Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #216

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #216

KOMENTAR PROFESSOR #19 - PERUTUSAN KHAS

Saya ingin mengucapkan rasa jutaan terima kaseh kepada penghantar email-email yang bertanyakan perkembangan terkini Professor BSS yang agak sepi dari mengemukakan posting-posting yang terbaru.....

Untuk makluman semua, tidak dapat di nafikan bahawa buat masa ini, tugas dan tanggungjawap saya banyak di tumpukan kepada masaalah ekonomi yang melanda dunia hari ini, di mana syarikat yang saya uruskan terlibat secara langsung dengan permasaalahan tersebut...oleh yang demikian, pemfokusan saya untuk menulis posting yang terbaharu juga terjejas....di harap, semua yang meminati dan yang mengharapkan sesuatu yang terbaharu di terbitkan, agar dapat bersabar buat sementara waktu ini...

Saya akan kembali menulis dengan mengemukakan serta menjawap banyak persoalan yang di kemukakan melalui email-email yang saya terima sepanjang masa, di mana ada di antara soalan-soalan itu saya rasakan sangat baik untuk tatapan umum yang ingin mempelajari kelilmuan ini....

Sementara itu, saya juga ingin mengucapkan SYABAS kepada pihak PBSSM yang berjaya merealisasikan JUBLEE EMAS 50 TAHUN BSS di MALAYSIA....
Akan tetapi, melalui laporan yang di kirimkan kepada saya oleh ahli-ahli yang tertentu, banyak kepincangan yang terlepas pandang oleh Jawatan Kuasa Persatuan ketika mengemudikan JBULEE EMAS tersebut.....

Di antaranya ialah...keterbatasan penyertaan dari seluruh ahli-ahli BSS dari seluruh Malaysia, Singapura dan lain-lain Negara terdekat...dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan ada yang boleh di pertikaikan menurut sudut keilmuan ini di kembangkan juga menurut Prinsip pembelajaran nya.....

Mengambil contoh...Pertandingan BERJURUS di adakan, sepanjang 50 tahun yang lalu dan mungkin lebih lama daripada iitu, tidak ada PERTANDINGAN BERJURUS di lakukan secara terbuka kerana ianya sama seperti soalan yang berikut:-
PERNAHKAH PERTANDINGAN SHOLAT DI LAKUKAN????................

Jadi, ia lebih di tumpukan kepada MOTIF mengapa Pertandingan itu HARUS DI LAKUKAN???...untuk mencari apa???....dan apakah rasionalnya ianya di lakukan???.....kerana perkara tersebut telah menjadi buah mulut para pelajar yang baharu dan lama mempelajari keilmuan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini....

Oleh yang demikian, pihak-pihak yang terlibat yang mengendalikan PERTANDINGAN BERJURUS itu harus bersiap sedia dengan jawapan-jawapan yang bernas serta seiringan dengan PRINSIP ASAL RBSS ini...jika tidak, JURUSAN iitu akan tidak di pandang penting lagi buat selamanya.....

Seperkara lagi yang di ungkit ialah, mengapa Pertandingan TARIK dengan menggunakan kaedah LAM JALALA dengan RBSS di lakukan, dengan hasilnya ahli yang menggunakan kekuatan Jurusan RBSS KALAH dengan TARIKAN LAM JALALA.....

Telah banyak keraguan telah di timbulkan oleh para pemerhati mengenai perkara itu, di mana mereka merasakan bahawa kekuatan RBSS ini sebenarnya di BAWAH KEKUATAN LAM JALALA....

Walaupun saya faham keadaan yang sebenar bagaimana perkara itu boleh berlaku, tetapi segala KERAGUAN yang telah MENGUSIK JIWA para pelajar di ibaratkan PENYAKIT BARAH yang sukar di ubat!!!!!.....

Pihak yang bertanggungjawap mengenengahkan pertandingan itu juga harus bersedia untuk memberikan jawapan yang rasional....jika tidak, KEYAKINAN meraka akan hancur musnah!!!!!

Saya tidak akan merungkai segala permasaalahan yang di timbulkan itu di dalam posting KOMENTAR PROFESSOR ini, sebaliknya saya akan memuatkan segala rungkaian itu di dalam episod yang akan mendatang di dalam segmen yang baharu....

Untuk itu...saya mengakhiri KOMENTAR PROFESSOR untuk kali ini....semoga dapat bertemu di posting-posting yang akan datang.....
Sebelum itu...fikirkanlah permasaalahan yang telah saya ketengahkan melalui feedback yang saya terima daripada pihak umum....

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@

Tuesday December 23, 2008 - 01:07am (PST)

No comments: