Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #190

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #190

THE ART OF...#28 - BERJURUS DAN BERSHOLAT - CONTOH PERBEZAAN

Di dalam BAHAGIAN PERTAMA ( post #189) saya memperkatakan ASAS KEFAHAMAN KEDUA-DUA ILMU TERSEBUT, dan pada BAHAGIAN KEDUA ini akan saya perkatakan perkara-perkara selanjutnya agar KEFAHAMAN SECARA MENDALAM dapat di hasilkan....

Sebelum saya melanjutkan penerangan, saya suka memberitahu bahawa apa yang saya ketengahkan berikutnya adalah kesinambungan huraian daripada Post-Post yang lalu, cuma pada huraian selanjutnya ini, perincian di lakukan agar para pembaca dan pengkaji mendapat lebih kejelasan dari yang sebelumnya.

DI ANTARA BERJURUS DAN BERSHOLAT

Melalui kelakuan BERJURUS seperti yang di kehendaki di dalam PRINSIP RBSS KE-2, seseorang manusia itu melakukannya ATAS DASAR MEMBINA DAN MENCIPTA KECAHAYAAN BUDI melalui gerak perbuatan yang telah di tetapkan oleh ALLAH SWT, di mana segala TATA TERTIP DAN PERATURANNYA telah di jelaskan...

Perlakuan BERJURUS ini, adalah PERBUATAN 2-IN-1, yakni gabungan ROH DAN JASAD yang menjadikannya seorang Mahluk Manusia yang sempurna...TETAPI, melalui PEMBINAAN DAN PENCIPTAAN KECAHAYAAN KETIKA BERJURUS itu, DI SIFATKAN sebagai GERAKAN JASMANI DAN ROHANI yang bersatu MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA TUHAN YANG PALING KEKAL atau dengan nama UBUDIYATI...

Jika di perincikan perlakuan diantara ROH DAN JASAD itu, maka kita akan dapat MELIHAT dua jenis perlakuan:-

1. PERGERAKAN JASAD

2. PENZIKIRAN ROH


PERGERAKAN JASAD

Pergerakan Jasad yang di katakan BERJURUS itu adalah bersumber dari REKABENTUK TUBUH MANUSIA, yang sebenarnya DI CIPTA SEDEMIKIAN RUPA HANYA UNTUK MEMPERHAMBAKAN DIRI LAHIR DAN BATHIN TERHADAP ALLAH SWT!!!

Dan jika di amati secara lahiriah dan bathiniah, kita akan dapati akan ada persamaan dengan perlakuan SHOLAT yang di lakukan sebanyak 5 kali sehari, dan harus di ingat bahawa SHOLAT itu adalah TAPISAN DEMI TAPISAN (simplified) daripada PERLAKUAN 50 GERAK SHOLAT YANG ASAL..(rujuk kembali peristiwa Israq Mikraj)

Perkara ini telah tercatit di dalam sejarah kejadian Mahluk Manusia dan terkandung di dalam AL-QURAN dan tidak ada manusia yang dapat menafikannya...

Yang MEMBEZAKAN perlakuan SHOLAT dan BERJURUS ialah:-

1. Gerak laku Jasad yang berlainan

2. Pembacaan Ayat-Ayat Suci dengan Pernafasan

PENZIKIRAN ROH

Melalui perlakuan BERJURUS, setiap pelaku JURUSAN itu akan hanya BERZIKIR MELALUI PERNAFASAN YANG DI DI SIFATKAN SEBAGAI ZIKIR RAHSIA atau ZIKRU SIRRI, di mana di dalam MARTABAT tersebut sudah tidak ada lagi SEBUTAN PERKATAAN berlaku lagi...

SEBUTAN PERKATAAN sebenarnya TIDAK WUJUD ATAU BERLAKU DI DALAM KEHIDUPAN ROH MANUSIA...hanya ketika ROH itu mempunyai JASAD sahaja memerlukan BAHASA atau PERKATAAN sebagai alat perhubungan...

Ini berbeza sekali ketika BERSHOLAT di mana PEMBACAAN AYAT-AYAT DARI AL-QURAN DI WAJIBKAN...itu menunjukkan bahawa SHOLAT itu BUKAN DI WUJUDKAN untuk MEMBINA atau MENCIPTA KECAHAYAAN BUDI tetapi ianya di KHUSUSKAN UNTUK MEMUJI-MUJI DAN BERSYUKUR TERHADAP ALLAH SWT....bagi PENGURNIAAN KEPAHALAAN.

KERANA itulah di katakan Perlakuan BERJURUS tidak akan dapat MENGGANTIKAN SHOLAT dan Perlakuan SHOLAT pula tidak dapat MENGGANTIKAN BERJURUS!!!...

Ini semuanya bermula di dalam PERISTIWA ISRAQ MIKRAJ NABI MUHAMMAD SAW dan akan berkekalan hingga ke akhir zaman kelak...tidak ada seorang Mahluk Manusia pun yang dapat MERUBAH kenyataan tersebut.

KESIMPULAN

· RUKUN ISLAM KE-2 YAKNI BERSHOLAT adalah di khususkan untuk ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA

· MANAKALA BERJURUS DARI PRINSIP RBSS KE-2 itu pula adalah untuk SEMUA MAHLUK MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMANYA

KEKUATAN SHOLAT DAN BERJURUS

SHOLAT

· Membina kekuatan KE-IMANAN di dalam diri sebagai KEPERCAYAAN TERHADAP TUHAN YANG ESA

· Membina KEPAHALAAN yang akan menjadi TIKET untuk menuju HARI YANG PALING KEKAL

· Menghindar diri dari HAWA NAFSU yang boleh merosakkan AKIQAH KEISLAMAN

· Membezakan diri dengan orang-orang yang bukan ISLAM

BERJURUS

· Membina kekuatan KECAHAYAAN CAHAYA yang meliputi ROH

· Membina KEIMANAN kepada TUHAN YANG PALING KEKAL

· Menghindar diri dari segala PERBUATAN ZALIM DAN KHIANAT

· Membezakan diri dengan orang-orang yang tidak mendapat pengetahuan mengenai CAHAYANYA itu

KESIMPULAN

· Melalui kekuatan KECAHAYAAN CAHAYA BUDI yang di bina dan di terbitkan melalui proses BERJURUS itu, seseorang itu akan dapat menggunakan segala KEISTIMEWAAN YANG WUJUD melalui KECAHAYAAN tersebut dan orang-orang seperti ini TIDAK TERLALU BERGANTUNG 100% kepada Perlindungan ALLAH SWT kerana TELAH memiliki PERLINDUNGAN melalui KERAHSIAAN CAHAYA BUDI tersebut.

· Ini berbeza dengan orang-orang yang tidak memiliki KERAHSIAAN CAHAYA BUDI tersebut (atas pelbagai sebab) di mana PERLINDUNGAN yang ALLAH SWT berikan adalah BER-ASASKAN PERLINDUNGAN menggunakan KERAHAN TENAGA PARA MALAIKAT yang di berikan TUGAS-TUGAS KHAS tersebut..

· Itu memberi gambaran yang jelas bahawa, orang-orang yang memiliki KERAHSIAAN CAHAYA BUDI adalah lebih bersifat atau di sifatkan sebagai orang-orang yang BERDIKARI (berdiri di atas kaki sendiri) atau INDIPENDENT, di mana mereka BERUPAYA untuk melindungi keselamatan diri sendiri dari semua ancaman dan mara bahaya...dan tidak seperti orang-orang yang tidak memiliki KERAHSIAAN tersebut, yang mana hal-hal keselamatan diri yang paling ASAS juga pun, harus DI MINTA PERLINDUNGAN dari ALLAH SWT dalam semua WAKTU...


CONTOH KETERANGAN

Orang yang memiliki KERAHSIAAN CAHAYA BUDI melalui pembinaan KECAHAYAAN YANG KUKUH di dalam proses BERJURUS, tidak merasa KHUATIR pada apa juga ancaman musuh samaada musuh yang nyata atau yang ghaib, kerana mereka telah YAKIN bahawa KECAHAYAAN yang di miliki itu sentiasa MENGAWAL DIRI mereka dan mereka akan TERHINDAR dari segala PERBUATAN ZALIM DAN KHIANAT...Itu adalah ASAS yang terbit dari PRINSIP RBSS yang PERTAMA iaitu KEYAKINAN.

Mereka tidak perlu dan tidak merasa takut lagi pada semua Mahluk yang Ghaib, Ilmu-Ilmu Hitam, Pukul Curi atau Mara Bahaya yang boleh merosakkan diri mereka....

Ini semua tidak di dapati di dalam diri orang-orang yang tidak memiliki KERAHSIAAN tersebut, di mana mereka akan terdedah kepada segala KEBAHAYAAN dan sentiasa akan merasa takut kepada Mahluk-Mahluk yang Ghaib, Ilmu-Ilmu Hitam, pukul Curi dam mara bahaya KECUALI mereka berpaling kepada mencari perlindungan menggunakan khidmat KHADAM-KHADAM, MAHLUK HALUS (IBLIS/JIN/SYAITAN), TANGKAL DAN AZIMAT, ILMU-ILMU HITAM, ILMU-ILMU SILAT, PETUA-PETUA, atau terpaksa mengupah PENGAWAL PERIBADI bagi yang mampu membayarnya....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday July 15, 2008 - 11:38am (PDT)


No comments: