Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #237

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #237 - KOMENTAR PROFESSOR #25 - PERTANYAAN SDR ABDUL WAHAB

KOMENTAR PROFESSOR #25 - PERTANYAAN SDR ABDUL WAHAB

Di bawah ini adalah sedutan dari pertanyaan Sdr Abdul Wahab yang bertanyakan pertanyaan yang berikut yang di hantar melalui Blog Comment.

Terima kaseh di ucapkan kerana berminat untuk membaca segala rungkaian yang di muatkan di dalam Blog RBSS ini, semoga kefahaman saudara berlanjutanhendaknya.

Pertanyaan dan Huraian Sdr Abdul Wahab adalah seperti di bawah ini:-

Comments

(1 total) Post a Comment

salam professor yang dihormati,

saya bukan dari bss tapi saya minat semua jalan2 ketuhanan bagi menambah ilmu pengetahuan. saya ialah jalan bapak bagindo muchtar (bbm).

pada saya bss (dari apa yang saya telah baca di blog rbss ni) dan jalan bbm (seperti yang saya ketahui) tidak mempunyai satu philosophical framework yang telah dirangka dengan detail dan lengkap seperti yang terdapat dalam tarikat2 'mainstream'.

lantas saya dapati permasaalahan dalam memberi satu pemahaman ilmiah yang standard kepada ahli2 baru dalam bss dan jalan bbm adalah sama, malah sikap orang2 lama pun sama.

walaupun begitu kami mempunyai dua buku bapak bm yang ditulisnya yang mengariskan philosophical framework jalan bbm secara umum yang kami gunakan sebagai panduan.

apa yang professor lakukan pada saya ialah cuba merangka satu 'philosophical framework' untuk bss dan saya tiba kepada mengapa saya menulis disini.

pada saya nur muhammad itu ialah satu fahaman yang diambil dari tarikat/tasauf dan ia dirangkumi oleh seperi yang saya katakan tadi 'philosophical framework' yang detail dan lengkap, dan dalam merangka philosophical framework untuk bss professor telah mengunakan nur muhammad dan mengaitkannya dengan nur budi.

memandangkan professor mengunakan nur muhammad yang mempunyai fahaman yang jelas dan kaitkannya dengan perkara2 lain dalam satu framework yang detail dan lengkap dalam tarikat/tasauf.

soalan saya adakah nur budi ialah satu unsur yang unique kepada bss dan kalau tidak apakah persamaan nur budi dalam tarikat/tasauf.

wslm.

wah al-minangkabaui


Sunday April 12, 2009 - 10:20am (EDT) Remove Comment

WAALAIKUMSALAM WBT....

Saudara Abdul Wahab..

Mengenai ulasan Saudara yang mengatakan bahawa mata pelajaran Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini tidak memiliki PHILOSOPHICAL FRAMEWORK adalah tepat sekali.

Ini adalah di sebabkan bahawa Keilmuan ini pada DASARnya amat DI RAHSIA kewujudannya sehingga setiap RAHSIA ILMU nya tidak di DOKUMENTASIKAN sehingga ke hari ini..Perkara ini telah saya jelaskan melalui rungkaian yang di muatkan di dalam posting yang lalu (sila semak semula posting yang lepas)

Saudara Abdul Wahab juga benar apabila mengatakan bahawa keilmuan RBSS ini tidak seperti Ilmu-Ilmu Tarikat "mainstream" yang amat kukuh maklumatnya melalui pelbagai kitab-kitab tulisan Ulama-Ulama Besar dari zaman berzaman lagi.

Saya juga bersetuju dengan pendapat Saudara Abdul Wahab yang mengatakan bahawa dengan ketiadaan Philosophical Framework terhadap keilmuan RBSS ini telah MENYUKARKAN penyebaran MAKLUMAT ILMU yang STANDARDISED untuk di pelajari oleh pihak UMUM, sehingga menerbitkan pelbagai kekeliruan di kalangan para Guru dan Pelajarnya.

Dimana setiap Guru akan mengajar APA YANG DI KETAHUI NYA sahaja dan pihak Guru yang juga akan mengajar APA YANG DI KETAHUI NYA juga....lantas ini mengakibatkan KETIDAKSERAGAMAN MAKLUMAT ILMU yang di perturunkan kepada para penuntut dan para pelajar.

Oleh sebab yang demikianlah yang mendorong Professor BSS mewujudkan Blog KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini dengan menyusun segala MAKLUMAT yang termampu di perolehi lalu DI DOKUMENTASIKAN melalui Laman Blog RBSS ini, dengan harapan ianya akan menjadi suatu PLATFORM untuk mempelajari KERAHSIAAN ini, dan Blog ini di namakan sebagai THE ADDITIONAL & ALTERNATIVE INFROMATION PROVIDER dan Professor BSS itu sebagai THE BRAINSTOMERnya.

Tindakkan dari Professor BSS ini amat DRASTIC serta mencetuskan banyak tentangan dari golongan-golongan yang TELAH SELESA dengan penurunan ilmu cara pondok atau cara dari Mulut ke Mulut...

Memandangkan dengan ketiaadaan orang yang sanggup melakukan pekerjaan untuk MENDOKUMENTASIKAN keilmuan ini, maka seseorang harus melakukannya atas DASAR KESADARAN dari dalam HATI bahawa sesuatu harus di lakukan tanpa paksaan dari sesiapa untuk kebaikan semua UMAT di dalam dunia ini...Lantas muncul lah Professor BSS dengan Blog KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI nya...

Mengenai hujjah Saudara Abdul Wahab bahawa:-

""pada saya nur muhammad itu ialah satu fahaman yang diambil dari tarikat/tasauf dan ia dirangkumi oleh seperi yang saya katakan tadi 'philosophical framework' yang detail dan lengkap, dan dalam merangka philosophical framework untuk bss professor telah mengunakan nur muhammad dan mengaitkannya dengan nur budi.""

Sebenarnya begini...

Fahaman mengenai Nur Muhammad itu bukan dari fahaman atau pengajaran dari keilmuan Tarikat/Tassawuf....kerana Nur Muhammad itu sudah WUJUD beribu-ribu tahun sebelum wujudnya keilmuan Tarikat/Tassawuf itu sendiri.

Nur Muhammad itu tercipta dan di ciptakan oleh Allah swt setelah Allah swt itu menciptakan DIRINYA sendiri, lalu menciptakan NUR BUDI yang menjadi SEMUA ASAS KECAHAYAAN selepas penciptaan DIRINYA sendiri.

Oleh yang demikian, NUR BUDI itu telah di jadikan sebagai IBU kepada CAHAYA-CAHAYA yang lain untuk Allah swt itu menciptakan sesuatu...Berlanjutan dari NUR BUDI itulah Allah swt menciptakan NUR MUHAMMAD untuk penciptaan NYA yang seterusnya.......

Adalah penting di ketahui di sini bahawa NUR BUDI itu bermaksud suatu KECAHAYAAN yang MEMPERHAMBAKAN DIRINYA KEPADA TUHAN YANG PALING KEKAL.....iaitu dari perkataan UBUDIYATI........ (betulkan saya jika saya salah)

Ini berdasarkan dari Surah AL-IKHLAS yang menceritakan bahawa Allah itu satu, tidak beranak atau di beranakkan dan bahawasanya Allah itu adalah Tuhan dari segala yang di ciptakan oleh NYA......

Berbalik kepada permasaalahan NUR MUHAMMAD yang di jadikan Platform kepada ajaran atau fahaman Tarikat/Tassawuf....mereka (ilmuan Tarikat/Tassawuf) menjadikan Nur Muhammad ini menjadi Platform kerana KONSEP KEILMUAN yang wujud di dalam artikata NUR MUHAMMAD itu membawa maksud PENGABDIAN DIRI kepada Tuhan yang paling kekal....

Sebenarnya...Professor BSS menjadikan KEJADIAN NUR BUDI itu sebagai PHILOSHOPHICAL PLATFORM untuk menghuraikan dan mendokumentasikan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu sendiri...

Kerana melalui penciptaan pertama Allah swt melalui NUR BUDI itulah Allah swt menciptakan ROH-ROH MANUSIA di ALAM AZALI lagi sebelum ianya di tiupkan kedalam JASAD-JASAD yang sedia menunggu di dalam kandungan seseorang IBU.........Ini lah PALTFORM sebenar Philoshophical Framework yang sebenar-benarnya...

Beralih kepada persoalan yang berikut:-

""soalan saya adakah nur budi ialah satu unsur yang unique kepada bss dan kalau tidak apakah persamaan nur budi dalam tarikat/tasauf.""

Baik...

Sememangnya NUR BUDI itu adalah suatu UNSUR yang sangat UNIQUE di dalam KEFAHAMAN dan KEWUJUDAN RAHSIA BUDI SEJATI kerana sebab-sebab yang berikut:-

  • ASAS penciptaan segala CAHAYA
  • ASAS penciptaan ROH MANUSIA
  • ASAS penciptaan MALAIKAT
  • ASAS penciptaan WALI-WALI
  • ASAS penciptaan IBLIS/JIN
  • ASAS penciptaan ALAM-ALAM
  • ASAS penciptaan BINATANG/UNGGAS
  • ASAS penciptaan TUNBUH2AN

Akan tetapi...NUR BUDI yang kita kenali pada hari ini BUKAN di sebut sebagai NUR BUDI oleh para Ilmuan ISLAM dari dahulu hinggalah sekarang ini.

Kerana.....

Jika di kaji melalui ajaran Tarikat/Tassawuf, kita akan dapati bahawa di hujung segala KEMAKRIFATAN ILMU yang di CARI ialah KECAHAYAAN DARI NUR ILLAHI iaitu suatu CAHAYA yang telah menjadikan SELURUH ALAM INI.....

Melalui KECAHAYAAN ILLAHI itu lah (bukan Cahaya Allah), KEREDHAAN ALLAH swt itu di kecapi sehingga Ahli Sufi itu akan mendapat balasan yang setimpal daripada yang di ABDIKAN oleh mereka melalui Suluk-Suluk untuk mensucikan segala NAFSU AMARAH yan gdi wujudkan di dalam tubuh seseorang MANUSIA itu.

Persamaan NUR BUDI di dalam ilmu Tarikat/Tassawuf.....

Semua HUJUNG ILMU di dalam pencarian Ahli Sufi melalui Tarikat/Tassawuf adalah untuk mendapatkan suatu KECAHAYAAN yang apabila di perolehi dari KURNIA ALLAH swt, seseorang Sufi itu akan FANA atau LEBUR di dalam KECAHAYAAN atau di dalam NUR ILLAHI!!!!!!........

Dimana ketika NUR ILLAHI itu meliputi atau menerangi tubuh seseorang yang menerimanya, maka segala apa yang WUJUD pada tubuh itu akan HANCUR LEBUR di dalam NUR ILLAHI yang di maksudkan itu..

Dan KECAHAYAAN ini lah yang di miliki oleh setiap ROH MANUSIA yang di ciptakan oleh Allah swt sehingga ke akhir zaman kelak....dan KECAHAYAAN atau NUR ILLAHI inilah yang di sebut pada hari ini sebagai NUR BUDI........

Namun demikian,

Saya maseh menghormati Ajaran dari Bapak Bagindo Muchtar (BBM)yang telah tersebar luas di seluruh Nusantara, di mana kelimuan ini sebenarnya berlandaskan keilmuan yang berkaitan dengan segala ZAT & SIFAT Allah swt yang wujud di dalam JASAD MANUSIA....itulah PLATFORM yang sediaada...KE-JASAD-AN atau di dalam lain perkataan ianya juga di sebut sebagai Keilmuan SIFAT 20 atau juga dengan nama LAM JALALA.

Akhir sekali..

Saya ingin mengucapkan rasa jutaan terima kaseh kepada Saudara Abdul Wahab di atas kesudian Saudara untuk meneliti segala isi kandungan Blog Kerahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini...

Semoga siratulrahim di antara kita berkekalan hendaknya

Wassallam

Professor BSS

Professor_bss@yahoo.com

Tags: | Edit Tags
Thursday April 16, 2009 - 06:26am (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 14 Comments

No comments: