Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #188

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #188

KOMENTAR PROFESSOR #14

Jika melalui KOMENTAR PROFESSOR #13, saya banyak bercakap mengenai perkara-perkara yang melibatkan TERSALAH TAFSIR DAN TERSALAH TAKRIF dan beberapa penjelasan mengenainya...kali ini pula saya akan membawa anda untuk berfikir secara rasional, mengapa KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini menjadi suatu TOPIK yang sangat hangat di perkatakan dan mendapat perhatian yang sangat luas di sana sini, sehingga ramai pihak membuat pelbagai andaian menurut sudut yang mereka duduki.

Ini adalah kerana KERAHSIAAN RAHSIA BUDI itu telah sekian lama menjadi RAHSIA dan di takuti oleh sesiapa juga yang mengetahuinya untuk di ketengahkan sebagai CABANG ILMU YANG NYATA...Sebabnya mereka TIDAK SANGGUP untuk menerangkan kerana terlalu banyak cabaran yang menanti mereka kelak dari golongan-golongan yang akan mempertikaikan dari banyak sudut...tambahan lagi, ketiadaan dokumentasi kajian dari orang-orang yang terdahulu mengenai keilmuan ini yang dapat di jadikan sebagai garis panduan untuk generasi yang akan datang...

APA SEBABNYA

Perkara ini terjadi kerana

· Ramai yang kurang arif mengenai keilmuan rbss

· Ramai yang kurang maklumat-maklumat yang di perlukan

· Ramai yang arif mengenai rbss tetapi tidak arif agama

· Ramai yang arif agama tetapi tidak arif rbss

Juga kerana

· Yang arif rbss tidak mahu bertelagah dengan yang arif Agama, memandangkan kesukaran untuk mencari PERTEMUAN ILMU.....


PERTEMUAN ILMU

Bagaimana untuk mempertemukan PERTEMUAN ILMU diantara Cendiakawan ISLAM dengan Cendiakawan RBSS?, jika usaha-usaha permulaannya tidak pernah di lakukan secara telus atau terang-terangan?...

CUBA ANDA FIKIRKAN

Di dalam setiap "Dewan" (merujuk kata mereka) atau sesuatu tempat yang mengajar RBSS melalui tiga PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI yang berdaftar di MALAYSIA, semestinya akan ada SE-ORANG YANG PAKAR atau AHLI AGAMA yang bergelar USTAZ!!!...

Apa yang di lakukan oleh "Ustaz-Ustaz" ini sebagai sumbangan kepada perkembangan keilmuan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini???....Hanya jadi TUKANG BACA DOA?!....jadi, kenapa tidak di manfaatkan kedua-dua cabang ILMU yang sedia ada itu ke arah mewujudkan PERTEMUAN ILMU????........

SOALANNYA

SIAPA YANG HARUS MEMULAINYA???.....Pihak Guru kah? atau Ustaz-Ustaz tersebut??? atau ahli-ahli yang lain yang berada di tengah-tengah???.

INI ADALAH KERANA....dengan tersiarnya KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI melalui Blog RBSS ini, ramai yang tersentak dan merasa tercabar serta tercari-cari sumber-sumber yang dapat di jadikan ukuran samaada apa yang di perkatakan melalui Blog rbss ini boleh di terima pakai atau pun tidak!!!

Tetapi malangnya tidak ada sumber-sumber yang sedemikian buat masa ini, melainkan melalui simpanan peribadi atau hak sesebuah keluarga yang menyimpan catatan keilmuan ini dari keluarga-keluarga yang terdahulu...

Begitu juga halnya dengan mana-mana PERTUBUHAN ISLAM yang cuba menilai dan meneliti KEILMUAN ini seperti mana yang saya ketengahkan, tetapi mereka merasa ragu-ragu di sebabkan tidak menemui apa-apa ajaran yang boleh merosakkan AQIDAH seseorang pembacanya atau yang BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM!

Jadi...yang mudah adalah mencari KONFLIK dari segi PERBUATAN dan di kaitkan dengan AQIDAH KE-ISLAMAN!!!

Saya tidak menyalahkan sesiapa yang telah mengikuti keilmuan ini menerusi penulisan demi penulisan yang merungkai dan menghurai ilmu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, jika mereka sekarang telah menjadi seseorang yang lain dari segi kematangan berfikir mengenai ilmu ini...sebabnya, mereka telah belajar memahami BAGAIMANA TUHAN MENJALANKAN KERJA-KERJA NYA dari sudut keilmuan yang berlainan dari arus yang biasa kita dengar dan pelajari!

Tetapi saya belum mendengar apa-apa rungutan atau teguran, yang ada orang yang ME-MURTADKAN DIRI DARI ISLAM KERANA INGIN MEMPELAJARI KEILMUAN RBSS INI!!!!!

KERANA ... jika anda mengikuti penulisan Blog rbss ini dengan teliti, anda akan lebih menghargai diri anda sebagai seorang Mahluk Manusia, kedua sebagai seorang ISLAM dan sebagai seorang yang mengetahui akan KERAHSIAAN tersebut!!!...dan yang terutama sekali ialah anda akan lebih MENGHORMATI TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN ALAM ini!!!

Ramai juga dari kalangan pembaca Blog RBSS ini yang mengesyorkan kepada saya websites yang berkenaan dengan sesuatu KAJIAN MENGENAI ISLAM DAN KEILMUAN, sememangnya banyak dan menarik isi-isi kandungan websites tersebut....akan tetapi ianya sama sekali berlainan dengan apa yang sedang di perkatakan di dalam Blog ini!!!

Terima kaseh kepada mereka-mereka yang telah memberikan nama-nama websites tersebut, akan tetapi sebagai seorang manusia yang inginkan pelbagai pengetahuan mengenai ILMU KETUHANAN, sebaiknya jangan BATASKAN diri kita dari mempelajari atau membaca KEILMUAN YANG LAIN, asalkan kita tahu dan dapat menilai yang mana satu buruk dan yang mana satu baik, yang mana harus di ikuti dan yang mana harus di hindari!!!

Yang penting...banyakkan membaca, kerana melalui pembacaan lah sesuatu cabang ilmu itu dapat di fahami!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday July 12, 2008 - 12:22pm (PDT)

No comments: