Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #207

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #207

THE SECRET OF...#11 - MENGKATEGORIKAN PERASAAN MARAH

Tajuk pada kali ini amat penting untuk di fahami oleh semua pihak, agar ke-definasi-an PERASAAN MARAH tidak di salah takrif dan tafsir.

Ini adalah kerana ramai yang bertanya perkara tersebut di dalam PERLAKSANAAN KECAHAYAAN CAHAYA BUDI yang TIDAK MELINDUNGI ORANG-ORANG YANG MARAH!!!!!!!

Penghuraiannya adalah seperti berikut:-

Melalui KECAHAYAAN CAHAYA BUDI Allah swt menyebut di dalam AL QURAN bahawa tidak akan di lindungi orang-orang yang marah...ini adalah kerana ketika MARAH, banyak perbuatan yang ZALIM DAN KHIANAT berlaku jika kemarahan itu di lakukan TANPA ILMU!!!!!, dan semata-mata menuruti HAWA NAFSU...........

PERASAAN MARAH yang di terbitkan itu pula tidak mengira SIAPA yang menerbitkannya, samaada yang memiliki KECAHAYAAN CAHAYA BUDI atau YANG TIDAK....pasti mereka akan terdedah kepada KECELAKAAN DAN MARA BAHAYA.

Jika suasana tersebut di lakukan ketika bertempur dengan pihak musuh, maka pada ketika itu juga PERLINDUNGAN yang di terbitkan oleh KECAHAYAAN CAHAYA BUDI itu tidak berlaku menurut masa-masa yang tertentu sahaja dan BUKAN kita KEHILANGAN PERLINDUNGAN itu sepanjang waktu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Contoh:-

Ketika mahu bertempur, semangat kita akan menjadi tinggi serta bersemangat kuat untuk menumbangkan pihak lawan atas sebab-sebab tertentu tetapi per-semangatan itu manjadi sangat tinggi hingga terbitnya PERASAAN MARAH....pada waktu ini lah PERLINDUNGAN itu runtuh buat sementara ATAS NIAT kita yang MAHU menewaskan musuh dengan Niat yang Buruk....

Jika pada SAAT itu pihak musuh yang terlebih dahulu yang membuat SERANGAN, maka keharusannya, kitalah yang akan menerima padahnya terlebih dahulu dan kemudian baharulah di pihak musuh tersebut...kerana PERLINDUNGAN CAHAYA BUDI itu juga bergerak atau bertindak secara otomatik dengan memberikan serangan balas tanpa niat....atau secara Defensive Attack tanpa perlu kita lakukan.

Pada sejarah yangg berlaku, selepas TERKENA dahulu baharulah seseorang itu akan bangkit lalu memantapkan pertahanan fizikal dan mental mereka bagi menewaskan musuh tersebut dengan kewarasan yang kembali ke Akal Fikiran.

Ini berbeza dengan PERASAAN MARAH yang di terbitkan ketika kita ingin memberikan TUNJUK AJAR kepada orang lain agar pada ketika itu KETEGASAN dapat di laksanakan dengan sewajarnya, dan perasaan marah yang seperti ini adalah BUKAN dalam kategori melakukan KEZALIMAN, maka PERLINDUNGAN CAHAYA BUDI itu akan TETAP ADA memberikan perlindungan....seperti kita MEMARAHI anak-anak, isteri, saudara mara, murid-murid sekolah dan yang seumpama itu bagi tujuan mendidik dan memberikan pengajaran.

Akan tetapi, jika ketika ingin memberikan sesuatu pengajaran itu kita melebihi had marah sehingga mencapai tahap ingin zalim, maka perlindungan dari KECAHAYAAN tersebut juga akan terhenti dalam jangkamasa tertentu....dan jangkamasa tertentu itu pula ialah dalam kadar rasa marah itu sedang kuat, jika dapat di turunkan maka perlindungan itu akan kembali.

TIP

Bagi orang-orang yang mahir dan telah dapat memahami DEFINASI dan KATEGORI MARAH ini dengan baik serta sempurna PEMAHAMANNYA, maka orang-orang seperti ini akan menjadi bijak untuk mempermainkan PERASAAN MARAH dari dirinya untuk di jadikan sebagai SENJATA ataupun UMPAN kepada pihak musuh..

Di mana mereka akan menjadi MARAH tetapi dengan segera MENURUNKAN MARAH apabila memahami pihak musuh sedang atau pun mahu memberikan TINDAKKAN......kaedah untuk mengawal PERASAAN MARAH ini dapat di lakukan dengan sempurnanya jika anda dapat menyelami dan memahami perkara yang di rungkai melalui Post SEGI TIGA HATI....

Bagi yang professional juga, jika mereka tidak dapat menurunkan perasaan marah tersebut secara kawalan OTAK yang tekah di fahami akan fungsi-fungsinya, jika terdesak mereka akan menggunaka JURUSAN bagi memaksa PERASAAN MARAH itu TURUN ataupun DI BUANG dari dalam diri mereka....

Ini membuktikan dan menunjukkan bahawa PERASAAN MARAH itu masih boleh di kawal selia oleh kita berdasar SUDUT KEILMUANNYA yang tersendiri pula, bukan seperti sebahagian golongan yang mengatakan PERASAAN MARAH mereka sukar di kawal!!!!!!!

Jika perkara ini di fahami dengan jelas, maka permasaalahan yang melibatkan PERLINDUNGAN DAN PENGAWALAN tidak menjadi masaalah yang besar di dalam hidup anda lagi!!!

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday September 13, 2008 - 10:59pm (PDT)

No comments: