Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #201

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #201

KOMENTAR PROFESSOR #15

ASSALAMUALAIKUM WBT.....Kepada semua Pembaca Blog RBSS di ucapkan selamat MENYAMBUT RAMADAN, semoga melalui Bulan yang banyak KEBERKAHAN ini akan dapat menyingkap banyak lagi KERAHSIAAN YANG TERSEMBUNYI yang di miliki oleh ALLAH SWT!...

Juga saya ingin mengucapkan kepada seluruh AHLI-AHLI RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-50 TAHUN kewujudan KEILMUAN ini di Negara Malaysia semenjak dari tahun 1958.

Walaupun sambutan Ulang Tahun Ke-50 ini tidak di buat sambutan yang serentak oleh ketiga-tiga Persatuan Budi Suci Sejati dari Warisan Allahyarham Bapak Hj Hashim Bin Hj Shariff, namun ianya tetap di hargai dan di perjuangkan menurut kemampuan Persatuan masing-masing.

Ya..memang mudah untuk menghamburkan saranan tetapi bagi yang melaksanakannya, ianya bukan sesuatu yang mudah kerana setiap diri Manusia itu ada kemahuan dan kehendaknya yang tersendiri.

Kepada semua yang mengikuti perkembangan penulisan Blog Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini, pertama sekali saya ucapkan jutaan rasa terima kasih di atas keikhlasan anda untuk mengambil penerangan-penerangan yang di kemukakan sebagai landasan dan arah bagi kemajuan diri anda ketika mengamalkan Keilmuan yang sangat suci ini, kepercayaan anda terhadap Professor BSS amat di sanjung tinggi, tetapi bukan itu tujuan atau matlamat saya mewujudkan Blog RBSS ini...ia semata-mata di wujudkan untuk sama-sama berkongsi ilmu yang banyak rahsia-rahsianya di mana bukan semua orang yang mahu melakukannya....

Kepada yang menghantar email-email langsung kepada Professor BSS, sekali lagi di ucapkan terima kasih tetapi untuk masa sebulan dua ini jika balasan email dari saya terlalu lambat, saya memohon maaf kerana buat sementara waktu ini, saya terlalu banyak urusan yang perlu di laksanakan, di samping terlalu banyak juga email-email yang di hantar yang memerlukan jawapan dan penjelasan!...Akan tetapi saya akan tetap mengadakan waktu untuk menjawap persoalan-persoalan yang di kemukakan...

Kini...Kewujudan Blog KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati telah pun mencapai usia Sembilan (9) Bulan di Alam Internet, banyak liku-liku buruk dan baiknya yang perlu saya hadapi secara seorangan tanpa ada bantuan dari sesiapa kecuali berbekalkan kefahaman dan bantuan dari Maha Suci Allah SWT yang memberikan segala kekuatan semangat serta keyakinan bagi mengharungi ranjau duri mengembangkan Kerahsiaan ini melalui Media Internet!

Yang mengharukan hati saya ialah, kini telah ramai ahli-ahli yang telah lama tidak mengamalkan Keilmuan ini, setelah mengikuti dan membaca apa yang terdapat di dalam Blog RBSS ini, mereka telah merasa Keinsafan diri serta mula menapakkan kembali asas keyakinan diri di landasan yang di kehendaki...seperti yang wujud di dalam Kerahsiaan yang di khususkan oleh Allah SWT kepada semua Mahluk Manusia.

Dan peranan Blog RBSS ini sebagai The Alternative & Additional Information Provider, akhirnya dapat di terima oleh semua pembaca dan khususnya Ahli-Ahli RBSS masa dahulu, masa kini dan masa yang akan mendatang!!!

Namun demikian...bukan semua perkara dapat di lakukan dengan mudah atau tanpa halangan, ini tertakluk juga kepada diri saya sendiri...banyak cabaran dan ujian yang perlu saya tempuh dan tentunya ianya amat berat dan sangat-sangat menguji tahap keyakinan dan kesabaran diri saya sendiri...Hanya Allah SWT sahaja yang tahu sebab-sebabnya!.

Tetapi...kita harus teguh berpegang kepada Prinsip No.1 iaitu KEYAKINAN!...jika Keyakinan kita itu kukuh pembinaannya, maka kita akan mampu untuk mengharungi apa juga cabaran, ujian, dugaan atau masaalah yang di peruntukkan kepada diri kita, walaupun sewaktu mengharunginya, kita di sisih atau di jauhi oleh rakan-rakan, sahabat handai atau keluarga kita sendiri....memang sukar, tetapi di kesukaran itu akan menanti Hikmah yang tersembunyi sebagai hadiah dari Allah SWT kerana pahit getir yang kita terpaksa harungi...

Saya berkata demikian, kerana ramai yang mengadu di timpa pelbagai kesusahan dan masaalah di dalam kehidupan diri mereka, dan ada juga yang hampir-hampir berputus asa untuk terus menerus mengekalkan pengamalan keilmuan ini di dalam diri mereka....

Nasihat saya ialah....Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang sangat berharga dan setelah memilikinya, bukan mudah untuk memelihara dan menjaganya!!!, kita akan terdedah kepada pelbagai cubaan dan ujian.

Contoh...

Jika anda cuba memiliki 1 ton Emas, berapa banyak wang kah yang perlu anda cari dan kumpulkan untuk membelinya dan berapa lama masa yang anda perlu untuk mengumpulkan wang tersebut?

Jika anda telah berjaya memiliki 1 ton Emas tersebut, mudahkah anda untuk menjaganya?, di mana harus anda simpan?, apa risiko yang perlu anda hadapi dan apa cubaan dan ujian yang perlu anda tempuhi???..........

Sudah tentu ianya bukannya mudah seperti yang di sangka dan bukan mudah untuk menjaganya...itulah ibarat yang boleh di tampilkan bagi menggambarkan betapa tingginya nilai Keilmuan Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini...hanya orang-orang yang dapat membina kefahaman mengenainya sahaja yang akan dapat merasakannya..."Man Lam Yazuk Man Lam Yakrif"...Barang siapa yang belum merasai ia belum mengetahui!...

Susah dan Senang tidak mengenal sesiapa, tidak mengira rendah dan tinggi darjat seseorang!...tetapi yang bebeza ialah Martabat diri di sisi Allah SWT setelah mengharungi pelbagai ujian dan cabaran yang di berikan olehNya.

Oleh yang demikian, jangan takut untuk menghadapi apa juga ujian dan cabaran...kuatkan KEYAKINAN menurut perspektif yang di berikan, niscaya anda akan berjaya mengatasinya!...sepertimana TUBUH MANUSIA, di dalamnya di wujudkan pelbagai penyakit dan di sertakan juga segala penawarnya...semuanya di dalam satu diri.

Begitu juga dengan Keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini, walaupun di berikan pelbagai ujian dan cabaran tetapi Allah SWT juga telah memberikan dan menyediakan "Jalan Keluarnya" sekali dan "jalan keluar" yang di maksudkan itu ialah NUR MUHAMMAD DAN NUR BUDI!!!!!!

Di sinilah letaknya RAHSIA bagi mengatasi pelbagai permasaalahan yang anda hadapi itu, renungilah kalimah tersebut dan selamilah perilaku yang tersirat di dalam ungkapan dan perbuatan yang sering kita lakukan ketika mengisi ISI POKOK BADAN itu...

Jika anda dapat merenunginya dengan baik serta teliti, maka anda akan dapat mencanai "jalan-jalan keluar" yang anda perlukan pada setiap kali anda menghadapi permasaalahan!

Apa yang boleh di pelajari daripada perkara tersebut?

Itu bermaksud, dengan tahap KEYAKINAN yang sangat tinggi dan jitu maka akan wujud kesadaran dan keinsafan di dalam diri bahawasanya apa yang kita miliki di dalam dunia ini adalah semata-mata HAQ ALLAH SWT, Dialah yang memiliki segala-galanya, dan Dia jugalah yang memberi serta yang akan menariknya kembali...

Oleh yang demikian, jangan bersifat sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada atau apa yang kita miliki kerana tanpa KURNIA NYA kita tidak akan memiliki apa-apa!!!!

Dengan lain maksud, kita di galakkan untuk bersifat MULIA dan SUCI hati sanubari terhadap sekelian Mahluk di samping kita...jika kita dapat memahaminya maka kita adalah HambaNya yang sebenar dalam ertikata MANUSIA....Ingat UBUDIYATI...yang membawa maksud "Memperhambakan diri kepada TUHAN yang paling kekal"....

Jadi...kepada apa kita memperhambakan diri???............

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday September 1, 2008 - 01:17pm (PDT)


No comments: