Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Saturday, June 13, 2009

RBSS - Post # 267 - KOMENTAR PROFESSOR #36


RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #267

KOMENTAR PROFESSOR #36

KURSUS KEFAHAMAN....PADA TARIKH BAHARU

Adalah di maklumkan bahawa Kursus Kefahaman yang di tunda dari tarikh 13/14hn June 2009 ini akan di adakan semula pada tarikh yang baharu.
Oleh yang demikian, kepada semua peserta Kursus yang telah mendaftar dan yang telah membuat pembayaran, anda akan di hubungi oleh pihak Secretariat dalam masa yang terdekat untuk di maklumkan tarikh dan tempat kursus akan di jalankan semula.

Kepada sesiapa yang telah mendaftar dan telah menarik diri pada saat-saat akhir, atas sebab-sebab yang telah di ketahui di minta untuk menyertakan permohonan yang baharu...dan penyertaan masih lagi di buka kepada pihak-pihak yang lain untuk menyertainya.

Tetapi...pada kali ini setiap permohonan yang di di terima hendaklah di sertakan dengan Yuran yang telah di tetapkan bagi mengelakkan ketidaktentuan penyertaan sehingga ke saat akhir tarikh kursus akan di adakan.

Untuk memohon, anda perlu menyertakan butir-butir peribadi seperti berikut:-

Maklumat Peribadi:
  1. Nama Penuh Sebenar
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat Tempat Tinggal Terkini
  4. No. Telefon Bimbit / Rumah
  5. Pekerjaan Terkini
  6. Status Perkahwinan
Maklumat Amalan:

  1. Tarikh/Tahun Mengisi
  2. Peringkat Terkini
  3. Amalan Tambahan
  4. Nama Guru Yang Mengisi
  5. Nama Persatuan (jika ada)
  6. Kawasan/Negeri Yang di hadiri
Yuran Kursus sebanyak RM250/-
Yang harus di masukkan kedalam Akaun Pengamanah yang di lantik (hanya di ketahui melalui email)

Semua maklumat tersebut hendaklah di hantar kepada email berikut:-

professor.bss999@gmail.com

Penyertaan adalah masih di buka kepada semua Ahli-Ahli RBSS dari semua Persatuan dan Perguruan, serta di buka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti Kursus Kefahaman ini...

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 30hb June 2009 ini..


ULASAN PROFESSOR BSS

Kursus Kefahaman yang akan di anjurkan ini adalah yang Pertama dan yang Terakhir menurut Konsep penyampaian keilmuannya..Dimana di masa-masa akan datang, Kursus Kefahaman ini akan di pecahkan kepada beberapa silibus serta akan di jalankan oleh sebuah Badan Khas yang telah di lantik untuk melaksanakannya.

Hanya kursus yang Pertama ini sahaja yang akan di sampaikan secara terus oleh Professor BSS kepada peserta yang menyertainya, dan ianya merangkum semua bidang ilmu secara keseluruhan.

Konsep penyampaian keilmuannya juga telah di olah berdasarkan segala tulisan di dalam Blog RBSS dan di sampaikan menurut kaedah terkini.

Kursus Kefahaman ini amat sesuai untuk semua Tenaga Pengajar RBSS atau orang-orang persaorangan yang berminat untuk menambah kefahaman mereka terhadap keilmuan ini, di mana ianya akan menjurus kepada pelbagai persoalan masa kini mengenai kerelevanan RBSS di dalam Dunia Islam dan Manusia sejagat.

Kursus Kefahaman ini juga akan di gunakan sebagai pengorak langkah untuk memajukan Kerahsiaan Rahsia Nur Budi ke peringkat yang lebih terbuka dan boleh di terima oleh semua golongan manusia secara Global tanpa menjejaskan Kerahsiaannya yang ulung.

Kepada pihak-pihak yang membantah atau yang menentang Kursus Kefahaman ini di adakan oleh Professor BSS, saya dengan senang hati mengundang anda untuk mengikuti Kursus Kefahaman ini secara Percuma.

Anda hanya perlu menulis kepada saya menerusi email yang tertera dan berikan butir-butir peribadi anda...tempat anda akan saya sediakan secara khas sebagai TETAMU UNDANGAN.

Kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar Yuran Kursus yang sebanyak RM250/- tetapi sangat ingin untuk menyertainya, anda juga di minta untuk menulis kepada saya menerusi email yang tertera, jika di dapati anda jujur dan ikhlas maka saya akan mengundang anda untuk mengikuti kursus tersebut secara Percuma.

Semua penyertaan adalah tidak terhad...kerana pihak Secretariat akan melakukan semakan yang terakhir pada 1hb July 2009 untuk menyelaraskan penyertaan dengan kapasiti tempat duduk di dewan kuliah yang di sewa.

Kepada Ahli-Ahli Persatuan 3M, anda di sarankan agar jangan merasa khuatir dengan apa-apa juga Tindakkan yang di janjikan jika mengikuti Kursus Kefahaman ini, yang terpenting ialah keikhlasan dan kesungguhan anda untuk menimba ilmu...tambahan lagi, setiap apa yang anda pelajari melalui Kursus Kefahaman ini, ia akan membantu diri anda sendiri untuk lebih FAHAM mengenai apa itu KERAHSIAAN RAHSIA NUR BUDI melalui PERSPECTIVE yang lebih luas...

Begitu juga Ahli-Ahli daripada KBS, Gerak Sejati, Pak Ayub Perak, Wak Abbas dan yang sebagainya itu...tiap seorang dari anda akan mendapat manfaat dari Kefahaman yang akan di rungkaikan dari sudut yang tidak pernah anda fikirkan atau yang di ajar kepada anda selama ini.

HARAPAN PROFESSOR BSS

Saya mengharapkan agar semua yang berminat untuk mengikuti Kursus Kefahaman ini dapat membuat pendaftaran dengan segera...kerana Kursus ini adalah merupakan PERMINTAAN dari ramai ahli-ahli RBSS dari seluruh Malaysia dan Singapura..yang meminta saya untuk menganjurkan bagi pihak mereka.

Jadi...jangan lepaskan peluang ini begitu sahaja....

Sekian.

Wassallam!

Professor BSS

At

professor.bss999@gmail.com
professor_bss99@yahoo.com.au

No comments: