Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #251

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #251 - KOMENTAR PROFESSOR #28

KOMENTAR PROFESSOR #28

BERKENAAN KURSUS KEFAHAMAN RBSS

Berita mengenai KURSUS KEFAHAMAN ini sememangnya telah tersebar luas di merata Malaysia, Singapura dan Negara-Negara yang lain Nusantara.

Akan tetapi..Melalui maklum balas yang saya terima dari semua lapisan ahli...berita yang di sampaikan itu amat menyedihkan dan amat mengecewakan!!!...

Sebabnya...

Pihak Guru dari PBSSM telah membuat seruan agar semua ahli-ahli BSS yang di bawah naungan mereka agar jangan mengikuti kursus-kursus yang di tawarkan atau mengikuti BLOG RBSS tulisan Professor BSS ini atas sebab-sebab yang berikut:-

  • Siapa itu Professor BSS?
  • Siapa yang beri dia pangkat Professor?
  • Kenapa dia bercakap di belakang tembok?
  • Kenapa tidak mahu tonjolkan diri?

Dan...Falsafah beliau mengatakan

  • Apa juga ILMU yang di muat turun di dalam Media Internet tidak boleh di percayai dan terutamanya Ilmu Budi Suci Sejati.

Dan itulah yang sedang di yakini oleh ramai ahli-ahli BSS (bukan RBSS) dewasa ini.

Kini...

ARAHAN untuk memulaukan BLOG RBSS dan KURSUS KEFAHAMAN telah di perhebatkan di semua peringkat PUSAT dan CAWANGAN PBSSM di seluruh Malaysia...

Dimana NYDP PBSSM Pusat di Selangor secara terang-terangan melarang sesiapa juga ahli dari mengikuti BLOG RBSS ini......Dan ramai ahli-ahli RBSS kini di dalam keadaan yang sangat KELIRU.

Begitu juga dengan PPJBSSKL...

Melalui pihak YDP dan NYDP...telah menyaring semua keahlian yang wujud di dalam Persatuan mereka itu samaada, ada di antara para ahli-ahli yang mengikuti BLOG RBSS atau yang bersekutu dengan Professor BSS.

Sehingga ada yang di berikan hukuman dan di kuarantin untuk suatu jangka masa tertentu dan tidak boleh menerima sebarang keistimewaan untuk menambah ilmu pengetahuan yang di anjurkan oleh pihak mereka.

PENILAIAN PROFESSOR BSS MENGENAI HAL DI ATAS...

Mengenai:-

  1. Siapa itu Professor BSS?
  2. Siapa yang beri dia pangkat Professor?
  3. Kenapa dia bercakap belakang tembok? (berselindung)
  4. Kenapa tidak mahu tonjolkandiri?

Pernah saya ulas di dalam posting yang awal dan terdahulu (sila semak)

Akan tetapi...Saya sekali lagi ingin memberi penjelasan kepada persoalan yang di kemukakan...

Siapa itu Professor BSS?

  • Adalah PENULIS Blog KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati, yang menggunakan NICK "Professor BSS" supaya ianya dapat memberikan IMPAK serta PERHATIAN daripada pihak UMUM terutamanya Ahli-AHLI RBSS.
  • Yang bertujuan MERUNGKAI dan MENGHURAI jenis-jenis keilmuan yang TERSIRAT didalam KERAHSIAAN NUR BUDI agar dapat di FAHAMI oleh semua pihak yang mempelajarinya
  • Paltform yang di landaskan berdasarkan THE ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATION PROVIDER yang membawa maksud sebagai PILIHAN & TAMBAHAN MAKLUMAT ILMU
  • Dan Professor BS itu sendiri bertindak sebagai THE BRAINSTORMER atau maknanya sebagai PENCETUS MINDA.

Siapa yang beri pangkat Professor?

  • Tidak ada satu pun ORGANISASI atau PERTUBUHAN atau PERSATUAN atau INSTITUSI PENGAJIAN yang memberikan pangkat "Professor" tersebut.
  • Kerana perkataan "Professor BSS" itu merupakan suatu NICKNAME atau GANTI NAMA bagi seseorang PENULIS BLOG di dalam INTERNET.

Kenapa dia (Professor BSS) bercakap di belakang tembok? (berselindung)

  • Media Internet yang berupa BLOG bukan kaedah "Bercakap Belakang Tembok"
  • Ia merupakan suatu WADAH untuk BERINTERAKSI bersama UMUM mengenai ILMU-ILMU yang di fikirkan PERLU dan di kongsi pengetahuannya.
  • Media Internet juga bersifat TERBUKA kepada umum samaada untuk mempercayainya ataupun tidak, terpulang kepada KEBIJAKSANAAN masing-masing.

Kenapa tidak mahu tonjolkan diri?

Ada banyak sebab yang munasabah untuk di renungi bersama mengenai perkara ini

  • Kerana sifat KETIDAK TERBUKAAN pihak Jemaah GURU BSS mengenai penghuraian ILMU RBSS ini dari mula ia di perkenalkan di Malaysia.
  • Kerana banyak PENGETAHUAN yang DI TUTUP untuk pengetahuan UMUM.
  • Kerana ILMU ini di anggap sebagai satu WARISAN KELUARGA.
  • Kerana semua ahli DI LARANG bercakap mengenai ILMU ini TANPA IZIN daripada pihak GURU.

Atas sebab-sebab tersebut lah yang menyebabkan Penulis RBSS ini tidak mahu menonjolkan diri kerana di khuatiri akan dapat DI HALANG serta Nama Penulis akan dapat segera di LABEL sebagai MENYELEWENG , MENGARUT, SESAT, SEWEL, BUKAN AHLI dan yang sebagainya itu.

Kerana...BLOG RBSS ini BERKESINAMBUNGAN dan akan ada banyak BAHAN ILMU yang akan di kemukakan samaada yang dalam bentuk ASAS serta yang di dalam bentuk MENYELURUH.

Serta pelbagai HUBUNG-KAIT segala KEILMUAN yang wujud di dalam ILMU KETUHANAN yang di dapati tidak di titik beratkan oleh pihak GURU yang bergelar sebagai PEWARIS itu.

Professor BSS akan menonjolkan dirinya yang sebenar setelah segala yang di fikirkan perlu untuk di ketahui oleh umum dapat di tulis di dalam BLOG RBSS, dan jangkaan Professor BSS ialah setelah ianya mencecah Post yang ke - #500....

Pada waktu itu...Professor BSS akan mengumumkan BIODATA yang terperinci mengenai dirinya di akhir penulisan Blog tersebut..Dan akan muncul secara terbuka di khalayak ramai.

APA YANG PERLU ANDA NILAI SEKARANG......

Setelah Posting BLOG RBSS ini mencecah Post yang ke #250 dengan kunjungan pembaca mencecah angka 65,100,00 kali dari tarikh 16hb December 2007 hingga ke tarikh 12hb May 2009.

Soalan saya....

  1. APA YANG TELAH ANDA KETAHUI DAN TELAH ANDA PELAJARI MELALUI BLOG RBSS INI?????
  2. ADAKAH ANDA KENAL SIAPA ITU PROFESSOR BSS?
  3. JIKA TIDAK KENAL...BAGAIMANA ANDA MEYAKINI APA YANG DI TULISKAN NYA?
  4. DAN APA MANFAAT ATAU HIKMAH KEWUJUDAN BLOG RBSS INI TERHADAP DIRI ANDA?
  5. JIKA BLOG RBSS INI TIDAK WUJUD...ADAKAH ANDA AKAN DAPAT MENGETAHUI PERKARA YANG SAMA?

Soalan dari saya lagi....

  • APAKAH PENINGKATAN YANG TELAH DI BAWA OLEH PROFESSOR BSS TERHADAP KEMAJUAN KEILMUAN INI DI NUSANTARA?
  • DIMANAKAH TAHAP PEMAHAMAN AHLI-AHLI RBSS SEKARANG JIKA DI BANDINGKAN DENGAN SEBELUM BLOG RBSS INI WUJUD?

Soalan saya yang terakhir...

  • DARI SIAPAKAH ANDA BANYAK BELAJAR MENGENAI KEILMUAN RBSS INI???

Saya amat terbuka kepada semua teguran dan nasehat dan saya juga amat terbuka untuk membincangkan semua SUDUT pandangan yang di kemukakan melalui SUDUT yang dapat saya lihat.

Anda boleh menulis KOMEN-KOMEN anda melalui Post Comment jika anda mahu...Jangan takut atau di belenggu ketika menuntut ILMU...

Menuntut ILMU itu suatu KEPERLUAN dan di tuntut oleh Allah swt...melalui ILMU PENGETAHUAN lah baharu kita akan berjaya dan berupaya mengadaptasi serta mengaplikasi segala yang wujud di dalam KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....

Kenalilah yang mana satu UNDANG-UNDANG

  • Tuhan
  • Allah
  • Dunia
  • Negara
  • Negeri
  • Masyarakat
  • Persatuan
  • keluarga
  • Diri
Dan apa itu UNDANG-UNDANG NUR BUDI...YANG DI KATAKAN SEBAGAI
"ABOVE THE LAWS"..................!!!!!!!!!

YOU THINK OF IT

Wassallam!

Professor BSS

at professor_bss99@yahoo.com.au

Tags: | Edit Tags
Monday May 11, 2009 - 11:46pm (PDT) Edit | Delete | Permanent Link | 8 Comments

No comments: