Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #255

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #255 - THE THINK OF...#19 - TECHNOLOGY RBSS #19

THE THINK OF...#19 - TECHNOLOGY RBSS #19

RUMUSAN MENGENAI KECAHAYAAN ATAU NUR
DI DALAM RBSS

Melalui Post #253 & #254...anda telah di bawa meneroka kedudukan KECAHAYAAN atau NUR-NUR yang wujud ketika proses MENGISI POKOK BADAN.

Dan ramai yang merasa terkejut di atas penerangan atau rungkaian yang di kemukakan kerana di masa-masa yang lalu, keterangan mengenai kedudukan NUR BUDI, NUR MUHAMMAD dan NUR ILLAHI tidak mendapat penjelasan yang kukuh.

Sebenarnya rungkaian ini saya ketengahkan di peringkat ini setelah saya membawa pemikiran anda kepada persoalan-persoalan yang paling pokok di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini.

Dimana saya merasa yakin bahawa melalui proses-proses perungkaian ILMU yang terdahulu telah menerbitkan ASAS bagi MEMAHAMKAN isu-isu ILMU yang lebih berat dan yang lebih luas PENGERTIAN nya.

Kedudukan KECAHAYAAN atau NUR-NUR yang saya jelaskan itu pula HANYA dapat di fahami jika anda benar-benar MENGIKUTI kesemua penulisan melalui BLOG RBSS ini dari peringakt AWAL atau dari MUKA SURAT yang PERTAMA.

Kerana melalui penerangan demi penerangan mengenai pelbagai tajuk ILMU yang di muatkan dari peringkat AWAL itu lah yang akan MEMBANTU anda untuk MEMAHAMI dengan MUDAH apa yang saya perkatakan melalui Posting #253 & #254.

Ini di sebabkan di dalam setiap posting yang saya lakukan melalui BLOG RBSS ini adalah BERKESINAMBUNGAN dan BERHUBUNG KAIT di antara satu dengan yang lain...Jika anda tidak menurutinya dengan sempurna, maka anda akan TERKELIRU atau akan kurang MEMAHAMI pada apa yan gdi rungkaikan.

APA YANG SEBENARNYA TERSIRAT

Walaupun KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini menggunakan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA PENGANTAR untuk proses-proses PENGADAPTASIAN dan PENGAPLIKASIAN, namun cerdik pandai ILMUAN di zaman dahulu telah berjaya menyusun SUSUR GALUR INTIPATI dan INTSARI segala KERAHSIAAN di dalamnya secara bijaksana dan teratur.

Dan satu pun tidak kelihatan sebagai BERCANGGAH dengan TUNTUTAN ISLAM mahupun TUNTUTAN TUHAN...

Ini adalah SEGALA sususan KEILMUAN yang di muatkan di dalamnya BUKAN REKAAN para MANUSIA tetapi DI DASARKAN kepada FAKTA-FAKTA PENCIPTAAN yang di lakukan oleh Allah swt.

Dimana sebahagian besar dari MAKLUMAT ILMU tersebut sememangnya telah wujud dan di sebut di dalam KITAB SUCI AL QURAN!!!...

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah hanya BELAJAR MEMAHAMI APA YANG TERSIRAT DAN APA YANG TERSURAT di dalam Keilmuan RBSS ini...itu sahaja...

Berbalik kepada KECAHAYAAN atau NUR-NUR UTAMA seperti:-

  1. NUR ILLAHI
  2. NUR ALLAH
  3. NUR BUDI
  4. NUR MUHAMMAD

Itu semua adalah NUR-NUR yang MENGUASAI dan yang MENGENDERAI seseorang MAHLUK MANUSIA di atas Muka BUMI ini.

Adalah sesuatu yang JAHIL untuk tidak mengendahkan BENTUK KEILMUAN yang wujud di dalam JASAD MANUSIA itu...Kerana tujuan kita di cipta dan di wujudkan adalah bertujuan supaya MENGENALI SIAPA ITU TUHAN YANG SEBENAR-BENAR NYA TUHAN dan SIAPA DIRI KITA INI KEPADA TUHAN...

KEFAHAMAN EMPAT JENIS NUR YANG UTAMA itu lah yang di cari dan di kaji oleh semua jenis dan bangsa MANUSIA di atas Muka Bumi ini sehingga tercetusnya berpuluh jenis MAHZAB atau ALIRAN KEFAHAMAN semata-mata untuk MENGENALI SIAPA ITU TUHAN YANG PALING KEKAL.

Sehingga ada yang terpaksa pergi jauh beribu-ribu batu dan ke lain Benua bagi MENCARI KEFAHAMAN yang ingin di ketahui ini..dan malang nya jenis KEFAHAMAN yang jitu tidak dapat di cari tetapi mereka mendapat lain-lain jenis KEFAHAMAN yang kebanyakannya menjurus kepada pembelajaran FARDHU AIN & KIFAYAH.

Sedangkan KEFAHAMAN yang di cari-cari itu sebenarnya BERADA DI DALAM DIRI ANDA SENDIRI!!!....

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN

Sebaik-baik cara ialah MEMANFAATKAN segala bentuk KEILMUAN yang tersirat di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini ke dalam kehidupan anda sendiri melalui KEFAHAMAN yang sangat JELAS di dalam diri.

Dan lakukan seberapa yang termampu segala TUNTUTAN yang wujud dan di wujudkan untuk MAHLUK MANUSIA seperti kita ini....Niscaya PERJALANAN kita menuju kepada KEBERKATAN ILLAHI akan terjamin daripada Dunia hingga ke AKHIRAT.

Dimana TUJUAN UTAMA kita mengamalkan sesuatu jenis ILMU itu adalah untuk mendapatkan KEREDHAAN ALLAH SWT.

PENGADAPTASIAN KECAHAYAAN atau NUR

Jik kita berjaya MENGADAPTASIKAN segala apa yang tersirat dan yang tersurat melalui EMPAT JENIS NUR tersebut.....

Maka dengan KEFAHAMAN yang menerbitkan KEYAKINAN terhadap TUHAN YANG MAHA ESA...segala KEPERIBADIAN kita sebagai MANUSIA akan BERUBAH dari keadaan yang BURUK SIFAT & SIKAP beralih kepada KEPERIBADIAN yang sangat SUCI dan MULIA.

Jika KESUCIAN & KEMULIAN HATI itu dapat di terbitkan melalui PENGADAPTASIAN dan PENGAPLIKASIAN sangat sempurna...maka DIRI kita ini akan berbali kepada maksud KEPERIBADIAN NUR BUDI itu di ciptakan...iaitu:-

" CAHAYA atau NUR yang MEMPERHAMBAKAN diri kepada TUHAN YANG PALING KEKAL"...yakni NUR BUDI yang meliputi ROH SETIAP MANUSIA.

Jika semua MAHLUK MANUSIA di atas Muka Bumi ini dapat MEMAHAMI KEFAHAMAN seperti yang di sebutkan ini....Dunia ini akan menjadi AMAN dan DAMAI kerana tidak akan ada lagi perasaan DENGKI dan KHIANAT sesama MANUSIA.

Perkara ini lah yang ingin di sampaikan oleh Professor BSS semenjak BLOG KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI ini di terbitkan pada tarikh 16hb December 2007 yang lalu.

Iaitu ingin membawa anda kembali kepada LANDASAN KERAHSIAN NUR BUDI supaya segala apa yang anda miliki sekarang ini tidak menjadi sia-sia.

YOU THINK OF IT

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

##################################################################\

SILA AMBIL PERHATIAN

Professor BSS tidak akan melanjutkan KURSUS KEFAHAMAN ke Negeri-Negeri yang lain buat jangkamasa tertentu di atas sebab-sebab yang di fikirkan perlu dan untuk mengelakkan dan meredakan kesalah-fahaman di kalangan Ahli-Ahli & Guru-Guru RBSS ketika ini.

Oleh yang demikian, KURSUS KEFAHAMAN yang akan di adakan di Negeri SELANGOR pada 13/14hb June 2009 ini adalah yang PERTAMA dan mungkin yang TERAKHIR.

Jika anda mahu merasakan KEUNIKAN di dalam mempelajari KEFAHAMAN KELIMUAN RBSS ini...Sila lakukan pendaftaran segera kerana tempat yang di sediakan adalah TERHAD.

Pihak Secretariat Kursus Kefahaman telah di arah untuk memuatkan seramai 60 Orang Peserta sahaja daripada 48 Orang sebelum ini.

Semua Permohonan/Pembayaran baru harus di hantar sebelum tarikh 28hb May 2009 ini sahaja.

Kepada Pemohon awal yang telah menghantar Permohonan, tempat anda telah di sahkan.

Professor BSS

##################################################################

Tags: | Edit Tags
Saturday May 16, 2009 - 02:01pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: