Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #194

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #194

THE ART OF...#32 - KENALI JURUSAN #4

Melalui 3 Bahagian penerangan mengenai JURUSAN, saya ingin melanjutkan lagi perkara yang harus di ketahui oleh semua mengenai JURUSAN apabila ianya di aplikasikan....

Jika melalui pengaplikasian Keilmuan Lam Jalala, setiap Tindakkan yang di Makrifatkan kepada Sasaran adalah dalam bentuk LURUS KEPADA SASARAN...itu bermakna jika SASARAN terlindung oleh sesuatu, maka Tindakkan yang di lakukan tidak akan sampai kepada SASARAN dan tersangkut pada sesuatu yang melindung atau yang menghalang SASARAN...

TETAPI melalui pengaplikasian JURUSAN, setiap TINDAKKAN yang menggunakan JURUSAN akan keluar dari DIRI KITA dengan cara MENYELURUH KESEGENAP RUANG, seperti anda menyalakan sebatang LILIN di dalam keadaan yang gelap, di mana CAHAYA LILIN itu bercahaya mengelilingi kawasan di sekeliling...

BEZA diantara Cahaya LILIN dengan CAHAYA dari JURUSAN ialah, CAHAYA dari JURUSAN tersebut AKAN MENEMBUSI APA JUGA BENDA atau HADANGAN yang wujud di sekeliling dan akan terus mengenai SASARAN di dalam LINGKUNGAN 360 darjah!!!...

Ini memberikan maksud bahawa jika ada pihak musuh yang mengelilingi diri kita dengan niat yang zalim, maka dengan SATU TINDAKKAN SAHAJA kesemuanya akan terkena JURUSAN YANG DI LEPASKAN tidak mengira di mana mereka itu berdiri....dan ini berbeza dengan Tindakkan yang di keluarkan oleh Lam Jalala di mana setiap satu sasaran di kehendaki satu Tindakkan yang khusus serta tidak boleh terhalang oleh sesuatu...

Dan ketika kita melepaskan TINDAKKAN JURUSAN ke arah musuh-musuh yang zalim, HANYA YANG DALAM KEADAAN MARAH ATAU ZALIM SAHAJA yang akan menerima IMPAK atau KESAN dari JURUSAN yang di lepaskan, di mana sesiapa yang kurang atau tiada perasaan marah atau zalimnya terhadap diri kita pada waktu itu, TIDAK AKAN MENERIMA KESAN APA-APA!!!, Walaupun mereka berdiri di bahagian hadapan sekali...

Di sinilah letaknya KEADILAN DI DALAM JURUSAN...HANYA BERTINDAK TERHADAP MUSUH YANG ZALIM DAN KHIANAT SAHAJA!!!.........

Penerangan di atas ini hanya TERTAKLUK DI DALAM KEADAAN YANG CEMAS DAN DIRI KITA DI DALAM KEBAHAYAAN SAHAJA......di mana HUKUM ZALIM dan KHIANAT sedang BERLAKU.

DALAM LAIN KEADAAN

Tetapi ketika kita melakukan atau mengaplikasikan JURUSAN sesama sesi PERUBATAN umpamanya...CARA CAHAYA JURUSAN itu BERTINDAK adalah BERBEZA dengan keadaan KEBAHAYAAN!!!....

Ini adalah kerana ketika mengaplikasikan JURUSAN semasa sesi Perubatan, setiap JURUSAN yang di gunakan adalah:-

· Dalam keadaan yang berbeza dengan suasana Tempur atau Pertahanan Diri

· Di sasarkan kepada SASARAN YANG TERTUMPU

· Penggunaan yang lebih FLEKSIBEL pada TUJUAN PENGGUNAANnyaa

· KeCahayaan yang keluar TIDAK SEMESTINYA DALAM LINGKUNGAN 360 DARJAH

Ini semua adalah kerana JURUSAN yang wujud di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini adalah FLEXIBLE DAN UNIVERSAL....Maknanya...ia berperanan mengikut keadaan dan keperluan semasa!!!, di situlah letaknya pula KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT yang menciptakan keunikan di dalam semua JURUSAN!!!.

PROCEDURE DALAM JURUSAN

Dan Procedure Dalam JURUSAN juga tidak seperti Lam Jalala, di mana melalui Procedure di dalam Tindakkan Lam Jalala...setiap yang di lakukan dahulu, harus di buka kemudian!!!

Maksudnya, jika melalui proses Lam...jika mulanya di tutup bermula dari bahagian kiri maka untuk membukanya harus di mulakan dari kanan...

Melalui pengaplikasian JURUSAN ketika BERTINDAK...TIDAK ADA ISTILAH yang mana atau dari mana ianya di mulakan dan yang harus di buka dahulu...kerana KECAHAYAAN yang terbit daripada TINDAKKAN JURUSAN itu TELAH MENCERMINKAN SESUATU TUJUAN DI DALAM TINDAKKAN!!!

Oleh sebab itu, setiap JURUSAN di dalam KEILMUAN RBSS ini memiliki NAMA-NAMAnya yang tersendiri serta mempunyai NILAI-NILAI TINDAKKAN YANG MENURUT KECAHAYAAN YANG DI CIPTAKAN.

KERANA sebab-sebab yang demikianlah, setiap ahli RBSS TIDAK BOLEH MENGAKU yang mereka TIDAK TAHU APAKAH JURUSAN YANG DI LEPASKAN KETIKA BERTINDAK KERANA ketika BERTINDAK:-

1. Kita harus ADA NIAT UNTUK BERTINDAK

2. Kita harus MEMILIH JURUSAN YANG INGIN DI GUNAKAN

3. Kita harus TAHU DI MANA SASARAN ATAU MAKRIFAT JURUSAN

4. Kita harus TAHU NAMA-NAMA JURUSAN YANG INGIN DI GUNAKAN DAN PERLU MENIATKAN KETIKA BERTINDAK

5. Kita harus TAHU BAGAIMANA KESAN DARI TINDAKKAN YANG DI LEPASKAN

Sebab-sebab inilah yang membuatkan KEILMUAN RBSS ini BUKAN DARI GOLONGAN ILMU yang di dalam kategori SUKA-SUKA atau jenis yang ASAL BOLEH!!!...Kerana setiap TINDAKKAN yang akan di lakukan ADALAH MENGIKUT 100% KESADARAN DAN PERTIMBANGAN SI PEMILIK JURUSAN!!!

Jadi...berhati-hatilah jika ingin BERTINDAK MENGGUNAKAN JURUSAN!!!...TINDAKKAN ANDA akan mencerminkan KEPERIBADIAN DAN MARTABAT DIRI ANDA...

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday July 21, 2008 - 11:26am (PDT)

No comments: