Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #258

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #258 - KOMENTAR PROFESSOR #31

KOMENTAR PROFESSOR #31

EMAIL MENGENAI MARTABAT "BSS"...DARI PEMBACA

Saya mengambil contoh persoalan yang di hantar melalui email ini untuk di siarkan melalui Blog RBSS ini untuk di jadikan sebagai panduan kepada semua golongan, samaada yang memiliki persoalan yang sama atau pun yang sebaliknya.

Kerana bagi saya perkara ini amat penting untuk di renungi bersama, dan di bawah ini adalah salinan sepenuhnya email tersebut:-

*****************************************************************************************************

Mohon Bantuan BSSTuesday, 19 May, 2009 4:55:48 PM
To:professor_bss99@yahoo.com.au
Assalamualikum,
Mohon bantuan berkaitan BSS
1. Ilmu Gerak. apakah yg 'menggerakkan' ketika kita mohon Gerak? adakah Prof. yakin dengan jawapan Prof.? apakah yg menyakinkn Prof. dengan jawapan tersebut? dan sekiranya jawapan yg saya ada adalah bertentangkan dengan jawapan Prof. adakan Prof. sudi mendengar dengan ilmiah & hemah?
2. Ilmu Pitong. "Ya Ikok Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Hiring Putih" siapakah "mereka" sebenarnya? "Ka Dulur Batin Ka Anak Batin....." ayat tersebut reflect ke "Ratu²" tersebut? kenapa bergitu?
3. Ilmu Pitong. "Tu Hassan" apakah maksud perkataan tersebut? atau tiada maksud?
4. Peringkat Ke-3. Di minta supaya baring dan di selimut dengan kain putih. kenapa? apa yg "Guru" lakukan ketika itu? Rahsia? seorang sahabat pernah "ter"lihat apa yg dilakukan "Guru" ketika itu. Apa tujuannya? kenapa sebergitu? tidakkah menyimpang?
5. Dari manakah (wasilah) BSS ini?
6. Ke manakah wang mahar yg dibayar ketika hendak menerima BSS?
Persoalan diatas adalah kemuskilan yang sepatutnya ada penjelasan untuk mempertahankan mertabat Persatuan BSS. Saya menunggu balasan dari Prof.
*********************************************************************************************************************
JAWAPAN KEPADA PENANYA SOALAN & KEPADA UMUM..........
Jawapan UMUM daripada saya mengenai KESEMUA PERSOALAN YANG DI KEMUKAKAN OLEH PENANYA adalah:-
Kesemua nya TIDAK bersangkutan dengan ILMU yang menjadi TAJUK di dalam BLOG RBSS ini iaitu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI atau RBSS yang BERTERASKAN NUR BUDI.
Akan tetapi....Saya akan memberikan beberapa huraian melalui apa yang di lihat oleh Professor BSS.
Jawapan saya adalah seperti yang berikut:-
JAWAPAN SOALAN NO.1
ILMU GERAK ...Dulu..Kini dan Sekarang telah banyak berlaku PENGUBAHSUAIAN yang di lakukan oleh para Guru-Guru yang menurunkan ILMU GERAK ini kepada anak-anak murid mereka.
Oleh yang demikian, segala apa yang di hurai melalui Blog RBSS dengan apa yang di AMALKAN oleh sebilangan besar pengamal adalah berlainan TERAS ILMU...dan itu bukan juga bermakna saya tidak boleh menerima apa-apa juga kewujudan cabang ilmu ini seperti yang di yakini oleh si penanya.
JAWAPAN SOALAN NO.2 & 3
Ilmu yang di kemukakan oleh si penanya ini adalah pecahan-pecahan atau serpihan dari ILMU LAM JA LALA yang di ubahsuai menurut kepercayaan Budaya, Bangsa dan Adat Istiadat sesuatu Bangsa itu....(telah saya muatkan di posting yang terdahulu)
Kerana....
Melalui Pemahaman dan Apa yang saya di fahami adalah bahawa Keilmuan LAM JA LALA yang sebenar-benarnya adalah:-
  1. Tidak Ada Upacara Isi Pokok Badan
  2. Tidak perlu Mewirid Zikir untuk menguatkannya dalam tempuh tertentu.
  3. Hanya berwirid sekali dalam seumur hidup dengan Zikir yang di tetapkan melalui jumlah yang di tetapkan juga seperti Ilmu Permohonan.(ada penjelasan yg kukuhnya)
  4. Dalam pengaplikasiannya juga, tidak perlu membaca apa-apa Ayat atau Seruan.
  5. Tetapi selagi kita bernyawa ia akan tetap berkuasa dan tidak akan berkurangan kuasanya.

JAWAPAN SOALAN NO.4

Perkara yang di kemukakan oleh si penanya ini sememang TIDAK MENJADI KELAZIMAN di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan TIDAK ADA LANGSUNG di dalam TATATERTIP atau AMALAN RASMI nya.

Besar kemungkinan, Amalan Guru yang di sebutkan itu ADALAH BUKAN dari KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SEJATI dan melalui cerita yang di sampaikan itu menunjukkan bahawa ILMU yang di perturunkan oleh Guru tersebut ADALAH BERLAINAN SEKALI.

JAWAPAN SOALAN NO.5

Oleh kerana kesemua bentuk soalan BUKAN di tujukan kepada Ilmu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan hanya di tuju kepada Keilmuan BSS yang banyak pecahan nya, maka saya tidak dapat menjawap soalan tersebut dari sudut ia di kemukakan.

JAWAPAN SOALAN NO.6

Soalan No.6 ini juga adalah tertakluk kepada SIAPA GURU yang menerima Wang Mahar tersebut....Ini JAWAPAN berbentuk UMUM...

Jika Guru tersebut dari Golongan yang BER-ADA dan BER-HARTA BENDA dan TIDAK BERGANTUNG HIDUP hanya menjadi seorang GURU seperti ini....Maka Wang mahar itu kemungkinan besarnya akan di sedekahkan kepada Badan-Badan yang tertentu.

Tetapi...Jika seseorang Guru itu sememangnya BERGANTUNG HIDUP dengan mencari rezeki hanya menjadi Guru, maka sudah pasti Wang Mahar itu akan menjadi REZEKI mereka....

KEPADA PENANYA YANG BUDIMAN.

BLOG RBSS dan Professor BSS hanya MEMPERKATAKAN Ilmu Ketuhanan yang di katakan sebagai KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI atau RBSS yang berteraskan NUR BUDI.

Oleh yang demikian, akan wujud KETIDAK-SAMAAN dengan apa yang di fahami oleh sebahagian besar golongan yang juga menganggap mengamalkan HAQ yang sama.

Atas sebab dan tujuan yang demikian lah KEWUJUDAN BLOG RBSS ini sangat penting kepada pihak UMUM agar KEJELASAN mengenai ILMU yang berteraskan NUR BUDI ini dapat di kemukakan dengan sejelas yang mungkin.

Wassallam!

Professor BSS

at

professor_bss99@yahoo.com.au

Tags: | Edit Tags
Wednesday May 20, 2009 - 01:05am (PDT)

No comments: