Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, July 29, 2009

RBSS - Post # 268 - KOMENTAR PROFESSOR #37


RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #268 - KOMENTAR PROFESSOR #37

KOMENTAR PROFESSOR #37

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog RBSS yang Budiman dan kepada semua yang mengikuti penulisan Blog ini tanpa sebarang kaitan dalam bidang pengamalannya...

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

Sudah lebih dari sebulan saya tidak melakukan sebarang penulisan yang baharu di dalam Blog RBSS, ini bukan bermakna Professor BSS telah menghentikan penulisan Blog ini..tetapi hanya sekadar berhenti seketika untuk melancarkan Kursus Kefahaman dan melakukan beberapa kajian dan temuramah dengan pelbagai golongan ahli-ahli RBSS di Negara Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

Hasil dari perbincangan serta beberapa sesi muzakarah dengan para ahli-ahli tersebut, saya dapati bahawa sememangnya Kursus Kefahaman ini sangat-sangat di perlukan untuk memperkukuhkan KEYAKINAN UMUM dan KEYAKINAN PARA AHLI RBSS kerana apa yang di tawarkan di dalam Kursus Kefahaman ini TIDAK TERDAPAT di dalam mata pelajaran di mana-mana Perguruan dan Persatuan yang mengajar dan mengembangkan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini.

Perkara ini berlaku kerana, pihak-pihak yang mengajar dan yang mengembangkan RBSS ini tidak menitik beratkan hal-hal yang menyentuh AQIDAH KE-RBSS-AN secara terperinci berdasarkan cabang ILMUnya yang sebenar.

Oleh yang demikian, kesemua ahli-ahli RBSS dari masa dahulu sehingga ke hari ini sememangnya TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT YANG TEPAT serta TERPERINCI mengenai SUSUR GALUR PERKEMBANGAN KEJADIAN KE-NUR BUDIAN ini dari PUNCAnya sehinggalah ianya di anugerahkan kepada para manusia...

Perkara inilah yang banyak saya sentuh mengenai pecahan Ke-Nur Muhamadan sehingga kepada pecahan Ke-Nur Budian di dalam post yang lalu...ia bertujuan untuk membuka minda umum terhadap HASIL CIPTA yang di jadikan oleh TUHAN YANG MAHA ESA iaitu ALLAH SWT...

Pada kali ini, saya ingin memberikan kepastian kepada ahli-ahli RBSS yang telah pun mendaftar serta yang telah membayar YURAN KURSUS bahawa Kursus Kefahaman tersebut akan di laksanakan pada tarikh dan lokasi yang baharu...

Dan anda tidak perlu khuatir mengenai kehilangan Wang anda jika Kursus ini tidak di laksanakan sama sekali, kerana jika perkara itu yang saya lakukan segala Wang anda yang telah di bayar kepada pihak secretariat kursus itu AKAN DI PULANGKAN SEMULA...ini adalah JAMINAN daripada Professor BSS!!!...

Penundaan demi Penundaan tarikh kursus adalah di sebabkan dengan pertembungan jadual dengan kegiatan Persatuan-Persatuan yang ada, dan untuk menjaga KEPENTINGAN para ahli-ahli yang masih AKTIF di dalam Persatuan tersebut maka penundaan tidak dapat di elakkan sama sekali...

Professor BSS sedang menimbang untuk menetapkan suatu tarikh yang paling sesuai dengan semua pihak yang terlibat dan akan di adakan melalui Dua (2) Sesi Seminar, di mana semua yang telah mendaftar akan di bahagikan kepada Dua (2) Kumpulan dan akan menghadiri Kursus pada tarikh yang berlainan juga..

Langkah ini sangat perlu bagi memastikan kedua-dua Kumpulan yang di agihkan itu akan mendapat Penerangan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman yang mereka miliki di masa ini, dan Professor BSS akan lebih mudah untuk memberikan ceramah berdasarkan kefahaman umum setiap Kumpulan tersebut..

Dewasa ini juga telah berlaku desas desus bahawa Professor BSS telah MENGGELAPKAN WANG KURSUS YANG TELAH DI BAYAR dan oleh kerana itu Kursus Kefahaman ini tidak di laksanakan!!!..

Perkara ini telah sampai kepada pengetahuan saya dan apa yang perlu saya jelaskan dan tegaskan di sini bahawa Kursus Kefahaman itu AKAN TETAP DI LAKSANAKAN pada tarikh yang bersesuaian kelak...dan setiap peserta akan di beritahu melalui email peribadi masing-masing..

Untuk penyambungan penulisan ilmu di dalam Blog RBSS hanya akan saya lakukan semula apabila saya telah bebas sepenuhnya daripada kerja-kerja yang saya lakukan sekarang yang menuntut banyak tumpuan dan masa saya...dan sudah pastinya di masa-masa yang akan mendatang, penulisan Blog RBSS ini akan lebih BERINFORMATIF dari yang sebelumnya..

Dimana dewasa ini saya telah banyak mengumpul pelbagai persoalan dan kecelaruan kefahaman mengenai RBSS ini...dan semuanya akan saya muatkan di dalam penulisan yang akan datang.

Sementara menunggu penulisan yang baharu, saya menyeru anda semua agar banyak melakukan pembacaan yang berulang kali kesemua bahan ilmu yang tertulis di dalam Blog RBSS ini agar anda akan lebih memahami isi kandungan bahan ilmu di dalamnya, dan akan mempermudahkan diri anda sendiri untuk mengikuti penulisan-penulisan yang seterusnya...

Ini adalah kerana melalui penulisan yang akan datang, bahan ilmu yang akan di ketengahkan akan bercorak lebih berat serta sangat-sangat memerlukan kejituan fikiran dan fakta-fakta yang sangat kukuh di dalam penghuraiannya...maka anda perlu menyiapkan diri dan mental anda kearah bahan ilmu tersebut.

Kepada yang masih beranggapan bahawa RBSS ini adalah suatu ilmu yang sesat atau terkeluar dari Ajaran Islam, saya menggesa anda supaya melakukan banyak pembacaan melalui Blog RBSS ini dari muka surat yang pertama hingga yang terkini...niscaya anda akan memperoleh jawapan melaluinya...

Persepsi serta andaian dari cerdik pandai Islam sahaja belum cukup untuk mentafsir keilmuan RBSS ini dari kaca mata Islam mereka, selagi mereka-mereka itu tidak memiliki NUR BUDI yang saya maksudkan!!!...

Oleh yang demikian, anda perlu lebih berhati-hati di dalam menerima apa juga huraian yang di kemukakan oleh banyak pihak, terutamanya dari golongan yang berasaskan SYARAK...tetapi bukan berasaskan Ke-Nur Budian yang menjadi PUNCA kewujudan ROH di dalam TUBUH MANUSIA...

Perkara ini saya sentuh lagi kerana masih menerima banyak pertanyaan seperti yang demikian walupun ianya telah banyak saya huraikan di dalam banyak posting di dalam Blog RBSS ini...itu juga membawa maksud bahawa ramai pihak yang masih tidak menuruti pembacaan Blog RBSS ini dari muka surat yang Pertama hingga seterusnya, mereka lebih cenderung untuk membaca posting yang mendapat perhatian dan minat diri mereka sahaja..

Untuk itu...saya mengucapkan selamat membaca serta teruskan usaha anda untuk memahami hakikat yang wujud di dalam sistem kejadian diri anda sendiri...moga-moga anda akan beroleh kefahaman yang sewajarnya bersesuaian dengan asal usul kejadian yang sebenarnya...Ameen!!!..

Kepada yang masih berminat untuk mengikuti Kursus kefahaman ini, sila berhubung melalui email yang tertera dan sertakan maklumat diri serta tahap-tahap amalan yang anda telah miliki, kerana masih ada lagi peluang untuk mengikuti Kursus Kefahaman ini...

Wassallam!

Professor BSS

professor.bss999@gmail.com
profssor_bss99@yahoo.com.au