai menurut kepercayaan Budaya, Bangsa dan Adat Istiadat sesuatu Bangsa itu....(telah saya muatkan di posting yang terdahulu)
Kerana....
Melalui Pemahaman dan Apa yang saya di fahami adalah bahawa Keilmuan LAM JA LALA yang sebenar-benarnya adalah:-
  1. Tidak Ada Upacara Isi Pokok Badan
  2. Tidak perlu Mewirid Zikir untuk menguatkannya dalam tempuh tertentu.
  3. Hanya berwirid sekali dalam seumur hidup dengan Zikir yang di tetapkan melalui jumlah yang di tetapkan juga seperti Ilmu Permohonan.(ada penjelasan yg kukuhnya)
  4. Dalam pengaplikasiannya juga, tidak perlu membaca apa-apa Ayat atau Seruan.
  5. Tetapi selagi kita bernyawa ia akan tetap berkuasa dan tidak akan berkurangan kuasanya.

JAWAPAN SOALAN NO.4

Perkara yang di kemukakan oleh si penanya ini sememang TIDAK MENJADI KELAZIMAN di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan TIDAK ADA LANGSUNG di dalam TATATERTIP atau AMALAN RASMI nya.

Besar kemungkinan, Amalan Guru yang di sebutkan itu ADALAH BUKAN dari KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SEJATI dan melalui cerita yang di sampaikan itu menunjukkan bahawa ILMU yang di perturunkan oleh Guru tersebut ADALAH BERLAINAN SEKALI.

JAWAPAN SOALAN NO.5

Oleh kerana kesemua bentuk soalan BUKAN di tujukan kepada Ilmu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan hanya di tuju kepada Keilmuan BSS yang banyak pecahan nya, maka saya tidak dapat menjawap soalan tersebut dari sudut ia di kemukakan.

JAWAPAN SOALAN NO.6

Soalan No.6 ini juga adalah tertakluk kepada SIAPA GURU yang menerima Wang Mahar tersebut....Ini JAWAPAN berbentuk UMUM...

Jika Guru tersebut dari Golongan yang BER-ADA dan BER-HARTA BENDA dan TIDAK BERGANTUNG HIDUP hanya menjadi seorang GURU seperti ini....Maka Wang mahar itu kemungkinan besarnya akan di sedekahkan kepada Badan-Badan yang tertentu.

Tetapi...Jika seseorang Guru itu sememangnya BERGANTUNG HIDUP dengan mencari rezeki hanya menjadi Guru, maka sudah pasti Wang Mahar itu akan menjadi REZEKI mereka....

KEPADA PENANYA YANG BUDIMAN.

BLOG RBSS dan Professor BSS hanya MEMPERKATAKAN Ilmu Ketuhanan yang di katakan sebagai KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI atau RBSS yang berteraskan NUR BUDI.

Oleh yang demikian, akan wujud KETIDAK-SAMAAN dengan apa yang di fahami oleh sebahagian besar golongan yang juga menganggap mengamalkan HAQ yang sama.

Atas sebab dan tujuan yang demikian lah KEWUJUDAN BLOG RBSS ini sangat penting kepada pihak UMUM agar KEJELASAN mengenai ILMU yang berteraskan NUR BUDI ini dapat di kemukakan dengan sejelas yang mungkin.

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

Tags: | Edit Tags
Wednesday May 20, 2009 - 01:05am (PDT)