Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #187

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #187

KOMENTAR PROFESSOR #13

Saya ingin menyambung KOMENTAR PROFESSOR #12 berkenaan dengan SALAH TAFSIR dan SALAH TAKRIF....

Sebenarnya, jika anda mengikuti segala penulisan Blog RBSS ini secara teliti dan ikhlas hati...TIDAK AKAN BERLAKU TER-SALAH TAFSIR!!!....kerana, amat jarang saya mengemukakan sesuatu daripada FIRMAN-FIRMAN TUHAN mahupun dari HADITH-HADITH NABI!!!...

Sebaliknya, rungkaian ILMU yang di lakukan adalah BERDASARKAN KE-ASAS-AN KEJADIAN MAHLUK MANUSIA DAN SEDIKIT KE-RAHSIAAN MENGENAI TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN ALAM!!!....

Selalunya, yang menjadi MASAALAH BESAR ialah JENIS-JENIS KEPERCAYAAN yang telah subur dan kukuh di dalam hati dan fikiran kita pada masa ini, yang telah di dedahkan kepada pelbagai-bagai pendedahan TETAPI....belum berkesempatan untuk "pergi lebih jauh" dari asas pemikiran yang sediaada...tambahan lagi dengan PEGANGAN KE-AGAMAAN yang TIDAK ADA FLEXIBILITY.....langsung!.

Kepada "orang luar" (bukan ahli rbss) yang melihat sesuatu perbuatan atau amalan yang di lakukan oleh sesorang ahli rbss, akan "merasa pelik" serta "merasakan" bahawa ahli-ahli rbss itu telah "terkeluar" dari landasan Agama ISLAM...kerana tidak satu pun jenis-jenis perbuatan (dari segi tindakkan) yang di pamerkan, tidak satu pun menepati atau yang sering di guna-pakai oleh cendiakawan-cendiakawan ISLAM secara lazimnya......Ini boleh di klasifikasikan sebagai TER-SALAH TAKRIF!...

FEEDBACK

Saya sering mendapat maklum balas atau feedback dari semua golongan pembaca, samaada yang ber-rbss, yang bukan ahli, orang awam, orang bukan ISLAM dan dari penganut Agama-Agama yang lain....

Melalui maklum balas yang di terima, pelbagai kesimpulan dapat di rumuskan mengenai KE-ILMUAN KE-RAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini......Tetapi yang paling menarik ialah persepsi dari orang-orang luar terhadap ahli-ahli rbss ini....di mana mereka menunjukkan perasaan kekhuatiran yang amat sangat, jika ahli-ahli rbss yang mereka kenali itu akan TERSESAT di dalam ILMU yang DI AMALKAN...

SEBENARNYA BEGINI....

Jika seseorang MAHLUK MANUSIA sedang meng-amalkan KEILMUAN KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, sehingga kelihatan amat TAKSUB dengan amalan-amalan BERJURUS...itu sebenarnya bukan bermakna Mahluk Manusia itu telah TERSESAT!, sebaliknya mereka sedang melakukan suatu AMALAN yang sangat Unggul dan Agung, di mana hanya Bangsa Manusia sahaja yang di KURNIAKAN KEILMUAN yang sedemikian!!!!...

Di mata orang kebanyakan, perbuatannya yang terlalu meng-amalkan keilmuan ini di pandang sebagai TAKSUB...Ya..mungkin boleh di TAKRIF TAKSUB tetapi yang betul ialah YAKIN TERHADAP APA YANG DI KURNIAKAN OLEH TUHANNYA.

UNTUK PENGETAHUAN UMUM

KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini bukan hanya boleh di miliki oleh sesuatu jenis kaum atau bangsa manusia TETAPI KEPADA SETIAP MAHLUK MANUSIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN APA AGAMA YANG DI PERCAYAI OLEH MEREKA....ASALKAN MEREKA ITU BENAR-BENAR MAHLUK MANUSIA!!!

Oleh yang demikian, KEAGAMAAN BUKAN KAYU UKUR untuk memiliki KERAHSIAAN yang di kurniakan oleh ALLAH SWT ini, dan AGAMA juga bukan menjadi SYARAT PENTING untuk memiliki dan mengamalkan KERAHSIAAN ini!!!!...ini adalah FAKTA SEBENAR dan saya sering berulang-kali menerangkannya melalui banyak post...

CUBA ANDA BERFIKIR

Pernah-kah ALLAH SWT mensyaratkan kepada Mahluk Manusia supaya BER-AGAMA ISLAM jika mahu hidup di atas muka Bumi ini???......Soalannya ADA KE TIDAK???

Jika jawapan anda mengatakan ADA!....Mengapa maseh ada banyak jenis-jenis AGAMA LAIN yang di anuti oleh mahluk manusia?????

Jika jawapan anda mengatakan TIDAK ADA!...Itu menunjukkan bahawa sifat-sifat ALLAH SWT itu adalah MAHA PENGASEH, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMBERI, MAHA DALAM SEGALA MAHA!!!!!....Yang tidak perlu DI PERTIKAIKAN oleh sebarang mahluk manusia.

Oleh kerana itulah...KAYU UKUR untuk MELABELKAN, untuk MENTARAFKAN, untuk MEMARTABATKAN dan apa juga istilah lain bagi Mahluk Manusia yang memiliki KERAHSIAAN ini, ianya BUKAN DARI SUDUT AGAMA!!!!....

KERANA, seperti mana yang sering saya katakan bahawa KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dengan KEAGAMAAN ISLAM adalah DUA (2) PERKARA YANG BERBEZA....di mana KEGUNAANNYA juga berbeza di antara satu dengan yang lain, memiliki PERUNDANGAN yang berbeza di antara satu dengan yang lain, memiliki TUJUAN/MATLAMAT yang berbeza di antara satu dengan yang lain, memiliki RAHSIA-RAHSIA ALLAH yang berbeza di antara satu dengan yang lain!!!!...TETAPI ianya WUJUD di dalam TUBUH MAHLUK MANUSIA YANG SAMA.

Inilah yang di katakan sebagai KEBESARAN DAN KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT MENTADBIR DAN MENCIPTA MAHLUK MANUSIA....sebagaimana ALLAH SWT itu MENCERNA EMPAT ELEMEN dan di canai lalu di himpunkan di dalam tubuh manusia!!!!, tanpa satu pun di antaranya yang bercanggah di antara satu dengan yang lain juga.

CUBA ANDA BERFIKIR LAGI

KENAPA kebanyakan ILMU-ILMU seperti (memberi contoh sahaja) Reiki, Tai-Chi, Kung-Fu, Shao-Lin, Karate, Aiki-Do dan Aura/Color Therapy, Acupunture, Acupressure, science kedoktoran moden dan banyak lagi jenis-jenis yang tidak mampu di tuliskan di sini TIDAK MENGGUNAKAN KEAGAMAAN sebagai SYARAT untuk mempelajari keilmuannya????

Adakah kerana PELOPORNYA bukan dari Orang ISLAM atau kerana Orang ISLAM tidak mahu mempeloporinya????...TETAPI YANG PASTI, kesemua keilmuan tersebut BERSIFAT UNIVERSAL!!!!...

JADI...ADAKAH ISLAM ITU TIDAK UNIVERSAL????..................sehingga membataskan segala-galanya?, atau ISLAM itu membataskan lain-lain keilmuan sedangkan keilmuan tersebut adalah dari punca yang sama???...

ITU SEBABNYA

Melalui Posting #170, saya memulakan perencanaan mengenai KETUHANAN DAN ISLAM supaya polar pemikiran kita ini dapat di kembangkan sejajar dengan kemampuan maksima otak mahluk manusia yang di ciptakan oleh ALLAH SWT.

Di mana ISLAM itu BUKAN HANYA sebagai atau dalam bentuk AGAMA...tetapi ISLAM itu di wujudkan dalam keadaan yang sangat UNIVERSAL serta terhimpun pelbagai-bagai RAHSIA-RAHSIA TUHAN di dalammya.

Jika di perkatakan mengenai ISLAM, maka ia akan MERANGKUM banyak perkara...daripada KEJADIAN ALLAH SWT sehinggalah kepada KEJADIAN MAHLUK MANUSIA....semuanya terhimpun di dalam AJARAN ISLAM!

TETAPI...jika ingin memperkatakan HUKUM ISLAM, maka ianya harus di pelajari menurut perspektifnya yang tersendiri, dan kita harus tahu bilakah waktunya sesuatu HUKUM itu DI DIRIKAN atau DI WARTAKAN!!!....Soalannya ialah:-

· BILA MASANYA???

· UNTUK SIAPA???

· KERANA APA???

SESUATU HUKUM ITU TERLAKSANA!!!

Ini sangat berbeza dengan apa yang TERHIMPUN di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, di mana secara NATURAL ianya adalah Above Of Any Common Laws termasuk yang ada di dalam HUKUM ISLAM (sering kita saya katakan)

AKAN TETAPI...kita harus BIJAK untuk MENILAI dan MENTAFSIRnya kerana ISLAM itu pula adalah AGAMA YANG PALING DI REDHAI OLEH ALLAH SWT!!!

JADI...di sini lah timbulnya KONFLIK di antara HUKUM ISLAM dengan ABOVE OF ANY LAWS!!!!...yang mana satu harus kita pakai????....

Ramai Cendiakawan ISLAM di luar sana yang tidak dapat menerima hakikat ini, kerana bagi mereka ISLAM itu AD-DIN!....sebagai penganut ISLAM, kita tertakluk kepada SYARAKNYA...

Itu sememangnya benar dan sangat tepat sekali...sebagai seorang yang menganut Agama ISLAM, kita harus PATUH terhadap apa yang terkandung di dalam RUKUN DAN HUKUM ISLAM

Tetapi, permasaalahan Above The Laws ini sebenarnya ianya HANYA WUJUD DI DALAM MASA-MASA UNTUK:-

1. MASA-MASA MENGGUNAKAN TINDAKKAN (JURUS)

2. MASA-MASA KECEMASAN

3. MASA-MASA GAWAT

4. MASA-MASA TIDAK ADA PEMERINTAH LAGI

5. MASA-MASA MANUSIA LAIN MEMERLUKAN BANTUAN KITA

Maka di situlah LETAKNYA apa yang di katakan sesuatu TINDAKKAN itu adalah Above The Laws!!!...di mana PENG-APLIKASIAN nya adalah tersangat UNIK dan UNIVERSAL...

AKAN TETAPI...hakikat sebenarnya, Mahluk Manusia yang memiliki KERAHSIAAN itu ADALAH MANUSIA YANG SAMA,YANG TERTAKLUK DENGAN SEGALA RUKUN DAN HUKUM ISLAM, JIKA IANYA MENGANUT AGAMA ISLAM!!!...jika tidak maka tidak adalah hukum untuknya......

PENG-ADAPTASI-AN RBSS

Juga tidak bercanggah dengan mana-mana HUKUM dari mana-mana AGAMA!, dan boleh di lakukan pada sebarang masa, sebarang hari, sebarang minggu....menurut kelapangan masa yang di cernakan sendiri oleh pengamalnya.

Jika ia beragama ISLAM, maka mereka harus menyesuaikan masa-masa BERJURUS di luar Waktu-Waktu Afdhal Sholat, dan boleh melakukannya di mana sahaja yang di sukai oleh si pengamalnya....dan berapa kerap atau banyak untuk melakukannya juga, adalah bergantung kepada kemampuan dan Nawaitu masing-masing pengamal....Asalkan tidak mengganggu masa-masa SHOLAT yang WAJIB!.

Jika si pengamal rbss tidak menuruti SURUHAN ISLAM seperti kehendak di dalam RUKUN ISLAM, maka sebenarnya itu adalah HAK INDIVIDU dan tertakluk kepada HIDAYAH ALLAH SWT juga....kerana jika mereka (pengamal rbss) tidak bersholat langsung contohnya, itu tidak mengurangkan kekuatan KERAHSIAAN yang di miliki olehnya, dan jika mereka dari golongan yang rajin bersholat, itu tidak juga menguatkan KERAHSIAAN yang ada padanya...SEBABNYA

ISLAM ITU ISLAM DAN RBSS ITU RBSS.....Seperti JASAD dan ROH!!!....di mana keduanya adalah dari perbendaharaan yang berbeza.

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Saturday July 12, 2008 - 09:56am (PDT)

No comments: