Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #191

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #191

THE ART OF...#29 - KENALI JURUSAN

Topik KENALI JURUSAN ini juga adalah kesinambungan dari post-post yang lalu kerana banyak soalan yang di kemukakan mengenai JURUSAN...Tetapi, ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa rungkaian isi kandungannya tidak dapat di lakukan secara TERBUKA kerana ia melibatkan TERAS ILMU yang menjadi KERAHSIAAN...memadai dengan perumpamaan atau dengan menggunakan kod-kod yang hanya dapat di fahami oleh pelajar-pelajar RBSS sahaja...kepada pembaca am untuk belajar memahaminya, anda haruslah berusaha mempelajari dan memiliki KERAHSIAAN ini dari Guru-Guru yang SAH melalui Persatuan-Persatuan RBSS yang sediaada!

FAQ atau SOALAN YANG SERING DI TANYA

· Bagaimana untuk menggunakan Jurusan dalam perubatan

· Bagaimana untuk menggunakan Jurusan dalam kehidupan seharian

· Bagaimana untuk menggunakan Jurusan di antara No 1-10, No 11-20, N0 21-30, No 31-40 dan No 41-50

Melalui pelbagai soalan, saya lebih cenderung untuk menjelaskan 3 jenis persoalan seperti di atas, di sebabkan oleh jumlah pertanyaan yang di hantar adalah juga cenderung ke dalam kategori soalan tersebut...

CUBA ANDA FIKIRKAN YANG BERIKUT

Penggunaan Jurusan dalam Perubatan

· Penggunaan atau Aplikasinya adalah di dasarkan kepada jenis-jenis PENYAKIT yang di hidapi serta jenis-jenis Mahluk Ghaib yang terlibat.

· Anda harus melakukan peng-analisaan sendiri terhadap keadaan pesakit dan harus bijak menyusun dan menyesuaikan aplikasi Jurusan

· Ini memberikan maksud bahawa Penggunaan atau Aplikasi Jurusan di dalam sesi Perubatan ADALAH TIDAK STATIK atau MENGGUNAKAN JURUSAN-JURUSAN YANG SAMA SAHAJA...tetapi ianya HARUS sentiasa DI SESUAIKAN dengan sesuatu jenis keadaan yang sedang di hadapi.

· Jika untuk menjadikan Jurusan sebagai PENAWAR atau UBAT, maka anda harus teliti memilih Jurusan-Jurusan yang BERTINDAK untuk semua jenis KEPERLUAN PENYEMBUHAN, seperti yang Mencabut, yang Menolak, yang Menarik, yang Memusing, yang Membenam, yang Mengunci, yang Membelah, yang Merodok dan yang sebagainya itu...

· Kesesuaian untuk menetapkan sesuatu Jurusan itu adalah bergantung atas Kebijaksanaan anda sendiri...yang penting ialah pada ketika itu anda sedang BERTUGAS untuk memberikan bantuan dan juga sedang berhadapan secara langsung kepada TUHAN YANG MAHA AGUNG!!!

Penggunaan Jurusan dalam Kehidupan seharian

· Penggunaan Jurusan di dalam kehidupan seharian juga mengkehendaki anda menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan apakah Jurusan yang paling sesuai di gunakan apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan

· Dan sesuatu keadaan itu pula tidak semestinya memerlukan SASARAN kita itu harus berada dalam keadaan HOT atau ZALIM, kerana kita harus faham bahawasanya JURUSAN itu SANGAT UNIVERSAL serta BOLEH DI GUNAKAN DI DALAM SEMUA JENIS KEADAAN DAN SASARAN!

· Yang penting ialah TUJUAN atau NIAT atau NAWAITU kita sendiri...jika kita ingin atau mahu menggunakan maka akan berlakulah TINDAKKAN tetapi jika anda tidak ingin atau tidak mahu melakukan maka TIDAK AKAN BERLAKU TINDAKKAN tersebut.

· Pilihan untuk Jurusan jenis apa untuk di gunakan, anda harus meneliti SASARAN yang ingin DI TINDAKKAN, samaada ianya Pejal, Lembut, Kasar, Halus, Benda, Manusia, Binatang dan sebagainya...

· Kesesuaian amat penting bagi mewujudkan kesan TINDAKKAN yang di hajati untuk berlaku dan pilihannya amat banyak seperti dari No 1 hingga No 50...

Penggunaan Jurusan dari No 1 hingga No 50

Perumpaan untuk Jenis Jurusan adalah seperti berikut:-

1. 1-10 jenis yang KASAR

2. 11-20 jenis yang KASAR TAPI LEMBUT

3. 21-30 jenis yang KASAR TAPI HALUS

4. 31-40 jenis yang KASAR TAPI KERAS

5. 41-50 jenis yang KASAR TAPI HEBAT

Itu adalah jenis-jenis PERUMPAMAAN bagi kesan-kesan yang boleh di jangkakan melalui PECAHAN JURUSAN.

· Untuk menggunakan Jurusan terhadap apa yang kita hadapi, kita harus meneliti apakah jenis SASARAN yang akan kita SASARKAN...itu juga memberikan maksud bahawa ketika menggunakan Jurusan, kita di galakkan untuk BERFIKIR kerana dengan BERFIKIR akan mengelakkan kita dari MENURUTI HAWA NAFSU.

· Orang yang berada di dalam keadaan fikiran dan hati yang tenang sahaja yang mampu untuk mengaplikasikan apa jenis Jurusan menurut kehendak dirinya sendiri serta dapat mengurangkan kegagalan di dalam BERTINDAK.

· Dengan memahami jenis-jenis KESAN JURUSAN seperti di di nukilkan di atas, kita akan dapat menentukan adakah sesuatu TINDAKKAN dengan menggunakan JURUSAN PILIHAN akan memberikan IMPAK yang sebenar serta mengelakkan dari menggunakan Jurusan secara berlebihan pada sasaran yang tidak perlu kekuatan yang HEBAT.

· Harus juga di fahami, jika sesuatu TINDAKKAN yang akan di lakukan BUKAN di dalam masa KECEMASAN atau DARURAT, maka kesannya akan berlaku dalam banyak keadaan seperti:-

1. Berkesan sebelum sesuatu itu akan berlaku...dan ini bermakna TINDAKKAN PENGHALANG (preventive action)

2. Berkesan setelah sesuatu masa TINDAKKAN berlalu dari masa ianya di lakukan...dan ini bermakna TINDAKKAN DALAM SUSULAN (following up action)

3. Berkesan serta merta di masa yang sama...ini bermakna TINDAKKAN SPONTAN (spontaneous action)

· Oleh yang demikian, adalah di galakkan agar kita dapat memahami JURUSAN secara mendalam bagi pengaplikasian yang sangat berkesan, jika itu gagal di lakukan bermakna kita GAGAL MENGGUNAKAN JURUSAN!

· Buat uji-kaji uji-kaji serta percubaan demi percubaan bagi mengetahui kesan-kesan seperti yang telah di jelaskan kerana tanpa merasai sesuatu pengalaman menggunakan, ilmu pengetahuan yang di raih melalui pembacaan tidak akan kekal lama di dalam ingatan kita...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday July 16, 2008 - 10:20am (PDT)

No comments: