Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 168

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 168

THE ART OF...#12 - TIPS MENGGUNAKAN 100% RBSS - Part #A

Walaupun telah banyak di perkatakan mengenai PENGGUNAAN 100% RBSS, tetapi di atas PERMINTAAN RAMAI maka saya khususkan post pada kali ini untuk memperkatakan TIPS MENGGUNAKAN 100% RBSS!

Di dalam KEILMUAN RBSS, segala KE-ISTIMEWAAN yang wujud di dalam diri seseorang itu AKAN BERLAINAN DI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN....oleh kerana itu TIPS MENGGUNAKAN 100% RBSS ini BUKAN boleh di guna-pakai oleh UMUM tetapi memerlukan beberapa UBAH-SUAI mengikut KEMAMPUAN MASING-MASING....

Saya katakan demikian BUKAN KERANA apa yang akan di perkatakan itu adalah TERLALU TINGGI (advance) atau pun TERLALU RENDAH (outdated)...tetapi apabila anda mengambil sesuatu TIPS yang di kemukakan, anda HARUS MEMERIKSA kemampuan yang anda miliki sendiri, samaada MAMPU atau pun TIDAK MAMPU untuk melakukannya...

TETAPI...akan saya permudahkan untuk semua golongan, semoga dengan cara itu anda semua akan dapat memanfaatkan apa juga TIP-TIP PENGGUNAAN yang saya huraikan!!!....

PENGGUNAAN 100% RBSS

DEFINASI

1. Penggunaan yang TANPA melibatkan semua jenis amalan-amalan TAMBAHAN

2. Atau penggunaan yang TIDAK MENGGUNAKAN LAM JALALA, PERMOHONAN, ATOM, SUARA, PENGERAS TANGAN, PERABUN, MANDI MINYAK, ULAR CINTA MANI, PEMURAH REZEKI, GERAK, KAF40 dan yang sebagainya itu...

KEPERLUAN ASAS

1. Sudah MERASOL

2. Atau Sudah sampai Peringkat ISTIMEWA

3. Atau sudah di Peringkat PENUTUP

4. Sekurang-kurangnya TELAH 6 BULAN MENGAMALKAN RBSS (tetapi tertakluk kepada syarat di atas)

5. Berakal dan ISLAM


KENAPA???

Ini adalah kerana, segala KEPERLUAN ASAS seperti yang di sebutkan itu merupakan KUNCI kepada KEBERHASILAN untuk menggunakan 100% RBSS, di mana di dalam PERINGKAT yang lebih rendah, iaitu di bawah Peringkat ISTIMEWA adalah TERBATAS PENGGUNAANNYA kepada TAHAP YANG 100% BEBAS MENGGUNA-PAKAI...

Akan tetapi, kepada yang di bawah Peringkat ISTIMEWA anda maseh juga boleh menggunakan secara 100% RBSS kerana PRINSIP ASASnya adalah juga 100% RBSS, ini dengan maksud bahawa anda TIDAK MENGGUNAKAN APA-APA AMALAN TAMBAHAN!!!...

BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA???

Di sebalik tertakluk kepada PRINSIP-PRINSIP ASAS RBSS seperti:-

1. KEYAKINAN

2. JURUSAN

3. PERNAFASAN

4. MAKRIFAT

5. ISI POKOK BADAN

Anda juga perlu MENGADAPTASIKAN (adapt) Keilmuan RBSS ini ke dalam jiwa-raga agar ianya benar-benar sebati dengan diri sendiri ( rujuk post #29), tanpa PENG-ADAPTASIAN ke dalam jiwa-raga, itu bermakna tahap KEYAKINAN anda terhadap KEILMUAN RBSS ini adalah di bawah 100%, di mana sifat dan sikap was-was atau ragu-ragu maseh lagi bermain di dalam HATI dan FIKIRAN...

Jika itu maseh ada, itu bermakna PENGGUNAAN 100% RBSS tidak akan dapat DI-APLIKASIKAN kerana segala KERAGUAN dan WAS-WAS yang wujud di dalam HATI dan FIKIRAN itu MENGHALANG segala proses PENG-APLIKASIANnya...itu sebabnya ramai ahli-ahli RBSS gagal untuk berbuat demikian lalu bersandar kepada Amalan-Amalan Tambahan...

ASAS PENGGUNAAN 100% RBSS

ASASnya adalah:-

1. 50 Jurusan

2. ISTIMEWA

3. PENUTUP

Di mana, di dalam 50 JURUSAN itu terkandung pelbagai-bagai CARA BERTINDAK yang BOLEH DI SESUAIKAN MENGIKUT TUJUAN DAN KEADAAN SEMASA...Dan juga akan bergantung kepada NAWAITU ataupun NIAT yang anda FIKIRKAN...

50 JURUSAN ini boleh di gunakan oleh semua ahli RBSS tidak mengira PERINGKAT yang mereka miliki, asalkan mereka cukup memiliki 50 JURUS!....

Manakala ISTIMEWA itu pula, hanya di perbolehkan untuk di gunakan jika anda telah sampai di dalam peringkat tersebut sahaja, begitu juga dengan peringkat PENUTUP....

CARA MENGGUNAKAN

50 JURUSAN

Tertakluk kepada PRINSIP PENGGUNAAN seperti "Switch-ON", Hembusan Nafas, Makrifat dan Pergerakan Anggota Badan ketika menggunakannya...

Kedudukan kaki di haruskan untuk mengundurkan kaki kanan ke belakang sebagai TANDA KESABARAN dan berdasarkan perbuatan yang TIDAK ANGKUH, SOMBONG, KHIANAT ataupun RIAK/TAKBUR....

Semua 50 JURUSAN itu BOLEH disesuaikan DI DALAM APA JUGA TINDAKKAN dan DI DALAM APA JUGA KEADAAN...ini membawa maksud bahawa kesemua 50 JURUSAN itu ADALAH SERBA BOLEH atau MULTI PURPOSE...

Yang di perlukan ialah KEFAHAMAN mengenai SETIAP GUNA di dalam SETIAP JENIS JURUSAN....TANPA KEFAHAMAN itu maka anda tidak akan dapat MENGGUNAKANNYA DENGAN BAIK dan SEMPURNA...

HARUS JUGA DI FAHAMI BAHAWA, KESEMUA 50 JURUSAN DI DALAM KEILMUAN RBSS tidak hanya TERTAKLUK ketika seseorang itu di dalam keadaan HOT atau MARAH sahaja untuk BERKESAN...TETAPI ianya juga AKAN BERKESAN pada apa juga MAHLUK dan KEADAAN....yang di maksudkan KEADAAAN itu pula ialah, ianya MERANGKUM segala jenis-jenis keadaan, seperti keadaan cemas, gawat, cemas, tenang, sepi, syahdu dan sebagainya itu...dan yang PENTING ialah tahap KEYAKINAN anda sewaktu BERTINDAK menggunakannya....

ISTIMEWA

Melaluinya, kita boleh menggunakan 100% RBSS TANPA tertakluk kepada 50 JURUSAN sahaja, tetapi kita boleh menggunakannya mengikut KEBIJAKSANAAN kita untuk MEREKA-CIPTA SESUATU TINDAKKAN yang di fikirkan BERSESUAIAN DENGAN SESUATU TINDAKKAN DAN KEADAAN...tidak ada halangan-halangan yang tertentu di dalam penggunaan ISTIMEWA ini, ianya adalah 100% kuasa imaginasi anda terhadap PENG-APLIKASIAN TINDAKKAN....

PENUTUP

Di dalam PERINGKAT PENUTUP ini juga, segala CARA BERTINDAK adalah lebih AMPUH atau LEBIH BERKESAN/KUAT daripada ISTIMEWA kerana kedudukan atau tahap atau martabatnya yang sangat TINGGI di dalam diri seorang manusia....

Kerana, jika anda menghayati PERINGKAT PENUTUP ini, anda akan MENGERTI bahawa melalaui Peringkat PENUTUP ini, anda seharusnya TIDAK BOLEH DI PENGARUHI OLEH APA JUGA JENIS KUASA yang boleh memesongkan tahap KEYAKINAN DIRI ANDA!!!...

Itu bermaknaTAHAP KEPERCAYAAN anda kepada YANG MAHA BERKUASA ADALAH 100% KUAT, dan oleh kerana itu segala jenis TINDAKKAN yang anda lakukan AKAN MENCERMINKAN TAHAP KEYAKINAN yang anda milki itu...

Melalui PERINGKAT PENUTUP ini juga, segala apa yang anda NIATKAN AKAN BERLAKU atau TERMAKBUL, dan oleh kerana itulah kita di nasihatkan agar MENJAGA MULUT DAN HATI dari PERCAKAPAN dan NIAT yang JAHAT serta CABUL MULUT!!!....

PERSIAPAN MENTAL

Pertama:- Anda harus di dalam keadaan yang 100% SADAR bahawa anda MEMILKI PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI melalui keilmuan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di dalam SETIAP MASA....24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU, 30 HARI SEBULAN DAN 365 HARI SETAHUN!!!.....

Kedua:- Di dalam apa juga keadaan anda harus "Switch-On" ke-RBSSan, latih diri sehingga benar-benar sebati...

Ketiga:- Di dalam apa juga keadaan, anda harus memikirkan bagaimana untuk menggunakan RBSS, tidak kira apa juga yang anda lakukan...ini akan membolehkan anda MENG-ADAPTASIKAN RBSS secara lebih EFEKTIF lagi....

Ke-empat:- Jangan PANIK jika sesuatu TINDAKKAN TIDAK MENJADI kerana ianya berkemungkinan tidak sesuai dengan keadaan yang sedang di tempuhi dan harus pandai menukar tindakkan jika merasakan yang telah di lakukan tidak menjadi....

Kelima:- Dari hari ke hari, anda harus MEMPERHALUSI segala TINDAKKAN yang di gunakan menurut KEMAHIRAN YANG WUJUD DALAM DIRI dan SENTIASA BELAJAR DAN BELAJAR DAN BELAJAR dari keadaan yang berlaku serta dapatkan tunuk-ajar daripada rakan-rakan yang lain, kerana dengan cara ini peningkatan KE-RBSSAN anda akan terus meningkat dan meningkat....

Belajar menulis apa yang kita ketahui ke dalam buku catatan peribadi, kerana dengan cara itu anda akan dapat mengulang-kaji apa yang anda ketahui sebelumnya....dan melalui PEMBACAAN yang berulang-kali itu juga akan membuat anda menjadi KUAT INGATAN terhadap KEILMUAN RBSS ini juga....

Wassalam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday June 1, 2008 - 05:02am (PDT)

No comments: